Berikut adalah kenyataan media Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) terhadap isu penggantungan akhbar mingguan The Heat. Petisyen tentang hal itu boleh ditandatangani di sini.

 

 ——–

Kenyataan Media

Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) dengan tegas menyatakan solidariti dan dokongan terhadap aksi Gerakan Media Marah (Geramm) untuk menuntut Kebebasan Media ekoran penggantungan akhbar mingguan The Heat baru-baru ini.

KsJT sebagai sebuah perkumpulan yang menjunjung idea Kebebasan serta pembinaan sebuah masyarakat dan negara yang Liberal mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung penerbitan akhbar mingguan The Heat. Penggantungan tersebut membuktikan pentadbiran Dato’ Seri Najib merupakan musuh kepada Kebebasan.

KsJT mengambil peluang ini untuk sekali lagi menyeru individu dan organisasi untuk bersatu membentuk “kekuatan Liberal” dan mempertahan Kebebasan yang menjadi asas penubuhan Negara Malaysia. KsJT berpendirian adalah suatu keutamaan kepada semua kumpulan yang menjunjung Kebebasan Berekspresi untuk tuntas mengungkapkannya dalam apa sahaja bentuk samada Seni Budaya, Politik, Media dan lain-lain demi menewaskan anasir otoriatarian di negara ini.

Komunite Seni Jalan Telawi