Filem/TV

Ulasan Siri Drama The Wire

Murad Ata
Ada yang mengatakan bahawa seni perlu meniru kehidupan, dan hasil karya yang baik haruslah meniru sebaik mungkin. The Wire mungkin adalah contoh terbaik dalam hal ini atas kemampuannya memaparkan realiti sebagaimana adanya. Murad menuliskan apresiasi terhadap siri televisyen yang dikatakan ramai pengkritik sebagai yang terbaik dalam sejarah TV.

Filem Sebagai Media Baru

Abror Rivai
‘Mengaitkan filem sebagai hiburan semata-mata adalah pandangan yang ketinggalan zaman,’ tulis Abror. Tulisan ini mengandungi pandangannya yang percaya bahawa ‘filem ialah media baru yang digarap untuk menyatakan sikap’.

Balibo Five

A. Sabri
Filem ini mengisahkan lima wartawan Australia yang dibunuh dan dibakar oleh tentera Indonesia sewaktu tentera republik itu mencerobohi Timor Timur atau kini dikenali sebagai Timor Leste pada tahun 1975. Saya difahamkan filem ini tidak dibenarkan ditayangkan di republik tersebut.

Angkatan Jahanam

A. Sabri
Fantasi Quentin Tarantino dapat disaksikan pada pembukaan filem ini, yang menggunakan lafaz ‘fairytale’ – “Once Upon a Time in … Nazi – Occupied France”. Watak dalam filem ini , pada hakikatnya memang tidak wujud dalam sejarah Jerman, dan ia hanyalah fantasi QT semata-mata.

Los Abrazos Rotos

A. Sabri
Pedro Almodovar kembali dengan filem terbarunya, Los Abrazos Rotos (Broken Embraces) yang mana memperlihatkan kematangan pelakon jelita Spaniard, Penelope Cruz.

Filem Kim Ki-Duk: Sebuah Tragedi, Kebisuan dan Kegilaan

A.Sabri
Industri perfileman di Korea Selatan mengalami perubahan lantaran lahirnya pengarah-pengarah filem yang membawa tema dan ide baru dalam filem mereka sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Susu Segar Van Sant

A. Sabri
Gus Van Sant datang lagi, kali ini dengan filem bercorak biografi drama seorang aktivis dan ahli politik gay di San Francisco, Amerika Syarikat, Harvey Milk (Sean Penn).

Brick Lane

James Wood, seorang kritikus sastera menyebut novel Ali membawa bersama kebimbangan hukum fiksyen Eropah abad ke-19 ke dalam persekitaran moden dan pelbagai budaya.

Sayap-sayap Idea

Ulasan filem Al-Massir sebuah biopik Ibn Rushd oleh Youssef Chahine

Previous page Next page