Gelap Mata dapat dikatakan sebagai sebuah karya yang mengupas isu-isu OKU dalam aspek yang rencam. Ini merupakan satu langkah percubaan bagi memberikan pendedahan awal berkaitan isu yang terpencil ini.

Saya memilih pendekatan mengupasnya secara separa ilmiah. Ada sebahagian catatan digarap secara berfalsafah. Ia mungkin memerlukan renungan tajam untuk menghadamkannya. Sebahagian lagi dihadirkan secara santai tapi mempersonakan.

Sebelum ini buku-buku mengenai isu OKU mengambil kaedah penceritaan pengalaman peribadi. Misalnya, buku tersebut ditulis oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak OKU. Kisahnya berkisah kepayahan, suka duka mereka membesarkan anak-anak. Sifatnya sangat individual.

Pendekatan ini membaurkan luahan emosi. Tentunya ia tidak menghasilkan kesedaran sosial yang berpanjangan. Namun kaedah ini tidak pula boleh dianggap tidak bermanafaat. Gabungan antara luahan perasaan dan sikap objektif rasional merupakan poros tengah yang dapat memberikan keseimbangan.

Inilah kelebihan tersembunyi yang anda akan dapati melalui pembacaan terhadap buku ini. Anda bukan sekadar dapat memahami isu-isu OKU namun aspek-asepk lain seperti konsep dan kemahiran potensi deria manusia turut diberikan perhatian. Pemahaman sepadu dan misteri kehidupan OKU merupakan teras utama kupasan-kupasannya.

Semoga buku kecil ini memberikan suatu sisi pandangan yang tersendiri tentang kehidupan OKU. Ia adalah usaha-usaha kecil menumbuhhkan lagi kesedaran masyarakat mengenainya. Segala ilham yang baik itu anugerah Allah. Segala kelemahan dan kekhilafan hanyalah kelemahan diri penulis yang perlu diperbaiki lagi di masa hadapan.

Mohon teman-teman tidak jemu-jemu mendoakan saya yang kerdil ini terus berani, tabah dan selalu redha menghadapi segala ujian yang dianugerahkan. Persembahan sekerdil ini dititipkan kepada generasi anak muda dalam menuju Malaysia yang lebih mesra OKU.

~3 Ogos 2015

Hari ini bertemu penerbit Obscura melihat naskah contoh sebelum dicetak nanti. Saya berpuas hati dengan segala rekabentuk bukunya. Ada banyak hal yang kami diskusi. Saya memintanya memberikan tips menulis dengan lebih baik lagi. Saya mahu mempertingkatkan lagi seni kepengarangan terutama aspek gaya bahasa.

Ketika mula-mula membuat keputusan untuk Obcura menerbit buku ini, hati saya risau. Bimbang kerana penerbit dikaitkan dengan imej cerewet dalam bab bahasa. Tapi saya mahu mencabar diri sendiri. Saya mahu mengasah lagi pensil supaya lebih tajam dan berbisa.

Saya bangga apabila buku Gelap Mata diterbitkan oleh Obscura. Buku ini adalah buku kelima terbitannya. Saya kagum dengan mutu dan ketelitian mereka dalam menerbitkan sesebuah karya. Seni kepengarangan saya teruji. Secara tidak disedari kemahiran saya menulis perlu dipertajamkan lagi di masa mendatang.

Tapi mengapa pula anda perlu membeli dan membaca buku ini? Apa istimewanya tulisan-tulisan di dalamnya?

Puisi-puisi Maulana Iqbal dan Maulana Rumi pula menjadi pembuka bicara.

Huruf-huruf Braille dijadikan tajuk dan hiasan indah untuk setiap pembahagian bab-bab.
Ya, sangat halus keseniannya.

Menurut penerbit, kekuatan buku ini ada dalam catatan sekelumit kisah hidupku. Catatannya santai dan menyentuh jiwa. Ia sepertinya memberikan semangat hidup yang tersebunyi kepada sesiapa saja yang membacanya.

Buku ini akan dicetak dan berada di pasaran lebih kurang 10-14 hari lagi. Buku akan dijual dengan harga RM20.00 sahaja.

~1 Ogos 2015


Rosli Ibrahim, pembaca buku tegar dan liar. Baru-baru ini menerbitkan sebuah buku berjudul Gelap Mata.
Catatan ini adalah himpunan status Facebook beliau yang sentiasa muncul secara rambang.>/em>