Pada tahun 1895, di kamar studinya, seorang Inggeris selesai menulis prakata manuskrip tulisannya mengenai orang Melayu. Ia tulisan orang asing setelah meneliti satu bangsa selama puluhan tahun dengan persepsi kapitalisme. Sebagai orang kulit putih dia mempunyai beban maha besar menjangkaui tugasnya sebagai wakil empayar. Lelaki Inggeris itu merasa puas dengan apa yang dikerjakan sepanjang 20 […]
Mulut Merah Mulut perempuan itu bertanah merah dadanya sejahtera dan sabar matanya mega senja; jujur bersandiwara kerap kerongkong itu berdetak memetik mentari pagi sambil lentik jarinya memegang perkakas dapur secara cermat senyum tertawa melihat aku menari telanjang seperti karavan badut yang wujud dalam hatinya, yang kabut- di hujungnya berombak cahaya ada juga gerbang kota berkunci […]
Faysal al-Tafriqah Baina al-Islam wa al-Zandaqah adalah buku ketiga karangan Imam Al-Ghazali yang diterjemah dan diterbitkan oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di samping terjemahan corpus tokoh-tokoh dunia yang lain. Bagi mereka yang mendalami pemikiran yang berlegar dalam agama, buku ini adalah antara buku utama yang harus ditelaah. Sebagai seorang tokoh yang berpengaruh di nusantara, Al-Ghazali […]
1. Di atas ranjang itu, Shahrezad yang bijak tahu benar akan nasibnya di tangan si gila Syahriyar jika dia tak waspada. Bayangan hukum bunuh bergentayangan bagi setiap isteri baru Syahriyar- namun tidak Shahrezad. Memakluminya, Syahrezad tak gentar. Dia sudah sedia. Tanpa perlu menyerahkan kelengkangnya dan apa-apa yang cantik di zahir tubuhnya kepada Syahriyar, kefasihan Shahrezad […]
Saya sebetulnya telah membaca drama Goenawan Muhammad itu. Selayaknya saya membina agakan dan jangkaan yang tinggi. Mahu saya, ia mengacau tidur, dan membuat kehidupan racau. Atau setidaknya puas dengan lengking tragedi seorang raja tua paranoia, tua rapuh, dan garang.
Pada satu hari di bulan Muharam, Pandir yang masih muda terserempak dengan seorang penyair separuh umur. Penyair itu sedang berjalan dengan gaya istimewa dan sedikit aneh. Pandir melihatnya di seberang lorong itu dengan hairan. Kerana penyair itu nampak tegang dan bermuka sedih walaupun dia tampan bergaya. Pandir terus berlari mendapatkan si penyair. Dia merasa teruja […]
Seorang pencuri yang sudah enam tahun baligh kerana mimpi bersenggama dengan permaisuri raja, baru saja sebentar tadi mencuri seekor ayam di reban besar milik seorang haji.
Previous page Next page