JalanTelawi

Memori Sebuah Dataran
Dataran Taksim sebagai pusat kota Istanbul.

Untuk memahami tunjuk perasaan yang berlaku di Dataran Taksim, Istanbul, minggu ini, dan untuk memahami mereka yang berani keluar ke jalanan, berhadapan dengan  polis dan gas pemedih mata, saya ingin berkongsi satu cerita peribadi . Dalam memoir saya, “Istanbul,” saya menulis tentang bagaimana seluruh ahli keluarga saya pernah tinggal di rumah pangsa yang membentuk blok apartmen Pamuk, di Nisantasi. Di hadapan bangunan ini berdiri sebatang pokok berangan  berusia lima puluh tahun, syukur kerana pohon itu masih tegak di situ. Pada tahun 1957, majlis bandaran memutuskan untuk memotong pokok tersebut dalam usaha untuk meluaskan jalan. Birokrat angkuh dan gabenor kuku besi itu tidak mengendahkan tentangan penduduk di sekitarnya. Apabila tiba masanya untuk pokok itu ditebang, keluarga kami menghabiskan siang dan malam di jalanan, bergilir-gilir menjaganya. Dengan cara ini, kami bukan sahaja melindungi pokok kami itu tetapi juga mencipta memori yang dikongsi, yang mana seluruh keluarga kami masih mengenangnya kembali dengan rasa bahagia, dan memori ini juga satu ikatan kebersamaan.

Hari ini, Dataran Taksim adalah pokok berangan kepada Istanbul. Saya tinggal di Istanbul selama enam puluh tahun, dan saya tidak dapat bayangkan jika ada  peduduk di bandar ini yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya satu memori yang berhubungan dengan Dataran Taksim. Pada tahun-tahun sembilan belas tiga puluhan, dalam berek  lama rejimen artileri –yang kerajaan kini mahu menukarnya ke sebuah pusat membeli-belah itu—mempunyai sebuah stadium kecil bola sepak yang menjadi tuan rumah kepada perlawanan-perlawanan rasmi. Kelab Taksim Gazino yang terkenal itu, merupakan pusat kehidupan malam di Istanbul pada tahun-tahun sembilan belas empat puluhan dan lima puluhan, berdiri di sudut Taman Gezi. Kemudian, bangunan-bangunan telah dirobohkan, pokok-pokok telah ditebang, pokok-pokok baru ditanam, dan deretan kedai-kedai dan galeri seni paling terkenal di Istanbul telah ditubuhkan  bersebelahan taman itu. Dalam tahun sembilan belas enam puluhan, saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang pelukis dan mempamerkan kerja-kerja saya di galeri ini. Dalam tahun tujuh puluhan, dataran itu adalah tuan rumah kepada sambutan bersemangat Hari Buruh, yang dipimpin oleh kesatuan sekerja berhaluan kiri dan NGO-NGO; untuk beberapa ketika, saya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. (Pada tahun 1977, empat puluh dua orang terbunuh dalam keganasan yang tercetus akibat provokasi dan huru-hara yang timbul selepas itu.) Pada masa muda,  saya melihat dengan rasa ingin tahu dan keseronokan bagaimana parti-parti  politik –sayap kanan dan sayap kiri, nasionalis, konservatif, sosialis dan sosial demokrat–menganjurkan perhimpunan yang diadakan di Taksim.

Tahun ini, kerajaan telah mengharamkan sambutan Hari Buruh di dataran itu. Berkenaan dengan berek itu, semua orang di Istanbul tahu bahawa berek-berek itu akan berakhir sebagai pusat membeli-belah di satu-satunya ruang hijau yang tinggal di pusat bandar. Untuk melakukan apa-apa perubahan besar ke atas dataran ini dan taman yang mengikat kenangan jutaan manusia tanpa berunding dengan rakyat Istanbul terlebih dahulu adalah satu kesilapan besar Pentadbiran Erdogan ini. Sikap tidak sensitif ini dengan jelas menggambarkan kecenderungan kerajaan ke arah autoritarianisme. (Rekod hak asasi manusia Turki kini lebih buruk daripada sedekad dulu) Tetapi yang memberikan saya harapan dan keyakinan adalah melihat penduduk-penduduk Istanbul tidak akan melepaskan hak mereka untuk mengadakan demonstrasi politik di Dataran Taksim–atau melepaskan kenangan mereka–tanpa sebarang perlawanan.

Orhan Pamuk, novelis Turki yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 2006.

Tulisan ini diterjemah oleh Ikram Hamid daripada tulisan terjemahan Ekin Oklap di blog Page-Turner majalah New Yorker.Kiriman Berkaitan

Tak Sekadar Sebuah Dataran Aqil Fithri

Iran Aqil Fithri

Surat kepada Seorang Penyair Muda Rainer Maria Rilke

Pelupaan Agung: Dataran Tiananmen Selepas Dua Dekad (I) Mara Hvistendhal

Ceritera Bayangan Mimpi Hafiz Hamzah

Pelupaan Agung: Dataran Tiananmen Selepas Dua Dekad (II) Mara Hvistendhal

Tulisan Berkaitan

Antara Badrul Bambi dan Terminus A Quo

Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya Malaysia

Elit-elit [Jangan] Poyo

13 Mei dan Bangsa Malaysia

Demokrasi, Perwakilan dan Rakyat

No related posts.

13 Mei dan Bangsa Malaysia
“Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.”

- Permasyhuran Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

I

Tunku Abdul Rahman Putra seketika melafazkan permasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu, jelas mengungkapkan bahawa seluruh rakyat negara ini yang baharu sahaja dilahirkan sewaktu itu sebagai satu umat dan bangsa. Walau negara ini – yang kemudiannya dimasyhurkan pula sebagai Persekutuan Malaysia, adalah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, namun atas semangat kemajmukan, kita semua adalah satu bangsa dan satu umat.

Bangsa besar inilah yang membentuk Malaysia. Bangsa atau nation di dalam bahasa Inggeris bukanlah membawa makna sempit tentang perkauman atau etno-sentrik. Istilah bangsa membawa maksud rakyat atau masyarakat yang menetap di dalam sebuah kawasan yang berdaulat secara politik (negara) tanpa memandang ‘warna kulit’ dan ras. Inilah intipati dari semangat negara bangsa yang tercetus pada Perjanjian Westphalia pada 1648 – satu bangsa satu negara – tiada pemecahan etnik atau dasar pecah dan perintah.

Semangat satu bangsa ini selari dengan ajaran Islam. Fasal dua Piagam Madinah jelas menyatakan bahawa; “Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain”. Nabi Muhammad s.a.w. jelas mengiktiraf  bahawa masyarakat Islam yang terdiri daripada muhajirin dan ansar serta masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada masyarakat ahli kitab (kebanyakannya yahudi) sebagai satu umat.

II

Bulan Mei secara umum, atau 13 Mei khususnya wajar dinamakan sebagai hari dan bulan Bangsa Malaysia. Tarikh 13 Mei 1969 yang senantiasa ditakuti oleh UMNO-BN dan dicanangkan sebagai hari rusuhan kaum, sebenarnya tidak lebih daripada sandiwara politik untuk menyelamatkan kuasa mereka. Kerana pada pilihanraya 1969 itu, UMNO-Perikatan (Sekarang Barisan Nasional) buat kali pertama telah hilang majoriti undi popular.

Pasca PRU13 (2013), mereka sekali lagi meroyan kerana telah kehilangan majoriti undi popular buat kali kedua. Magisnya, mereka masih dapat mengekalkan kekuasaan. Demi menyelamatkan survival politik mereka, kaum Tiong Hua sekali lagi cuba dipersalahkan, padahal seluruh Bangsa Malaysia-lah yang telah menolak mereka.

Politik BN (Barisan Nasional) adalah seumpama politik ‘air dan minyak’. Walau berkongsi ‘cawan’ yang sama, tetapi tetap tidak boleh bercampur. Lain pula dengan politik PR (Pakatan Rakyat) yang terserlah kemajmukannya. PAS telah lama terbuka buat semua kaum, malahan mereka telah membuka keahlian mereka kepada warga non-muslim. Begitu juga DAP, parti yang mempunyai keahlian berbilang kaum. PKR pula jauh lebih meriah keahliannya. PR seumpama kopi atau teh yang dicampurkan dengan susu dan gula, dan sebati pula rasanya. Tetapi tidak dinafikan bahawa masih terdapat sedikit serbuk-serbuk kopi atau teh yang tertinggal dan perlu ditapis.

Saranan dari seorang bekas hakim pula amat mengecewakan. Beliau menggesa supaya perlembagaan negeri di mana UMNO-BN memperoleh kuasa dua pertiga DUN, perlembagaan perlu ditukar dengan menyatakan bahawa jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri mestilah dilantik dari kalangan Melayu Islam. Hujah semberono ini jikalau difahami, dilihat terlalu bodoh bunyinya. Mungkin saranan ini mahu menyekat politisi DAP daripada memegang kuasa, tetapi tidakkah beliau sedar bahawa DAP adalah parti berbilang kaum? Malah ada dua orang Melayu telah memenangi kerusi parlimen sebagai calon dari DAP pada PRU13.

Malangnya, keserasian dan kefahaman budaya antara kaum di Malaysia ini masih di tahap yang rendah. Setelah lebih daripada setengah kurun Malaysia merdeka dan diperintah oleh UMNO-BN, perkara ini masih jauh dari selesai. Perjalanan masih panjang. Moga landasan baru sosio-politik yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat dapat menjadi batu asas yang baik bagi semangat kemajmukan dan keserasian antara kaum.

III

Isu mengenai bangsa tidak dapat dipisahkan daripada isu mengenai rakyat atau kerakyatan. Taraf dan kemuliaan sesuatu bangsa di dalam sesebuah negara adalah pengiktirafan sebagai rakyat.

Menjelang kemerdekaan, kaum Melayu dan Bumiputera diberikan kerakyatan secara terus (jus sanguinis-right of blood) sebagai pewaris Tanah Melayu. Masyarakat Tiong Hua dan India pula diberikan kerakyatan secara jus soli (right of soil) atas susah payah mereka yang turut sama dalam usaha untuk membangunkan negara bangsa ini.

Oleh kerana itu Bangsa Malaysia hidup dalam kerukunan berdasarkan kontrak sosial dan perlembagaan saling hormat-menghormati. Seluruh Bangsa Malaysia mempunyai hak untuk memilih pemimpin dan terlibat dengan proses demokrasi.

Tetapi akhir-akhir ini timbul isu bagaimana kerakyatan secara naturalisasi boleh dikurniakan secara wewenang kepada sesiapa sahaja. Mereka ini tidak wajar sama sekali untuk digelarkan sebagai rakyat dan Bangsa Malaysia. Perbuatan menganugerahkan kerakyatan secara naturalisasi secara wewenang juga adalah perbuatan yang tidak wajar dan tidak bermoral.

IV

Sempena hari dan bulan Bangsa Malaysia ini, segala isu perkauman wajar dihentikan. Kita tidak pernah ditindas oleh Melayu. Kita tidak pernah dijajah oleh kaum Tiong Hua atau India. Tetapi kita dijajah dibawah hegemoni UMNO-BN.

Seluruh rakyat dan Bangsa Malaysia bangun menentang piliharaya tidak adil, menentang politik wang serta wang politik, menentang monopili ekonomi, menentang penindasan, menentang kezaliman dan menentang perkauman.

Kita bangun menentang semangat assabiyah UMNO-BN yang menggunakan alasan perkauman untuk menindas kaum yang lain.

13 Mei – Selamat menyambut hari dan bulan Bangsa Malaysia!

Rizuan Abdul Hamid, alumnus Akademi Pak Sako ‘Tulis.Ubah.Dunia’Kiriman Berkaitan

Merenung Masa Depan Malaysia Amin Ahmad

Malaysia yang [Masih] Goyang Hasmi bin Hashim

Mardika, Merdeheka, Merdeka! Amin Ahmad

Ulasan Buku: Pesan-pesan Terbesar Al-Quran Hafiz Zainuddin

Serangan ke Jantung Umno Hasmi bin Hashim

Islam dan Kerajaan Terhad Amin Ahmad

Tulisan Berkaitan

Elit-elit [Jangan] Poyo

Malaysia yang [Masih] Goyang

Reformasi Sistem Kesihatan Malaysia

Politik dan Khidmat Awam

Pesan Buat Generasi Muda (Sebelum PRU)

No related posts.

Barisanmandering dan Rosaknya Demokrasi di Malaysia
I

Pada tahun 1812, gabenor negeri Massachusetts di Amerika Syarikat bernama Elbridge Gerry telah menandatangani suatu rang undang-undang mengenai persempadanan kawasan pilihanraya. Bagi menyebelahi parti Demokratik-Republikan yang dianggotainya, gabenor Elbridge Gerry telah menandatangani sempadan kawasan pilihanraya yang pelik rupa bentuk, liku serta lekuknya. Peta kawasan pilihanraya tersebut berbentuk seperti Salamander.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, akhbar Boston Gazette telah menamakan persempadanan itu sebagai ‘Gerrymander’, yakni hasil gabungan nama Gerry dan Salamander.

Carta di bawah menerangkan bagaimana gerrymandering dilakukan:

Persempadanan yang dilakukan oleh Parti A semasa berkuasa dilakukan untuk menyebelahi mereka. Mereka menggunakan impak persempadanan untuk menjamin ‘kerusi’ buat mereka. Walaupun Parti Y mendapat undi popular melebihi Parti X, tetapi mereka cuma menang satu daripada tiga konstituensi yang dipertandingkan. Ini kerana persempadanan pilihanraya secara terancang telah meletakkan ramai penyokong parti Y di konstituensi Bandar C.

Parti X pula, walaupun cuma menang dengan majoriti yang kecil di dua konstituensi, mereka tetap memperoleh dua daripada tiga kerusi yang dipertandingkan.

Persempadanan pilihanraya seperti ini mematikan hak dan suara rakyat serta demokrasi. Berdasarkan persempadanan sedia ada, perkara ini juga mungkin berlaku di Malaysia. Contoh-contoh jelas dapat dikemukakan dan dibuktikan.

Sebagai contoh, sebahagian pengundi DUN Sungai Rapat yang terletak di Parlimen Gopeng terpaksa mengundi di kawasan yang secara geografinya terletak di Batu Gajah. Dalam pada masa yang sama juga, Batu Gajah pula ialah satu konstituensi Parlimen yang lain. Ini menunjukkan persempadanan kawasan pilihanraya telah meletakkan sebahagian pengundi yang secara geografinya terletak di Batu Gajah untuk mengundi di Kawasan Sungai Rapat-Gopeng.

Walaupun adakalanya gerrymandering tidak memberi kesan terhadap jumlah undi, tetapi perkara ini tetap tidak sepatutnya berlaku. Situasi gerrymandering yang berlaku di Malaysia wajar dinamakan sebagai ‘barisanmandering’.

II

Selain gerrymandering, persempadanan kawasan pilihanraya secara malapportionment juga menafikan asas dan tunjang demokrasi iaitu pilihan majoriti rakyat. Persempadanan secara malapportionment secara minoriti-majoriti banyak berlaku di Malaysia.

Sebagai contoh, kawasan parlimen seperti Padang Rengas cuma mempunyai jumlah pengundi seramai 28,518 orang. Bandingkan pula dengan kawasan Parlimen Kampar yang mempunyai pengundi seramai 63,619 orang. Barisan Nasional menang di Padang Rengas manakala Kampar dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Jika Barisan Nasional memenangi dua konstituensi yang mempunyai jumlah pengundi seperti kawasan Parlimen Padang Rengas, maka mereka telah mempunyai dua kerusi berbanding Pakatan Rakyat. Sedangkan jumlah pengundi di dua konstituensi seperti Padang Rengas masih tidak mampu untuk menyamai jumlah pengundi di Kampar. Dalam situasi ini, pihak minoriti lebih berkuasa daripada pihak yang majoriti.

Situasi ini memberikan kelebihan buat Barisan Nasional kerana konstituensi-konstituensi yang kecil bilangan pengundinya terletak di kawasan luar bandar yang majoritinya berpihak kepada mereka.

III

Perkara ini bukan omongan kosong. Terbukti pada Pilihanraya Umum ke 13, daripada sejumlah 11,257,147 pengundi yang menunaikan hak mereka, cuma 5,237,699 yang memilih calon kawasan parlimen daripada Barisan Nasional. Manakala jumlah pengundi yang memilih calon parlimen dari Pakatan Rakyat pula berjumlah 5, 623, 984 orang (PKR-2,254,328, PAS-1,633,389 dan DAP-1,736,267). Selebihnya pula memilih parti-parti lain dan calon bebas. Ternyata undian terhadap Pakatan Rakyat melebihi Barisan Nasional sebanyak 386,285 undi. Rakyat memilih Pakatan Rakyat.

Di Kerusi DUN pula Barisan Nasional menerima undian sebanyak 4,513,977 undi manakala Pakatan Rakyat menerima 5,312,509 undi (PAS-2,133,944, DAP-1,442,298 dan DAP-1,303,457). Sekali lagi ternyata bahawa rakyat memilih Pakatan Rakyat.

Hak dan suara rakyat telah dinafikan. Dalam situasi ini, cuma gerrymandering dan malapportionment atau mudah dikatakan sebagai persempadanan kawasan pilihanraya yang teruk dan buruk sahaja mampu menafikan hak rakyat.

Walau jumlah kerusi parlimen Pakatan Rakyat meningkat daripada 82 kepada 89 kerusi, tetapi ini masih tetap tidak mencerminkan keadaan yang sebenarnya. Kerusi DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat juga meningkat daripada 161 kerusi kepada 230 daripada 505 kerusi keseluruhan. Ini juga tidak menggambarkan situasi yang sebenar. Lebih memburukkan keadaan apabila Pakatan Rakyat cuma dapat menguasai tiga negeri berbanding lima negeri sebelumnya walaupun Pakatan Rakyat dapat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di kebanyakan negeri.

Bukankan secara logiknya, jika dikira secara matematik demokrasi tulen, Pakatan Rakyat-lah yang lebih wajar untuk menerima mandat daripada rakyat? Barisan Nasional pula hilang keabsahannya sebagai kerajaan.

Tetapi hak rakyat dan Pakatan Rakyat telah dinafikan oleh ‘barisanmandering’ dan malapportionment. Demokrasi yang sebenar ialah suara majoriti rakyat. Lawan tetap lawan!

Moga negara ini, dengan rahmat Tuhan, akan melahirkan pemerintahan rakyat, oleh rakyat dan buat rakyat.

Rizuan Abdul Hamid, alumnus Akademi Pak Sako ‘Tulis.Ubah.Dunia’Kiriman Berkaitan

Pemilihan Terus Suburkan Demokrasi Amin Ahmad

Anak Muda dan Kabinet Baru Kerajaan Malaysia Amin Ahmad

PAS dan Harapan Baru Malaysia Hariszuan Jaharudin

Orang Politik Juga Rakyat Ikhwan Hafiz

Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online

Ketirisan RM28b Adalah Kenyataan Rafizi Ramli

Tulisan Berkaitan

Bunga Hati Sputnik Mekar Sekerat

Leibniz

Dain Said: Saya Ingin Buat Filem Yang Bagus

Kembara Mencari Telur Sutera

Sri Lanka dan Geoffrey Bawa

No related posts.

Demokrasi, Perwakilan dan Rakyat
I

Walau penghuraian bentuk-bentuk demokrasi adalah pelbagai, tetapi ianya memberi konotasi yang tetap iaitu ‘pemerintahan rakyat’. Entah berapa ribu penulisan pula telah dihasilkan oleh filasuf, teoritikus politik dan para pemikir yang telah dikaryakan demi mentafsir tentang maksud demokrasi. Ramai pula sosok dan tokoh pejuang demokrasi telah lahir dan dibentuk, ada yang dijulang dan ada pula yang tidak didendang.

Pada zaman sekarang ini, tatkala kita mempertimbangkan bentuk-bentuk demokrasi yang deliberatif dan partisipatif, seharusnya juga kita tidak dapat lari dari persoalan tentang ‘demokrasi terus’ atau ‘demokrasi langsung’ (direct democracy) dengan demokrasi perwakilan (representative democracy). Demokrasi perwakilan dan demokrasi terus masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan, masing-masing punya sisi gelap dan sisi terang.

II

Rata-rata negara yang menjunjung demokrasi di dunia ketika ini merepresentasikan pemerintahan rakyat tersebut secara perwakilan, mungkin mengambil contoh daripada Amerika Syarikat dan Britain. Malaysia tidak terkecuali dalam perihal ini, dengan menggunakan sistem demokrasi perwakilan ala Westminster (Britain).

Oleh kerana saiz wilayah yang besar dan jumlah penduduk yang ramai di dalam sesebuah negara bangsa, kerajaan demokrasi mesti secara perwakilan. Perwakilan menjadi amat diperlukan apabila rakyat menjadi terlalu banyak dan terlalu berselerak untuk berhimpun, atau untuk melibatkan diri secara langsung dan berterusan dalam hal ehwal negara. Perihal tersebut diutarakan di dalam The Federalist (atau dikenali juga sebagai Federalist Papers), yakni kumpulan 85 esei yang menghuraikan gagasan, rujukan dalam pentafsiran dan ratifikasi Perlembagaan Amerika Syarikat.

Golongan Federalis yang dipimpin oleh American Founding Fathers turut mengkritik demokrasi terus kerana ia melahirkan keganasan puak apabila ada puak yang akan menggunakan kuasa majoriti bagi menindas golongan minoriti. Mereka percaya bahawa sikap berpuak-puak sememangnya tertanam di dalam diri manusia secara semula jadi dan ia perlu dikawal. Oleh itu mereka memperkenalkan prinsip demokrasi perwakilan sebagai penawar bagi mengawal kesan terhadap sifat berpuak-puak manusia.

Golongan Federalis yang menganggap demokrasi terus yang dikenali juga sebagai demokrasi tulen yang berasal dari negara kota Yunani ini mungkin masih sesuai untuk diamalkan bagi kerajaan tempatan atau majlis perbandaran. Tetapi bagi operasi kerajaan yang lebih besar seperti mentadbir urusan sesebuah negara, golongan Federalis menganggap institusi republik Rom kuno lebih elok untuk dijadikan contoh.

Demokrasi perwakilan ala Amerika Syarikat ini seperti yang dinyatakan oleh Anthony Everitt bahawa – ianya bukan monarki, oligarki mahupun demokrasi, tetapi kombinasi daripada ketiga-tiganya. Ianya kelihatan lebih republik daripada kelihatan sebagai demokrasi. Mereka mencari kombinasi terbaik untuk ‘public matter’ atau ‘perihal awam atau rakyat’ yakni makna dari istilah republik itu sendiri.

Dari satu sisi lagi, demokrasi perwakilan menggabungkan prinsip pemerintahan rakyat dengan prinsip kerajaan aristokratik, yakni rakyat memilih sebilangan orang yang terbaik bagi mewakili mereka di dalam urusan pemerintahan. Tetapi demokrasi perwakilan cenderung dinamakan sebagai demokrasi dan bukannya republik kerana ia memberi hak pengundian sejagat kepada seluruh rakyat yang layak untuk memilih wakil mereka dalam pemerintahan. Perihal republik, demokrasi dan perwakilan inilah yang membezakan ideologi teras di antara golongan Democrat dan golongan Republican di Amerika Syarikat.

III

Dari satu sisi lain pula, demokrasi perwakilan juga punya banyak kelemahan. Gabungan prinsip aristokrasi dan demokrasi juga adakala tampak hambar kerana berdasarkan sejarah, jelas terbukti bahawa yang terpilih untuk menjadi wakil bukan sahaja dari kalangan manusia yang terbaik, tetapi manusia yang memiliki pengaruh dan punya banyak wang.

Ada golongan yang menggunakan wang untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk memilih mereka sebagai wakil. Perkara ini juga semakin merebak kepada pemilihan parti-parti politik. Rasuah dan politik wang ini tentunya tidak boleh dikompromi.

Skala demokrasi terus yang melibatkan sebegitu ramai orang atau rakyat sukar untuk memungkinkan berlakunya politik wang atau pembelian undi. Pada situasi ini para pemimpin juga mesti memenangi hati rakyat melalui kebolehan kerja serta memimpin, keilmuan dalam sesuatu bidang dan ucapan pidato hebat yang dapat meyakinkan rakyat.

Dalam suasana ini, pasti kita terfikir kembali bahawa demokrasi terus adalah baik bagi mengawal kesan dan penyebaran politik wang. Namun begitu apakah keupayaan kita untuk mengumpulkan sejumlah rakyat yang layak bagi berhimpun? Sistem E-Democracy atau Electronic Direct Democracy menjanjikan harapan bagi demokrasi terus untuk terlaksana semula. Saiz rakyat yang besar dan berselerakan kini dapat kembali disatukan melalui teknologi. Seluruh rakyat boleh berbincang, menolak dan meluluskan sesuatu usul oleh kerajaan. Kiraan undi juga pasti lebih memudahkan.

Namun begitu, apakah demokrasi terus adalah jawapan mutlak bagi semua permasalahan ini? Walaupun dunia kini telah dimudahkan dengan segala teknologi, apakah semua rakyat mampu untuk setiap masa untuk terlibat aktif dalam dunia politik dalam skala waktu yang panjang? Sukar sekali. Tidak mungkin seorang petani, penternak, atau seorang kerani dapat terlibat dengan dunia politik serta penggubalan dasar serta undang-undang negara pada tempoh waktu yang panjang.

Dari satu sisi lain pula, dapatkah semua rakyat memahami setiap isu yang berlaku dan yang dibangkitkan? Mungkin tidak. Mana mungkin seorang petani dapat memahami isu tenaga nuklear dengan jelas. Mana mungkin juga bagi seorang kerani di pejabat dapat memahami tentang pertanian sawah padi.

IV

Tidak dapat ditolak bahawa demokrasi yang deliberatif dan partisapatif mampu bergerak sama ada di dalam sistem demokrasi terus atau demokrasi perwakilan. Penulis sendiri tidak memihak kepada mana-mana sistem iaitu demokrasi terus atau sistem demokrasi perwakilan. Tetapi dalam usaha untuk membuatkan sistem demokrasi supaya menjadi deliberatif dan partisipatif, adalah baik bagi kedua-dua amalan demokrasi tersebut dijalani mengikut tahap-tahap kepentingan.

Dalam perkara yang melibatkan isu-isu besar serta dasar dan undang-undang penting negara yang akan memberikan impak besar kepada rakyat dan negara, maka wajarlah bagi seluruh rakyat yang layak untuk turut terlibat dalam proses ini. Perlu dilakukan demokrasi terus, tetapi dengan syarat bahawa perlu ada penerangan yang mendalam tentang sesuatu isu dari semua pihak agar rakyat dapat menilai dan memahaminya. Kemudian rakyat akan memberikan kata putus. Tetapi dalam hal-hal biasa yang kecil atau sederhana impaknya, maka bolehlah perkara tersebut diputuskan melalui perwakilan sahaja.

Khazanah demokrasi terus mesti digali kembali untuk menampung kelemahan-kelemahan demokrasi perwakilan dalam pencarian demokrasi yang deliberatif dan partisipatif. Ucapan tahniah wajar diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat kerana berani menggali kembali khazanah demokrasi yang tulen tersebut lalu diterapkan melalui pemilihan parti mereka.

V

Di dalam khutub khanah keilmuan politik Islam pula, sistem demokrasi terus dan demokrasi perwakilan tidak pernah diperbincangkan secara teliti walau terdapat beberapa peristiwa yang dapat dijadikan contoh. Di dalam teks dan penulisan politik klasik Islam, dapat kita temui istilah Ahlul Halli wal ‘Audi. Ahlul Halli wal ‘Aqdi adalah ahli-ahli dewan permesyuaratan yang menentukan dasar-dasar kerajaan dan negara. Tetapi dari satu sisi lainnya pula, ia kelihatan lebih berperanan sebagai barisan kabinet atau badan eksekutif daripada bertindak sebagai badan penggubal.

Di dalam Surah An-Nisa ayat 58 juga Allah berfirman, maksudnya; “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya…”

Allah secara jelas menyatakan bahawa amanah mesti diserahkan kepada ahlinya yakni orang-orang yang mahir terhadap sesuatu perkara. Apakah langsung tidak wujud amalan politik yang memiripi sistem demokrasi terus di dalam Islam?

Siyasah atau politik di dalam Islam sebenarnya bersifat luwes dan anjal mengikut peredaran zaman dan maslahah umat kerana ia adalah perkara muamalat yang mutaghaiyyirat. Politik Islam tidak dibentuk berdasarkan format-format tegar tertentu tetapi ia dipandu oleh prinsip-prinsip hukum dan rukun seperti keadilan, permesyuaratan, amr ma’ruf nahi munkar dan sebagainya.

Adapun tentang “amanah kepada ahlinya”, ia adalah lebih mengkhusus dalam urusan perlantikan pemimpin yang memegang kuasa eksekutif. Adapun tentang amalan politik yang memiripi demokrasi terus atau demokrasi perwakilan, ingatlah pesan Allah di dalam surah As-Syura ayat 38; “yang memutuskan urusan mereka dengan musyawarah”

Islam tidak pernah menetapkan sebarang format tertentu tentang bentuk ‘musyawarah’ yang dinyatakan, maksudnya umum. Yang pentingnya dalam perihal ini ialah maslahah umat dan rakyat dapat diselesaikan secara baik. Bukankah banyak contoh yang memiripi demokrasi terus semasa pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin. Saiyyidina Umar al-Khattab sendiri pernah menarik kembali usul undang-undang tentang mahar perkahwinan kerana teguran secara langsung oleh seorang wanita yang juga merupakan rakyat biasa.

VI

Dalam satu hal tentang demokrasi perwakilan yang kita jalani pada hari ini, di Malaysia khususnya. Sejauh manakah perwakilan menjadi ‘alat’ yang digunakan oleh rakyat untuk menyatakan kehendak mereka dalam proses pemerintahan rakyat? Jawapan kepada persoalan ini terserah kepada kalian semua.

Apakah wakil rakyat itu cuma boleh menjadi jurucakap yang menyampaikan suara rakyat yang diwakilinya? Pada tahap ini kebebasan pandangan wakil rakyat tersebut terkongkong dan wakil rakyat tersebut bukan lagi seorang pemimpin.

Atau apakah sesuatu proses pemilihan atau pilihanraya cuma merupakan platform bagi seseorang wakil rakyat? Apabila telah terpilih, beliau bebas mengemukakan pandangan dan pendapat sendiri walaupun bertentangan dengan kehendak majoriti rakyat di kawasannya. Pada tahap ini, makna demokrasi menjadi kabur kerana suara rakyat yang sebenar tidak diangkat.

Apakah mungkin seseorang wakil rakyat itu cuma sekadar ‘boneka’ bagi parti politik yang memberikannya tiket untuk bertanding? Wakil rakyat tersebut cuma dapat bersuara dan bertindak atas kepentingan parti politik semata-mata. Kebebasan pandangan wakil rakyat dan rakyat masing-masing dikongkong. Ketika ini, demokrasi menjadi semakin kabur.

Persoalan ini wajar difikirkan kerana ianya mampu menjadi pedoman bagi menghadapi isu wakil rakyat yang melompat parti dan persoalan-persoalan yang berkaitan.

Dari rakyat, buat rakyat, moga Tuhan mengurniakan hidayah dan rahmat.

Rizuan Abdul Hamid, alumnus Akademi Pak Sako ‘Tulis.Ubah.Dunia’Kiriman Berkaitan

Demokrasi Terus Khalid Jaafar

Pilihan Raya dan Maknanya Amin Ahmad

Pemilihan Terus Suburkan Demokrasi Amin Ahmad

Kekuatan Idea Buruk admin

Matinya Demokrasi Kampus Hariszuan Jaharudin

Barisanmandering dan Rosaknya Demokrasi di Malaysia Rizuan Abdul Hamid

Tulisan Berkaitan

Demokrasi Terus

Politik: Antara Persepsi dan Strategi

Bakar

Mengusir Matahari

Locke dan Dua Karangannya

No related posts.

Meroboh Hegemoni UMNO
Masa. Barangkali itulah yang amat diperlukan oleh Najib Razak sekarang. Masa untuk terus berpaut pada sisa-sisa kuasa dan kekuatan yang makin pudar. Masa untuk membentuk keyakinan rakyat yang makin hari makin mual dengan hipokrasi politik dan kejelekan akhlak para penguasa. Masa untuk memanjangkan mandat yang tak pernah dimilikinya; ianya sekadar diwarisi dari kelemahan Abdullah Badawi.

Kini Najib tersepit. Beliau tak punya banyak masa lagi. Selain berdepan dengan kesedaran rakyat, Najib juga dihimpit oleh intrik politik di dalam UMNO.

Mungkin, tidak lama lagi Parlimen akan dibubar. Ini ramalan nujum politik. Dan kita semua kemudiannya akan menumpu pada pilihan raya umum – mengundi wakil baru bagi membentuk kerajaan yang baru. Lima tahun lalu, siapa sangka dinamika politik Malaysia bisa jadi sebegini rencam.

Pasca Mac 2008, lanskap politik nasional khususnya di Semenanjung Malaysia berdepan dengan perubahan ketara yang bermakna. Ramai yang sujud syukur tatkala merai kejayaan pakatan pembangkang menawan tampuk kuasa di beberapa buah negeri ketika itu. Lantaran gusar berlakunya perpecahan, maka pakatan tersebut diberi suntikan jenama – Pakatan Rakyat.

Di Parlimen, mereka membentuk blok kekuatan yang sememangnya memanfaatkan rakyat. Isu-isu mustahak yang selama ini dianggap tabu dan tak pernah dibangkit kini diketengah dan dibahas secara matang dan konsisten. Budaya perbahasan yang dipamer oleh wakil-wakil pembangkang sememangnya jadi kejutan buat wakil-wakil kerajaan yang selama ini tak punya peranan dan cabaran di Parlimen.

Melawan pembodohan

Rakyat semakin terbuka dan matang. Sebarang isu berkait dengan kepentingan khalayak kini tak lagi ditanggap dari perspektif sempit. Sentimen kaum dan agama bukan lagi modal meniaga politik pada masa kini. Rakyat dahagakan maklumat dan fakta. Dari maklumat serta fakta itu, mereka berfikir dan menilai. Dan budaya ini menambah kegusaran UMNO.

Sepanjang lima tahun kebelakangan ini, pelbagai isu ditimbul dan dibongkar sehingga menyerang sendi asas UMNO yakni – pembodohan. Selama lebih 50 tahun memegang kuasa, UMNO berdepan dengan rakyat menerusi pembodohan. Asas pensejarahan negara ini kembali dipersoal. Bermula dengan isu nasionalisme yang mengangkat Mat Indera dari seorang petualang kepada seorang wira seterusnya membawa kepada pendedahan bahawa Sang Saka adalah panji warisan Tanah Melayu dan selayaknya dikibar kembali.

Perlawanan ke atas pembodohan ini tak sekadar dalam mengupas semula sejarah bahkan turut menyentuh penyelewengan dan amalan korup penguasa UMNO. Pendedahan demi pendedahan tentang kecurangan tata kelola mereka yang selama ini kebal dari pandangan khalayak mulai runtuh. Perkembangan maklumat tambah cepat melalui aplikasi media sosial seperti Facebook dan Twitter, dan segalanya kini tak bisa diselindungkan lagi.

Jika saat ini pemimpin UMNO sedang menjaja pembohongan, maka dalam masa tak sampai beberapa minit, pembohongan itu akan dibongkar di laman-laman media sosial – jauh lebih pantas sebelum akhbar Utusan Malaysia atau Buletin Utama TV3 dapat memutarbelitkannya daripada tersebar.

Anak muda terajui perlawanan

Perlawanan menentang pembodohan ini sememangnya diterajui oleh anak-anak muda. Sejak zaman berzaman, kitaran anak-anak muda hebat pasti tak pernah pupus. Di negara kita, anak-anak muda kini tampil menerajui perubahan. Beberapa demonstrasi mahasiswa yang berarak mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta menuntut pendidikan tinggi percuma di Kuala Lumpur dua tahun lalu kemudiannya meledakkan satu semangat kebangkitan mahasiswa yang telah layu semenjak larangan mahasiswa berpolitik menerusi AUKU dikuatkuasakan pada 1974.

Gerakan mahasiswa yang memakai bermacam-macam nama seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) kini muncul sebagai pemacu utama kebangkitan mahasiswa di negara ini.

Selain itu, anak-anak muda kini turut menjadikan platform intelektual sebagai wadah untuk melawan pembodohan. Menerusi diskusi dan sesi sembang di restoran mamak, café dan warung kaki lima, maka muncul pelbagai mazhab pemikiran di kalangan anak-anak muda ini.

JalanTelawi dan Universiti Bangsar Utama merupakan antara dua ‘sekolah’ jalanan berpengaruh dan melahirkan ramai anak-anak muda berpotensi yang kini sedang meniti pelbagai kerjaya rencam. Meskipun berbeda aliran pemikiran dan fahaman politik, anak-anak muda ini punya matlamat dan fikrah yang sama iaitu – melawan pembodohan.

Tuntutan rakyat

Perkembangan ini – usaha menyebarkan kefahaman dan keterbukaan – kini semakin menampakkan hasil dan mulai mengakar di kalangan rakyat. Kita tidak dapat nafikan bahawa pemahaman dan penerimaan rakyat dalam isu-isu politik, ekonomi, sosial dan budaya kini semakin kompleks dan dinamik.

Sejak Mac 2008, pelbagai isu yang berkait rapat dengan kehidupan seluruh lapisan rakyat dizahirkan dan diangkat secara sistematik oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Isu-isu ini tak semuanya isu baru bahkan ada yang telah dibangkitkan lebih awal. Ianya kemudian dimanifestasikan dalam deklarasi sepuluh tuntutan yang dibacakan di Stadium Merdeka dalam satu himpunan bersejarah dikenal sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu.

Menerusi deklarasi tersebut, rakyat pelbagai lapisan menuntut jaminan terhadap kehidupan mereka. Aktivis politik menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil. Mahasiswa menuntut pendidikan percuma. Peneroka tanah rancangan menuntut reformasi dan pemulihan semula Felda. Pencinta alam menuntut jaminan terhadap alam sekitar yang bersih dan persekitaran yang sihat.

Warga Borneo menuntut kesaksamaan diberikan kepada Sabah dan Sarawak, supaya setara dengan Semenanjung. Rakyat yang tinggal di wilayah bersumberkan minyak dan gas menuntut agihan royalti yang adil. Para penjawat awam, guru dan anggota keselamatan pula menuntut jaminan kebajikan.

Selain itu, deklarasi ini turut menuntut pembebasan semua tahanan politik, memartabatkan bahasa Melayu, menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara dan dipertahan serta menuntut layanan yang lebih baik terhadap wanita.

Masa untuk perubahan

Kini adalah masanya untuk rakyat melakukan perubahan. 15 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Sejak tercetusnya gerakan Reformasi pada September 1998, negara ini masih lagi belum mengecapi perubahan yang sebenar. Rakyat Mesir hanya memerlukan 18 hari sahaja untuk menukar rejim. Indonesia pula sekitar satu tahun.

Justeru, di kala Najib sudah kesuntukan masa untuk berpaut pada cebis-cebis kekuasaan, maka ketika inilah kita harus membulatkan tekad untuk melaksanakan pembaikan. Negara ini telah lama dicemari dan dicabul oleh kerakusan penguasa UMNO yang tamak dan korup. Media dikongkong, pemikiran rakyat dipesong dan harta kekayaan negara hanya berlegar di sekitar beberapa kerat kroni dan elit berpengaruh. Masanya telah tiba untuk kita meletakkan titik nokhtah pada semua ini.

Masa semakin suntuk – buat Najib, UMNO dan juga buat kita. Pilihan raya umum akan datang, marilah kita bersama menulis sejarah baru untuk negara ini. Pilihan raya umum akan datang bukan lagi masa untuk mengekalkan status quo. Juga bukan masa untuk bernostalgia tentang tradisi dan menjadi laih.

Pilihanraya umum akan datang adalah masa untuk meroboh hegemoni UMNO.

Najwan Halimi, merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia. Tulisan ini pertama kali diterbitkan di dalam majalah POSTO!#1.

Kiriman Berkaitan

Ucapan Dasar Timbalan Presiden Keadilan: Malaysia Tanpa Umno Azmin Ali

Perlawanan Itu Pasti Terus! Hilman Idham

Menjaga Kepercayaan Hilman Idham

Pesan Buat Generasi Muda (Sebelum PRU) Hasmi bin Hashim

Najib PM Terakhir Umno Hasmi bin Hashim

Projek Dialog: Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Ammar Gazali

Tulisan Berkaitan

Bakar

Politik dan Khidmat Awam

Politik Sedekah Duit

Are You Ready for BN?

IKD Diserang Todak?

No related posts.

Kembara ke Dunia Sophie
Penulis Dunia Sophie, Jostein Gaader di Festival Sastera Fredrikstad. © Johnny Leo Johansen

Saya selesai membaca Dunia Sophie:  Sebuah novel sejarah falsafah karya Jostein Gaarder lewat tahun 2010, yakni 19 tahun selepas novel hebat ini lahir ke dunia ini. Sehingga penulisan ini ditulis, saya masih lagi kerap membuka novel Dunia Sophie untuk rujukan-rujukan dari sisi falsafah dan membacanya dari sisi fiksyen.

Novel ini memberikan pengaruh yang mendalam terhadap diri saya, dan saya yakin bahawa saya tidak keseorangan merasai perkara ini. Dunia Sophie adalah pengkisahan yang terhayun-hayun seperti pendulum di antara ruang fiksyen dan dunia falsafah.

Dunia Sophie asalnya ditulis dalam bahasa Norway dengan tajuk Sofies Verden. Novel bergenre sejarah falsafah yang dihasilkan pada 1991 ini telah mendapat sambutan hangat dan merupakan naskah buku terlaris di Norway sewaktu itu. Dunia Sophie juga merupakan novel sejarah falsafah yang terlaris di dunia dengan 30 juta naskah yang telah disalin cetak. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam 53 bahasa termasuklah bahasa Melayu.

Terjemahan ke dalam bahasa Melayu dilakukan oleh Dato’ Hassan Ahmad (al-Fatihah buat allahyarham dan segala perjuangannya moga dihargai) dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (sekarang Institut Terjemahan dan Buku Malaysia). Terjemahannya dilakukan dengan baik. Penerangan-penerangan falsafahnya mudah difahami oleh para pembaca walau kerja-kerja penterjemahan yang melibatkan usul-usul falsafah sebenarnya aagak sukar untuk diberikan pengistilahan secara tepat. Tentunya Dato’ Hassan Ahmad sendiri amat memahami akan dunia kefalsafahan sehingga terjemahan yang dilakukannya adalah amat baik.

Sebahagian besar dari isi novel mengisahkan dialog antara Sophie Amundsen dengan Alberto Knox yang juga merupakan watak utama di dalam karya ini. Sophie ialah seorang gadis berusia 14 tahun yang menetap di Clover Close, bahagian negara Norway sekitar tahun 1990, manakala Alberto Knox pula ialah seorang lelaki misteri yang mahir dengan falsafah. Petualangan Sophie dalam dunia falsafah bermula pada suatu hari apabila dia menerima sepucuk surat misteri tatkala pulang dari sekolah. Selain sisi pengembaraan falsafah, Dunia Sophie tetap diwarnai dengan dunia fiksyen tentang kehidupan seorang Sophie dengan ibu, ayah serta haiwan-haiwan peliharaannya.

Timbul persoalan, dalam abad yang penuh edan, rencam dan sengit ini, masihkah falsafah diperlukan? Di dalam Dunia Sophie terjemahan bahasa Indonesia, Prof Dr Bambang Sugiharto iaitu seorang guru falsafah yang mengajar di Universitas Katolik Parahyangan dan Institut Teknologi Bandung serta anggota Asosiasi Filsafat Indonesia mengungkapkan;

“Ketika dunia digerakkan oleh kesibukan mencari wang sebanyak-banyaknya, dan diramaikan oleh hiruk-pikuk memburu kenikmatan, karier dan populariti, kekayaan falsafah tampak bagai verbalisme kosong, bagai daftar menu yang menawan tanpa ada makanannya.”

Tetapi Gaarder dengan sulaman penulisan falsafah dan fiksyennya ini serta pengkisahan yang menarik dan unik menunjukkan bahawa wacana falsafah masih diperlukan oleh umat manusia. Sebelum anda menyelak muka surat pertama Dunia Sophie, Gaarder menukilkan kata-kata Johann Wolfgang von Goethe;

“Barang siapa yang tidak belajar dari zaman tiga ribu tahun yang sudah berlalu, hidupnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.”

Kata-kata Goethe yang dipetik oleh Gaarder tesebut sekaligus menghubungkan antara sejarah dan falsafah. Di dalam bab dua, melalui selembar surat dari Alberto Knox kepada Sophie yang bertajuk ‘Falsafah Itu Apa?’ ada diungkapkan;

“Apakah perkara yang paling penting dalam hidup kita? Kalau kita tanya soalan ini kepada orang yang paling kebulur, jawapannya ialah makanan…

Tetapi apabila keperluan asas kita sudah dipenuhi – apakah akan ada sesuatu lagi yang diperlukan oleh tiap-tiap orang? Ahli falsafah berpendapat, ya, ada… ada sesuatu yang lain lagi yang diperlukan oleh tiap-tiap orang, dan keperluan ini adalah untuk mengetahui siapakah kita dan mengapakah kita berada di sini, di dunia ini.

Minat untuk mengetahui mengapa kita berada di sini bukanlah minat sebab dan akibat seperti minat mengumpul setem. Orang yang menimbulkan persoalan itu sebenarnya telah mengambil suatu bahagian dalam suatu perdebatan yang telah berlangsung selama manusia berada di dunia ini. Bagaimanakah alam ini, bumi ini, dan kehidupan di dunia ini wujud, adalah soalan yang jauh lebih besar daripada soalan, siapakah yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik yang lepas.”

Petualangan Sophie memang mengasyikkan, adakala keliru dan penuh teka-teki, tetapi ada pencerahannya, ini membuatkan kita merasa turut bersama Sophie dalam mengharungi petualangan tersebut. Malah mungkin puluhan juta atau ratusan juta orang atau para pembaca turut merasakan perkara yang sama dan telah dicerahi akalnya dengan membaca Dunia Sophie ini.

Adakala saya dapat merasakan apa yang dirasakan oleh Sophie dan betapa menariknya kuliah falsafah yang disyarahkan oleh Alberto Knox. Gaarder secara bijak menjadikan falsafah sebagai sesuatu yang mudah untuk difahami dengan cara yang menarik. Melalui Dunia Sophie juga kita ditunjukkan mengapakah Lego dianggap sebagai permainan paling geliga di dunia.

Di dalam bab Romantisisme , pembaca dapat memahami bahawa perasaan juga ialah bahagian dari falsafah. Kisah Novalis dan ‘bunga birunya’ memberikan inspirasi kepada para pembaca yang turut berpetualang bersama Sophie. Malah dalam bab ini, Gaarder secara bijak mengumpamakan Sophie di dalam watak fiksyennya ini dengan Sophie (von Kühn) iaitu tunangan Novalis. Apakah watak Sophie oleh Gaarder ini sememangnya terilhami oleh tunangan Novalis tersebut? Atau apakah watak Sophie terilham dari perkataan Yunani iaitu ‘Sophia’ yang bermaksud kebijaksanaan atau hikmah yang dirungkaikan oleh Gaarder di dalam bab – zaman Pertengahan.

Pada bab-bab akhir Dunia Sophie, kita dapat merasakan atau mungkin dikelirukan dengan persilangan antara mimpi atau realiti – ‘dua lagu dalam satu melodi’. Kita akan dapati bahawa selama kita menyusuri dan turut sama berpetualang di dalam Dunia Sophie, membaca dan menelaah, rupa-rupanya kita ditemani oleh Hilde, watak yang sebelum itu agak kabur.

Dan tambah mengelirukan lagi ialah, Dunia Sophie turut dibaca oleh Sophie sendiri. Perkara-perkara yang mengelirukan ini membuatkan daya pemikiran para pembaca lebih memahami dunia falsafah, segala pengajaran yang telah dibaca kini seakan diuji.

Berpetualang bersama Sophie akan membawa kita untuk mengenali ramai ahli falsafah dari masa Yunani Kuno seperti Democritus, Socrates, Plato sehinggalah ke zaman-zaman yang lebih terkemudian seperti Descartes, Locke, Hegel, Marx, Sartre dan ramai lagi. Dunia Sophie turut membawa kita berpetualang merentasi zaman Pertengahan, zaman Pembaharuan, zaman Baroque, zaman Pencerahan dan zaman kita sendiri.

Sedikit sebanyak dapat kita mengenali para ahli falsafah dan linkungan pemikiran mereka. Tetapi sayangnya kita tidak dapat menjumpai nama-nama ahli falsafah besar Islam seperti al-Biruni (Alberonius), al-Kindi (Alkindus), al-Khawarizmi (Algoritmi atau Algaurizin) dan Ibnu Sina (Avicenna). Malah ahli-ahli falsafah Islam yang bertapak di benua Eropah – Andalusia, seperti Ibn Rusyd (Averroes) dan Ibn Tufail (Aben Tofail) yang banyak mempengaruhi perkembangan falsafah eropah langsung tidak diceritakan secara mendalam. Sedangkan para ahli falsafah Islam-lah yang menjadi jambatan penghubung kebangkitan zaman Renaissance dengan falsafah Yunani kuno.

Seandainya watak Sophie ini benar-benar wujud, pasti gadis yang berusia 14 tahun pada tahun 1990 tersebut telah pun berusia kurang lebih 37 tahun pada tahun ini – 2013. Mungkin juga Sophie sedang sibuk mengajar anaknya dengan falsafah. Jika pun Sophie tidak hidup di ruangan ini, di dimensi ini, pasti Sophie tetap hidup di ruangan impian dan imaginasi bagi sesiapa yang mengenalinya. Seperti kata-kata Novalis yang diungkapkan oleh Gaarder – “dunia menjadi sebuah mimpi, dan mimpi itu menjadi kenyataan.”

Terima kasih Sophie dan Alberto Knox, kerana telah mengajar saya serta sekalian pembaca Dunia Sophie untuk memahami beberapa perkara tentang falsafah. Selepas membaca Dunia Sophie, saya makin mengerti tentang falsafah Barat dan dapat membuat perbandingan-perbandingan ringkas dengan falsafah serta ajaran Islam.

Bukan niat saya untuk mengangkat tamadun dan falsafah barat, tetapi mengertilah bahawa banyak salah faham dunia Islam kini terhadap falsafah Barat dan Dunia Sophie mampu menjadi wacana pencerahan atas beberapa kepincangan yang wujud. Ingatlah riwayat Hadith daripada Rasulullah s.a.w. bahawa, “Hikmah itu milik orang Islam, di mana pun kamu mendapatkannya ambillah”.

Pepatah Melayu juga ada menyatakan, “Yang baik jadikan tauladan, yang jahat jadikan sempadan”. Dunia Sophie juga membuatkan saya mengerti tentang erti kebebasan, pencerahan dan berbagai-bagai perkara lagi.

Saya akhiri komentar dan penghargaan buat Dunia Sophie ini dengan nukilan daripada penyair Romantisisme Inggeris, Coleridge yang diungkapkan Gaarder di dalam karyanya tersebut melalui watak Alberto Knox;

“Apa kata kalau kamu tidur? Dan apa kata kiranya, dalam tidur kamu, kamu bermimpi? Dan apa kata, kiranya dalam mimpi kamu, kamu pergi ke syurga dan memetik sekuntum bunga yang ajaib dan cantik? Dan apa kata, kiranya apabila kamu terjaga, bunga itu di tangan kamu? Ah, bagaimanakah jika begitu?”

Rizuan Abdul Hamid, alumnus Akademi Pak Sako ‘Tulis.Ubah.Dunia’Kiriman Berkaitan

Kebebasan Politik dan Demokrasi Liberal dalam Dunia Islam Anwar Ibrahim

Pancasila – Ideologi yang Hidup Hilman Idham

Haruki Murakami: Seni Menulis Cereka John Wray

Ibn Rushd, Kant, dan Projek Pencerahan Islam Luthfi Assyaukanie

Koridor Pencerahan Johor Sidiqin Omar

Sepucuk Surat Buat Stieg Larsson Hafiz Hamzah

Tulisan Berkaitan

Bunga Hati Sputnik Mekar Sekerat

Sosok Sang Pencerah

Lima Bintang Ridwan Saidi

Antara Mendengar dan Menonton Kebutaan

Sasterawan Wajar Berjiwa Besar

No related posts.

Reformasi Sistem Kesihatan Malaysia
“…I will apply dietetic measures for the benefit of the sick according to my ability and judgment; I will keep them from harm and injustice…”

Ikrar Hippocratic

Petikan di atas adalah sebahagian daripada ikrar yang menjadi pegangan etika terpenting untuk seorang pengamal perubatan moden. Ikrar ini dipercayai telah ditulis lebih lima dekad sebelum masihi sama ada oleh Hippocrates sendiri atau salah seorang anak muridnya.

Hari ini, dunia perubatan moden menyaksikan setiap individu yang ingin memulakan karier mereka sebagai pengamal perubatan perlulah sekurangnya membaca ikrar ini sekali dan memahami intipatinya dengan jelas.

Pengenalan

Perkhidmatan kesihatan sentiasa menjadi kayu ukur penting akan tahap kemajuan dan kestabilan sesebuah negara. Menurut WHO, sistem perkhidmatan kesihatan yang baik mampu untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada warganya, setiap kali diperlukan.

Sistem itu juga perlulah mempunyai mekanisma kewangan yang utuh; sumber tenaga manusia yang terlatih dan dibayar gaji yang setimpal; sumber maklumat yang boleh dipercayai sebagai asas bagi membuat keputusan dan juga menggubal polisi; serta kemudahan infrasturuktur dan logisitik yang diselia dengan baik untuk membekalkan ubatan dan teknologi perubatan yang berkualiti.1

Sebelum penjajahan, perkhidmatan kesihatan berkisar kepada pengubatan tradisional di kalangan penduduk tempatan, Melayu, Cina dan banyak etnik lain. Selepas zaman penjajahan, amalan perubatan Barat mula diperkenalkan di negara ini. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pegawai-pegawai kolonial dan pekerja-pekerja dalam industri kolonial.

Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di Malaysia dibina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Sejarah perkhidmatan kesihatan turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka.

Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942. Selepas Merdeka, sistem yang diwarisi daripada para kolonial ini diteruskan. Hari ini, perkhidmatan kesihatan Malaysia terbahagi kepada perkhidmatan universal yang dibiaya kerajaan; dan perkhidmatan swasta.

Senario Perkhidmatan Kesihatan Malaysia

Menurut laporan Fakta Kesihatan 2012, yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Julai 20122 ; bancian jumlah penduduk Malaysia kini hampir mencecah 29 juta rakyat, 2.3 juta pendatang asing dengan pertumbuhan populasi sekitar 1.3 % setiap tahun. Jumlah hospital yang telah dibina kerajaan dan mula beroperasi setakat 2012 hanyalah 138 buah hospital berbanding 220 buah hospital milik swasta.

Perkhidmatan yang melibatkan kerajaan terutamanya perkhidmatan primer, menyaksikan bahawa terdapat lebih 985 buah Klinik Kesihatan Kerajaan, 1864 buah Klinik Desa, 51 Klinik Pergigian dan semenjak diperkenalkan pada tahun 2009, kini terdapat lebih daripada 109 buah Klinik 1Malaysia. Namun jumlah ini masih tidak dapat mengatasi jumlah klinik swasta yang berada di pasaran sebanyak 6859 buah dan lebih 1576 buah klinik pergigian swasta.

Namun apabila kita melihat jumlah pesakit yang dirawat di dua institusi ini (kerajaan dan swasta) masing-masing terdapat ketidakseimbangan yang ketara serta membimbangkan. Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di insititusi kerajaan menyaksikan lebih 2.9 juta pesakit dimasukkan ke wad di seluruh negara atas pelbagai sebab.

Bagi rawatan pesakit luar pula  – lebih daripada 30 juta rakyat pernah atau sedang menerima rawatan di klinik-klinik kendalian kerajaan di seluruh negara. Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di institusi kesihatan swasta hanya mencecah lebih 3 juta pesakit untuk rawatan pesakit luar dan tidak sampai 1 juta pesakit dimasukkan ke wad di hospital swasta.

Perbelanjaan kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan sepanjang tahun 2012 adalah lebih daripada RM16.8 bilion, mewakili 7% daripada pembahagian Belanjawan negara untuk tahun 2012. Walhal negara serantau seperti Thailand membelanjakan lebih 13% daripada dana kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan. Di negara seperti Jerman, 77% peratus daripada perbelanjaan kesihatan rakyat ditanggung oleh kerajaan dan kerajaannya membelanjakan hampir setinggi 19% daripada dana kerajaan untuk tujuan kesihatan.

Menurut WHO, pada 2008 – Malaysia kekal sebagai negara yang membelanjakan hanya sekitar 3 peratus ke 4 peratus daripada jumlah KDNK, berbanding 6 peratus di kebanyakan negara perindustrian dan lebih 14 peratus di negara seperti Amerika Syarikat. Negara seperti Amerika Syarikat terpaksa membelanjakan dana yang besar untuk kesihatan akibat kos perkhidmatan yang terlampau tinggi akibat kos pemilikan insurans yang tinggi dan tiadanya perkhidmatan kesihatan universal.

Selain itu, jumlah tenaga manusia, terutamanya doktor – Malaysia memiliki lebih daripada 36 ribu orang doktor (25 845 orang dalam perkhidmatan kerajaan, 10 762 orang bersama pihak swasta) dengan nisbah satu 1 : 791 orang rakyat.3 Nisbah bagi doktor seperti yang ditetapkan oleh WHO adalah 1 : 600 orang rakyat dan dengan jumlah pelajar dan graduan perubatan yang semakin meningkat, Malaysia dijangka akan mencapai nisbah yang ditetapkan itu menjelang tahun 2020. Nisbah doktor gigi pula adalah 1 : 6810 orang rakyat, dan manakala nisbah ahli farmasi pula menyaksikan 1 : 3385 orang rakyat. Jumlah jururawat di negara ini pula adalah lebih daripada 74 ribu orang baik di sektor awam atau swasta.

Namun hampir di dalam kesemua kategori ini mencatatkan lebih daripada 50% tenaga profesional ini berkhidmat di dalam sektor swasta – sektor yang merawat lebih sedikit pesakit berbanding sektor awam. Di kalangan anggota perkhidmatan kesihatan, antara faktor utama lebih ramai daripada mereka selesa di sektor swasta adalah kerana rumput di sebalik pagar sana sering tampak lebih hijau dan subur – perumpamaan menggambarkan tahap penghargaan (baca: gaji dan kemudahan) yang ditawarkan pihak swasta lebih lumayan berbanding perkhidmatan awam.

Tatkala kita merujuk kepada ketidakseimbangan ini (berasaskan data yang disebut tadi) – kuantiti kemudahan infrastrukutur (yakni hospital dan klinik) dan sumber manusia di dalam sektor swasta yang mengatasi jumlah kuantiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan walhal sektor swasta hanya merawat jumlah pesakit yang jauh lebih sedikit berbanding institutsi kerajaan – persoalan yang timbul adalah mengapa ketidakseimbangan ini wujud? Kesimpulannya mereka yang berada di dalam sektor awam terpaksa memikul bebanan kerja yang terlampau banyak tetapi merupakan golongan yang paling kurang dihargai berbanding sektor swasta.

Antara rungutan umum yang sering kita dengar apabila berbicara soal perkhidmatan kesihatan – keluhan akan waktu menunggu yang lama (baik untuk konsultasi mahupun giliran untuk pembedahan) dan kesesakan hospital atau klinik kerajaan. Tidak cukup dengan itu, tahap kecepatan dan kompetensi doktor, jururawat dan juga paramedik acap kali dipertikaikan terutamanya apabila banyak skandal kecuaian amalan perubatan dihebahkan baik melalui media massa mahupun media sosial. Masalah kecuaian ini tidak hanya berlaku di institusi kerajaan, tetapi juga tidak sedikit bilangannya yang berlaku di institusi swasta.

Selain itu falsafah polisi perubatan yang dipegang oleh penggubal mahupun pentadbir perkhidmatan kesihatan negara ini yang terlampau memberi fokus kepada rawatan penyembuhan (tertiari) berbanding rawatan pencegahan (primer) terutamanya apabila melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti diabetis mellitus, tekanan darah tinggi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular adalah satu dasar yang terkebelakang dan tidak sejajar dengan saranan WHO yang menggalakkan kerajaan untuk berbelanja lebih dalam usaha pencegahan penyakit (perkhidmatan primer).

Keluhan majoriti rakyat yang merasakan perbelanjaan di institusi swasta terlalu tinggi sering kita dengar dan tidak menghairankan apabila adanya seruan kepada kerajaan untuk mengawal harga perkhidmatan ini. Negara telah menyaksikan sejak awal 1980an, penswastaan perkhidmatan kesihatan mengalihkan fokus kerajaan daripada sistem berorientasikan kebajikan kepada satu sistem penswastaan yang mengutamakan keuntungan.

Peralihan ini terbukti apabila kerajaan juga terlibat dalam menyediakan pembiayaan dan insentif untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk turut sama melabur di dalam penswastaan perkhidmatan kesihatan. Masalah ini timbul apabila penggubal dasar (kerajaan) tidak lagi melihat perkhidmatan kesihatan sebagai tanggungjawab sosial kerajaan tetapi sebagai medan untuk pelaburan dan mengaut keuntungan. Akibatnya pada tahun 2007, perbelanjaan kesihatan swasta mencatat lebih 55.6% daripada jumlah perbelanjaan kesihatan di Malaysia, mengatasi jumlah perbelanjaan awam (rajah 1).

Rajah 1 : Perbelanjaan Kesihatan Awam (Public) dan Swasta (Private), Malaysia, 1977 – 2007.

Di manakah keutamaan kerajaan kita yang sepatutnya mengutamakan rakyat kerana perkhidmatan kesihatan adalah antara tanggungjawab utama sebuah kerajaan. Perkhidmatan awam juga mengalami masalah merosotnya daya penarik berserta kombinasi pengagihan sumber yang lemah dan pertumbuhan syarikat perkhidmatan kesihatan swasta yang banyak telah mengakibatkan perubahan arus yang pesat kepada penswastaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.4

Proses penswastaan telah berkembang tanpa pertumbuhan sejajar di dalam perkhidmatan kesihatan awam; bagi memastikan keperluan mereka yang kurang bernasib baik tidak diabaikan. Bayaran yang dikenakan hospital swasta sering kali melampaui batas sehingga mengakibatkan kebanyakan rakyat jatuh ke dalam kancah hutang terutamanya apabila berhadapan dengan penyakit serius yang memerlukan rawatan yang mahal dan kadang kala gagal untuk didapatkan daripada hospital awam atau kerana pakar di dalam perawatan terbabit telah meninggalkan sektor awam dan bekerja di institusi-institusi swasta yang lebih lumayan.5

Reformasi Sistem Perkhidmatan Kesihatan

Pakatan melalui Buku Jingga telah menggariskan beberapa panduan utama di dalam mereformasikan sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia. Asas yang dipegang oleh Pakatan adalah setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan selain capaian perkhidmatan yang lebih meluas dan bermutu.

Dalam reformasi ini, beberapa langkah utama harus diambil bermula dengan; mereformasikan institusi – melibatkan Kerajaan Pusat, Kementerian Kesihatan, Majlis Perubatan Malaysia, Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Kesihatan Negeri, termasuk institusi swasta. Reformasi ini termasuklah kepada menyusun semula asas kepada polisi kesihatan yang dibentuk, desentralisasi perkhidmatan, penekanan kepada pendidikan kesihatan, penstrukturan pembiayaan kos perkhidmatan, pengupayaan sistem farmasi, dan pemerkasaan skim ganjaran perkhidmatan awam dalam bidang kesihatan.

Reformasi ini harus bermula dengan kesedaran bahawa sistem perkhidmatan kesihatan yang kita ada sekarang masih pincang dan masih banyak lagi ruang yang perlu kita perbaiki dan pertingkatkan. Dalam kita terus membenarkan industri kesihatan swasta berkembang, khidmat kesihatan mestilah terus dianggap sebagai tanggungjawab sosial, agar setiap polisi yang ingin dilaksana mengambil kira fakta ini.6

Di peringkat kerajaan pusat, sebagai pengurus kepada dana dan khazanah negara, jumlah perbelanjaan perkhidmatan kesihatan yang disediakan daripada belanjawan negara mestilah ditingkatkan daripada hanya 7 peratus sekarang kepada 10 peratus.7 Meningkatnya peratusan belanjawan, haruslah difikirkan juga sumber bagi menampung pembiayaan ini.

Langkah utama adalah mengatasi faktor-faktor yang menyumbang kepada ketirisan wang negara (dilaporkan Global Financial Integrity sudah lebih RM 1 trillion) seperti rasuah, penyelewengan dan juga pembaziran perbelanjaan kerajaan. Terhentinya ketirisan ini, maka lebihan dana akan dapat dikumpulkan dan disalurkan pada belanjawan yang lebih bermakna seperti perkhidmatan kesihatan.

Cadangan kerajaan Barisan Nasional untuk mewujudkan 1Care adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab kerana di saat kerajaan masih lagi tidak membelanjakan dana yang sewajarnya untuk kesihatan, beban itu telah ingin dipindahkan kepada rakyat. Cadangan seperti pemotongan gaji sebanyak 10% dan mewajibkan setiap rakyat untuk memiliki 1Care, bukan saja dilihat bakal meningkatkan kos perkhdimatan kesihatan, tetapi juga mengurangkan lagi pendapatan rakyat.

Lebih malang, apabila lebih banyak pesakit dilihat akan dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan dan skim ini menjadi tiket untuk mewujudkan monopoli di dalam bidang perubatan yang akhirnya menjadi modal untuk para kapitalis mengaut untung atas sesuatu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab sosial sesebuah kerajaan.

Oleh itu formulanya adalah kerajaan perlu menambahkan jumlah perbelanjaan untuk kesihatan dan juga mempelbagaikan sumber kewangan untuk membiayai perkhidmatan kesihatan, yang mana langkah–langkah ini adalah selaras dengan saranan WHO.

Sumber utama perbelanjaan negara antaranya adalah kutipan cukai dan juga royalti khazanah asli negara. Selain cukai dan kutipan royalti, inisiatif untuk mengalakkan rakyat menyimpan untuk kesihatan juga harus diwujudkan. Peranan institusi simpanan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) harus diperhalusi, sebagai contoh, klausa sekarang yang membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan untuk merawat penyakit serius perlu diperluaskan untuk perkhidmatan kesihatan yang lain termasuk pembiayaan untuk ahli keluarga dan tanggungan. Selain itu, potongan cukai mesti diberikan kepada individu yang memiliki insurans kesihatan dan hayat, termasuk juga pembiayaan insurans terhadap tanggungan dan ahli keluarga mereka. Inisiatif-inisiatif ini dilihat bakal menambahkan lagi jumlah dana terkumpul dalam pembiayaan perkhidmatan kesihatan.

Dengan peningkatan dana ini, fokus utama haruslah diberi kepada membina lebih banyak kemudahan infrastruktur (membina hospital dan klinik kesihatan) dan juga mempertingkatkan tahap capaian perkhidmatan. Nisbah satu klinik kesihatan kerajaan kepada 10,001 rakyat harus dilihat mengikut kepada pecahan negeri memandangkan negeri yang berkepadatan penduduk tinggi masih lagi mencatat nisbah setinggi 1:16,436 seperti di Pulau Pinang, 1:28,598 di Selangor dan 1:55,821 di Kuala Lumpur.8

Nisbah ini dapat dikurangkan dengan membina lebih banyak klinik kesihatan (bukan Klinik 1Malaysia yang tidak dilengkapi doktor dan hanya dibekal dengan ubatan dan peralatan yang minima). Banyak klinik-klinik desa juga harus dinaik taraf bagi membolehkan kawasan yang diliputi perkhidmatan kesihatan ditingkatkan.

Selain itu jumlah hospital kerajaan juga harus diperbanyakkan di setiap negeri, agar sejajar dengan jumlah hospital swasta yang ada dan juga meluaskan lagi tahap capaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat. Tidak wajar jika kita masih meneruskan polisi satu daerah satu hospital, hakikatnya wujud kewajaran untuk melihat keperluan hospital berdasarkan kepada jumlah kepadatan penduduk. Lebih-lebih lagi di negeri seperti Selangor dan Kuala Lumpur, yang mana Selangor hanya memiliki 11 hospital kerajaan berbanding 65 hospital swasta dan di Kuala Lumpur terdapat lebih 45 buah hospital swasta berbanding dua sahaja hospital kerajaan.

Antara contoh daerah seperti Petaling (jumlah penduduk adalah mencecah 1.2 juta orang meliputi kawasan seperti Damansara, Bandar Petaling Jaya) masih hanya memiliki satu hospital awam – itupun Pusat Perubatan Universtiti Malaya, dan di ibu negeri seperti Shah Alam, hospital yang diharapkan – masih lagi di dalam pembinaan setelah beberapa kali tergendala akibat kelemahan pengurusan dan kecuaian memilih kontraktor. Akhirnya, hak rakyat di bandar-bandar besar seperti ini dinafikan daripada mendapatkan perkhidmatan kesihatan kerajaan.

Tidak cukup dengan pembinaan infrastruktur semata-mata, harapan kita dengan meningkatnya jumlah perbelanjaan kerajaan untuk kesihatan, ianya juga dapat menyumbang kepada pembelian lebih banyak alatan dan teknologi perubatan yang sangat diperlukan sebagai contoh peralatan radiologi, radioterapi, dan juga pembedahan di seluruh negara.

Dengan pertambahan belanjawan untuk perkhidmatan kesihatan, salah satu cara untuk mengatasi ketidakseimbangan sumber manusia di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, skim gaji dan ganjaran untuk individu seperti pakar perubatan, doktor, ahli farmasi, jururawat, dan paramedik di dalam perkhidmatan awam perlu dikaji semula dan ditingkatkan. Penstrukturan ini perlu sebagai galakan untuk mereka terus berkhidmat dengan kerajaan dan juga meningkatkan prestasi kerja mereka.

Bagi menambah keberkesanan langkah ini, skim ganjaran berpandukan prestasi kerja mestilah diperkenalkan. Skim ini harus melihat kepada perlunya penstrukturan semula proses kenaikan pangkat di kalangan kakitangan awam dengan penekanan kepada proses kenaikan pangkat berasaskan prestasi kerja, bukan lagi kekananan (seniority) semata-mata.

Langkah ini bukan saja menjadikan sektor awam itu lebih kompetitif, tetapi juga melahirkan individu yang lebih proaktif dan progresif dalam mereformasikan sistem perkhidmatan kesihatan negara kita. Sasaran prestasi kerja yang dicapai; sebagai contoh mengurangkan jumlah penghisap rokok di kalangan pesakit mereka atau memastikan kawalan tekanan darah pesakit berada di tahap yang optimum; mestilah diberikan ganjaran.

Sistem ganjaran ini juga akan turut sama menjadi pendorong kepada wujudnya sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan berkesan serta menghadiahkan penghargaan yang setimpal kepada kakitangan awam yang bertungkus–lumus menjayakan tugasan mereka.

Mentadbir urus satu–satu sektor seperti perkhidmatan kesihatan bukanlah satu tugas mudah, lebih–lebih lagi di sebuah negara yang mempunyai ciri geografi yang luas dan terpisah–pisah seperti Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagai teraju induk dengan dibantu jabatan kesihatan negeri, harus melihat kepada usaha desentralisasi – bukan hanya autonomi yang lebih untuk jabatan kesihatan negeri, tetapi juga melibatkan kerajaan negeri dengan lebih aktif; sebagai contoh menyediakan kemudahan infrastruktur seperti hospital dan klinik kesihatan kerana dengan cara ini, capaian perkhidmatan akan lebih meluas dan berkesan.

Kerjasama ini juga akan membolehkan tanggungjawab penyediaan dana dikongsi bersama di antara kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri. Tambahan kepada itu, setiap hospital perlu diberikan autonomi untuk memilih tenaga kerja mereka sendiri. Proses penempatan dan amalan pelantikan jawatan secara automatik selepas tamat pengajian wajar dikaji semula terutama untuk jawatan doktor.

Dengan cara ini, mereka yang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik, boleh dipertanggungjawabkan dan malah dihentikan kerja. Cara ini bukan hanya bakal mewujudkan persaingan tetapi juga membolehkan dana yang dibelanjakan diurus dengan lebih baik dan penjimatan sumber dapat dilaksanakan. Desentralisasi perkhidmatan ini juga sewajarnya melibatkan pengupayaan pusat–pusat farmasi seluruh negara, baik swasta mahupun kerajaan.

Ini bermakna, farmasi-farmasi hospital tidak harus menjadi satunya–satunya tempat bagi mendapatkan bekalan ubatan. Khidmat farmasi seluruh negara harus dipertingkatkan dengan membolehkan pesakit mendapatkan bekalan ubatan mereka, terutamanya penghidap penyakit kronik seperti diabetis mellitus, tekanan darah tinggi dan yang lain–lain. Apabila perkhidmatan farmasi diperkasakan, tahap pematuhan pesakit terhadap ubatan mereka akan menjadi lebih baik dan mencapai tahap kawalan penyakit yang optimal.

Penyebab kematian di Malaysia paling utama bagi tahun 2012 adalah penyakit berkaitan kardiovaskular yang mencatatkan lebih daripada 25 peratus jumlah kematian yang dicatatkan, diikuti penyakit berkaitan respiratori (18.46 peratus), jangkitan kuman atau parasit (17.81 peratus) dan seterusnya penyakit barah (11.87 peratus).9  Empat penyebab utama ini berkongsi ciri yang sama iaitu sebahagian besar spektrumnya mampu dicegah atau dikenal pasti awal untuk tujuan rawatan.

Oleh itu, aspek yang penting apabila melibatkan pengurusan dana kesihatan, fokus terhadap rawatan primer harus dipertingkatkan. Rawatan primer melibatkan pencegahan, pengesanan awal dan juga pendidikan kesihatan komuniti. Maka dalam menstruktur semula perkhidmatan kesihatan primer, kerajaan dan Majlis Perubatan Malaysia harus memandang jauh ke depan dengan mempertimbangkan agar wujudnya kerjasama bersepadu antara klinik kesihatan awam dan lebih 6000 klinik swasta seluruh negara.

Penstrukturan ini termasuk, memberikan latihan atau input perawatan kepada ramai doktor swasta yang mengendalikan klinik–klinik swasta di seluruh negara. Perlu wujudnya satu garis panduan yang seragam dalam memastikan kualiti perkhidmatan primer baik di klinik kerajaan mahupun swasta. Maka dengan cara ini, beban untuk mendidik, merawat dan membantu pesakit mencapai tahap kawalan penyakit kronik yang optimum dapat dikongsi bersama.

Oleh itu, sebagai ganjaran, pihak kerajaan dan swasta yang terlibat dengan usaha ini, haruslah diberikan penghargaan sewajarnya berdasarkan kepada sasaran kawalan penyakit yang telah ditetapkan untuk mereka bagi satu–satu kawasan. Ini bakal menjadi galakan kepada individu yang terbabit untuk memastikan pesakit di bawah jagaan mereka diberikan rawatan yang berkualiti dan tepat.

Pepatah Melayu sering menyebut; melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Atas semangat ini, pendidikan dari zaman kanak – kanak menjadi langkah penting dalam kita mewujudkan bangsa yang sihat dan cergas di masa hadapan. Pencegahan penyakit tidak akan berlaku tanpa pendidikan. Oleh sebab itu, adalah penting pendidikan kesihatan didedahkan dari awal dan diberi penekanan yang serius.

Pendidikan kesihatan yang serius ini harus diajar di sekolah; baik di sekolah rendah mahupun menengah, dengan syarat guru–guru yang terlatih turut sama disediakan – usaha ini bagi melahirkan individu yang mandiri dan mampu menjaga kesihatan badannya sendiri.

Komuniti mestilah terdidik dengan ilmu yang lengkap sehingga kepada tahap mereka sendiri mampu merawat beberapa penyakit yang tidak serius dengan sendirinya dan diajar akan kepentingan mencegah penyakit kronik dan juga mengenal pasti tanda-tanda amaran kecemasan apabila berhadapan dengan sesuatu penyakit atau situasi. Program-program seperti penjagaan kesbersihan diri, amalan pemakanan yang sihat dan latihan-latihan keselamatan dan kesihatan adalah sangat berguna untuk kanak-kanak dan remaja dalam menyediakan mereka untuk menjadi warga dewasa yang mandiri.

Proses pendidikan ini pastinya memakan masa yang panjang tetapi hasilnya nanti adalah satu generasi yang lestari dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak cukup jika sistem pendidikan kita hanya mampu melahirkan ‘robot-robot’ yang pandai mengira dan mengukur semata-mata, mereka perlulah lahir sebagai warga yang sihat dan celik tentang tubuh dan kesihatan diri mereka agar akhirnya mereka membentuk satu komuniti yang madani dan sihat. Masyarakat yang sihat adalah masyarakat yang produktif, dan masyarakat yang produktif adalah masyarakat yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat untuk negara.

Reformasi ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa penglibatan sektor swasta secara serius. Stigma yang wujud di kalangan masyarakat – tahap perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah lebih rendah (inferior) berbanding swasta adalah tidak tepat. Hakikatnya kecuaian amalan perubatan (medical negligence) berlaku bukan hanya di hospital kerajaan tetapi juga di hospital swasta. Beza dengan perkhidmatan kerajaan, kadangkala penguatkuasaan dan pengawalan terhadap perkhidmatan sektor swasta masih longgar.

Kerajaan perlu untuk menguatkuasakan undang–undang yang lebih ketat terutamanya apabila melibatkan hak pesakit. Individu di dalam sektor perkhidmatan kesihatan swasta juga perlulah mematuhi peraturan dan piawaian yang lebih ketat dan dipertanggungjawabkan terutama apabila berlaku kecuaian. Langkah ini bukanlah untk menghukum mana-mana individu, tetapi dengan harapan untuk menjaga kebajikan dan hak pesakit selain mengekalkan etika pengamalan perubatan yang baik. Usaha ini akan mampu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan dan sekaligus membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan terjamin.

Langkah–langkah reformasi yang disebut ini akan hanya berlaku bilamana pemerintah mempunyai keinginan politik yang tinggi untuk melakukan perubahan. Perubahan tidak akan berlaku dengan hanya retorika atau laungan slogan–slogan kosong semata–mata. Perubahan akan hanya berlaku apabila pimpinan mempunyai keyakinan dan tekad yang tinggi untuk melaksanakan dan memperkenalkan kebijakan–kebijakan baru kepada rakyat untuk dipertimbang dan dilaksanakan.

Untuk negara ini maju ke hadapan, reformasi perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah kunci penting kepada membentuk masyarakat yang madani dan juga merealisasikan harapan rakyat untuk mewujudkan negara Malaysia yang maju dan peduli akan kebajikan rakyatnya.

Dr. Afif Bahardin, merupakan seorang doktor perubatan di dalam cabang Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher. Beliau bergerak aktif bersama Akademi Pak Sako dan Skuad PRIHATIN Seberang Jaya. Kini beliau memegang jawatan sebagai Naib Ketua AMK Pulau Pinang.

Nota Hujung

[1]^ (ke atas) World Health Organization. http://www.who.int

[2]^ Fakta Kesihatan 2012; Kementerian Kesihatan, Malaysia

[3]^ Rajah Rasiah, Nik Rosnah Wan Abdullah, Makmor Tumin : Markets and Healthcare Services in Malaysia. International Journal of Institutions and Economies, Vol. 3, No. 3, October 2011, pp. 467-486

[4]^ Heaney, H. (1995) Life before Medicare: Canadian Experiences, Toronto: Ontario.

[5]^Jeyakumar, M.D. (2009) Malaysia at the Crossroads: A Socialist Perspective, Ipoh

[6]^  Rajah Rasiah, Nik Rosnah Wan Abdullah, Makmor Tumin : ibid

[7]^Jomo, K.S. and Chowdhury, A. (2009) “Reconsidering Public-Private Partnerships in Developing Countries”, International Journal of Institutions and Economies, 1(2): 191-205

Petunjuk Kesihatan 2010, Kementerian Kesihatan, Malaysia

[8]^ibid

[9]^ Fakta Kesihatan 2012; ibid

Kiriman Berkaitan

Sampah Reformasi Mazir Ibrahim

Reformasi: Awal Pencerahan Seorang Anak Muda Najwan Halimi

Malaysia yang [Masih] Goyang Hasmi bin Hashim

Index Librorum Prohibitorum Malaysia admin

Merenung Masa Depan Malaysia Amin Ahmad

13 Mei dan Bangsa Malaysia Rizuan Abdul Hamid

Tulisan Berkaitan

Elit-elit [Jangan] Poyo

13 Mei dan Bangsa Malaysia

Lahad Datu dan Patriotisme Kita

Nasi Goreng Budu Kakak

Politik dan Khidmat Awam

No related posts.

Lahad Datu dan Patriotisme Kita
Tentera kita berdoa sebelum bertugas di Lahad Datu © Bernama

Jarang isu di Sabah menjadi perbualan ramai. Tidak mustahil nama kawasan seperti Lahad Datu baru kali pertama didengari oleh sebahagian rakyat Malaysia. Jika ada yang pernah mendengarnya belum tentu tahu di mana terletaknya.

Tiba-tiba negara dikejutkan dengan peristiwa pencerobohan di sana. Begitulah lazimnya isu-isu sosial bergerak. Cepat dan kadangkala di luar jangka. Sebenarnya saya mula mendengar berita tentangnya beberapa hari lebih awal melalui status Facebook rakan-rakan yang berada, atau berasal dari Sabah. Daripada perbualan masyarakat setempat, ia kini menjadi isu nasional.

Dalam ledakan maklumat yang pantas dan pelbagai, banyak sisi pandangan dikemukakan oleh orang ramai. Kita berpeluang melihat sisi sejarah, politik, ketenteraan, ekonomi dan sebagainya. Bahkan mereka yang tidak pernah berminat dengan persoalan-persoalan tersebut juga turut sama mengikuti perkembangan dengan pelbagai maklumat tersebut. Dalam satu teori pendidikan, ini disebut sebagai ‘teachable moment’ iaitu peluang terbaik untuk mengajarkan sesuatu perkara dengan mudah.

Maka tiba-tiba kita mempunyai ramai ‘pakar’ memberikan pandangan tentang isu yang berlaku. Ia menyesakkan bagi sesetengah pihak, namun saya mungkin termasuk dalam kalangan minoriti yang percaya bahawa kebebasan bersuara dan maklumat mesti dibenarkan meskipun dalam isu begini.

Memang, adakalanya maklumat dan pandangan yang ada itu bercanggah. Untuk saya ia tidak lebih daripada sejumlah kemungkinan yang ada untuk menjelaskan peristiwa. Ia adalah hal biasa dalam persoalan sains sosial. Setiap peristiwa boleh dilihat dari pelbagai sudut. Memaksakan hanya sudut pandangan tertentu tidak sewajarnya berlaku.

Dalam pelbagai pandangan yang ada ini, kematangan untuk menyaring dan mengambil sikap adalah dituntut. Meskipun ada perkara remeh dibangkitkan, kita tidak boleh membuat generalisasi bahawa semuanya begitu. Saya yakin dengan kekuatan fakta, hujah, data dan analisa, perkara remah yang cuba dibangkitkan akan tenggelam dengan sendirinya.

Kedaulatan dan keselamatan

Sudah tentu, dalam mana-mana kes melibatkan pencerobohan pihak luar, kedaulatan negara mesti dipertahankan. Tugas utama ini mesti digalas oleh pasukan keselamatan dan pertahanan negara. Ia mesti dibuat berasaskan maklumat yang tepat agar keputusan tegas dan jelas dapat diambil segera. Ini tentulah sangat penting kerana ia melibatkan isu keselamatan yang luas.

Saya masih ingat beberapa hari sebelum tercetusnya ‘ketakutan awam’ di sekitar Lahad Datu, rakan dari Sabah ada merujuk kepada hal ini dalam beberapa status di laman Facebooknya. Sejak itu lagi saya sudah mula memikirkan apakah yang sedang dan bakal berlaku. Namun berdasarkan kenyataan di laman Twitter Menteri Dalam Negeri, saya fikir situasi yang ada tidaklah serius. Saya yakin seorang Menteri Dalam Negeri sudah pasti mempunyai maklumat atau kemudahan berhubung dengan pihak yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat sebelum membuat sebarang kenyataan untuk perkara serius seperti ini.

Kini kita tahu sejumlah nyawa telah terkorban, baik di pihak keselamatan Malaysia atau kumpulan penceroboh tersebut. Hal ini tentulah sangat menyedihkan. Di mana-mana isu ini menjadi perhatian dan perbualan ramai. Tidak banyak maklumat boleh didapati kerana wartawan tidak dibenarkan membuat liputan berdekatan dengan kawasan yang kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Sumber berita yang terhad sedikit sebanyak mendorong banyak persoalan timbul.

Di samping itu naluri patriotisme orang ramai membesar. Sikap kritikal dalam memecah kebuntuan maklumat yang terbatas semakin tidak dialukan.

Politik

Sekonyong-konyong beberapa pemimpin negara mengingatkan agar peristiwa Lahad Datu jangan dipolitikkan. Saya terkejut. Jika benar dakwaan bahawa keturunan Sulu mahu mendapatkan semula Sabah, maka ia adalah isu politik! Menceroboh kedaulatan wilayah negara asing adalah isu politik!

Mungkin kenyataan pemimpin negara merujuk kepada laporan KeadilanDaily yang menggambarkan kenyataan ahli Parlimen Batu berkata ia adalah usaha terancang UMNO. Dalam kenyataannya, ahli Parlimen Batu menjelaskan usaha terancang yang dimaksudkan adalah perkembangan yang tidak dilaporkan oleh media (selama beberapa hari selepas peristiwa pencerobohan diperkatakan). Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan ahli Parlimen Batu telah menyatakan kesediaannya memberikan keterangan.

Ketika ramai berasa mual dengan komentar bersifat politik, saya menegaskan penting untuk orang ramai membezakan politik kepartian dan politik kenegaraan.

Dalam hal ini saya berpendapat sejumlah media massa menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab apabila memuatkan berita bersifat politik kepartian ketika laporan perkembangan peristiwa sukar didapatkan oleh orang ramai. Apabila garis komunikasi yang demikian diambil oleh media terbabit, apakah wajar untuk kita menyangka tidak ada jawapan balas yang bersifat sama?

Akhirnya banyak gambar hubungan tokoh politik Malaysia dengan pemimpin di wilayah Sulu dimuat naik di laman Facebook. Ini mencetuskan lebih banyak tanda tanya. Orang ramai pula menganggap polemik kepartian sangat tidak wajar kerana sejumlah nyawa anggota keselamatan telah terkorban.

Patriotisme

Peristiwa ini kini telah menjadi satu kesedaran kolektif. Patriotisme adalah sebahagian daripada soal politik. Namun politik yang dimaksudkan adalah politik kenegaraan, bukan kepartian semata-mata. Politik kenegaraan menuntut persoalan dasar dibincangkan, lebih lagi yang telah dipilih oleh orang ramai untuk mewakili suara mereka di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Justeru adalah wajar untuk satu sidang khas dipanggil untuk membincangkan perkara ini bersama. Ia adalah sesuai dengan peranan ahli parlimen, malah boleh dinilai sebagai satu cara menzahirkan nilai patriotisme berbanding membuat tuduhan rambang.

Pertanyaan orang ramai berkenaan piawaian prosedur yang diambil dalam menangani isu ini juga adalah satu bentuk penzahiran nilai patriotisme. Meskipun ada persoalan yang boleh dikategorikan tidak penting, bukan semua persoalan yang ditimbulkan tidak munasabah. Pertanyaan yang terkait soal dasar seperti bagaimanakah penceroboh boleh masuk melepasi sejumlah kawalan adalah dekat dengan persoalan dasar keselamatan negara.

Selain tentera udara, tentera laut, polis marin, negara kita mempunyai jabatan laut dan jabatan perikanan yang tentunya mampu memberikan maklumat awal tentang pergerakan di laut. Di darat pula, kita mempunyai pasukan tentera, polis, polis hutan, imigresen, kastam, pasukan gerak am, cawangan khas malah dalam hal tertentu pasukan RELA juga boleh berperanan.

Apakah bilangan anggota keselamatan dan pertahanan negara di negeri Sabah tidak cukup sehingga tujuh battalion tentera diperlukan untuk menangani situasi yang ada?

Pertanyaan ini tentulah penting berdasarkan apa yang telah berlaku setakat ini. Ia ternyata berbeza dengan apa yang digambarkan lebih awal oleh Menteri Dalam Negeri di Twitternya.

Untuk saya, apabila persoalan ini ditanyakan, ia tidak bermaksud meremehkan pasukan keselamatan yang ada tetapi adalah satu bentuk keyakinan tinggi terhadap kemahiran mereka. Tambahan pula orang ramai pernah dimaklumkan kapal selam Scorpene yang dibeli dengan harga melebihi pasaran itu mampu melindungi kedaulatan perairan negara?

Adalah tidak wajar orang ramai dipersalahkan jika mereka bertanya atau menyoal kenyataan serta tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Jika orang ramai tidak memahami dasar kerajaan maka apa yang perlu dibuat ialah memberikan penjelasan. Saya yakin tidak semua pemandu di Malaysia menghafal peraturan jalan raya. Jika peraturan yang dekat dengan kehidupan seharian mereka tidak diketahui, tentulah perkara yang jarang berlaku seperti ini lebih tidak diketahui.

Konspirasi?

Antara persoalan yang timbul di kalangan orang ramai ialah kemungkinan peristiwa ini adalah satu  konspirasi kerana pilihan raya umum ke-13 dijadualkan akan berlaku tidak lama lagi. Sekali lagi isu ini tidak terlepas daripada persoalan politik. Bagaimanapun, apakah persoalan ini remeh dan tidak layak dibincangkan? Saya memilih sikap terpulang kepada orang ramai.

Sudah tentu teori ini tidak memadai jika ia hanya dibuat berdasarkan pertimbangan filem Wag the Dog atau membaca buku-buku fiksyen. Namun, tidak sedikit catatan sejarah boleh dirujuk. Malah sejumlah teknik propaganda yang mahsyur dalam bidang komunikasi ‘diakademikkan’ berdasarkan pengalaman tersebut. Strategi mewujudkan ketegangan bukanlah asing dalam teknik propaganda.

Lyndon Johnson, Presiden Amerika Syarikat pernah mengharamkan sebuah buku bertajuk The Report from the Iron Mountain oleh Kumpulan Penyelidik Khas yang tidak mahu dikenali. Laporan bestseller New York Times ini memperincikan analisa panel kerajaan yang menyimpulkan bahawa perang, atau hal seumpamanya yang boleh dipercayai orang ramai adalah perlu jika kerajaan mahu mengekalkan kuasa.

Dalam usaha untuk menutup pendedahan tersebut, buku ini dituduh sebagai khabar angin. Namun beberapa pihak, misalnya John Kenneth Galbraith, seorang lagi tokoh ekonomi mengesahkan kesahihan buku tersebut dengan kenyataan beliau adalah salah seorang yang pernah dilibatkan dalam penyediaan laporan tersebut.

Contoh terdekat yang boleh diambil ialah serangan terhadap WTC pada 11 September. Serangan ini telah mengorbankan sekitar 3,000 nyawa. Ia kemudiannya dijadikan alasan untuk menggubal Akta Patriot yang membolehkan tahanan tanpa bicara dibuat. Ia berhasil mengendurkan pendirian umum rakyat Amerika yang percaya bahawa kebebasan adalah prinsip penting dan tahanan tanpa bicara adalah satu perkara yang tidak mungkin berlaku di Amerika sebelum itu.

Bantahan ada tetapi tidak sekuat sebagaimana yang lazimnya berlaku jika ia digubal ketika ‘aman’. Jelas, Friedrich Hayek, penerima anugerah Nobel Ekonomi tepat dalam merumuskan peringatannya beberapa dekad lalu: ““Emergencies” have always been the pretext on which the safeguards of individual liberty have eroded.”

Ironinya, ketika WTC dipercayai ramai (terutama di dunia Islam) sebagai satu konspirasi, persoalan nyawa tidak menjadi perhitungan semasa dakwaan itu dibuat. Anehnya, Tun Dr. Mahathir yang turut percaya bahawa WTC adalah satu konspirasi menunjukkan rasa teruja kerana tahanan tanpa bicara di Amerika kini dapat menjustifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidak cukup dengan Akta Patriot, Amerika turut memulakan kempen ketenteraan di Iraq. Sekali lagi, sentimen pro kebebasan dan keamanan dikendurkan oleh sentimen patriotisme yang didorong oleh apa yang dipercayai ramai sebagai konspirasi. Bagaimanapun tetap ada ramai rakyat Amerika yang tidak setuju dengan tindakan itu. Bukan sahaja serangan di Iraq itu memberi kesan buruk kepada ekonomi, mereka juga tidak mahu nyawa tentera dipertaruhkan untuk perang yang lebih bersifat politik berbanding patriotik.

Memang, sejarah juga menunjukkan teori konspirasi tidak mudah dibuktikan segera. Ia memerlukan waktu yang lama untuk dibuktikan kerana akses kepada maklumat cukup terbatas, malah mungkin dilupuskan.

Bukan persoalan hitam atau putih

Sudah tentu konspirasi adalah pilihan terakhir terakhir mahu dipercayai oleh orang ramai, justeru ia mudah dijalankan. Ini pernah dikemukakan oleh Hermaan Goering, Presiden Reichstag (Parlimen Jerman), anggota parti Nazi yang juga Ketua Komander Luftwaffe. Menurutnya: “Naturally, the common people don’t want war. Voice or no voice, the people can always be brought to the bidding of the leaders. All you have to do is tell them they are being attacked and denounce the pacifists for lack of patriotism.”

Sikap baik orang ramai juga sukar untuk percaya bahawa kejijikan politik boleh ke tahap itu. Namun awas, sekiranya garis komunikasi media tidak dibetulkan, keyakinan orang ramai terhadap dakwaan konspirasi boleh berkembang dan diterima ramai. Dengan penyertaan sejumlah Jeneral termasuk bekas Laksamana dan Ketua Panglima Tentera ke dalam parti yang ditempelkan imej buruk oleh media sedikit sebanyak akan mengukuhkan lagi dakwaan adanya unsur politik dalam kes ini.

Persoalan ini tidak mudah. Ia masih rumit kerana tidak banyak maklumat dapat diketahui. Kita masih tidak tahu kenapa tindakan lewat diambil. Jika benar adanya rundingan di peringkat awal, siapakah yang mewakili kedua-dua pihak? Apakah perkara yang dirundingkan? Mengapa ia buntu?

Selain itu, apakah benar dakwaan mereka dijanjikan tanah dan mahu berjumpa pemimpin tertentu? Bagaimana pula senjata api dibawa masuk? Benarkah sebahagian mereka adalah rakyat Malaysia yang menerima kad pengenalan mudah sebelum ini?

Sekali lagi, banyak persoalan yang timbul sebenarnya dapat membantu kita memetakan peristiwa ini dengan pandangan yang lebih jelas. Tidak timbul soal tidak patriotik dengan bertanya. Kecuali dalam beberapa kes, umumnya rakyat Malaysia memandang tinggi pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Sesungguhnya rakyat Malaysia percaya pasukan keselamatan dan pertahanan kita cukup kuat dan tidak selemah seperti yang digambarkan melalui keupayaan penceroboh meloloskan diri dan apa juga persoalan yang ditimbulkan boleh menjadi penting dan lebih tinggi nilai patriotismenya jika ia sebenarnya dapat memastikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara tidak diperkotak-katik oleh mereka yang berkepentingan politik.

Doa kita untuk kedaulatan, keselamatan dan maruah setiap individu dan negara ini. Semoga anggota keselamatan dan pertahanan kita yang terkorban dirahmati.

Amin Ahmad, 31 ialah peneliti perkembangan sosio-politik ekonomi di Malaysia.

Kiriman Berkaitan

“J’accuse”: Dreyfus di Zaman Kita (I) Jacqueline Rose

Anwar dan Pluralisme: Menjawab Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady Amin Ahmad

Langkah Demi langkah admin

Masa Depan Hubungan Muslim-Amerika admin

Meroboh Hegemoni UMNO Najwan Halimi

Demi Rakyat Jerman Najwan Halimi

Tulisan Berkaitan

Libya, Barat dan Naratif Demokrasi

Reformasi Sistem Kesihatan Malaysia

Politik dan Khidmat Awam

Rampasan Kuasa Morsi

Lima Soalan Untuk Mahathir

No related posts.

Nasi Goreng Budu Kakak
i

Pagi-pagi lagi Fauzeeyah sudah di dapur menggoreng ikan kering. Sementara  menunggu gorengannya masak, tangannya cepat-cepat mengupas kulit bawang merah, selepas itu seulas bawang putih yang besar seterusnya dibasuh dan dicampaknya ke dalam lesung. Dua biji lada dicapai dan dimasuk juga ke dalam lesung. Terus, ia tumbuk lumat. Sesekali tangan kiri diangkat ke dahi, dan kening. Ikan kering sudah pun masak, baunya meruap keluar. Minyak di dalam kuali dibuang lebih kurang dua perempat ke dalam mangkuk.

Bawang merah, bawang putih dan dua biji lada yang ditumbuk itu dimasuk ke dalam kuali. Segera dia meramas nasi dalam periuk—nasi petang semalam yang sengaja ditanak dengan empat cawan besar beras. Nasi itu sudah pun bergaul di kuali. Sebotol budu diambil dan direnjis-renjis, nasi digaul lagi. Beberapa butir nasi disuap ke mulutnya.

“Ijah, Zee, Mat, mari makan,” panggilnya ketika ia sedang menyedok nasi ke pinggang. Adiknya, Faizah sudah menjulur kepala ke dapur, dengan tuala mengesat-ngesat rambut. “Cepat panggil adik-adik makan, nanti lambat ke sekolah,” arahnya.

“Kakak, mengapa kena sarapan di rumah? Hari-hari makan nasi goreng budu. Ayah belum kirim duit lagi?” suara Faizah menerjah gegendang telinga Fauzeeyah. Faizah bertanya demikian kerana sebelum ini dia dibekal wang untuk sarapan di kantin sekolah tetapi sejak kebelakangan ini semuanya berubah, semuanya dicatu, makanan di rumah makin tidak sedap—semuanya dimakan dengan budu.

Fauzeeyah memaling muka menatap adiknya. “Ya, ayah belum kirim wang. Mulai saat ini kita kena berjimat-cermat.”  Kedengaran suaranya perih. Tengkuknya terasa kering. “Panggil adik-adik makan, cepat,” katanya.

Nasi goreng budu berlauk ikan kering goreng sudah siap dihidang empat pinggan termasuk juga empat cawan air teh O. Empat beradik itu duduk mengelilingi menyuapi sarapan pagi. Fauzee mahu tambah. Fauzeeyah bangun dan menyeduk satu senduk nasi. “Cukup, emak belum makan lagi,” katanya sambil menghulur pinggang kepada Fauzee. Nasi goreng tinggal dua senduk lagi dalam kuali. Dua senduk itu untuk emaknya yang terpaksa sesudah subuh lagi telah pergi mengadap batang-batang getah dengan perut semakin memboyot mengandung adiknya.

“Kak, bila ayah akan kirim duit?” tanya Ahmad yang sedang memakai kasutnya.

“Mat, Insya-Allah ayah akan kirim wang.”

“Bila? Tengok, kasut dah koyak. Malulah nak pakai.” Ahmad membuat muka monyok. Minggu lepas lagi Ahmad yang sedang belajar di prathom 2 atau darjah dua mengadu akan keadaan kasutnya yang sudah teruk. Ibu jari sudah terbonjol di hujung kasut. Seringkali Ahmad diejek di sekolah. Emaknya dah berkali-kali berjanji mahu beli kasut baru untuknya. Janji itu ditagihnya setiap kali mahu ke sekolah.

“Mat, cuba tengok kasut kakak.” Fauzeeyah mengangkat kasut sekolah yang dibeli di kedai barangan terpakai. “Kasut kakak pun dah berlubang. Tapi kakak tak malu pakai.” Fauzeeyah menyarung kaki dengan kasutnya. Ahmad masih monyok. Fauzeeyah menarik tali kasut. “Ingat, bukan semua orang pakai kasut carik. Hanya orang hebat-hebat saja. Orang terpilih macam….”

“…macam kakak?” soal Ahmad yang dengan malasnya memakai kasut.

“Macam Ahmad, penjaring tiga gol minggu lepas. Dengan hanya pakai kasut buruknya dia berjaya menewaskan pemain yang memakai kasut bola kulit yang mahal. Hebat!”

Ahmad berpaling ke pipi kakaknya yang tengah mengikat tali kasut dan bergelak tawa. Minggu lepas adalah hari gembira buat Ahmad, dia berjaya membantu pasukan kelasnya menewaskan kelas sebelah yang dipenuhi dengan pemain bola yang memakai kasut bola mahal-mahal dalam kejohanan antara kelas anjuran pihak sukan sekolah. Dengan memakai kasut sekolah buruknya yang sudah terkoyak itu, dia berjaya menjaringkan tiga gol seterusnya dinobatkan pemain terbaik.

Fauzeeyah membalas ketawa adiknya. “Kasut ini,” kata Fauzeeyah sambil tangannya menyentuh kasut di kaki Ahmad, “suatu hari nanti akan menjadi barangan berharga yang boleh berharga berjuta-juta dolar. Dolar Amerika…”

Mulut Ahmad menganga, teruja mendengar. “Kasut buruk boleh berharga berjuta dolar Amerika?”

“Kerana kasut ini adalah milik pemain bola sepak terhebat di dunia suatu hari nanti. Kasut ini mesti dijaga dengan baik. Akan jadi barangan rebutan nanti.”

Dan dua beradik itu ketawa lagi. Mereka pun berangkat ke sekolah.

Pagi itu Fauzeeyah pergi sekolah dengan kerisauan. Kerisauan itu bertambah saban hari yang menekan kotak pemikiran, membuatkannya berfikir yang macam-macam hingga persekolahan terganggu. Dia berfikir tentang ayahnya, dia berfikir tentang ibunya yang sarat mengandung, dia berfikir tentang persekolahannya, termasuk persekolahan adik-adiknya, dan tentu berfikir pasal wang! Dia menyeluk sakunya, cukup untuk pergi dan balik sekolah. Dia mengeluh dalam sepanjang perjalanan ke Madrasah An-Nur di mana tempat beliau menuntut ilmu; sebuah sekolah agama rakyat yang menggabung pendidikan agama di sebelah pagi dan pendidikan akademik Thai di sebelah petang.

Selepas selesai solat Zohor di surau sekolah, dia menadah tangan berdoa kepada Allah supaya masalah yang dihadapinya ini ada jalan keluarnya. Dia berdoa bersungguh-sungguh.

Ketika dia berjalan menuju kelas untuk mengikuti pengajian akademik Thai di sebelah petangnya, dia berhenti melangkah, dan mendongak ke gambar Raja Bhumibul dan Ratu Sirikit yang dihias indah bingkainya dengan kalung bunga-bunga. Dia percaya Raja Bhomibul suka membantu rakyatnya yang susah. Sejak kecil dia diperdengar sisi-sisi kemanusiaan Raja Bhomibul. Dia jadi sayang dengan Raja Bhomibul. Terdetik di hatinya, satu rancangan, dan satu harapan. Dia mesti mencuba.

Sepanjang petang itu, fikirannya melayang-layang mencari kata-kata yang sesuai untuk dipersembahkan kepada Raja Bhomibul mengenai masalah yang sedang ia hadapi. Apa yang diajar oleh guru-guru yang masuk silih berganti langsung tidak dicermatinya dengan baik. Hanya satu hal di fikirannya. Dia mahu menulis surat. Dia mahu menulis surat kepada Raja Bhomibul dengan satu salinan untuk perdana menterinya. Surat itu mesti ringkas dan boleh menyentuh perasaan.

Tiba-tiba satu persoalan mengganggunya. Bagaimana jika surat itu mendapat liputan media yang menyebabkan dirinya menjadi dikenali ramai? Seterusnya tumbuh pula satu soalan lagi bermain di kepalanya; Ayah ditangkap atas dakwaan menentang Raja dan Negara, apa aku akan dianggap anak penderhaka?

Sebenarnya dalam diam-diam, Fauzeeyah percaya dengan tuduhan ke atas ayahnya itu. Dia percaya ayahnya terlibat dengan pemberontakan. Jiwanya kacau kembali. Kembali dia memandang ke depan kelas. Cikgu di hadapanya sedang berkata-kata tentang sastera Thai. Dia mendongak ke atas, foto Raja Bhomibhul serta Ratu Sirikit—yang juga digantung dalam kelasnya—ditenung lama.

“Fauzee-yah!” Dia diherdik keras.

“Saya sayang raja, saya benci tentera, cikgu.” Spontan Fauzeeyah menjawab. Jawapan Fauzeeyah menimbul gelak dalam kelas. Fauzeeyah tersedar, dia jadi malu, mukanya merah.

Cikgunya mengangkat sedikit kepala, angkuh. “Apa Fauzeeyah? Benci tentera?” Seisi kelas terdiam bila pertanyaan cikgu kedengaran serius seperti ada getar kemarahan. Lidah Fauzeeyah kelu.

ii.

Di sekolah, Faizah banyak mendiamkan diri. Dia sudah berubah. Sebelum ini dia seorang periang, dan suka buat kelakar. Namun, sejak dia digelar ‘anak penjahat’ atau ‘ anak pembunuh’ oleh rakan sekelas, dia jadi murung. Dia rasa seperti rakan-rakan sekelas semua memulaukannya. Semua tidak mahu berkawan dengannya. Guru-guru pun seperti mengiakan ejekan yang diterimanya. Satu sekolah telah membencinya. Itulah anggapannya.

Bisik-bisik di kalangan rakan sekelas yang ia dengar, ayahnya telah ditangkap oleh pihak tentera kerana dituduh membunuh tentera. Ia anggap itu fitnah. Mana mungkin ayahnya yang selalu sembahnyang dan berzikir lama-lama itu membunuh orang. Selama ini pun dia belum lihat ayahnya memukul emaknya, tak memarahi emak, tidak seperti jiran sebelah rumahnya yang selalu memukul isterinya. Tak mungkin ayahnya sebaik itu membunuh tentera. Dia ingat lagi, ayahnya pernah membantu menolak trak tentera yang jatuh longkang. Mana mungkin ayah yang menembak tentera. Itu fitnah. Fitnah! Fitnah!

“Murid-murid, kita mesti bersikap mementingkan perdamaian dalam hidup ini. Kita tidak boleh bersikap membenci dan memusuhi orang lain. Barulah hidup kita aman, tempat kita aa…”

“Aamaannn,” sahut murid-murid.

“Jangan sesekali kita membunuh orang, lebih-lebih bunuh askar, mereka adalah penjaga keamanan. Kalau kita bunuh mereka, tidak amanlah tempat kita,” terang cikgu perempuan itu. “Ya, murid-murid, mengapa tempat kita sekarang tidak aman? Semalam ada bom. Sekolah dibakar. Cikgu ditembak. Adakah ini yang kita mahukan?” tanya cikgu itu.

“Tak,” jawapan serentak kedengaran.

“Jadi, apa yang perlu kita lakukan?”

“Kita jangan sokong penjahat,” jawapan serentak kedengaran sekali lagi.

Cikgu mengangguk. “Pandai. Jadi kita jangan sokong pembunuh dan pengebom askar. Jangan sekali sokong mereka ini! Lapor pada pihak berkuasa jika kenal penjahat ini. Dan jangan sesekali ikut perangai penjahat ini.”

“Seperti ayah Faizah, cikgu. Ayah Faizah, seorang pembunuh kan?” suara seorang murid lelaki gemuk bergema. Segera diikuti gelak ketawa seluruh kelas.

Faizah menjeling ke arah gurunya. Gurunya seperti membenarkan. Dia pun menunduk kepala melihat kasutnya. Ikatan tali kasut sudah terburai. ‘Ayah aku bukan pembunuh. Ayah aku bukan pengebom. Ayah aku sedang kerja di Malaysia. Ayahku bukan penjahat! Bukan penjahat! Bukan pembunuh! Bodoh! Cikgu Siam gila!’ bergema-gema di dalam dada Faizah.

Ketika waktu rehat, dia duduk mencangkung dalam tandas, menangis sepuas-puas tanpa kedengaran isak yang dipendam dalam. Setelah puas menangis, dia mula menyoal. “Betulkah ayah di Malaysia? Kerja di sana? Kalau betul kerja di sana, mengapa belanja hari-hari emak catu? Atau emak, kakak sedang sembunyi sesuatu? Adakah benar ayah pembunuh? Dan sedang ditahan?”

Dia bangkit. Keputusan sudah dibulatnya. Dia mesti tahu hal sebenar. Emak dan kakaknya mesti jawab soalannya. Dia jadi tidak sabar. Mahu cepat pulang ke rumah. Bila sahaja dia bangkit, dan mahu keluar dari tandas, kedengaran beberapa orang rakan sekelas masuk bilik air. Mereka berbual riang, dan salah seorang antara mereka menyebut nama Faizah. “Ayahku kata, ayah Faizah penjahat besar. Dia edar dadah untuk buat modal beli bedil dan bom nak lawan kerajaan,” kata rakan sekelas Faizah yang juga anak Tok Kamnan atau Penggawa di kampungnya. Faizah jadi geram mendengarnya.

“Berani mu kata begitu. Nanti bila tanah ini dapat keluar dari Thai dan jadi negara merdeka, mu akan tunduk di kaki Faizah,” ujar salah seorang rakannya dengan nada berseloroh.

Anak Tok Kamnan itu juga gelak kecil. “Mengapa aku perlu tunduk pada dia?”

“Dia akan jadi orang besar. Mungkin jadi menteri. Ayahnya akan dikenang sebagai bapa kemerdekaan tanah ini bila tanah ini dapat kemerdekaan.”

“Mimpi di siang hari.” Gelak tawa pecah. Pili air ditutup. Rakan-rakan Faizah berjalan keluar. Faizah sempat mendengar satu soalan dituju kepada anak Tok Kamnan itu, “Betul, orang kata ayahmu yang adu pasal gerak-geri ayah Faizah kepada tentera?” Faizah menanti jawapan.

Jawapannya, Faizah tak dapat dengar, hanya yang didengar berita kehadiran artis nasyid yang dibual oleh murid-murid perempuan yang baru masuk ke bilik air, “Dengar khabar ada orang nak bawa Maher Zain buat konsert di Yala.” Langsung tak menguja Faizah. Apa yang dibual oleh kawan-kawan sekelasnya itu serta khabar angin yang ia dengar, menyebabkan Faizah makin yakin dengan cerita buruk seputar ayah di sekolah dan di kampung. Tapi hatinya sukar menerima kenyataan itu, dan sangat berharap ia tak benar.

Namun begitu, cerita pasal ayahnya mungkin juga ada kebenarannya. Dengan longlai, Faizah keluar dari tandas, keluar dari bilik air sambil di dalam hati ia menyatakan bantahan terhadap ayahnya, ‘mengapa ayah jadi penjahat? Mengapa ayah lawan tentera? Kita mahu hidup aman. Mengapa ayah?’

Sedang Faizah berjalan ke kelasnya, dia dengar dan lihat satu pergaduhan berlaku. Ramai murid-murid berkerumun. Beberapa orang guru berkejaran. Dia ikut merapat bila mendengar suara marah-marah itu seperti suara adiknya. Sah, adiknya yang terlibat dengan pergaduhan itu.

“Cikgu, dia yang mula dulu. Dia kata ayah saya penjahat! Dia kata ayah saya pembunuh!” tegas Fauzee.” Cikgu, ayah saya kerja di Malaysia sekarang!” tambah Fauzee dengan marah.

Murid berambut kerinting cekak pinggang. “Ah, dia pukul saya dulu. Memanglah, ayahmu memang penjahat! Kau tidak baca suratkhabar!? Ayahmu kena tangkap! Masuk gok di Yala!”

Serta-merta Fauzi melepas tumbukan ke muka murid berambut kerinting itu, lalu rebah dan meraung kesakitan. Sepantas juga satu penampar datang daripada seorang guru hinggap ke pipi Fauzee membuatkan terduduk ke tanah. Secepat juga Faizah meluru ke arah adiknya, dan menjerit. “Mengapa sekolah ini membenci kami?!”

iii.

Petang, Fauzeeyah memicit-micit kepala emaknya yang mengadu pening di pangkin depan rumah. “Mak, boleh tak jangan pergi menoreh. Mak perlu jaga kesihatan.” Tangan-tangan Fauzeeyah perlahan-lahan memicit di bahagian tengkuk pula.

Emaknya menarik nafas.” Kita tak ada duit. Mak tak akan biarkan anak-anak mak tak dapat sekolah,” jawab emaknya yang badannya masih berbau getah.

“Bagaimana dengan ayah mak?” Tangannya berhenti memicit.

Emak seperti mula kesedihan. “Entah. Ayahmu akan diterus ditahan. Mungkin lama lagi.”

“Mak, adik-adik dah bising tanya pasal ayah. Mak, mengapa kita tidak bagitahu saja hal sebenar?”

Emak memusing tubuh mendepaninya. Mata emaknya kelihatan layu mungkin terlalu berendam air mata. Kedua-dua bahunya sudah dipegang tangan pucat emaknya. “Yah, hujung minggu ini kita bawa adik-adik pergi melawat ayah. Ya, mereka patut tahu.”

Fauzeeyah memandang dalam ke mata emaknya, dia dapat merasai penderitaan yang sedang ditanggung emak. Bukan saja menoreh getah, emaknya juga mengambil upah menjahit pakaian dengan membongkok di mesin jahit yang kadang-kadang sampai lewat malam. Fauzeeyah memeluk emaknya dengan memejam mata, derita yang ditanggung emaknya dapat dirasai dengan lebih mendalam lagi, seiring dengan semakin membesar perut emaknya yang ia dapat rasai sekarang. Angin petang meluruhkan daun-daun tua ke atas dua beranak itu.

Sebuah motorsikal datang ke arah rumah mereka. Jelas, ia dibonceng oleh isteri tok naiban dan ditunggang anaknya. Bila sahaja, motorsikal berhenti, isteri naiban sudah menyingsing lengan dan terus menghambur kata-kata bak peluru berdas-das. Tak reti jaga anak, ajar anak jadi samseng, ajar jadi penjahat macam ayah dia, itulah antara hemburan kata-kata isteri naiban itu.

Emaknya diam kaku. Fauzeeyah berang, dia berdiri, mengetap gigi. “Apa yang adik saya lakukan!?”

“Adik kau, Fauzee telah tumbuk anak aku! Sampai bengkak mata!”

“Fauzee! Keluar!” laung Fauzeeyah memanggil adiknya ke dalam rumah. Emaknya menunduk kepala dan mula menangis.

Fauzee, Faizah dan Ahmad keluar dengan wajah ketakutan. Isteri naiban membuat muka geram.

“Apakah benar kamu pukul…”

Fauzee telah pun menjawab.” Anak Makcik patut ditumbuk! Dia ejek ayah kita pembunuh! Dia kata ayah kita masuk gok! Tak, ayah kita sedang kerja di Malay.” Fauzee sudah pun berair mata.

Isteri naiban celik mata luas-luas. “Hei, apa yang kau ajar anak kau? Ajar berbohong!”

Tiba-tiba Faizah menjerit. “Emak, betulkah ayah ditangkap!? Kakak, adakah ini benar!?”

Isteri tok penghulu itu meninggalkan mereka dengan hati yang puas. Sebelum itu dia berkata, “Mulai esok kau tak payah menoreh getah aku lagi!” Segulung duit dilempar.

“Mengapa mak tipu kami? Kakak pun sama, mengapa tipu kami!? jerit Faizah sebelum meluru lari ke bilik. Kedengaran Faizah menangis terisak-isak.

Esoknya adik-adiknya tidak mahu ke sekolah. Lusa begitu juga. Nasi goreng budu terhidang kering tidak dijamah. Emaknya tidak berkata apa-apa, hanya membisu di serambi.

“Esok, kita semua pergi jenguk ayah,” kata emak di malam hari memecah kebisuannya.

Ketika embun masih menitis mereka lima beranak keluar rumah menumpang motorsikal roda tiga. Coley bergerak membawa mereka menuju  ke pekan Sungai Padee untuk menaiki keretapi berbekalkan nasi goreng budu di dalam perut. Mereka tidak banyak cakap, hanya sekali-sekala Ahmad mengusik. Itupun dibalas dengan tidak mesra oleh Fauzee ketika keretapi semakin laju bergerak meninggal stesen, jambatan demi jambatan besi, padang rumput, lembu kerbau, pohon-pohon getah, sawah-sawah padi serta rumah-rumah. Mereka tetap mengelamun mengingat saat-saat indah bersama ayah mereka.

Seorang pegawai tentera lengkap beruniform menatap mereka.” Kami memohon maaf puan. Kami terpaksa menahan suami puan di bawah Undang-Undang Darurat kerana kami syak dia….”

Fauzeeyah bingkas bangun. “Bengong! Undang-undang gila! Dulu tahan ayah kami ikut Undang-Undang Tentera! Sekarang ubah pula kepada Undang-Undang Darurat! Entah esok lusa , tahan ayah kami ikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pula!’’ Fauzeeyah melepas rasa geram dengan menumbuk meja. Adik-adiknya  jadi bersemangat meskipun mereka tidak faham apa yang dikata kakak mereka—lawan kak, jawab kak, jerit adik-adiknya.

Sejak ayahnya ditangkap, dia banyak membaca perihal undang-undang dan perlembagaan negara, dia baru tahu ada tiga set undang-undang yang dipakai di wilayah bergolak ini. Pertama, Undang-Undang Tentera yang memperuntukkan masa selama tujuh hari buat anggota keselamatan menahan suspek sebelum didakwa atau dibebaskan jika kekurangan bukti. Kedua, Undang-Undang Darurat yang membolehkan pihak berkuasa menahan orang disyaki selama tiga puluh hari. Dan ketiga, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang  memberi kuasa kepada tentera menahan tanpa bicara untuk satu tempoh terhadap suspek—tapi undang-undang ini belum dikuatkuasa lagi setahunya.

Malangnya, pihak berkuasa telah mengubah taraf tahanan seseorang dari satu undang-undang kepada undang-undang yang lain termasuk terhadap ayahnya. Ini tidak adil!, keluhnya dalam hati. Dia sedar dia budak kecil baru berumur empat belas tahun, air mata sudah pun meleleh turun.

Tangan emaknya sudah mengusap di kepala seraya memohon maaf kepada pegawai itu atas kelakuan tadi. ”Kami datang hanya mahu melawat ayah budak-budak ini. Boleh?”

Pegawai itu membetulkan duduknya. ”Tak mengapa puan. Anak-anak puan hanya terganggu. Saya memahaminya. Oh, puan, Undang-Undang Darurat membenarkan hasrat puan. Tunggu sekejap, saya akan uruskan.”

Keretapi laju bergerak menuju ke selatan meninggalkan bandar Yala dengan kesedihan. Di kepala Fauzeeyah masih tergambar wajah ayahnya, tubuh renta ayahnya,dan rambut berserabut ayahnya. Ayahnya kelihatan kurus sekali. Dia ingat betul-betul pesan ayahnya, “Yah, ganti tempat ayah. Jaga adik-adik. Jaga emak. Jangan kisah sangat pasal ayah di sini. Ayah makan, minum cukup. Jangan risau.” Suara ayahnya lirih di balik jeriji besi.

“Ingat pesan ayah, ayah mahu kamu sekolah. Jangan peduli dengan orang kata pasal ayah. Buat tak tahu saja. Ayah tetap ayah kita.”

“Ya, kakak. Kami akan ke sekolah. Kami tetap akan makan nasi goreng budu, kakak,” sahut adik-adiknya bersama.

Keretapi terus melaju.

Isma Ae Mohamad adalah penulis asal Pattani, Thailand. Bercita-cita mahu menjadi penulis memperjuang hak-hak orang tertindas di wilayah konflik. Novelnya berjudul ”Laskar Cinta” terbitan PTS Pop berkisah tentang nasib pelarian etnik Karen di sempadan Thai-Burma.

*Edisi pendek cerpen ini pernah disiar dalam majalah Aniqah bulan Mei 2011. Kiriman Berkaitan

Sayang, You nampak cantik; Sayang, I Love You dan Leviathan Muhammad Daniyal Abd Kadir

Sajak: Wan Nor Azriq Wan Nor Azriq

Lompatan Goenawan Mohamad

35 Hasmi bin Hashim

Misteri Kucing Schroedinger (2) Clarissa Lee

Balak Hasmi bin Hashim

Tulisan Berkaitan

Reformasi Sistem Kesihatan Malaysia

Ceritera Bayangan Mimpi

13 Mei dan Bangsa Malaysia

Politik dan Khidmat Awam

Are You Ready for BN?

No related posts.

Politik dan Khidmat Awam
“Therefore, if you are interested, if you want to participate, if you feel strongly about any public question, whether it’s labor, what happens in India, the future of American agriculture, whatever it may be, it seems to me that governmental service is the way to translate this interest into action, that the natural place for the concerned citizens is to contribute part of his life to the national interest. Like many decisions in life a combination of factors pressed on me, which directed me into my present profession.”

John F. Kennedy, 1960

Saya seringkali ditanya oleh teman-teman: “Kerjaya apakah yang lebih mulia di mata rakyat; penjawat awam atau ahli politik?” Jawab saya: “Kedua-dua profesion adalah mulia dan terhormat asal saja kita tidak khianat dan berlaku zalim.”

Kata mendiang John F. Kennedy atau JFK, mantan presiden Amerika Syarikat, kuasa seorang ahli politik barangkali besar, dan oleh sebab itu kuasa ini punya keperluan untuk disemak. Kata beliau lagi – hakikatnya, kerjaya sebagai ahli politik tetap menjadi satu kerjaya yang sering disalahguna dan diremehkan.

Namun demikian, kerjaya sebagai ahli politik-lah yang akan menentukan keputusan-keputusan besar tentang peperangan, keamanan, kemakmuran dan kemelesetan; keputusan sama ada mahu terus mara ke depan atau mundur ke belakang. Simpul beliau, dalam ertikata yang lebih besar, segalanya kini tergantung kepada apa yang diputuskan oleh Kerajaan.

Komitmen terhadap khidmat awam

Lantaran terkesan dengan ungkapan JFK, lima tahun yang lalu, sebaik tamat pengajian di universiti, saya memutuskan untuk menumpukan komitmen saya terhadap khidmat awam. Kebetulan, tatkala saya tamat pengajian pada Mac 2008, tsunami politik melanda negara dan beberapa orang anak muda muncul sebagai wakil rakyat.

Salah seorang daripadanya adalah teman saya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang ketika itu berusia 26 tahun, dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan merupakan wakil rakyat termuda yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ketika itu.

Nik Nazmi mempelawa saya menyertai beliau dan membantu operasi pentadbiran pejabat khidmat rakyat yang dibuka di Kelana Jaya. Pada masa sama, saya juga bertanggungjawab menyelaras aktiviti politik beliau secara lebih sistematik dan konstruktif. Hampir setahun berkhidmat sebagai pembantu politik, saya kemudiannya beralih menceburi kerjaya sebagai jurutera – disiplin ilmu yang saya dalami ketika di universiti sebelum ini.

Bagaimanapun, saya tak kekal lama sebagai jurutera. Pada 2009, saya memilih untuk menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan ditempatkan di Kementerian Pengangkutan. Akibat tekanan politik atasan, saya kemudiannya menyertai Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Ternyata, pengalaman peribadi saya sebagai seorang penjawat awam – dan kini sebagai politikus muda – sememangnya membenarkan apa yang dilontarkan oleh mendiang JFK iaitu perkhidmatan awam ‘adalah bidang terbaik untuk menterjemahkan kemahuan menjadi tindakan dan adalah tempat terbaik untuk warga yang peka bagi menyumbangkan sebahagian daripada hidupnya untuk kepentingan nasional.’

Etika kerja dan campurtangan politik

Malangnya, di Malaysia kelihatan semacam wujud percanggahan dengan gambaran perkhidmatan awam seperti yang disifatkan oleh JFK. Persepsi terhadap perkhidmatan awam di negara ini tak lagi seperti yang lazimnya kita dengar.

Hari ini, perkhidmatan awam dan anggotanya dikaitkan dengan pelbagai konotasi negatif – laih, lembam, tidak produktif, korup dan bias. Perkhidmatan awam dianggap sebagai lubuk emas kelompok yang mencari keselamatan kerjaya dan kewangan menerusi jalan mudah.

Hakikatnya, persepsi ini ada asas lantaran wujud segelintir penjawat awam yang tak punya etika dalam bekerja. Amalan curi tulang, makan gaji buta, ponteng kerja dengan mengemukakan sijil cuti sakit palsu, memberi rasuah serta menerima suapan dan melakukan pekerjaan sambilan di dalam waktu pejabat merupakan antara kegiatan tak bertanggungjawab yang dilakukan oleh segelintir penjawat awam hingga menyebabkan nama baik perkhidmatan awam tercemar dan dipandang remeh.

Sebagai langkah untuk memperbaiki persepsi ini, kerajaan sewajarnya mengambil tindakan tegas dan pro-aktif dalam menangani gejala tersebut. Rata-rata semua penjawat awam yang mula berkhidmat akan didedahkan dengan Etika Perkhidmatan Awam (1979) dan turut tertakluk di bawah Perintah Am yang perlu dipatuhi.

Selain itu penjawat awam juga turut terikat dengan beberapa akta berkaitan antaranya Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencen 1980. Persoalannya adalah sejauhmana ianya dilaksana dan dikuatkuasakan?

Selain persepsi serong membabitkan budaya kerja penjawat awam, faktor bias dalam melaksanakan tugas khususnya membabitkan campurtangan politik juga merupakan wabak yang semakin membarah di dalam sektor perkhidmatan awam sejak kebelakangan ini. Gejala ini secara tidak langsung mengakibatkan banyak pelaksanaan dasar-dasar kerajaan terganggu dan tergendala.

Penjawat awam, khususnya yang berada dalam kumpulan pembuat keputusan seringkali terperangkap dan menjadi keliru lantaran arahan politik yang bertentangan antara satu dengan yang lain atau berlawanan dengan dasar perkhidmatan awam sedia ada juga bercanggah dengan kepentingan dan tatakelola kewangan kerajaan.

Ketempangan skim saraan

Selain daripada itu, isu melibatkan kenaikan gaji yang tidak setara dengan kenaikan kos sara hidup turut mengundang keresahan di kalangan penjawat awam. Di dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang yang diumumkan oleh kerajaan, golongan berpendapatan rendah dari kategori perkhidmatan sokongan adalah merupakan golongan yang diberikan kuantum kenaikan gaji paling rendah berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain walhal kelompok inilah yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Hasil desakan pimpinan dan wakil-wakil Pakatan Rakyat di Parlimen, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan SBPA pada Mac 2012 dan Skim Saraan Malaysia (SSM) digunapakai semula dengan beberapa penambahbaikan. Pengumuman tersebut kemudiannya disusuli dengan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam berkuatkuasa pada 25 April 2012.

Pelaksanaan dasar tersebut telah memperlihatkan peningkatan gaji 1.4 juta penjawat awam di mana tujuh hingga 13 peratus kenaikan gaji dilaksanakan mengikut gred masing-masing.[1] Namun demikian, pelaksanaan kenaikan kadar gaji ini masih tetap berpaksikan kepada hierarki kumpulan perjawatan seperti mana yang dicadangkan menerusi SBPA.

Apa yang mengecewakan adalah pihak kerajaan sehingga hari ini masih lagi belum membentangkan laporan hasil kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Khas Transformasi Perkhidmatan Awam berkaitan penyelarasan semula skim gaji penjawat awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa pada November tahun lalu.[2] Tatkala rakyat terus terbeban dengan kenaikan pelbagai kos sara hidup, isu yang melibatkan kebajikan penjawat awam ini kelihatan seolah-olah diremehkan dan tidak diberikan keutamaan sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Meminima saiz perkhidmatan awam

Dalam mana kita komited untuk menaiktaraf skim saraan dan kebajikan anggota perkhidmatan awam, kita tidak seharusnya menafikan bahawa saiz perkhidmatan awam di negara ini adalah antara yang terbesar di dunia dan secara tidak langsung telah mengakibatkan kerajaan menanggung kos yang tinggi dalam perbelanjaan mengurus. Nisbah penjawat awam kepada penduduk Malaysia adalah sebanyak 4.68 berbanding Indonesia  sebanyak 1.79 dan Thailand sebanyak 2.06.[3]

Semakan saya mendapati, sehingga 30 September 2012, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memiliki seramai 40,558 kakitangan[4] dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.74 bilion bagi tahun 2012.[5] Manakala White House pula memiliki seramai 468 orang kakitangan dengan perbelanjaan mengurus sebanyak USD37.8 juta atau RM115.3 juta.[6] Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara pengurusan JPM dan White House baik dari segi perbelanjaan mahupun dari bilangan perjawatan.

Saiz perkhidmatan awam yang besar tidak menjamin kualiti penyampaian. Berdasarkan jawapan di dalam Parlimen[7] oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong, di antara tahun 2005 hingga 2011 sejumlah 5,983 orang penjawat awam telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 816 orang penjawat awam telah didakwa di mahkamah, 324 orang disabitkan kesalahan, 69 orang dilepaskan dan 298 telah dibebaskan daripada pendakwaan. Manakala 105 kes masih lagi dibicarakan atau sedang melalui proses rayuan dan sebanyak 20 kes telah ditarikbalik.

Oleh yang demikian, satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini bertujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan serta untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang wajar diserap dan dilantik untuk berkhidmat di dalam sektor awam.

Pada masa sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa mana-mana penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik dan terjebak dalam masalah disiplin serta disabitkan dengan kesalahan jenayah – tanpa mengira pangkat dan kedudukan – perlu disingkirkan dari berkhidmat demi menjaga nama baik dan imej perkhidmatan awam.

Tawaran Pakatan Rakyat

Perkhidmatan awam merupakan asas kepada sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat. Sistem penyampaian yang berkualiti dan efisyen adalah sangat mustahak dalam menjamin kelangsungan dan kelancaran pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Justeru, saya tertarik untuk menyorot kembali tawaran-tawaran yang telah diajukan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha mereka memenuhi komitmen untuk mewujudkan satu sistem perkhidmatan awam yang berwibawa dan berintegriti.

Bagi mencapai tujuan tersebut, Pakatan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 yang diadakan di Alor Star, Kedah pada tahun lalu telah mengumumkan Tawaran Jingga yang mengandungi dasar-dasar asas untuk memperkasa perkhidmatan awam negara seandainya diberi mandat mentadbir negara. Enam tawaran tersebut adalah:

Memberikan pengiktirafan kuasa yang sewajarnya kepada perkhidmatan awam dengan menolak sama sekali sebarang campur tangan politik. Memartabatkan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah entiti yang memberi khidmat professional mereka kepada ‘government of the day’;

Mewujudkan satu model perkhidmatan awam yang saksama atau ‘equitable’ untuk semua kategori perkhidmatan termasuk professional dan pengurusan, badan berkanun, perkhidmatan tadbir negeri, perkhidmatan sokongan dan separa professional dan lain-lain lagi supaya semua penjawat awam merasakan bahawa perkhidmatan mereka di hargai dalam menyumbang untuk pembangunan negara;

Mengurangkan pertindihan tugas di dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dengan cara mengadakan suatu penjustifikasian semula supaya sumber-sumber yang bertindih dapat diagihkan semula ke agensi-agensi yang memerlukan gunatenaga mereka dengan tidak mewujudkan ‘redundancy’ di dalam skop tugas dan bidangkuasa kakitangan awam;

Mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak bersifat ‘PTD-centric’;

Membuka ruang seluasnya untuk kenaikan pangkat secara ‘merit’ dan telus. Bagi tujuan ini, satu mekanisma yang sistematik akan diwujudkan supaya kelayakan, kemahiran dan pengalaman kakitangan awam dapat dipertingkatkan secara konsisten bagi tujuan ini; dan

Menyemak semula pelaksanaan SBPA supaya sistem penggajian sektor awam bersifat lebih saksama kepada semua golongan kakitangan awam, terutamanya kategori perkhidmatan sokongan dan separa profesional.

Politik sebagai cabang khidmat awam

Sebagai barisan pimpinan pelapis di dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat, saya dan teman-teman seangkatan yang lainnya yakin dan percaya bahawa KEADILAN dan Pakatan Rakyat merupakan gagasan politik masa depan untuk rakyat Malaysia. Dimensi baru politik negara pada hari ini telah menyaksikan banyak perubahan khususnya menerusi penglibatan besar anak-anak muda dalam mencorak dan menentukan hala tuju politik dan masa depan negara.

Tekad saya adalah untuk melihat negara ini bangkit dari kegawatan politik, ekonomi dan sosial yang telah sekian lama melanda dan melemahkan sendi-sendi asas negara ini. Pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan perkhidmatan awam kini merupakan sendi-sendi asas negara yang sedang dilanda kesakitan akibat kepincangan tatakelola dan pencabulan demokrasi oleh pentadbiran Barisan Nasional.

Seandainya ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi amanah untuk memacu negara ini, maka tumpuan khusus perlu diberikan untuk memulihkan sendi-sendi asas negara ini. Demokrasi perlu dimaknai kembali. Hak asasi rakyat perlu dimartabat dan dikembalikan. Inilah hasrat utama saya dan teman-teman seangkatan.

Dalam berbicara tentang perkhidmatan awam dan ungkapan JFK tentang kepentingan politik dan khidmat awam yang membentuk kemajuan sesebuah negara, saya kekal percaya bahawa kedua-dua kerjaya; baik sebagai seorang penjawat awam mahupun sebagai seorang ahli politik adalah pekerjaan yang mulia dan berwibawa. Keduanya saling berkait dan punya simbiosis antara satu dengan yang lain.

Barangkali tak salah untuk saya simpulkan bahawa politik – kerjaya yang saya ceburi sekarang ini – adalah cabang utama khidmat awam. Politik bukanlah sekadar pesona jawatan. Politik adalah komitmen hidup kita terhadap negara dan rakyat. Politik adalah khidmat awam yang paling agung.

Najwan Halimi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beliau kini merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia dan boleh dihubungi menerusi www.facebook.com/najwanhalimi.

Nota Hujung:

[1]^ (ke atas)   Ooi Heng, Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia (Strategic Information and Research Development Centre, 2012) halaman 104

[2]^    BERNAMA, Kerajaan Kaji Semula Skim Gaji Penjawat Awam Mulai Tahun Depan, 31 Oktober 2012, http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706086

[3]^ The Malaysian Insider, Pakatan says won’t slash civil service size, 9 November 2011, http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-says-wont-slash-civil-service-size

[4]^   Jabatan Perkhidmatan Awam, Statistik Perjawatan Dan Pengisian Mengikut Kumpulan Perkhidmatan (sehingga 30 September 2012), 8 Januari 2013, http://www.jpa.gov.my/status/index3_1.html

[5]^  Kementerian Kewangan, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, halaman 6, http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2012/ap1.pdf

[6]^    The Washington Times, White House payroll costs up 2 percent over previous year, 2 Julai 2012, http://www.washingtontimes.com/news/2012/jul/2/white-house-payroll-costs-2-percent-over-previous-/

[7]^   The Star, About 6,000 cases of corruption in civil service since 2005, 28 Jun 2012, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/28/nation/20120628151224&sec=nation

Kiriman Berkaitan

John F. Kennedy tentang Politik dan Khidmat Awam admin

Bukan Garis Lurus Meor Yusof Aziddin

Politik Sedekah Duit Ikhwan Hafiz

Belanjawan: Antara Moral dan Ideologi Rizuan Abdul Hamid

Keabsahan ‘Gaji Minima” (II) Aqil Fithri

Warga Yang Dilupakan Nik Nazmi Nik Ahmad

Tulisan Berkaitan

Kritik atas Libertarianisme

John F. Kennedy tentang Politik dan Khidmat Awam

Warga Yang Dilupakan

13 Mei dan Bangsa Malaysia

Meroboh Hegemoni UMNO

No related posts.