Cerpen

K untuk Keyakinan

Sewaktu Zainul menyikat rambut ke belakang, dia baru perasan dahinya sudah berkedut. Dia memicing mata, menyapu dahi dengan telapak tangan sebelum menghembus nafas ke cermin itu. Tanda X dilakar padanya. Pandangannya menjalar pada kalendar kecil tergantung di sisi cermin. Sudah tiga bulan, bisiknya. Dia mencapai topi jaring dan memerkup ke kepalanya. Tombol pintu bilik dipulas. […]

Abjad yang Diculik

“Siapa pencuri itu masih belum dapat dikesan lagi. Setakat ini pihak polis masih lagi mencari pencuri itu. Agaknya kau rasa siapa yang mencuri kesemua abjad sehinggakan tidak ada sesiapa pun yang boleh mengarang lagi?” tanya Datuk A.             Datuk B yang sedang menghirup kopi panas hampir tersedak. Namun, dia lekas-lekas membetulkan keadaan agar Datuk A […]

Gendang Perang

Awang Besar mula memukul gendang menari-nari di tengah gelanggang. Sambil menari, Awang Besar menyanyi dengan suara yang merdu. Suara serak-serak basah dan seni kata lagu yang didendangkan oleh Awang Besar benar-benar menarik perhatian sesiapa jua yang mendengar. Maka, berduyun-duyunlah penduduk Kampung Gajus menghampiri gelanggang yang dibina daripada tali rafia berwarna merah. Mereka duduk mengelilingi gelanggang […]

Pandir dan Penyair

Pada satu hari di bulan Muharam, Pandir yang masih muda terserempak dengan seorang penyair separuh umur. Penyair itu sedang berjalan dengan gaya istimewa dan sedikit aneh. Pandir melihatnya di seberang lorong itu dengan hairan. Kerana penyair itu nampak tegang dan bermuka sedih walaupun dia tampan bergaya. Pandir terus berlari mendapatkan si penyair. Dia merasa teruja […]

Tangkai, Panggilan dan Koma

Semuanya seperti jalan mati. Ia hadir mempersembahkan dirinya di situ, tersudut, menungguku.

Kucing Poten dan Pemuda yang Tersungkur

Abas tersenyum lebar. Nampaknya kehadiran anak kucing ini benar-benar membawa tuah. Dia segera menyarungkan baju kemeja putih, tali leher, seluar slek hitam, stoking dan kasut PVC hitam.

Lelaki Patani dan Gadis Korea Utara

Aku panggil dia hanya dengan nama Kim, rakan sekelas aku di Bangkok yang datang dari Korea Utara. Itu bukan nama sebenarnya. Itu hanya nama keluarganya. Kim tidak secantik artis K-Pop pujaan ramai itu, tapi comel juga, dengan berambut pendek. Nama sebenarnya tak perlulah aku dedahkan, demi menjaga kerahsiaannya, maklumlah negaranya penuh rahsia. Fotonya bersama rakan […]

Seekor Ayam Kuning

Seorang pencuri yang sudah enam tahun baligh kerana mimpi bersenggama dengan permaisuri raja, baru saja sebentar tadi mencuri seekor ayam di reban besar milik seorang haji.

Kematian Seorang Penyair Muda

Aku berkenalan dengan pasangan Hubert bermula setahun lalu. Pada waktu itu aku dijemput sebagai wakil Malaysia di Acara Puisi Jakarta, dan pasangan itu mendekatiku setelah selesai giliranku membaca sajak di atas pentas.

Si Pengedar Muda

Malam itu kami pun tidur dengan kelenaan yang luar biasa. Esok pagi, John mendakapku seraya berkata, “selamat tinggal kawan.”

Si Pemburu

Hari yang panas dan menyesakkan. Tiada kelihatan awan di dada langit; rumput yang dihangusi mentari kelihatan suram dan menyedihkan: hujan mungkin turun, tetapi kehijaunnya tidak akan lagi berbekas. Hutan itu berdiri kaku, bisu seolah-olah silara pepohonnya sedang meninjau ke suatu arah atau sedang menanti sesuatu. Seorang lelaki berusia 40-an, tinggi dan berbahu kecil, berbaju merah […]

Makar Ratu Mawar Mah

Ratu Tua tidaklah terlalu renta atau uzur. Tetapi ia sudah tidak dapat menjalankan pentadbirannya dengan baik. Ia lebih kerap tidur daripada bertelur. Perkara ini selalu menimbulkan kesulitan kepada kerumunan yang hampir mencecah ratusan ribu jumlahnya itu. “Untuk menjamin kelangsungan hidup seluruh kerumunan, saya cadangkan agar diasuh calon ratu,” aju penasihat ratu berhati-hati. Kepaknya langsung tidak […]

Apa yang Ada dalam Poket Kita?

Pemetik api, ubat batuk, setem pos, rokok yang sedikit bengkok, pencungkil gigi, sapu tangan, pen, dua keping syiling lima sen. Itu semua cuma sebahagian daripada apa yang ada dalam poket aku. Jadi itukah punca mereka hairan poketku kembung? Ramai yang menyebutnya. Mereka kata, “Apakah celaka yang ada dalam poket engkau?” Biasanya aku tidak menjawab, aku […]

Roboh

Pandangannya merayap ke seluruh ruang sel. Jejalur cahaya bulan yang pudar menembusi ruang udara. Sedikit membantu penglihatannya.

Menonton Anita Dunia Ajaib

Pengalaman pelik Amran menonton filem Anita Dunia Ajaib semasa berumur 7 tahun

Lukisan Makhluk Aneh

Apa yang kuceritakan ini pasti tak akan kamu percaya

Nasi Goreng Budu Kakak

Cerpen tentang pergolakan di Selatan Thailand.

Tiga Pintu

Dalam hutan ini, kalau rajin jaga lembu dan kebun sudah cukup untuk hidup. Pandai baca buku pun belum tentu kebun dan ayam diselenggarakan.

Berendam dalam Embun

Kisah yang aku akan sampaikan ini terlampau pelik, payah untuk dihadam. Ini adalah cerita benar.

Kafe yang Bersih, Cukup Cahayanya

Terjemahan cerpen Ernest Hemingway A Clean, Well-lighted Place.

Gua Tujuhkalitujuh

Seorang lelaki terjaga di sebuah gua gelap tanpa ingatan.

Previous page Next page