Pradengar Album AS Yuna

oleh
26 April, 2012 | kategori Blog | komen [0] | Cetak | kongsi  

Seperti tidak pernah terputus aliran kreativitinya, tidak pernah lama masa berselang akan ada saja lagu-lagu Yuna yang segar diterbitkan dalam tempoh beberapa bulan. Boleh jadi itu strateginya untuk sentiasa memastikan nama dan karyanya tidak keluar dari orbit ingatan peminat musik tanahair.

Kali ini sedikit berbeza, beliau cuba untuk menembus pasaran musik Amerika Syarikat. Bermula sebelum ini dengan tiga buah lagu yang diterbitkan di bawah Pharrel Williams, sudah tentu antara ‘movers and shakers’ dalam industri musik di negara Uncle Sam itu. Daripada tiga buah lagu menjadi sebuah album yang diterbitkan oleh Fader Label. Dan jadual pun telah disusun untuk “Yuna US Tour’ pada musim panas ini. Semoga tour-nya di Malaysia juga akan diadakan tidak lama lagi.

via The Wknd


Tags: Musik, Pharrel Williams, Yuna
 

 

Tinggalkan Komen