Tahun ini masuk tahun yang kelima David John Gutowski menghimpunkan senarai-senarai buku terbaik sepanjang tahun 2012. Telah menjadi satu tradisi untuk media cetak dan online di Barat  (Amerika dan UK terutamanya) untuk meraikan penerbitan buku terbaik tahunan.

Gutowski melalui blognya Largehearted Boy mengumpulkan semua jaringan-jaringan laman tersebut di dalam satu posting. Usaha ini memudahkan peminat buku untuk mencari buku yang mereka gemari tanpa perlu melompat-lompat daripada satu laman ke laman yang lain. Sudah tentu senarai ini hanya terhad pada media yang memuatnaik senarai mereka ke laman web. Juga terhad kepada media berbahasa Inggeris semata.

Senarai tersebut disusun mengikut abjad daripada A sampai Z. Terdapat juga senarai yang dibuat media-media besar dan terkenal seperti Amazon, Wall Street Journal, Time, Guardian, New York Times dan New Yorker. Juga daripada yang kurang terkenal seperti majalah Jacket Copy, Full-Stop, The Millions.

Anda boleh menghabiskan hujung minggu anda di hujung tahun ini dengan menyusuri keseluruhan senarai tersebut di sini.

 

 

Buku David John Gutowski Largehearted Boy Senarai Buku Terbaik 2012

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cancel Kirim Ulasan