Tularan Mahathirisme

oleh Hasmi bin Hashim
28 April, 2009, 03:29 pm | kategori Kolum | Cetak

Hasmi bin Hashim

ISTILAH “Mahathirisme” kembali bergentayangan di dalam tulisan-tulisan dan perbualan…

Tentu sebabnya tatkala kelibat mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohammad masuk semula ke dalam pentas politik-kekuasaan yang ditandai dengan dua peristiwa.

Satu, apabila beliau muncul di perhimpunan agung “bekas” partinya; dan, jadi lengkap sempurna apabila beliau bertemu dengan “orang harapannya,” Najib Razak dalam satu upacara jenaka penyerahan borang menyertai kembali Umno.

Yang dikhuatiri bukan sama ada kabinet Najib adalah “kabinet Mahathir”—tetapi kepada persoalan, apakah gaya pemerintahan Najib bakal sama dengan apa yang pernah Dr Mahathir lakukan sepanjang 22 tahun dahulu?

Di peringkat domestik, memahami Mahathirisme adalah dengan melihat bagaimana belia u seraya berkuasa, telah dengan sedar cuba membunuh sendi-sendi penting demokrasi. Langkah membunuh sendi demokrasi antara lain adalah dengan memperkenalkan [sekurang-kurangnya dua] akta yang jelas bertujuan mematikan suara dan langkah ke-pembangkang-an.

Auku dan Akta Mesin Cetak merupakan hujung tombak autoritarian yang dicipta dan diasah oleh bekas perdana menteri ke-empat itu seawal diberikan kuasa.

Auku tidak lain tidak bukan adalah untuk membunuh sepenuhnya idealisme gerakan mahasiswa—dengan petunjuk di kebanyakan negara, gerakan mahasiswa adalah antara pencetus hebat sehingga mampu menumbangkan ketua-ketua negara. Fenomena ini banyak berlaku sekitar tahun 1960-an dan 70-an di Eropah, Amerika, bahkan Timur Tengah seperti apa yang dikenali sebagai “Revolusi Iran.”

Sementara itu, Akta Mesin Cetak pula yang diperkemas dan diperketat tidak lain adalah sebagai alat kawalan sepenuhnya kepada media kerana kesedaran bahawa media sesungguh-sungguhnya mampu mempengaruhi fikiran rakyat di dalam membuat keputusan politik.

Dan, paling utama ialah mengekalkan ISA. Akta drakonian itu merupakan benteng terakhir untuk mematikan suara oposisi dan sepanjang era Dr Mahathir, kita dapat melihat beberapa kali akta itu digunakan untuk mempertahan kuasa beliau di kerusi perdana menteri.

Hari ini, tatkala era Dr Mahathir dianggap sudah berlalu, namun kita dapat menyaksikan parut-parut masih membekas kala mana ISA digunakan di dalam “Operasi Lalang” dan yang terbaru di dalam operasi khas untuk melumpuhkan arus Gerakan Reformasi kira-kira 7 tahun lalu. Operasi khas yang dikenali sebagai “Ops Omega” itu dilancarkan sejurus Umno-BN gagal merampas Kelantan selain hilang Terengganu (negeri yang menyumbang besar hasil petroleum) selepas Pilihanraya Umum ke-10.

Mahathirisme dalam bentuk-bentuk lain mempertahan kuasa juga boleh diklasifikasikan dengan “strategi mencipta musuh.” Dengan cara itu, simpati dan sokongan rakyat mudah diperolehi—kaedah yang sama juga sering digunakan oleh golongan seperti para hamba intelektual dan penulis di zaman “Order Lama” (Orla) di Indonesia… untuk meneruskan Revolusi.

Tidak dapat tidak, antara hipokrasi seperti kempen “Aman Malaysia” yang dijayakan oleh anak beliau, Mukhriz Mahathir (kini timbalan menteri) juga membuahkan hasil dan menjadi antara elemen membantu mengukuhkan kembali sokongan rakyat kepada rejim tatkala berhadapan dengan isu peperangan di Iraq. Sedangkan, rejim ini ketika sebelum Perang hampir-hampir sahaja lemas dirembah gelombang Reformasi 1998.

Sebagai nota tambahan, kaedah menciptakan musuh juga dilakukan oleh beberapa pemerintah kuku besi lainnya di Asia Tenggara, termasuk di Singapura (kemudiannya muncul apa yang disebut sebagai “Tesis Lee”) dan di Indonesia di bawah dua presiden iaitu Seokarno dan Seoharto. Konsep Syaitan Besar atau “Great Satan” juga seakan-akan akan terus kekal di kebanyakan negara miskin di Amerika Latin—tak ubah seperti helah politik Presiden Fidel Castro di Chili sejak sekian lama.

Beberapa bentuk musuh pasca-kolonial seperti Barat, kuasa besar Eropah dan Amerika masih boleh “dijual” sebagai musuh sesebuah negara-bangsa. Begitu juga dengan musuh-musuh konvensional lainnya seperti rejim Israel-Zionis yang kebetulan terus melanyak dan membunuh umat Islam di Palestin. Bahkan, kita juga ingat bagaimana Dr Mahathir menggunakan nama George Soros dan IMF sebagai justifikasi kepada tindakan zalim beliau terhadap Anwar Ibrahim.

Hanya secara tiba-tiba, Dr Mahathir dalam satu pertemuan dengan Soros mengakui rupa-rupanya beliau silap dalam menamakan Yahudi itu sebagai penyangak mata wang sehingga menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi seawal 1997. Begitu juga dengan kenyataan dengan beberapa negara yang pernah meminjam wang dengan IMF di era krisis 97 kini mencatat pertumbuhan ekonomi yang jauh lebih baik daripada Malaysia seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia sekalipun.

Berhadapan dengan orang Melayu pula— sebagai sumber terbesar undi kepada Umno-BN—maka prejudis antara-kaum perlu terus dikekalkan. Tujuannya, agar orang Melayu terus merasakan diri tidak selamat dan dengan itu maka diperkira orang Melayu akan terus menyokong mereka walaupun selepas terang-nyata mereka melakukan kecurangan terhadap amanah.

Sejak awal, kita lihat bagaimana Dr Mahathir tergamak berusaha untuk membunuh rasa yakin diri orang Melayu di dalam bukunya yang popular, “The Malay Delima.” Buku itu telah benar-benar memberi implikasi dan persepsi cemar ke atas identiti umat Melayu, sehingga dipertikai secara biologi. Dengan rasa insaf seraya melihat usaha Dr Mahathir yang bukan sahaja cuba untuk mencalar dan mencemar jati diri Melayu, maka segera Profesor Dr Syed Husin Alatas kemudiannya menjawab dengan penuh berani dalam buku tanding yang berjudul “Mitos Pribumi Malas.”

Mahathirisme seolah-olah bersambut dan menjadi lengkap sempurna apabila pula pihak bukan Melayu termakan dengan umpan dan provokasi politik perkauman sempit yang didendangkan oleh Umno-BN di era Dr Mahathir. Lebih aneh, ada juga pihak lain (termasuk di kalangan “golongan putih” yang [kononnya] tidak berpolitik dan parti lawan kepada Umno) juga percaya kepada politik perkauman dan agama yang cuba dilontarkan Dr Mahathir.

Bayangkan sahaja bagaimana berpuluh tahun mereka cuba menentang Umno-BN tetapi dengan rentak tari yang ditetapkan oleh Umno-BN! Kita dapat menyaksikan bagaimana Parti Melayu Semangat 46, misalnya, yang akhirnya bungkus apabila parti itu cuba berlagak lebih ekstrem dan berwajah ultra-perkauman… sedangkan dua permainan itu adalah wajah sebenar Umno sepanjang era Dr Mahathir.

Nyawa atau kata kunci kepada kekuasaan di era Dr Mahathir adalah “mengongkong” dan mengongkong adalah identiti sebenar Mahathirisme… tidak kiralah atas retorika apa kongkongan itu berlangsung, termasuklah atas alasan bangsa, agama mahupun dengan api nasionalisme yang dipesongkan.

Kembali kepada mauduk awal… kerana hubungan Najib yang dilihat rapat dan melayan kehendak Dr Mahathir dalam beberapa hal (selain di belakang pintu memakai nasihat Dr Mahathir, sudah pasti), maka ada kemunasabahan bahawa Mahathirisme boleh berulang kembali, di era PM Najib.

Bahkan, Mahathirisme sebagai satu acuan “diktator lembut” (“soft dictator”) mahupun pemerintahan kuku besi (autokratik) boleh berulang menimpa bangsa kita bila-bila masa sahaja. Pilihannya tidak lain ialah membawa pengertian semangat kemerdekaan dengan tata moral dan nilai “rule of law.”  Saya sedar ia sedikit rumit apabila penentang Mahathirisme telah dalam sedar tak sedar juga berwajah Mahathirisme — memang budaya itu sekian lama bersarang di dalam perebutan kuasa, pengiktirafan dan nama.

Tapi, apa lagi pilihan yang ada—terutamanya kepada generasi muda—kalau bukan keberanian berfikir dan menghargai kebebasan; membenci kongkongan dan menentang apa jua bentuk penindasan.

Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.

Similar Posts:

Tags: , ,

9 komen-komen
Tinggalkan komen »

  1. Big boss of malay fascisme!
    He will stop at nuthing to prop up his son..

    Hey, u still ’safe’ to us.. however, we understand ur mainstream proposition so u can leave the ‘dirtier’ job to us hahaahaa, The AFRA of young generation..

    Note: I knuw whats in ur mind, lets check some new term from anarchist cookbook, AFRA (anti-fascisst, rascist & authority)
    Keep on wundering why we’re the first to comment so dun make us bored!
    U need us for style & swag!

    For more recipe, dig Noam Chomsky or *click me
    Cheerz!

  2. Umum lebih terjurus untuk memilih kestabilan yang nampak secara terang terangan tanpa mengambil endah kejadian belakang yang tidak pernah disuluh.

    Letak sahaja sebarang label … “Mahathirism”, “MahaZalim”, Diktator atau sebagainya umum enggan ambil peduli kerana bagi mereka selagi negara ini nampak stabil, kukuh mengapa wajar bagi mereka menolak kepimpinan sedia ada.

    Kejayaan pembangkang menguasai beberapa negeri mungkin bermakna bahawa usaha untuk menyuluh “belakang gelap” itu sedang memberi kesan tetapi perlu diingatkan juga tempat cahaya itu kini semakin malap. Jangan biarkan ia padam. Suluh dengan lebih terang biar nampak semua. Mungkin kerana kebangkitan apa yang disebut “Mahathirism” itu atau mungkin juga sukar untuk menerima hakikat pahit yang perlu dilalui bagi mencapai sesuatu pencerahan mereka lebih rela menerima cara sedia ada tanpa mempedulikan minoriti yang dizalimi.

    Umum di negara ini masih belum berani menerima perubahan mendadak. Ditambah dengan kontroversi dalaman pihak yang berjuang untuk pembaharuan atau reformasi, umum terus menjadi keliru. Bila timbul kekeliruan akan mudah bagi pemerintah menggunakan medium yang dikuasai mereka untuk menghancurkan sebarang usaha yang dilakukan.

    Seperti yang saudara maklumkan “apabila penentang Mahathirisme telah dalam sedar tak sedar juga berwajah Mahathirisme” … bagi saya akan menhancurkan terus harapan. Umum tidak rela kecewa lagi dan terus dikecewakan sampai mati.

  3. Seingat aku, sewaktu berkempen di Bukit Gantang, Dr M pernah berkata: “apa salahnya Mahathirisme? Negara ini 22 tahun membangun kerana Mahathirisme.

  4. Tari — Pergantungan terhadap pemerintah (baca: politik kekuasaan) justeru memang berpenghujung dengan kekecewaan. Lebih baik, pada hemat saya, rakyat punyai kekuatan mandiri dan berdikari. Rakyat sesungguhnya lemah dengan pemerintah karena diikat dan terus dipaksa bergantung kepada politik-kekuasaan sehingga lumpuh daya kreativiti dan upaya hidup. Politik baru bermakna politik yang membebaskan bukan sebaliknya.

    Jim — Sukar untuk menafikan soal pembangunan di zaman Mahathir. Saya coba berlaku waras dan adil terhadap bekas PM ke-4 itu, cuma menghakis dan mengorbankan kebebasan adalah harga yang terlalu mahal dikorbankan rakyat demi pembangunan ala Dr. Mahathir.

    Biggie Demokrat — Kau tertinggal RM10 masa minum dengan aku dulu! :)

  5. Tari — Pergantungan terhadap pemerintah (baca: politik kekuasaan) justeru memang berpenghujung dengan kekecewaan. Lebih baik, pada hemat saya, rakyat punyai kekuatan mandiri dan berdikari. Rakyat sesungguhnya lemah dengan pemerintah karena diikat dan terus dipaksa bergantung kepada politik-kekuasaan sehingga lumpuh daya kreativiti dan upaya hidup. Politik baru bermakna politik yang membebaskan bukan sebaliknya.

    Jim — Sukar untuk menafikan soal pembangunan di zaman Mahathir. Saya coba berlaku waras dan adil terhadap bekas PM ke-4 itu, cuma menghakis dan mengorbankan kebebasan adalah harga yang terlalu mahal dikorbankan rakyat demi pembangunan ala Dr. Mahathir.

    Biggie Demokrat — Kau tertinggal RM10 masa minum dengan aku dulu! :)

    HH,
    Telawi.

  6. Dalam bentuk ‘kongkongan’ yg sedang atau yg akan berlaku pada ruang-ruang lain dalam kultus masyarakat, barangkali masih ada advantage bagi pihak ‘pencerahan’ untuk memecah dominasi itu. Anak muda. Golongan ini sedang menjadi rebutan dari semua Political Power. Golongan ini (jika bijak) bisa bargain dengan political power selama mana ia dapat meneruskan kelansungan idealisme nya (fikrah org muda yg baik). Geng ‘pencerahan’ harus bijak menawarkan ‘barang’ buat golongan yg sedang (hot) ini. Barangkali, bagaimana serangan mereka bisa jd tembok serangan bagi kita, atau bagaimana ancaman mereka bisa jadi pujukkan bagi kita buat generasi harapan ini.

  7. Merebut anak muda… Inshaalah dalam kesempatan akan datang! :)

  8. MAHATHIRISME………………..SUATU IDEOLOGI KEKUATAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM…………..HANYA DENGAN IDEOLOGI INI SAHAJALAH KU DOAKAN MOGA ANAK MUDA SEUSIAKU BANGUN DAN SEDAR DARI TIDUR BAHAWA KEUTUHAN MELAYU DI TANAH SENDIRI SEKARANG SEMAKIN TERHAKIS…..JANGAN SAMPAI MELAYU MALAYSIA MENJADI SEPERTI MELAYU SINGAPURA DALAM MASA TIDAK SAMPAI 10 TAHUN DR SEKARANG…..INSAFLAH WAHAI BANGSAKU…………….ANAK MUDA BERIDEOLOGI MAHATHIRISME !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR X100000000000000000000000000000000 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! .

  9. bagi aku
    perdana menteri ibarat queen yg pd asalnya brtujuan menjaga king dan mngawal pon..
    sultan ibarat king yg dijaga oleh queen & pon..
    rakyat pula umpama pon yg selalu diarahkan oleh queen
    dan kerajaan(negara) sebagai permainan catur

    so kesimulannya dunia ini bukan milik kite tetapi milik Allah
    : )

Tinggalkan Komen