JalanTelawi » Wan Ji At-Ta’addudi

Politik: Antara Persepsi dan Strategi
Rakyat Mesir yang menentang tindakan Morsi berhimpun di Medan Tahrir.

“Itu Ikhwan sudah menang memang diktator. Dulu cakap, mahu buat demokrasi”, satu ungkapan dari seorang rakan berbangsa Cina dan tidak beragama Islam yang menyebabkan aku berfikir panjang. Ia diungkapkan selepas berlaku kebangkitan rakyat mesir buat kali kedua yang tidak setuju dengan deklarasi Mursi, Presiden Mesir dari mazhab Ikhwan Muslimun.

Aku berusaha mencari maklumat lagi. Membaca dan bertanya kepada rakan-rakan yang selalu memberikan analisa yang tepat. Kalau tidak tepat pun, ia hampir-hampir tepat. Berbagai ungkapan mereka. Cuma ayat yang paling terkesan padaku, “Habislah PAS. PAS agung-agungkan sangat Ikhwan. Kononnya tarbiah Ikhwan. Demokrasi sebelum memerintah, tapi diktator selepas memerintah. Kalau Ikhwan boleh buat, takkan anak buah Ikhwan (iaitu) PAS tak boleh buat?”.

Aku mula berfikir, bahawa kekuatan PAS kini, mendapat kepercayaan penuh dari non-Muslim yang melihat PAS berdemokrasi. Cuba bayangkan, jika kepercayaan ini hilang terhadap PAS? Otakku bergerak kuat memikirkan hal ini.

Aku mula memikirkan bahawa penolakan terhadap sesuatu perkara bermula dari prejudis. Perkara ini diakui sendiri oleh al-Quran. Apabila orang mula prejudis dengan PAS, ini memberi gambaran negatif terhadap PAS dalam PRU akan datang. Aku dapati, followers FB aku yang terdiri rakan-rakan yang tidak beragama Islam juga ramai. Rata-rata mereka selalu bertanyakan aku tentang PAS, walaupun aku tidak mempunyai sebarang jawatan dalam PAS.

Aku tidak mewakili PAS, tetapi persepsi mereka melihat aku seperti PAS juga menjadi masalah bagi diri aku. Dengan keadaan begini, aku mula bimbang jika mereka prejudis dengan PAS ekoran kejadian di Mesir ini. makanya aku perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan dari terlahirnya prejudis buruk ini. aku mula mengutuk terhadap tindakan Mursi yang dilihat seperti diktator tersebut.

Aku berfikir, memang tindakan aku itu akan mencalarkan peribadi aku di mata-mata pro-Mursi, tetapi ia berjaya menyelamatkan persepsi rakan-rakanku dari kalangan non-Muslim yang sedang berjinak-jinak dengan PAS. Padaku, orang Malaysia yang pro-Mursi, tidak akan meninggalkan PAS, tetapi rakan-rakanku dari non-Muslim, memungkinkan akan tidak menyokong PAS di masa akan datang. Aku bertindak, melakukan mudharat kecil untuk mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Juga melakukan tindakan yang boleh hilangkan mudharat yang pasti dengan melakukan tindakan yang melahirkan mudharat yang zann sahaja.

Persepsi

Umar bin al-Khattab pernah meminta izin dari Nabi untuk membunuh Abdullah bin Ubai ekoran kejahatannya. Tetapi, ia tidak diizinkan oleh Nabi SAW kerana bimbang persepsi umum menyatakan bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri. Ini gambaran bahawa Nabi SAW amat pentingkan persepsi.

Isu politik, adalah isu persepsi. Meninggalkan persepsi, akan menatijahkan keburukan dalam politik. Itulah hakikat politik sejak dahulu, lebih-lebih lagi di era langit terbuka ini.

Tindakan Mursi itu, walaupun dilihat benar oleh sebilangan manusia, tetapi sedikit sebanyak, ia memberikan persepsi yang cukup bahaya. Ia bukan kepada Ikhwan sahaja, tetapi terhadap gerakan-gerakan Islam di negara lain yang menjadikan Ikhwan sebagai ummu al-Qura dan juga rujukan utama dalam gerakan mereka. Gerakan Islam di dunia yang menjadikan Ikhwan sebagai kiblat tarbiah, sudah pasti akan terpalit dengan kesilapan Ikhwan.

Apabila Mursi ambil sikap “seperti diktator”, walhal sebelum naiknya sebagai presiden, Ikhwan banyak kali ungkap demokrasi, ia akan memberi persepsi yang buruk kepada gerakan Islam lain yang menggunakan demokrasi yang mereka belum memerintah. PAS di Malaysia, sudah pasti akan terpalit sama dalam persepsi ini jika gagal diurus dengan baik.

Revolusi

Sekadar pembacaan aku terhadap politik Mesir. Apa yang aku tahu, asal revolusi ini berlaku ekoran dari sebilangan besar rakyat Mesir yang tidak mengundi pada tahun 2010. Dikatakan, hanya 40 juta dari 80 juta rakyat mesir yang keluar mengundi, sedangkan yang berbaki tidak keluar mengundi. Dikatakan, sikap yang diambil oleh rakyat Mesir ketika itu adalah disebabkan mereka meluat dengan politik.

Tindakan itu dilihat serius oleh seorang tokoh ternama juga di mesir bernama Muhammad al-Baradie. Beliau dikenali sebagai orang yang mendapat anugerah Nobel keamanan. Keadaan di Mesir itu, menyebabkan beliau telah melakukan kritikan terhadap pemerintahan Mubarak dengan bermula dari Facebook sahaja, sehinggakan follower FB-nya begitu ramai dan mula membicarakan tentang keburukan pemerintahan Mubarak sehinggakan membawa ke Medan Tahrir.

Keadaan bertambah semakin hangat, apabila berlaku satu kes terbunuhnya seorang budak lelaki bernama Khalid Said di Iskandariah. Dikatakan bahawa beliau terbunuh dalam tahanan polis ekoran tuduhan dadah. Perkara ini dihangatkan dalam FB oleh seorang pemuda yang mempunyai pendidikan agak tinggi di Mesir bernama Wael al-Ghanaim.

Semasa mereka berhimpun di tahrir, mereka menuntut Mubarak menyelesaikan empat perkara dasar, iaitu kemiskinan ketara, rasuah yang bermaharaja lela, pengangguran yang semakin teruk dan menyelesaikan maslaah inflasi dan gaji rendah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Tuntutan mereka diabaikan oleh Mubarak.

Apabila Mubarak tidak layan tuntutan tersebut, ia mengundang kemarahan sehinggakan kedengaran khabar angin mengatakan bahawa Mubarak bakal meletakkan jawatannya, lalu mahu digantikan dengan anak lelaki Mubarak untuk memegang jawatan presiden. Berita angin ini mengundang marah di kalangan rakyat yang sudah sedia berhimpun di Medan Tahrir sehinggalah terjadinya revolusi.

Ikhwan

Seperti yang diketahui umum,Ikhwan tidak mempunyai keputusan semasa revolusi sedang berlaku. Semasa Mubarak belum lagi jatuh, Ikhwan tidak menghalang ahli-ahlinya untuk terlibat dengan revolusi, tetapi Ikhwan sendiri menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan revolusi. Di pihak salafi pula, mereka agak ketara kerana mereka mengharamkan terus keterlibatan dalam revolusi terbabit.

Namun begitu, selepas kejatuhan mubarak, Ikhwan pandai mengambil kesempatan, sehinggakan banyak kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihanraya selepas kejatuhan Mubarak. Disamping Ikhwan yang tidak terlibat dengan revolusi, geng salafi yang asalnya mengharamkan revolusi juga menjadi teman akrab Ikhwan selepas kejayaan Ikhwan dalam pilihanraya.

Deklarasi

Sebelum berlaku deklarasi, kita mendengar kenyataan Erdogan yang mencadangkan sekular sebagai pemerintahan di Mesir, tetapi ia ditolak oleh Ikhwan. Ternyata Ikhwan hendak membuat pemerintahan mereka sendiri. Tanpa berbincang dengan rakan-rakan yang sama-sama menjatuhkan Mubarak, seperti al-Baradei mereka membuat deklarasi mereka dengan mencadangkan Islam sebagai asas negara, di samping menjadikan al-Azhar sebagai rujukan dalam perkara syariat di Mesir. Ia ditambah lagi dengan satu dekri yang seiras-iras dengan dekri Suharto pada tahun 1966 yang meletakkan kuasa presiden bersifat mutlak, sehingga tidak boleh digugat oleh sesiapa pun, hatta mahkamah.

Tidak dinafikan, memang tujuan menetapkan kuasa presiden bersifat mutlak itu untuk menghalang tindakan sabotaj dari pihak Mubarak, tetapi tindakan mereka mengenepikan al-Baradei juga merupakan satu kesan yang agak buruk yang bakal berlaku. Makanya, geng al-Baradie ini bangkit untuk melawan Mursi, dan diambil kesempatan oleh geng-geng pro-mubarak seperti Amru Musa.

PAS 1999

Keadaan ini, hampir sama seperti apa yang berlaku pada PAS pada tahun 1999 yang lalu. Ketika itu, PAS berjaya menguasai Terengganu dalam Pilihanraya dengan isu Anwar Ibrahim, iaitu apabila beliau dipecat dari jawatan Timbalan PM dan beliau telah diaibkan, dipukul dan dipenjarakan.

Apabila PAS mendapat tampuk pemerintahan, PAS telah melakukan kempen negara Islam, juga menggubal rang undang-undang hudud Terengganu, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan Barisan Alternatif (BA), seperti PKR dan DAP. Keadaan itu melahirkan kemarahan dari DAP sehinggakan DAP telah keluar dari BA. Kesan dari keadaan buruk itu, menyebabkan PAS dan PKR kalah teruk dalam PRU tahun 2004.

Kebimbangan

Kalau kita melihat seni politik Rasulullah SAW, kita akan dapati sejurus sahaja Nabi SAW mengambil tampuk pemerintahan Madinah, antara tindakan yang Nabi SAW ambil adalah mengurangkan musuh, disamping meramaikan kawan. Ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW melakukan perjanjian persahabatan dengan kaum Yahudi di Madinah dengan menubuhkan satu perjanjian bersama bernama piagam Madinah. Jika diperhatikan kepada kandungan piagam, kita akan dapati bagaimana unsur persahabatan itu wujud, seperti saling bantu membantu dalam memajukan Madinah, penjagaan nyawa antara satu dengan yang lain dan sebagainya.

Seni politik ini diamalkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan di awal beliau memerintah di Kelantan, iaitu dengan tidak meramaikan musuh, tetapi meramaikan kawan. Keadaan ini berbeda dengan Terengganu di kala pemerintahan PAS. Ini kerana, pihak JIM dan ABIM yang mempunyai fikrah Islam pun boleh dianggap musuh, tetapi keadaan ini tidak berlaku dalam pemerintahan PAS di Kelantan. Makanya tidak hairan, walaupun Kelantan pemerintahan PAS penuh dengan berbagai-bagai kelemahan, tetapi berjaya mempertahankan kuasa lebih 20 tahun.

Keadaan ini tidak sama berlaku pada pemerintahan Ikhwan di Mesir yang dipimpinan oleh Mursi. Ini kerana, tindakan Mursi adalah seperti meramaikan musuh berbanding meramaikan kawan dalam politik. Terutama, musuh-musuh yang diciptakan itu adalah dari kalangan orang yang mula-mula sekali mencetuskan revolusi di Mesir. Apabila ini berlaku, mereka tidak akan duduk diam. Sudah pasti, mereka akan memulakan gerakan sekadar yang mampu untuk melakukan gugat terhadap pemerintahan Mursi dalam jangka setahun atau dua tahun ini.

Ramai dalam Himpunan

Ramai berhimpun mempertahankan Mursi di awal pemerintahan tidak boleh menjadi kayu ukur kekuatan pemerintahan Mursi. Ini kerana, bagi mereka yang berada dalam kerangka politik pada tahun 1999 sehingga 2004, kita akan dapati bagaimana usrah-usrah PAS ketika itu amat bersemangat. Ceramah-ceramah PAS memang terlalu boleh dibanggakan ekoran kehadiran manusia yang begitu ramai. Walaupun PAS berhadapan dengan DAP dalam isu negara Islam dan hudud, tetapi bilangan orang yang hadir dalam ceramah-ceramah PAS tetap ramai.

Namun begitu, dalam keadaan kehadiran orang ramai mendengar ceramah PAS, pada pilihanraya 2004, ia merupakan pilihanraya yang amat malang bagi PAS. Kerana, ia mengakibatkan kejatuan PAS di Terengganu, dan hampir jatuh di Kelantan.

Kekuatan Al-Baradie

Seorang kawan aku bekerja sebagai pemandu lori. Beliau pernah menyatakan kepadaku bahawa sesuatu yang tidak berat, perlu diangkat dengan tenaga. Tetapi sesuatu yang berat, ia perlu diangkat dengan otak.

Dia menjelaskan lagi contohnya dengan menyatakan bahawa dia telah ke Terengganu untuk menghantar tiang-tiang besi yang berat. Sesampai di sana, dia dapati mesin untuk mengangkat tiang-tiang besar yang berat itu tiada. Disamping, pekerja di sana untuk diminta tolong juga tiada. Dia berfikir, bagaimana hendak menurunkan besi-besi yang berat, sedangkan dia tak ada kemampuan dan kuatan untuk menurunkan besi-besi itu dari lorinya. Makanya, dia telah membuka semua pagar-pagar belakang lori, dan dia gostan lorinya laju-laju dan memberhentikannya secara mengejut. Tindakannya itu menyebabkan semua besi-besi yang berat itu boleh diturunkan juga.

Secara teorinya, sesuatu yang terlalu berat itu boleh diturunkan dengan menggunakan akal, walaupun tidak mampu diturunkan dengan tenaga. Teori ini kita dapat lihat dilakukan oleh Israel yang asalnya tidak mempunyai negara.

Namun, dalam keadaan mereka tidak mempunyai negara, mereka telah memanfaatkan akal mereka untuk menguasai ekonomi, seterusnya rata-rata kita mengakui bahawa ekonomi dunia pada hari ini dikuasai oleh yahudi secara proksi. Juga, dengan kebijakan mereka, mereka telah mendapat penempatan di palestine, walaupun asalnya mereka tidak mempunyai sebarang tempat pun.

Ini yang dibimbangi bakal dilakukan oleh al-Baradie terhadap pemerintahan Mursi untuk masa akan datang. Ini kerana, al-Baradie bukan calang-calang manusia. Di samping mempunyai kepakaran dalam atom, beliau juga mempunyai kebijakan politik untuk jangka masa yang panjang. Ini dapat dibuktikan, dengan tindakan beliau di FB menyebabkan berlakunya revolusi di Mesir sehingga kejatuhan Mubarak.

Dendam Politik

Diberitakan bahawa sejurus selesai revolusi di Iran, ramai dari kalangan ulama-ulama sunni yang terlibat sama dengan revolusi menjatuhkan Shah Iran ditangkap oleh pemerintahan Iran pimpinan Syiah. Tidak diketahui sejauh mana kebenaran berita ini. Namun, berita-berita sebegini amat masyhur di kalangan mereka yang anti-Syiah di semua tempat.

Ekoran dari itu, melahirkan dendam dari kalangan orang Sunni terhadap Syiah di dunia. Kesannya adalah, orang Sunni amat memusuhi Syiah, tidak sepertimana sebelum berlakunya revolusi Iran yang dapat dilihat peperangan idea dan takfir antara Syiah dan Sunni kurang berlaku.

Kebimbangan sebegini juga bimbang berlaku di Mesir dengan tindakan Mursi ini. Ia akan melahirkan politik dendam terhadap Mursi oleh geng sekular, liberal dan Kristian di sana. Kesannya adalah, bimbang kedamaian dalam pemerintahan di Mesir tidak akan tercapai. Ia memungkinkan memberi kerosakan yang lebih besar buat masa yang mendatang.

Kesimpulan

Secara asasnya, pada pandangan dan pembacaan aku yang lemah ini, aku merasakan suasana politik damai ini wajar dibina di mesir. Aku merasakan, politik di dunia pada hari ini amat sesuai dengan memakai teori think win-win atau teori fikir menang-menang yang diungkapkan oleh Cowey dalam 7 Habits-nya.

Aku tidak fikir, Ikhwan akan berjaya melaksanakan semua apa yang mereka mahukan. Ia sama seperti PAS yang mahu membawa idea negara islam dengan DAP yang membawa fikrah negara sekular. Jika semua pihak bertegang urat mempertahankan idealogi masing-masing, sampai bila-bila pun rasuah, penyelewengan wang rakyat di Malaysia tidak akan berjaya diselesaikan. Makanya, setiap parti perlu hormati idealogi parti kawannya, demi menimbulkan unsur kesamaan antara semua pihak. Yang paling penting, bagaimana semua pihak berjaya memberikan hak kepada rakyat, sama ada hak berbentuk metarial, juga berbentuk hak bersuara dalam menyatakan pandangan dan idealogi.

Mungkin kita suka Mursi menyekat suara al-Baradei (membuat dasar pemerintahan). Namun, sikap kita mungkin lain sedikit jika al-Baradie melakukan tindakan yang sama jika dia berada pada tampuk pemerintahan Mesir. Jika kita tidak mahu suara kita disekat, sekali-kali kita tidak boleh menyekat suara orang yang tidak seidealogi dengan kita.

Dalam bernegara, rakyat di bawah mempunyai berbagai-bagai fikrah dan idealogi. Ia sewajarnya diraikan dengan suasana demokrasi yang sihat. Tindakan kita menafikan hak rakyat yang tidak sama idealogi dengan kita dari bersuara, bakal memberikan implikasi yang cukup buruk di masa mendatang. Makanya, ia sewajarnya diurus dengan berhikmah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Diambil daripada laman Facebook Wan Ji At-Ta’dduddi yang terbit dengan tajuk asal Politik Mesir-Malaysia.Kiriman Berkaitan

None Found

Tulisan Berkaitan

Dari Jalan Kebun ke Istana Negara

Tentang Lagu Rasmi Parti Politik

Buat Baca Bob Lokman

Perikatan Rahsia: Kabel Dedah Pemimpin Arab Tidak Suka Nuklear Iran

Anwar Kongsi Pandangan Hamas dan Fatah dengan Tok Guru

No related posts.

Elemen Sufi dalam Lagu Awan Nano
Lagu Awan Nano menang dalam AJL baru-baru ini. Sejak menang lagu itu, ramai yang tidak mengetahui maksud lagu tersebut. Lebih-lebih lagi, penulis lirik lagu itu sendiri tidak pernah bersedia hendak menerangkan maksud lagu tersebut.

Jika kita seorang peminat seni dan sastera, kandungan lagu itu amat menarik untuk difikir dan dikaji. Ini kerana, ia mengandungi sastera yang menarik, di samping mempunyai unsur kesufian.

Bagi menerangkan tentang kandungan lagu tersebut, dikupas seperti berikut;

PERTAMA : TASYA’UR

Sesuatu cerita yang diceritakan oleh seseorang kepada kita, pasti akan memberi kesan yang besar pada diri kita, jika kita menjadikan diri pencerita itu ke dalam hati kita. Kita merasakan diri pencerita itu adalah diri kita sendiri. Dalam istilah komunikasi disebut sebagai empati, sedangkan dalam istilah sastera arab disebut sebagai tasya’ur.

Dalam hadis Qudsi, banyak perkataan Nabi SAW itu terhasil dari empati nabi SAW terhadap beberapa perkataan Tuhan. Ekoran itu, hadis qudsi itu sifatnya adalah perkataan yang dituturkan oleh Nabi SAW, tetapi maksudnya adalah dari Allah SWT. Keadaan ini berbeda dengan al-Quran yang mana ungkapan dan maknanya adalah dari Allah SWT.

Di zaman dahulu, ada seorang sufi bernama Hallaj yang mengungkap “ana al-Haq” yang bermaksud “aku adalah Tuhan yang benar”. Ramai menganggap bahawa dia mengaku sebagai Tuhan.

Jika kita perhatikan, takkan begitu bodoh sekali Hallaj bermaksud bahawa dia adalah Tuhan, sedangkan dalam kehidupannya penuh dengan peribadatan yang cukup mendalam. Tetapi, jika difahami secara tasya’ur, kita akan fahami itu adalah satu perasaan yang cukup tinggi nilai yang telah diungkapkan oleh Hallaj dalam merasakan kebenaran Allah SWT.

Begitulah keberadaannya pada lagu Awan Nano. Ia mengandungi unsur tasya’ur ini, iaitu apabila diungkapkan “Aku”, ia melahirkan perasaan yang cukup memberi kesan pada diri kita, apabila “Aku” iaitu “Allah” dalam lagu itu memberikan berbagai-bagai kebaikan-Nya kepada kita tanpa kita mampu “mencapainya” dengan jari sekalipun.

Walaupun Tuhan itu tidak dapat dilihat, tidak dapat dipegang, tidak dapat dicapai dengan jejari, tetapi kasih sayang-Nya berikan kepada kita amat hebat sehinggakan tanpa kita sedari, kita sedang merindui-Nya.

KEDUA : TASYBIH

Dalam sastera arab, ada satu tajuk disebut sebagai tasybih. Ia seperti seseorang itu berkata, “Ahmad itu seperti harimau dari sudut garangnya”. Dari sudut maksud, Ahmad itu bukan harimau, tetapi sifat-sifat garang itu wujud, makanya disebut Ahmad itu seperti harimau.

Jika didalami lagi, dalam perbincangan tasybih ini ada satu tajuk disebut sebagai tasybih baligh, iaitu apabila alat tasybih iaitu kalimah “seperti” telah dibuang, dan sifat juga dibuang, iaitu kalimah “garang”. Makanya jadilah ayat, “Ahmad adalah harimau”. Ia bukan bermaksud Ahmad itu adalah harimau, tetapi garang yang ada pada Ahmad itu ‘seiras-iras’ harimau, makanya Ahmad pun disinonimkan dengan harimau.

Dalam lagu Awan Nano, kasih sayang Tuhan itu diungkapkan dalam bentuk makhluk yang memberi sayang. Ia memberi ingatan kepada kita bahawa, jika awan sudah dianggap memberikan sayangnya kepada kita dengan memayungkan kita ketika kita kepanasan, makanya Allah SWT itu memberikan kasih sayang-Nya kepada kita melebihi dari apa yang kita anggap yang awan berikan kepada kita.

KETIGA : TAJALLI

Allah SWT berfirman maksudnya;

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,” (Surah al-Imran, ayat 190)

Juga dalam hadis yang ulama hadis berselisih menentukan taraf hadis, bahawa Nabi SAW ada bersabda maksudnya:

“berfikirlah pada semua perkara, tetapi jangan berfikir tentang Allah”

Dari ini, di kalangan para ahli tasawwuf, mereka menimbulkan satu perbincangan yang disebut sebagai “tajalli”. Iaitu, Allah SWT mempamerkan tentang sifat-sifat-Nya dalam bentuk makhluk yang diciptakannya. Ia bukan zat Allah, tetapi ia adalah pameran agar manusia dapat mengenangkan sifat-sifat Allah SWT.

Ia seperti seseorang melihat langit yang luas, maka dia mengenangkan sifat pengampun Allah yang diberikan Tuhan melepasi keluasan langit yang dilihat; seperti degupan jantung, mengenangkan kepada betapa pemurahnya Allah SWT dalam memberikan kasih sayang-Nya kepada manusia yang mempunyai jantung yang sentiasa berdegup tanpa henti selama manusia hidup.

Unsur ini wujud dalam lagu Awan Nano. Iaitu, mempamerkan betapa kasih sayang awan yang memayungi manusia di kala kepanasan sehingga menggores pipi dan bibir, maka kasih sayang Tuhan itu melebihi dari kasih sayang awan tersebut.

lirik Awan Nano :

Lihat ke arah sana

Serakan warna dan berarakan

Awan

Pabila terik panas

Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga

Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya

Pabila kau katakan

Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano

Setia melindungi diri

Tika panas mencuba menggores pipi

Dan bibirmu

Begitulah awan nano

Sering saja tak terduga hadir

Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya

Kasih tiada banding

Setia tiada tara

Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini

Yang sesekali pernah kau bagaikan awan

Sehingga tak mungkin terlupa

Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi

Setitis pun air matamu kasihku

Sehingga kau katakan

Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia

Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi

Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu

Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara

Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano

Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi

Dan bibirmu

Begitulah awan nano

Sering saja tak terduga hadir

Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara

Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

via g-82.blogspot.comKiriman Berkaitan

None Found

Tulisan Berkaitan

Muzik Cari Gaduh

Sekali Lagi: Politik atau Seni?

Kolumnis JalanTelawi Menang AJL26

Loloq ~ Lirik atau Puisi, Tuhan atau Manusia?

Muzik dan Si Bangkrap

No related posts.