Berikut adalah kenyataan penuh yang dihantar ke pihak media pada 16 Disember 2013.

——–

Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) mengecam usaha pihak berkuasa di
Perak untuk mendakwa dua warganegara Malaysia iaitu Nur Azah Abdul
Halim dan Mohammad Ridzuan Yusof atas kesalahan menganut ajaran Syiah.

KsJT menegaskan tindakan untuk mendakwa dua individu tersebut
bersalahan dengan Semangat Perlembagaan Persekutuan, Semangat Rukun
Negara dan Permahsyuran Kemerdekaan yang terkandung dalamnya cita-cita
melindungi hak kebebebasan individu, termasuklah kebebasan untuk
menuruti keyakinan masing-masing. KsJT juga berpandangan tindakan
untuk mendakwa penganut Syiah ini adalah satu gejala penafian terhadap
realiti masyarakat Malaysia yang majmuk dan toleran.

Sungguhpun Umno-Barisan Nasional yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun
Razak mewar-warkan slogan 1Malaysia yang maraikan kepelbagaian, akan
tetapi perkembangan terbaru ini sekali lagi membuktikan ianya sekadar
slogan kosong semata-mata dan kegagalan Perdana Menteri mengotakan
janji-janji beliau.

KsJT memandang serius elemen pelampau yang condong fasis semakin
berani menggasir Kebebasan di Malaysia. Anasir fasis ini tidak
teragak-agak membakar buku, mendakwa serta menghukum individu yang
berlainan keyakinan samada keyakinan agama, politik dan budaya.

Olehitu Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) menyeru semua pihak yang tidak mahu Kebebasan mereka dicerobohi, yang tidak mahu suara mereka
dibungkam, yang tetap setia mahukan Malaysia bangun sebagai sebuah
negara yang Merdeka, Liberal dan Demokratik untuk bersatu tegas
melawan anasir melampau, fasis serta totalitarian.

 

Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT)
Insitut Kajian Dasar (IKD)
Akademi Pak Sako (APS)

 

Bacaan lanjut:

Shia duo to stand trial in Perak (The Malaysian Insider)

Q&A: On Being a Minority Muslim in Malaysia (Wall Street Journal)

Malaysian Shia Muslims Prepare for Trial (Wall Street Journal)

NGO: Bicara individu ‘Syiah’ condong fasis (Malaysiakini)