Satu-satunya dokumentari yang membincangkan satu-persatu opus penting Philip Roth, novelis Yahudi-Amerika yang mengumumkan persaraannya daripada dunia penulisan pada tahun 2012. Menonton Roth menyorot kembali antaranya Portnoy’s Complaint, Operation Shylock, Sabbath’s Theater, I Married a Communist dan The Plot Against America, memberikan latar kepada pembaca tentang novel-novelnya itu.

Seperti kata Salman Rushdie di bahagian penghujung dokumentari,” Roth telah menulis 34 atau 35 buah novel, lebih banyak daripada apa yang akan saya tulis kerana itu dia layak untuk berehat.”

Roth yang berumur 81 memberitahu Alan Yentob, “Ini adalah kemunculan saya yang terakhir di kaca TV, bahkan di pentas mana pun.” Bye, bye!

Bahagian 1

Bahagian 2