Segala usaha telah dicurahkan demi penghasilan kertas kerja ini bagi mencerminkan pandangan UNHCR terhadap perkara yang dibincangkan. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada kertas kerja ini, pengarang bertanggungjawab keatasnya.

 

Pergerakan pelarian di Asia Selatan dan Tenggara berlaku akibat kesan pemindahan secara paksa di seluruh dunia yang tidak mendapat perhatian sejak perang dunia kedua. Kira-kira 60 juta manusia di bumi ini telah dipindahkan secara paksa. Jika mereka ini ditempatkan bersama-sama dalam sebuah negara, negara itu akan menjadi negara paling ramai penduduk di tangga yang ke 24, selepas Itali dan seterusnya Myanmar. Jumlah yang sedemikian besar telah mengakibatkan pelbagai isu timbul membabitkan pelarian dan migrasi dan seringkali berita-berita seumpamanya terpapar di kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar. Perhimpunan Agung PBB dan Presiden Amerika Syarikat masing-masing akan memberi fokus kepada isu ini pada musim luruh nanti.

Jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Timur Tengah, Afrika Utara dan sebahagian negara Sahara Afrika, Asia dan Eropah, pergerakan pelarian di Selatan dan Asia Tenggara adalah kecil. Boleh dikatakan hanya satu gerakan suku kaum asli yang signifikan iaitu di Rohingya bermula dari daerah Rakhine di Myanmar yang turut mewakili wilayah itu – dan di dunia – sebagai wilayah terbesar yang tidak diiktiraf kenegeriannya. Sedikit campurtangan politik dari negeri-negeri terbabit pasti dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku. Kisah ‘krisis’ di Pelabuhan Bengal dan Lautan Andaman pada bulan Mei dan Jun 2015 adalah analogi terbaik bagi situasi di Rohingya namun nuansa politik seperti itu sukar dicapai.

Kertas kerja ini menghuraikan enam layar persembahan PowerPoint yang disediakan oleh UNHCR di Persidangan Polisi Pelarian dan Migrasi di Eropah dan Asia yang diadakan di Manila pada 4 dan 5 April 2016. Ia menjelaskan tiga pergerakan maritim utama membabitkan para pelarian di dunia seterusnya menfokus kepada pergerakan pelarian – secara maritim atau sebaliknya – di Asia dan Asia Tenggara. Secara khususnya ia ditulis untuk menjelaskan namun turut terkandung beberapa cadangan bagi tujuan tanggungjawab bersama dan pendekatan serantau di mana jika dimabilkira, situasi yang berlaku di Asia Selatan dan Tenggara dapat diperbaiki selain membantu negara terbabit untuk lebih bersedia sekiranya berlaku pergerakan baharu atau pergerakan semula.

1. Pergerakan Maritim Bercampur

Pergerakan Maritim bermaksud pelarian yang mahukan perlindungan. Pergerakan maritim bercampur melibatkan pelarian dan yang lain-lain sebagai contoh mereka yang tidak memiliki keperluan untuk perlindungan antarabangsa seperti para migran dan pengembara. Perjalanan melalui jalan air bukanlah satu-satunya laluan yang selamat namun bagi mereka laluan air ibarat penerbangan udara buat mereka. Imbas semula imej pegawai polis Turki yang mendukung jasad kanak-kanak Syria berusia tiga tahun, Aylan Kurdi yang mati lemas semasa ahli keluarganya yang lain berhempas-pulas untuk mendapatkan perlindungan di Kepulauan Kos, Greek pada September, 2015; kesamaannya, ‘krisis’ Teluk Benggala – terma ini diletak dalam tanda petikan kerana ia bukanlah krisis yang melibatkan angka kerana jumlah manusia yang berpergian mencecah 5,000 – kali disebut dalam media dalam masa beberapa minggu sahaja sepanjang bulan Mei dan Jun 2015 apabila ia berlaku. Sehubungan dengan itu, perbandingan ciri-ciri utama daripada tiga prinsip maritim bercampur dalam dunia hari ini ialah sehala.

Mediteranean

Terdapat dua pergerakan maritim di Mediteranean – satu di pusat Mediteranean dari Utara Afrika, terutamanya di Libya, di Eropah serta kebanyakannya di Itali serta satu di wilayah Timur Mediterenean bermula dari Turki hingga ke Greece. Pada tahun 2015, pergerakan di Timur Mediterenean adalah lima setengah kali ganda sebesar pergerakan di pusat Mediterenean dimana 850,000 orang tiba diketibaan jika dibandingkan dengan 150,000 ketibaan di pusat Mediteranean. Jika angkanya dijumlahkan, pergerakan-pergerakan ini mencatat 1,015,078 ketibaan melalui jalan air pada tahun 2015. Trend itu bagaimanapun menurun pada tahun 2016 dengan suku pertama hanya mencatatkan kira-kira 165,000 ketibaan. Secara kontrarari, bulan Januari dan Mac merupakan bulan cuaca terburuk untuk menyeberangi Mediterenean.

Skala pergerakan ke Eropah adalah kurang diketahui oleh Eropah namun angka yang ditunjukkan secara relatifnya adalah sederhana jika dibandingkan dengan negara-negera lain di dunia. Negara Syria sahaja telah menghasilkan hampir lima juta pelarian (beserta 6.5 juta pelarian di negara sendiri). Lebanon pula menjadi tuan rumah bagi kebanyakan pelarian Syria berbanding mereka yang tiba ke situ melalui jalan air di Eropah pada tahun 2015. Negara Turki tidak ketinggalan dan menerima kira-kira tiga kali ganda jumlah pelarian jika dibandingkan dengan Lebanon. Tiada yang menghairankan jika Eropah secara keseluruhannya dapat menerima individu yang memerlukan perlindungan antarabangsa seperti jumlah yang tercatat pada tahun 2015 namun hal ini adalah mustahil sekiranya hanya beberapa buah negara sahaja yang mahu membantu. Setakat ini tiada sebarang perjanjian yang terbukti berkesan untuk tujuan perkongsian tanggungjawab bersama di Eropah. Perjanjian segera EU-Turki bagaimanapun memperlihatkan perubahan yang memberangsangkan. Selain itu, pergerakan menerusi pusat Mediterenean bermula dari Libya mulai timbul.

Kita harus memperhatikan bagaimana komposisi pergerakan ini berkembang. Pada tahun 2015, 85% daripada pergerakan Turki telah diambilkira bagi tiga buah negara utama yang melahirkan pelarian: Syria (6%), Afghanistan (2%) dan Iraq (15%). Ini merupakan teras kepada pergerakan pelarian yang membahayakan dan telah mengorbankan 3,770 nyawa manusia beserta Alyan Kurdi. Pergerakan di pusat Mediterenean tidak kurang mengancam nyawa dengan ratusan manusia yang mati lemas pada tahun 2016.

Teluk Aden

Pergerakan merentas Teluk Aden telah lama berlarutan. Pada awalnya pergerakan ini terdiri daripada pelarian dan migran dari Somalia dan Ethiopia. Pada hari ini, 90% daripada jumlah pelarian datang dari Ethiopia sebagai sebuah pergerakan migran yang menuju ke arah Yemen. Destinasi pelarian ini bukanlah Yemen tetapi wilayah-wilayah teluk dan seterusnya, terutamanya negara Arab Saudi. Sekurang-kurangnya 92,000 pelarian tiba di Yemen menerusi Teluk Aden pada tahun 2015, sekaligus menjadi pergerakan maritim terbesar di dunia selepas dua laluan melalui Mediterenean.

Menariknya mengenai Teluk Aden ialah pada hari ini, bot-bot yang tiba kembali dengan penumpang. “Pusingan U” berlaku akibat konflik yang berlaku di Yemen dimana wilayah di selatannya adalah yang paling buruk di Taiz dan kawasan berdekatan, lokasi tradisional bagi ketibaan pergerakan maritim  merentasi Laut Merah. Pada tahun 2015, dianggarkan 168,000 warga Yemen telah melarikan diri daripada konflik pada tahun 2015 namun kira-kira separuh daripada jumlah itu iaitu 85,000 pelarian telah mati di laut. Para pelarian ini telah mengembara ke Djibouti dan Somalia, iaitu antara negara terawal yang memulakan sejarah pergerakan pelarian.

Bersaiz lebih kecil berbanding laluan Mediterenean namun tiga kali ganda besar – dalam setiap arah – berbanding pergerakan di Teluk Benggala, Teluk Aden hampir tidak menerima perhatian media. Pergelutan yang berterusan ini tersebar dan melampaui penerimaan praktis yang baik, pemeriksaan dan perlindungan mulai wujud di Yemen seterusnya risiko yang ada semakin berkurangan.

Teluk Benggala dan Laut Andaman

Seperti laluan merentasi Mediterenean dan Teluk Aden, pergerakan maritim di Teluk Benggala dan Laut Andaman juga telah lama berlarutan. Laluan biasa ialah melalui laut bermula di titik perlepasan di daerah Rakhine, Myanmar dan Bangladesh, kem-kem penyeludup di selatan Thailand berhampiran dengan sempadan Malaysia seterusnya melalui jalan darat untuk masuk ke Malaysia. Sejumlah wang deposit akan diserahkan dan baki duit itu akan diperas daripada ahli keluarga mereka setelah para pelarian ini berjaya sampai ke kem-kem penyeludup.

Risiko kematian jika masuk melalui laluan ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding merentas Mediterenean – bukan kerana risiko kemungkinan mati lemas tetapi layanan teruk oleh para penyeludup dan jangkitan penyakit termasuk penyakit beri-beri (akibat hanya makan nasi putih sahaja). Penggunaan laluan ini semakin meningkat bagi warga Rohingya pada musim luruh 201, disusuli kekejaman inter-communal di daerah Rakhine. Pada masa yang sama, semakin ramai pelarian datang dari Bangladesh. Meskipun Bangladesh mempunyai pilihan migrasi yang sah untuk warganya, laluan menerusi Teluk Benggala adalah yang terpantas dan lebih murah. Pergerakan ini mencapai kemuncaknya pada tahun 2014 dengan anggaran pelarian seramai 63,000 orang, dianggarkan sama banyak datang dari tiga buah negara iaitu Rohingya, Myanmar dan Bangladesh.

“Krisis” bermula pada bulan Mei dan Jun 2015 berikutan penemuan kawasan perkuburan besar-besaran di kem penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand. ([2] Pada mulanya kawasan perkuburan itu ditemui di sempadan Thailand. Kemudian, sebuah lagi kawasan perkuburan ditemui di sempadan Malaysia. Kem penyeludup itu wujud di kedua-dua belah sempadan.] Daerah berkenaan berikrar untuk menghapuskan perniagaan itu. Oleh kerana dok-dok kapal mereka dirobohkan dan risiko ditangkap semakin tinggi, para penyeludup menghentikan operasi mereka. Banyak bot-bot melarikan diri, ada yang kehulu-kehilir berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain. Sesungguhnya dianggarkan 5,000 orang telah melarikan diri dimana jumlah paling ramai dicacatkan di Indonesia (1,800), Malaysia (1,100) dan Myanmar (940). Walaupun mereka telah melarikan diri, kerajaan Indonesia dan Malaysia bertindak meletakkan syarat untuk merekod individu yang memasuki wilayah mereka samada pemulangan ke negara asal atau penempatan semula (ke negara ketiga) oleh komuniti antarabangsa dalam jangkamasa setahun.

Melalui kerjasama kerajaan Bangladesh, hampir kesemua warga Bangladesh telah dihantar pulang. Sebilangan kecil warga Rohingya yang turut melarikan diri dalam pergerakan ini kekal di Malaysia (334) dan warga Indonesia (296) yang memerlukan penempatan semula. Beberapa siri perbincangan semasa dan selepas ‘krisis’ telah menghasilkan idea-idea bernas dan dipilih oleh ASEAN dan Proses Bali tentang Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Manusia dan Jenayah Transnasional, dua forum utama wilayah terbabit kerana kedua-dua negara berhadapan masalah migrasi yang berbeza. Pergerakan itu bagaimanapun tidak pernah pulih. Meskipun mendapat jangkaan tinggi, kedua-dua warga Rohingya dan Bangladesh tidak menyertai perjalanan itu– bilangannya tidak signifikan. UNCHR mensasarkan kira-kira 1,500 ketibaan selepas krisis berakhir pada bulan Jun 2015, setahun yang lalu.

2. Pergerakan Pelarian di Selatan dan Asia Tenggara

Pada tahap ini, marilah kita mengubah rentak dan tidak menfokuskan kepada cara pelarian berpindah (sebagai contoh, melalui jalan air) kepada siapa yang berpindah di Selatan dan Asia Tenggara. Terdapat tiga kumpulan utama – pertama, warga Rohingya, orang asli kepada wilayah itu, dan kedua, warga Afghan dan Pakistan, bukan warga asal kawasan itu.

Warga Rohingya

Beberapa perubahan besar berlaku di Myanar, termasuk kemasukan kerajaan Demokrasi Liga Kebangsaan, yang masih belum membawa sebarang kemajuan dalam situasi dimana mereka yang menggelar diri sebagai warga Rohingya — Populasi minoriti Muslim di daerah Rakhine. Malah, berdasarkan sesi temuramah Unit Maritim UNCHR bersama 1,000 individu, mereka menjadi punca kerana tidak menggunakan laluan maritim Teluk Benggala dan hanya segelintir yang menyatakan harapan mereka bagi penambahbaikan oleh kerajaan baharu di Rakhine. [(3) Sebab mereka tidak berharap ialah (1) Peningkatan penolakan oleh pihak berkuasa Bangladesh, Thai dan beberapa pihak lain, [(2) Penahanan pelarian Rohingya yang tiba ke Malaysia dengan bot semasa krisis yang berterusan, menyebabkan kekecewaan bagi penyatuan semula bersama keluarga dan tujuan kerja [(3) penemuan perkuburan luas – ramai yang tidak menyedari betapa teruknya layanan penyeludup terhadap para tahanan.]

Warga Rohingya di Myanmar adalah populasi warga tidak bernegeri paling tinggi di dunia – individu tidak bernegeri dikenali sebagai individu yang tidak diakui kenegaraan, atau mana-mana wilayah dibawah undang-undang yang termaktub oleh sesebuah negara. Status mereka kekal sebagai individu tanpa kerakyatan apabila mereka berpindah dikawasan Rakhine dengan anggaran seramai 140,000 orang, disusuli dengan keganasan pada tahun 2012 (walaupun 25,000 orang pulang semula ke tempat asal pada tahun 2015) atau apabila mereka meninggalkan negara – sebagai pelarian. UNCHR mempunyai mandat bagi pelarian dan mereka yang tiada kerakyatan namun bagi mengelakkan pengiraan berganda, warga Rohingya yang berada diluar negara itu dianggap sebagai pelarian berbanding sebagai individu tiada kerakyatan.

Tiada ragu lagi, populasi terbesar Rohingya berada di Bangladesh tetapi hanya 32,000 individu sahaja yang berdaftar dengan UNCHR sebagai pelarian. Sebaliknya menurut Kerajaan Bangladesh, dianggarkan terdapat lebih 200,000 hingga 500,000 individu dinegara itu sebagai warga Myanmar yang tidak berdokumen. Kaedah penyenaraian untuk mengenalpasti angka sebenar bagaimanapun telah diusahakan oleh Kerajaan Bangladesh pada tahun 2016. Walaupun bilangan anggaran warga Myanmar tanpa pengenalan sah di Bangladesh adalah rendah, jumlah individu tanpa dokumen adalah lebih besar berbanding Malaysia, negara tuan rumah seterusnya.

Terdapat lebih 52,000 pelarian Rohingya yang berdaftar di Malaysia dan bilangan ini termasuklah jumlah anggaran individu yang tidak berdaftar. Kerajaan Malaysia menekankan bilangan pelarian yang berdaftar tidak melebihi angka sebenar maka ini menjadi masalah apabila mereka tidak mengecilkan bilangan pelarian lain malah memberi fokus kepada pendaftaran baharu. Oleh itu, peluang untuk pelarian bukan Rohingya dari Myanmar dengan jumlah menghampiri 90,000 semakin meningkat terutamanya kumpulan etnik yang mendaftar di Malaysia. Dua buah negara dengan populasi Rohingya yang hampir sama ialah India (12,500) dan Indonesia (1,000).

Kini, situasi di Rakhine dijangka akan beransur pulih pada tahun-tahun akan datang termasuklah resolusi situasi IDP di wilayah Selatan Rakhine. Penguatkuasaan undang-undang dan kos pelepasan maritim juga (kos perjalanan telah naik mendadak dari 2,000 dollar USD kepada 8,000 USD, hanya segelintir warga Rohingya yang mampu dan bagi mereka yang mempunyai kelebihan itu boleh mendapat perjalanan yang lebih selamat melalui udara) akan melembabkan perlepasan warga Rohingya ke luar negara.

Kunci penyelesaian berstruktur bagi situasi Rohingya ialah satu bentuk status peraturan (ia mungkin dapat mengurangkan kewarganegaraan jangka pendek, seperti kerakyatan tetap) serta dokumentasi yang membenarkan perjalanan masuk dan keluar negara dua hala yang lebih longgar (sekaligus membuka peluang laluan migrasi yang sah) dan keterbukaan atau penghapusan kuasa kerajaan yang menghalang, selain perkara-perkara lain seperti kebebasan pergerakan warga Rohingya. Hal ini harus disusuli dengan pembentukan semula undang-undang kebangsaan Myanmar.

Sekiranya semua perkara ini dapat dicapai, situasi bagi warga Rohingya ini akan tetap kekal, menjadi situasi dalam wilayah bagi masa depan, hilang, seperti makna adjektif, pemulaan bagi masa depan yang tidak terlihat dan situasi baharu yang hebat.

Warga Afghan

Jika dibandingkan dengan dua pergerakan pelarian keluar-wilayah di Selatan dan Asia Tenggara, warga Afghan telah lebih lama wujud. Warga Afghan yang sering menjadi pelarian ialah mereka dari etnik Hezara, sebuah kumpulan minoriti Syiah dengan kadar sebagai pelarian yang sangat tinggi.

Dua laluan utama bagi kaum Hezara Afghan sehingga tahun 2012 ialah: Pertama, langsung menuju ke India dengan pergerakan yang melibatkan kira-kira 1,000 hingga 2,000 orang setahun, dan kedua, terus ke Indonesia melalui Pakistan, Thailand dan/atau Malaysia. Pergerakan diteruskan dari Indonesia ke Australia dimana terdapat angka signifikan bagi komuniti Hezara Afghan, dan mulai merosot kesan Pasukan Sempadan Australia. Pada akhir 2013, destinasi utama hanya Indonesia, dengan pertambahan warga Hezara Afghan, melalui India, Malaysia atau Singapura.

Keadaan mencabar di Afghanistan dan tiada pengurangan pergerakan ini dilihat dalam jangka masa pendek mahupun sederhana. UNCHR mula melihat penempatan semula bukanlah penyelesaian bagi wilayah itu kerana penyelesaian ini lebih digunapakai di tempat lain, relatif kekayaan dan kapasiti negara-negara di Selatan dan Asia Tenggara  untuk menyerap pelarian  dan kepentingan  serta keadilan berkongsi tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah pelarian. Oleh itu, penyelesaian asal kekal seperti kerakyatan sementara dan hak-hak bekerja tidak terus dilihat jelas di Indonesia, negara tuan rumah utama bagi warga Hezara Afghan, sebagai pengeksport buruh.

Warga Pakistan

Pergerakan pelarian yang agak signifikan bagi keluar daerah ialah warga Pakistan. Kenyataan ini adalah berdasarkan keyakinan pelaksanaan peraturan agama, kerana kepercayaan utama sebagai minoriti populasi Kristian dan Muslim Ahmadiyya. Pengesanan kadar pelarian oleh Muslim Ahmadiyya adalah sangat tinggi sehingga 100%. Bagi penganut Kristian adalah lebih rendah kira-kira 30% dan berbeza-beza mengikut negara pelindung.

Destinasi biasa bagi pelarian Pakistan sehingga 2012 ialah Indonesia atau Malaysia, melalui Thailand atau Sri Lanka. Mulai 2013, destinasinya ialah satu-satunya, Thailand. Perubahan yang berlaku ini tidak begitu jelas, samada kemudahan mendapatkan visa (pada masa itu) atau peluang untuk penempatan atau kedua-dua faktor tersebut dan faktor-faktor lain. Apa yang jelas, Thailand kini muncul sebagai tuan rumah keempat terbesar bagi warga Pakistan yang mencari tempat perlindungan, selepas German, Afrika Selatan dan Itali. Lebih 5,000 warga Pakistan menuntut status pelarian di Thailand. Buat masa ini, UNCHR terus terusan menggalas tanggungjawab untuk pendaftaran dan memutuskan tuntutan-tuntutan oleh para pelarian di Thailand, memperkukuh sumber-sumbernya pada musim panas pada tahun 2016 untuk mejelaskan tunggakan permohonan pencari perlindungan di Thailand.

Berbeza buat warga Afghan, penyelesaian bagi warga Pakistan adalah kurang jelas. Negara Thailand ialah sebuah negara berpendapatan pertengahan atasan dan menyediakan peluang pekerjaan yang mematuhi peraturan kepada warganegara negara-negara jirannya berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada hak-hak yang sama dapat diberikan kepada warga Pakistan dan pencari perlindungan lain yang dikenali sebagai pelarian. Penempatan semula turut memainkan peranan dalam respon namun sepertimana ia mungkin menyumbang kepada kemasukan dan menjelaskan objektif polisi wilayah seperti yang dinyatakan diatas, maka tidak semua warga Pakistan akan digelar sebagai pelarian.

3. Rumusan

Waga Rohingya, Afghan dan Pakistan bukanlah satu-satunya pelarian di Asia Tenggara. Secara keseluruhannya wilayah (ditakrifkan sebagai Asia Tenggara dalam usul) menjadi tuan rumah bagi lebih daripada 315,00 individu dari 76 buah negara. Kesemua mereka tertakluk kepada perhatian dan perlindungan UNCHR dan usaha terbaik mereka untuk membantu para pelarian mencapai penyelesaian yang berpanjangan. Kebenaran Menetap Sementara – turut dirujuk sebagai Perlindungan Sementara atau Penetap Tempatan – menawarkan penyelesaian yang logik dan elok. Tiada magis dalam kata-kata. Isi adalah lebih penting berbanding kulit. Kebenaran Menetap Sementara minimum termasuk menghormati prinsip seperti tiada penahanan, boleh bekerja dan mendapat pendidikan dan kesihatan. Kebenaran ini biasanya diberi bagi tempoh setahun hingga tiga tahun dan dalam keadaan tertentu ia boleh diperbaharui. UNCHR yakin kebarangkalian negara-negara lain untuk membenarkan penempatan sementara semakin meningkat dengan penglibatan negara-negara ini dalam mendaftar dan mengesahkan tuntutan pelarian. Hasilnya, sebagai keutamaan praktikal, UNCHR sedang memperhebat perjanjian dan tawaran sebaiknya.

 

Mr Alistair Boulton ialah Timbalan Ketua Perwakilan Wilayah (Perlindungan), Pejabat Koordinator Wilayah, UNCHR Bangkok, Thailand

 

Artikel ini diterjemahkan oleh Maisarah Akbal daripada tulisan yang terbit buat pertama kali di jurnal Panorama yang diterbitkan oleh Konrad-Adenauer-Stiftung, Singapura. Artikel asal berbahasa Inggeris boleh diakses di jaringan berikut http://www.kas.de/politikdialog-asien/en/publications/46164/.


Previous Next