Satu lagi siri Lepak Maqasid diadakan minggu lalu membedah dua buah buku terbitan MEGC dan IKD. Khalid Jaafar membincangkan tentang Reformasi Perundangan Islam yang ditulis oleh Abdullahi Ahmed An-Naim, intelektual dari Sudan yang juga anak murid kepada Mahmoud Mohamed Taha (seperti yang diceritakan dalam tulisan ini: Menjadi Syahid kerana Kesederhanaan) dan juga buku kecil bertajuk Mazhab-mazhab Awal dan Pembentukan Akidah Sunni yang merupakan terjemahan kepada buku Fazlur Rahman bertajuk “Revival and Reform in Islam.”

Buku-buku tersebut boleh didapati dengan menghubungi Muhammad Zihni melalui: bukuikd@gmail.com.