Surat terbuka kepada Sharifah Zohra Jabeen oleh saudara Zul Fikri Zamir Mohamad Munir, mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan ‘confront’ audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir ‘intimidation’ sebegini perlu.

… Saudari kemudiannya mengucapkan ‘Let me speak’ sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika?

Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti ‘pernah makan shark finn?’

Tulisan penuh boleh dibaca di ProjekDialog.