Sebaik sahaja China meneruskan untuk mengunjurkan angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi di tengah-tengah krisis kewangan global, cerdik pandai di luar China berusaha untuk  membuka kotak rahsianya . Hasilnya adalah minat baru terhadap apa yang telah digelar sebagai “Model China,” satu idea yang mana kejayaan ekonomi negara boleh disebabkan oleh satu bentuk pendekatan politik dan ekonomi  unik yang mungkin dapat menyedarkan kita semua.

Yang menariknya, tetapi tidaklah mengejutkan, ketika tanggapan bahawa  “Model China” sebenarnya berasal dari dunia Barat, ia dengan penuh semangat  telah disesuaikan oleh para pemikir kiri konservatif China, yang telah membentuknya untuk mempertahankan Parti Komunis China, dasar, ideologi dan sistemnya.

Minggu lepas, jurnal Parti Komunis China ‘Seeking Truth‘ dalam petikannya di mana Zhang Weiwei, felo penyelidikan di Sekolah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa Geneva, meringkaskan apa yang dilihatnya sebagai lapan ciri-ciri prinsip “Model China” -termasuk mengutamakan fakta lebih daripada ideologi, lebih prihatin terhadap kehidupan rakyat, dan menitikberatkan kestabilan. Artikel ini diambil daripada ucapan Zhang kepada Dewan Senat Belanda, bahagian atas dewan Parlimen Belanda.

Tetapi yang paling menarik, mungkin, adalah penekanan Zhang, dalam mukadimah beliau mengenai keunikan ‘perwatakan kebangsaan’ China. Poin beliau di sini adalah penting kerana mereka bercakap mengenai asal usul ‘Model China’ – yang dibentuk oleh China sendiri – dalam konsep apa yang boleh dipanggil eksepsionalisme China. China akan mengikut jalannya sendiri – bukan Barat – kerana hanya apa yang secara unggulnya China dapat menampung keunikan ‘situasi kebangsaan’ China, atau guoqing.

Zhang menggambarkan China sebagai satu-satunya “negara tamadun” di dunia ” – seolah-olah, katanya , Rom tidak pernah jatuh, tetapi sebaliknya bertukar menjadi negara-bangsa moden. Tidak seperti negara-negara lain di dunia, China mempunyai wilayah yang luas, budaya yang luas dan mendalam, perbezaan serantau yang meluas dan yang paling penting, tradisi politik cerah yang tersendiri.

Jika tanggapan eksepsionalisme Amerika berpunca daripada status Amerika Syarikat sebagai “negara baru pertama” dunia, nampaknya eksepsionalisme China berpunca dari kenyataan bahawa China, sebagaimana yang Zhang katakan, negara purba pertama dunia. Ini mungkin nampak bodoh, tetapi Zhang mempunyai citarasa tersendiri terhadap perkara yang tak masuk akal- dia menyatakan pada satu ketika bahawa Shanghai dalam beberapa aspek ” mungkin lebih baik daripada New York.”

Penegasan Zhang agak tertumpu kepada banyak tulisan China tentang Model China dan kekuatannya. Tetapi dalam persekitaran media yang dikawal China, yang tidak menggalakkan pencarian apa yang salah, agak sukar untuk mencari penafian.

Ada satu tulisan oleh felo China Media Project , “super blogger” China Yang Hengjun, kini hilang -kami mengharapkan berita mengenai kamu segera, – yang menentang fakta kabur buku Naisbitt’s ‘China Megatrends‘ , yang kini menjadi sebahagian daripada sentimen pujian mual tentang Model China.

Salah satu tulisan paling teliti dan bijak tentang Model China ditulis oleh felo CMP Yang Jisheng dan disiarkan dalam edisi Januari jurnal liberal Yanhuang Chunqiu. Di dalamnya, Yang secara ringkas menjejaki sejarah Model China dan meletakkan para penyokong terhadap Model China itu secara tepat dalam tradisi perlawanan terhadap Pembaratan yang berabad lamanya- yang mana, beliau katakan, telah lama menjadi alat status quo politik (autoritarian).

Antara yang bernilai dalam tulisan Yang–termasuk beberapa statistik yang mengejutkan tentang beberapa hal seperti perbelanjaan tahunan negara dalam pembelian sedan rasmi (AS$152 billion dolar, atau kira-kira AS$117 per kapita)–adalah petikan tulisan ahli falsafah Ai Siqi dari tahun 1940 yang seperti telah ditulis semalam sebagai jawapan kepada tulisan Zhang Weiwei ‘Seeking Truth‘ : ” Semua pemikiran reaksioner di China sekarang ini adalah dalam tradisi yang sama – ia menekankan ‘ciri-ciri negara’ China, tidak habis-habis bercakap tentang ‘ keistimewaan semulajadi China’ ,’ dan mengetepikan prinsip umum kemanusiaan, dengan memperdebatkan bahawa pembangunan sosial China hanya boleh mengikuti jalan China sendiri. ”

Di bawah ini adalah terjemahan penuh kedua-dua tulisan Zhang dan Yang. Memang agak panjang. Tetapi untuk pembaca yang berminat untuk memahami dengan lebih baik perdebatan yang berlaku di China hari ini – banyaknya di belakang tabir – tentang hala tuju pembaharuan masa hadapan , kedua-dua politik dan ekonomi, akan mendapat ganjaran yang menguntungkan.

Analisis Sebuah Keajaiban : Model China dan Kepentingannya
Zhang Weiwei

Kita tahu bahawa atas sebab yang perlbagai, kebangkitan China menjadi perdebatan yang hebat di Barat. Lebih daripada 20 tahun yang lalu, media Barat sering menggambarkan China sebagai sebuah negara di mana kuasa negara berdiri menentang rakyat, dan kuasa politik menindas, …..Di bawah pimpinan pembangkang, rakyat melakukan penentangan. Sesetengah bangsa Eropah, beberapa orang di Oslo, sebagai contoh, malah percaya bahawa China adalah Jerman Timur , atau Eropah Timur, sesuai untuk sebuah “revolusi berwarna.”

Pandangan ini telah mendorong ramai pakar-pakar China di Barat untuk membuat ramalan pesimis mengenai China. Mereka berkata bahawa pasca 1989 China akan terjejas. Selepas Kesatuan Soviet jatuh, mereka kata sekali lagi bahawa China akan mengikutnya, dihancurkan oleh perselisihan dan perpecahan. Sekitar ketika kematian Deng Xiaoping [pada tahun 1997], mereka sekali lagi meramalkan pergolakan besar di China. Sebelum Hong Kong  diserahkan kembali [pada tahun 1997], mereka sekali lagi meramalkan bahawa kemakmuran wilayah tersebut telah hilang selama-lamanya. Apabila China menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia, mereka sekali lagi meramalkan bahawa China akan runtuh. Apabila krisis kewangan melanda pada tahun 2008, mereka sekali lagi meneka bahawa akan ada kekacauan besar di China. Akhirnya, semua ramalan-ramalan ini telah terbukti salah. China tidak jatuh sama sekali. Sebaliknya, teori kejatuhan itu sendiri yang rebah.

Kegagalan dalam ramalan tersebut menunjukkan bahawa kita perlu menyelidik China, sebuah negara yang rumit, dengan lebih objektif. Mungkin, seperti ahli falsafah Belanda abad ke-17 Spinoza, atau seperti ahli falsafah Jerman sezamannya, Liebniz memfokuskan kepada apa yang mereka gelar “agama semula jadi.” Apa yang mungkin mereka sangat prihatinkan adalah bagaimana China telah menggunakan kaedah material dan keduniaan, dan dekat kepada alam semula jadi – berbanding dengan kaedah teologi Eropah dalam kegemilangannya – untuk mentadbir masyarakat, ekonomi dan politik. Jika kita melepaskan ikatan ideologi, kita mendapati bahawa apa yang telah berlaku di China sejak 30 tahun lalu mungkin transformasi ekonomi dan sosial terbesar yang sejarah manusia pernah saksikan – kira- kira 400 juta orang meninggalkan kehidupan miskin. Perubahan ini telah membawa kesan yang mendalam ke atas China dan juga dunia seluruhnya.

Boleh juga dikatakan bahawa dalam tempoh 30 tahun lalu, pencapaian Cina mengatasi semua negara- negara membangun di dunia , kerana 70 peratus daripada mereka yang berpindah keluar daripada belenggu kemiskinan [di dunia] adalah China. Pencapaian China adalah lebih tinggi daripada pencapaian semua ekonomi peralihan , kerana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China telah berkembang dalam faktor 18 sejak 30 tahun lalu, dan berbeza dengan ekonomi peralihan Eropah Timur yang secara purata hanya dua kali ganda. Tentu saja Eropah Timur telah dibangunkan dari dasar yang lebih tinggi. Pencapaian China juga lebih besar daripada kebanyakan negara-negara maju. Sebahagian daripada masyarakat China yang tinggal di tahap ekonomi membangun kira-kira 300 juta, sama dengan penduduk Amerika, dan tahap kemakmuran mereka sudah tidak lagi lebih rendah daripada rakan-rakan mereka di negara-negara maju di selatan Eropah. Bandar peringkat pertama China seperti Shanghai telahpun melebihi New York dalam banyak aspek . Sama ada dari segi “perkakasan” seperti lapangan terbang, sistem keretapi bawah tanah, kenaikan rel keretapi , kemudahan komersial dan seni bina sivik, atau dengan ukuran “lembut” seperti jangka hayat, kadar kematian bayi dan keselamatan bandar, Shanghai mungkin sudah lebih baik daripada New York.

Tentulah, China mempunyai pelbagai masalah sendiri, dan sebahagian daripadanya agak serius dan memerlukan tindakan bersungguh-sungguh bagi pihak kami. Tetapi kejayaan keseluruhan China adalah jelas untuk semua lihat. Bagaimana kita hendak menjelaskan kejayaan ini? Sesetengah orang mengatakan ia adalah hasil daripada pelaburan langsung asing, tetapi dari segi tarikan per kapita pelaburan asing, Eropah Timur telah menarik lebih banyak pelaburan asing daripada China. Sesetengah orang mengatakan bahawa [kejayaan China] terhutang kepada tabung buruh murah, tetapi buruh lebih murah daripada China dalam beberapa negara-negara membangun seperti India. Sesetengah orang mengatakan bahawa [kejayaan China] terhutang kepada pihak pemerintah [terpusat] yang kuat . Tetapi di Asia, Afrika dan Amerika Latin terdapat banyak kerajaan yang kuat, tetapi mereka tidak dapat mencapai kejayaan yang sama seperti China.

Jika alasan ini tidak mencukupi untuk menjelaskan kejayaan China, maka kita perlu meneroka ruang pemikiran yang baru. Penjelasan saya sendiri adalah “Model China.” Sebelum saya menjelaskan Model China, saya ingin bercakap sedikit tentang pemahaman saya tentang sifat kebangsaan Cina [atau perwatakkannya]. Ini akan membantu kita untuk lebih memahami Model China.

China bukanlah Jerman Timur yang lebih besar, juga bukanlah Eropah Timur yang lebih kuat. Bukan juga mana-mana negara yang biasa. China adalah “jenis negara tamadun”, dan lebih-lebih lagi ia adalah satu-satunya jenis negara seperti itu di dunia. Mengapa? Kerana China adalah [negara] tertua di dunia dalam sejarah sebagai sebuah negara yang bersatu. China adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai 5,000 tahun ketamadunan tidak putus- putus. China adalah satu-satunya negara di mana ketamadunannya yang berkurun- kurun bersesuaian sepenuhnya dengan morfologi negara moden. Dalam usaha untuk menggambarkan konsep ini, saya boleh memberikan satu perbandingan yang tepat. Ia seolah-olah Rom kuno yang tidak pernah dibubarkan, dan berterusan sehingga hari ini, membuat peralihan tersebut kepada sebuah negara bangsa yang moden, dengan kerajaan pusat dan ekonomi moden, menggabungkan unsur-unsur budaya tradisional, mempunyai populasi besar di mana semua orang bercakap Latin.

Jenis negara ini semestinya sesuatu yang berbeza. Jenis ketamadunan bangsa China memiliki [apa yang saya panggil] “empat ultra”: populasi ultra, , ultra-besar dari segi kawasan, ultra-kuno dari segi tradisi sejarah, dan ultra yang mendalam dari segi pengumpulan budaya. Disebabkan ciri- ciri seperti “empat ultra ,” ini, kebangkitan China semestinya menimbulkan kesan antarabangsa yang meluas. Penduduk China melebihi gabungan penduduk Eropah, Amerika, Rusia dan Jepun. Semasa Festival Musim Bunga tahun ini, 2.5 bilion perjalanan telah dibuat oleh kaum Cina. Apakah jenis konsep sebegitu? Bayangkan gabungan penduduk seluruh Amerika Utara, Eropah, Rusia, Jepun dan Afrika telah bergerak di dalam ruang tersebut dalam tempoh kurang daripada satu bulan. Contoh ini dapat menggambarkan cabaran-cabaran besar dan peluang tanpa had yang dihadapi China kini.

China adalah sebuah wilayah yang luas, sebuah benua dengan perbezaan besar serantau. Dengan apa- apa perhitungan anda boleh bayangkan, sama ada pentadbiran negeri, ekonomi, perubatan, hal ehwal ketenteraan, cara hidup, [kawasan-kawasan ini] semua mempunyai tradisi masing-masing berabad-abad lamanya. China juga mempunyai budaya yang sangat indah, termasuk karya agung sastera dan senibina . Kekayaan budaya makanan China boleh menggambarkan ini. Terdapat lapan budaya makanan utama di China, dan setiap satu termasuk sub-jenis yang tidak terkira banyaknya. Secara peribadi, saya percaya bahawa mana-mana- dari lapan budaya makanan ini jika diambil berasingan adalah dalam banyak cara ianya lebih baik daripada masakan Perancis dari sudut pelbagai, walaupun saya mengerti bahawa di dalam forum ini akan ada beberapa bantahan. Kesemua ini pada dasarnya adalah produk sejarah dalaman China. Semua ini menentukan keunikan jalan pembangunan China. Kini, kembali kepada Model China. Secara peribadi, saya percaya bahawa model ini merangkumi lapan ciri.

1.Yang pertama ialah “bercakap benar melalui fakta”. Ini adalah konsep sejarah kuno di China, salah satu yang Deng Xiaoping bangkitkan semula pada penghujung ” Revolusi Kebudayaan”. Ia adalah pandangan Deng Xiaoping, bahawa standard muktamad untuk menentukan kebenaran bukanlah dogma ideologi, sama ada Timur atau Barat – sebaik-baiknya hendaklah berfakta. Melalui siasatan fakta-fakta, China telah datang kepada kesimpulan bahawa bukan model ekonomi Soviet terancang mahupun model demokrasi Barat boleh membuat sebuah negara membangun mencapai pemodenan. Oleh itu, China memutuskan pada tahun 1978 untuk mencari jalan pembangunan sendiri, dan ia mengambil satu jenis kaedah yang amat praktikal untuk menggalakkan pemodenan sendiri secara besar-besaran.

2.Yang kedua ialah keutamaan kehidupan rakyat. Ini juga merupakan satu konsep politik yang diperolehi daripada tradisi China. Deng Xiaoping mentakrifkan pembasmian kemiskinan sebagai perkara pertama perniagaan, dan dia menggubal dan mengamalkan beberapa siri langkah-langkah praktikal untuk menghapuskan kemiskinan. Pembaharuan di China bermula di kawasan desa, kerana pada masa itu majoriti orang-orang China tinggal di kawasan desa. Kejayaan reformasi luar bandar telah menarik sepanjang pembangunan keseluruhan ekonomi China, menghasilkan kemunculan bandar yang tidak terkira banyaknya dan perusahaan kampung serta perniagaan kecil dan sederhana. Mereka juga telah mewujudkan yayasan untuk pembangunan seterusnya yang melonjak dalam sektor perkilangan China. Dengan pelbagai cara, ciri-ciri Model China terhadap “keutamaan kehidupan rakyat” juga membetulkan beberapa prasangka dalam konsep hak asasi manusia Barat, sebagai contoh bahawa hak politik warganegara adalah sentiasa melebihi hak-hak lain. Ciri-ciri Model China mungkin akan mempunyai kesan yang mendalam terhadap nasib golongan miskin yang terbentuk daripada penduduk dunia.

3.Ketiga adalah peri pentingnya kestabilan. Sebagai sebuah negara yang bertamadun , kerumitan etnik, kepercayaan, bahasa dan kedaerahan di China adalah tidak ada duanya seperti mana- mana tempat lain di dunia. Ciri-ciri [China] ini telah mencetuskan ketakutan bersama di kalangan orang Cina terhadap “kekacauan”. Konsep tradisional di China adalah “masa keamanan dan kemakmuran”, di mana “keamanan” dan “kemakmuran” sentiasa datang bersama . Ini adalah sebab mengapa Deng Xiaoping menitikberatkan berulang kali kepentingan kestabilan, kerana dia memahami lebih baik daripada sesiapapun mengenai sejarah kontemporari China sendiri – kenyataan bahawa kira- kira 150 tahun dari Perang Candu pada tahun 1840 kepada Pembukaan dan Reformasi pada tahun 1978, China telah melalui 8-9 tahun keamanan, serta proses pemodenan kami sering terganggu. Di antara pencerobohan asing, kebangkitan para petani, perbalahan dalaman di kalangan hulubalang, serta pergolakan ideologi terdapat beberapa tahun yang aman. 30 tahun lalu menandakan tempoh pertama yang berpanjangan tentang kestabilan dan pembangunan di mana China telah alaminya di zaman moden, dan hanya persekitaran sedemikian ini telah mejadikan ekonomi ajaib China munasabah.

4.Keempat ialah pembaharuan secara beransur-ansur. China mempunyai penduduk besar, sebuah wilayah yang besar dan bersituasi yang rumit, dan ini adalah sebab mengapa Deng Xiaoping menggunakan strategi “merasa batu ketika seseorang melintasi sungai. Beliau menggalakkan pelbagai jenis pengujikajian melalui pembaharuan, Zon Ekonomi Khas kami bertempat di mana uji kaji pembaharuan dijalankan, dan diguna pakai oleh negara selepas kejayaan telah terbukti. China mengelak “terapi kejutan”. Kami membenarkan sistem yang tidak sempurna kami untuk bekerja sementara kami melaksanakan pembaharuan, perkhidmatan projek pemodenan. Ciri-ciri ini telah membenarkan China untuk mengelakkan kelumpuhan dan kehancuran Soviet Union dan negara Yugoslavia.

5.Kelima adalah pembezaan mengikut urutan. Turutan keseluruhan pembaharuan China diputuskan seperti berikut: pertama kawasan luar bandar kemudian bandar, yang pertama di kawasan pantai kemudian kawasan pedalaman , mula-mula keutamaan ekonomi kemudian politik, mula-mula melaksanakan pembaharuan yang paling mudah kemudian pembaharuan yang lebih sukar. Kelebihannya adalah bahawa peringkat pertama pembaharuan membuka jalan berdasarkan pengalaman untuk peringkat akan datang, membina asas. Di sebalik kaedah ini terdapat pemikiran holistik tradisi China. Seawal tahun 1980-an, Deng Xiaoping merumuskan strategi 70 tahun untuk mengubah China menjadi sebuah negara maju. Hari ini kita masih melaksanakan strategi ini. Keupayaan pendekatan holistik meluas seperti ini kini sangat berbeza dengan populisme dalaman dan kekaburan politik yang tersebar luas di dalam banyak negara di dunia ( kebanyakannya termasuk di Eropah).

6.Keenam ialah [pendekatan]ekonomi campuran. China telah berusaha untuk menggabungkan “tangan yang dapat dilihat” dan “tangan ghaib” secara organik, menggabungkan kekuatan pasaran dan ekonomi secara organik, dan secara efektif mencegah pecahan pasaran. Sistem ekonomi China dikenali sebagai “ekonomi pasaran sosialis.” Sepertimana pembaharuan ekonomi besar-besaran telah mengeluarkan potensi pasaran yang besar, kerajaan telah bekerja keras bagi memastikan kestabilan persekitaran makro. Ini adalah sebab utama mengapa China tidak terbabit dalam krisis kewangan Asia, dan mengapa ia berjaya melepasi krisis kewangan [terkini] dunia.

7.Ketujuh adalah pembukaan kepada dunia luar. Orang-orang China tidak mempunyai tradisi mubaligh, tetapi mereka mempunyai tradisi pengajian yang kuat. Dalam konteks budaya sekular China, mengkaji kekuakan mengenai orang lain adalah sesuatu yang terpuji . China telah mengekalkan tradisi secara terpilih menerima pakai kekuatan orang lain. Malah kita sendiri telah banyak belajar daripada “Persetujuan Washington,” yang agak panas itu,tentang  sebagai contoh semangat keusahawanan dan ekonomi berorientasikan eksport. Tetapi China menerusi dukungan ruang dasar sendiri, membuat untuk dirinya sendiri apa yang patut diambil, dan tidak akan mengikuti bulat- bulat. Dengan membuka ruang sepenuhnya kepada negara luar telah menyebabkan China menjadi salah satu daripada negara-negara paling berdaya saing di dunia.

8.Kelapan adalah mempunyai kerajaan yang agak neutral, celik dan kuat . Kerajaan China telah berupaya untuk menggalakkan dan mencapai satu konsensus yang meluas untuk pembaharuan dan pemodenan, ia boleh menyempurnakan objektif strategik yang agak sukar, misalnya penggalakan reformasi sistem perbankan China, pembaharuan perusahaan milik negara dan dorongan ekonomi untuk menangani krisis kewangan global. Ciri-ciri ini mempunyai asal- usul tersendiri pada fahaman Konfucious yang mendalam dan kekal di China tentang kerajaan yang kukuh, di mana kerajaan mestilah baik, orang yang berakhlak mulia dan berbakat yang membentuk dasarnya. Di China bermula sistem peperiksaan rasmi beribu-ribu tahun yang lalu. Walaupun sistem politik kita sekarang terdapat kekurangannya, ia jarang menghasilkan pemimpin yang berkeupayaan rendah.

Pada dasarnya, kualiti sistem politik, termasuk sumber kesahihannya, tidak boleh diukur melalui ketepatan prosedur. Lebih penting lagi ialah ketepatan kandungan, dan kandungan ini, di mana kira- kira mencapai pentadbiran politik yang memberangsangkan, mesti diukur dengan tahap kepuasan rakyat. Pentadbiran yang baik berbanding lemah adalah jauh lebih penting daripada pentadbiran demokratik berbanding autokratik. Jika melalui “demokrasi”, kita hanya merujuk kepada definisi Barat “sistem pilihan raya pelbagai pihak.” Apabila kita menitikberatkan kandungan yang betul melalui prosedur yang betul, ia sendiri adalah sebahagian daripada tradisi politik China, matlamatnya adalah untuk mewujudkan dan menyempurnakan prosedur sebagaimana ia sesuai dengan keperluan situasi negara dan rakyat menerusi hala tuju pentadbiran yang baik.

China hari ini adalah di tengah-tengah skala percubaan ekonomi, sosial dan politik terbesar di dunia. Kejayaan China di bahagian hadapan ekonomi telah menggariskan jalan pembaharuan politik di China – pendekatan secara beransur-ansur, eksperimen dan terkumpul kepada pembaharuan politik di China. Sepanjang proses ini, kami bersedia untuk merangka daripada kaedah lama dan baru, China dan luar negara.

China berada di tengah-tengah revolusi perindustrian dan sosialnya sendiri, kebiasaannya pelbagai masalah telah muncul. Kami menghadapi pelbagai cabaran, seperti membanteras rasuah, merapatkan jurang pembangunan kawasan dan menutup jurang antara kaya dan miskin. Walau bagaimanapun, dalam pembangunannya, China akan mengekalkan caranya sendiri, dan tidak akan bertindak mengikut model-model lain. China telah mengalami lebih daripada satu abad pergolakan, huru-hara dan revolusi, dan telah mengalami 30 tahun kejayaan pembaharuan dan pembukaan ekonomi . Majoriti orang-orang China ingin meneruskan jalan model China yang berkesan. Model ini memiliki kelemahannya tersendiri, tetapi akan berterusan disempurnakan, kerana ia sudah melakukan tugas yang baik dengan menyepadukan tradisi China sendiri kembali beribu-ribu tahun. China mempunyai warisan sejarah tersendiri. China melepasi 20 dinasti, yang mana tujuh daripadanya bertahan lebih lama daripada sejarah Amerika.

Sebaik sahaja China bangkit, pengaruh Model China pada dunia luar kemungkinan akan menjadi lebih besar . Pengalaman China secara dasarnya adalah produk keadaan negara China sendiri, dan ia adalah sukar bagi negara-negara lain untuk mengikuti. Tetapi beberapa konsep dan pengalaman yang berkaitan dengan Model China mungkin mempunyai impak antarabangsa— poin- poin seperti bercakap benar melalui fakta, mengutamakan kehidupan rakyat, pembaharuan secara beransur-ansur, eksperimen yang berterusan, dan idea bahawa “pentadbiran yang cekap lwn pentadbiran yang lemah adalah jauh lebih penting daripada pentadbiran demokratik lwn pentadbiran autokratik. ”

Susunan dunia hari ini sedang mengalami perubahan tersendiri, dari orde dunia menegak kepada orde dunia mendatar. Orde dunia menegak disifatkan oleh Barat sebagai mendominasi negara-negara lain dengan konsep dan pengalamannya, manakala keteraturan dunia mendatar disifatkan dengan saling bekerjasama antara konsep-konsep dan pengalaman negara-negara pelbagai, dengan persaingan yang baik.

Akhir sekali, saya ingin berkongsi cerita seorang kawan, seorang ahli falsafah Eropah yang berkongsi dengan saya. Satu hari pada separuh kedua abad ke-17, Liebniz, ahli falsafah Jerman datang khususnya di sini [Belanda], dan dia pergi ke Kota The Hague untuk bertemu secara rahsia dengan ahli falsafah Belanda Spinoza. Mengapa pertemuan tersebut dirahsiakan? Kerana pada masa itu, Spinoza telah digelar orang bidaah oleh gereja. Kedua-dua lelaki ini membincangkan beberapa perkara pelik, termasuklah sistem pentadbiran sekular, non-teologi China. Sebenarnya, ia adalah pandangan saya bahawa di sebalik kemunculan semula China hari ini masih terdapat konsep pentadbiran bukan ideologi . Selepas Liebniz menemui Spinoza, dia menulis surat kepada rakannya di mana dia berkata: “Saya bercadang untuk meletakkan pelekat di  pintu saya yang berbunyi: ‘Pusat Pengetahuan China”.

Saya memberitahu cerita ini untuk bukan menggalakkan Senat Belanda menubuhkan Pejabat China, kerana Belanda mempunyai tradisi yang terkenal di dunia mengenai kajian dan penyelidikan China. Tetapi saya masih percaya bahawa kita mesti terus membawa ke hadapan semangat zaman pencerahan Eropah, terutamanya semangat keterbukaan dan toleransi serta keberanian mengejar ilmu baru. Dalam erti yang lebih luas, ini adalah semangat orang-orang Belanda. Dengan semangat ini kita mesti berani keluar dan memahami budaya lain, tamadun lain serta cara lain menguruskan hal ehwal negeri – tidak kira bagaimanapun perbezaan tersebut mungkin kelihatan.

Jika kita bergerak ke hadapan dengan cara ini, kita dapat mengelakkan salah faham mengenai China melalui prasangka ideologi. Dengan cara ini juga kita boleh memperkayakan kecerdasan kolektif, lebih baik kita menghadapi pelbagai cabaran bersama- sama sebagai umat manusia, seperti pembasmian kemiskinan, menentang keganasan, menangani perubahan iklim, dan mengelakkan pertembungan tamadun.

 

Dan untuk pandangan alternatif China yang sangat teliti:

“Bagaimana saya Lihat ‘Model China”
Yang Jisheng
Yanhuang Chunqiu, Januari 2011
Dipos dalam talian pada 11 Januari, 2011

“Model China” ini telah menjadi topik hangat hari ini. Namun apakah itu “Model China”? Apakah sebab untuk berbicara mengenai “Model China”? Apakah kesannya terhadap proses pembaharuan China? Ini adalah percubaan saya untuk meneroka persoalan-persoalan ini.

Apakah itu “Model China”?

Idea “Model China” berasal dari luar negara, dan daripada ahli- ahli ekonomi.

Dalam tempoh 30 tahun sejak pembaharuan ekonomi dan pembukaan bermula, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China telah mengekalkan pertumbuhan tahunan sekitar 9.8 peratus setahun. China, yang mana sebelum pembaharuan adalah negara yang miskin, berpendapatan rendah dengan purata pendapatan per kapita negara kasar sekitar 199 AS dollar setahun, kini telah memasuki tahap rendah pendapatan sederhana dengan purata per kapita pendapatan negara kasar lebih kurang 2,000 AS dolar setahun. Ia telah meninggalkan kedudukan ke 175 di dunia [dari segi pendapatan per kapita] menjadi kedudukan ke-129 di dunia. Ekonomi China dijangka melepasi Jepun pada tahun 2010, menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia, hanya kedua di bawah Amerika Syarikat -dan jurangnya dengan Amerika Syarikat semakin berkurang.

Tidak berapa lama dahulu, China adalah sebuah negara yang mana barang-barangnya jarang ditemui. Sekarang, China berada di kedudukan pertama di dunia dalam pengeluaran 210 produk , termasuk keluli, automobil, kapal-kapal, simen, penjanaan kuasa, arang batu, baja kimia, kapas, mesin basuh, peti sejuk, penghawa dingin -dan televisyen berwarna (menurut Biro Statistik Kebangsaan China). Sebelum pembaharuan, China bukanlah ahli penting ekonomi global. Kini ia berada di kedudukan ketiga di dunia dari segi eksport-import, dan menduduki tempat pertama di dunia dalam rizab pertukaran asing. China juga merupakan salah satu destinasi paling sesuai untuk pelaburan langsung asing. Keajaiban ekonomi China telah menyebabkan ahli- ahli ekonomi asing untuk bangun dan memberi perhatian . Dan beginilah bagaimana “Model China” muncul.

Ahli ekonomi Amerika Andrew Michael Spence, penerima Hadiah Nobel dalam bidang Ekonomi pada tahun 2001, telah berkata bahawa kita tidak pernah melihat pun sebelum ini skala ekonomi China, yang mana dalam tempoh masa yang pendek dapat membangun dengan begitu pantas, dan  tanpa tandingan. Seorang lagi penerima Hadiah Nobel ekonomi Amerika, Joseph Stiglitz, meyakini bahawa dengan latar belakang ekonomi global yang lembap, “Model China” menjadi sumber inspirasi. Di dalam situasi krisis kewangan global baru-baru ini, ekonomi China terus berkembang dengan pesat. Atas sebab ini, idea “Model China” merebak dengan lebih meluas. Namun, di kaca mata ahli-ahli ekonomi, “model” adalah satu kes dalam pembangunan ekonomi. Ambil sahaja “Model India” yang popular baru- baru ini sebagai sebagai contoh, kerana selama lebih daripada sepuluh tahun, ekonomi India telah membangun dengan pesat dan  dalam masa beberapa tahun akan datang mungkin  mengatasi China. “Model India” berbeza dengan ” Model China ” kerana China secara prinsipnya didorong oleh sektor perkilangan, menjadi ” kilang dunia, “manakala dalam kes India akaun sektor perkhidmatan bagi yang melebihi 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menjadikan ia sebagai “pejabat dunia.” Ekonomi China terlalu banyak bergantung kepada dunia luar, manakala di India permintaan dalam negeri adalah dalam faktor pendorong utama. Ekonomi China didorong oleh kerajaan, manakala di India ekonomi India didorong oleh pasaran (“Pembangunan Ekonomi di India dan Model India, dalam Penyelidikan Isu- isu Dunia, yang diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Isu- isu Dunia Agensi Berita Xinhua , Isu 286) . Kita sudah agak biasa dengan pujian daripada ahli- ahli ekonomi asing terhadap ekonomi China. Tetapi sebenarnya, sudah terdapat banyak pujian terhadap ekonomi India juga.

Tetapi di tangan pengulas politik, seluruh kandungan “Model China” kini telah diubah.

Di dalam buku barunya Bagaimana Pemimpin China Berfikir: Kisah Dalaman Pembaharuan China Dan Apa Ertinya Untuk Masa Hadapan, Robert Lawrence Kuhn, pengarang Orang Yang Mengubah Cina: Hayat dan Warisan Jiang Zemin menjelaskan Model China. Pada pandangan beliau, “Buat masa sekarang dan untuk masa hadapan yang boleh diramal, pemerintahan parti tunggal Parti Komunis China merupakan pilihan terbaik. Satu sistem demokrasi tidak praktikal akan mendatangkan sumber perdebatan politik yang tidak berkesudahan, dan faedah ekonomi dan sosial jangka panjang dan sederhana akan dikorbankan. Tidak mungkin sistem demokrasi yang tidak praktikal akan membina ekonomi yang kukuh, dan pada masa yang sama, ia tidak mungkin memberi manfaat besar kepada majoriti rakyat.”

John Naisbitt, yang mula menonjol pada tahun 1980-an dengan bukunya Megatrends , berhujah dalam buku barunya Megatrends China bahawa Model China adalah sejenis “demokrasi yang tegak”.” Kepimpinan kerajaan dari atas ke bawah dan penyertaan rakyat dari bawah ke atas [di China] telah muncul sebagai sejenis model politik baru, yang berbeza dengan “demokrasi mendatar” Barat.” “Kelebihan utama demokrasi menegak terletak dalam kemampuannya untuk membebaskan ahli-ahli politik dari pemikiran yang didorong oleh pilihan raya, yang membolehkan mereka untuk menetapkan perancangan strategik jangka masa panjang,” Naisbitt menulis. Dalam pandangan Naisbitt, model ini telah menjadi satu jaminan yang penting terhadap kejayaan China sejak 30 tahun yang lalu: “Mengimbas kembali sekarang, ia seolah-olah tidak ada kaedah yang lebih baik memimpin sebuah negara yang besar dan kompleks untuk keluar daripada kemiskinan dan mencapai pemodenan.”

Sarjana Barat Martin Jacques, pengarang Apabila Cina Menguasai Dunia: Dunia Barat Berakhir dan Lahir Aturan Global Baru, telah menulis: “Salah satu ciri penting Model China adalah konsep kerajaan yang besar dan mengelak daripada konsep-konsep demokrasi ala Barat. ”

Bruce Dickson, seorang pakar China di Universiti George Washington, berhujah dalam satu esei bahawa “dalam usaha untuk meningkatkan pelaksanaan dasar-dasar ini dan mengawal permintaan untuk kesaksamaan dan kebajikan sosial, pemerintahan autoritarian adalah perlu.”

Orang- orang asing ini tidak mungkin dapat memahami China dalam tempoh masa yang singkat. Baca tulisan-tulisan mereka dan anda akan mendapati bahawa mereka telah sepenuhnya menghindari percanggahan yang amat nyata di China, dengan memilih hanya untuk melihat permukaan China yang lebih cerah dan segar. Mereka jauh terpisah dari realiti di China. Robert Lawrence Kuhn adalah tetamu Cina, dan kerajaan telah menawarkan beliau syarat-syarat yang optimum untuk pengumpulan fakta dan penulisan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada lebih daripada 300 orang di dalam buku ini, dan di antara mereka ada lebih daripada 100 pegawai-pegawai peringkat wilayah. Orang-orang yang beliau telah wawancara pada dasarnya adalah orang dalaman sistem yang disenaraikan oleh kerajaan. Beliau tidak menemuramah seorang pun di peringkat akar umbi, dan penulisan dan proses pengumpulan fakta hanya mengambil masa satu tahun. Kita tidak boleh berharap untuk benar-benar memahami China melalui buku yang ditulis secara tergesa-gesa ini. Pada cadangan Jiang Zemin, Naisbitt memilih tema ” megatrends China.” Bagi tujuan ini, beliau menganjurkan satu pasukan projek yang terdiri daripada tiga orang guru dari bahagian kewangan dan ekonomi dari Universiti Tianjin dan Universiti Nankai, serta 20 orang pelajar. Para pelajar bertanggungjawab untuk mengumpul bahan- bahan. Pasukan projek diekstrak dan disusun daripada akhbar-akhbar China dan kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris untuk menyediakan kepada Naisbitt. Pasukan projek memilih akhbar- akhbar dari lebih daripada 100 bandaraya, dan majoritinya adalah suratkhabar Parti tempatan. Naisbitt tidak memerlukan akhbar peringkat pusat, dengan merasakan bahawa akhbar-akhbar tempatan lebih baik dalam mencerminkan keadaan di kalangan rakyat. Beliau menentang pemilihan akhbar berat sebelah seperti ‘Southern Weekend‘ . Apa yang beliau tidak sedari adalah bahawa akhbar tempatan juga merupakan akhbar rasmi. Dan sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan bahawa Aliran Mega China yang disambungkan dan diabstrakkan daripada akhbar rasmi ini mungkin akan mencerminkan aliran masa depan China.

Di sini kita mesti memperkenalkan pandangan saintis politik Jepun-Amerika, Francis Fukuyama. Pada tahun 1989, Fukuyama menerbitkan bukunya The End of History, di mana dia memperdebatkan bahawa “sejarah pembangunan manusia adalah sejarah biasa yang menuju ke arah sistem yang bebas dan demokratik.”

Bagaimanapun, pada akhir Ogos 2009, Agensi Berita Xinhua telah mengeluarkan satu artikel yang diadaptasi dari terjemahan “Jepun Mesti Hadapi Abad China Secara Berdepan”. Dalam esei ini, Fukuyama menegaskan keutamaan “Model China.” Fukuyama merumuskan poin utama “Model China,” dengan mengatakan bahawa teras nilai model pembangunan China datang daripada beribu tahun tradisi politik, dan boleh ditakrifkan sebagai “sistem autoritarian yang bertanggungjawab.” Tradisi, yang mana di luar jangkauan Barat, 1) sebuah negara yang besar, dan sangat berpusat; 2) dengan sistem pentadbiran yang sangat maju; 3) dengan politik yang menitikberatkan tanggungjawab, menyedari doktrin “rakyat sebagai asas. ” Berikutan dengan kemunculan artikel ini, sebilangan penyelidik menyemak  perkataan- perkataan asal Fukuyama dan mendapati bahawa karya ini membuat pusingan di Internet menggunakan Fukuyama “secara selektif ” dan di luar konteks.

Sebagai contoh, perenggan yang berikut muncul dalam artikel [Xinhua]: “Tradisi politik China dan model sebenar telah mendapat perhatian dari beberapa negara-negara membangun yang semakin meningkat. Antara model ‘demokratik’ India dan model ‘autoritarian’ China, banyak negara lebih bersemangat tentang Negara China, yang mana India sebagai desentralisasi dan kesesakan manakala Cina sebagai pemusatan dan kecekapan tinggi. “Tetapi Wang Qian dari Universiti Tokyo menterjemahkan perkataan- perkataan asal Fukuyama seperti berikut: “Melihat kepada negara-negara ini dan proses membuat keputusan demokrasi terhadap negara- negara demokrasi seperti India, ramai orang memuji kapasiti membuat keputusan yang relatif cepat yang ditunjukkan oleh negara autoritarian seperti China. Walau bagaimanapun, jenis struktur autoritarian politik ini mempunyai kelemahan tersendiri. Tetapi tiada kedaulatan undang-undang, dan tiada pemantauan melalui pilihanraya, proses akauntabiliti menjurus kepada keperluan atasan Parti Komunis dan Jawatankuasa Pusat, dan tidak kepada keperluan rakyat di mana kerajaan perlu bertindak. ”

Liu Qing, profesor sejarah di Universiti Huadong Normal berkata (di hadapan buku Shu ), di mana Fukuyama menghargai pengalaman 30-tahun pembangunan China dan mengakui kesan yang mendalam pada tradisi unik China serta budaya politik telah mempunyai proses pemodenan di Asia, juga mempercayai bahawa watak unik dalam model China mempunyai nilai penyelidikan yang penting. Tetapi Fukuyuma, katanya, tidak pernah mengabaikan konsep terasnya – bahawa cara moden di luar demokrasi liberal lambat laun akan berdepan dengan tekanan kepada pendemokrasian, bahawa mereka akan menghadapi masalah yang keterlaluan dan sukar untuk dikekalkan.

Ketika warga asing hangat membincangkan Model China, orang- orang China tetap tidak  ketinggalan.

Pada Disember 2009, Model China: Pembacaan 60 Tahun Republik Rakyat China, sebuah buku yang disunting oleh professor dari Universiti Peking, Pan Wei telah diterbitkan. Sebaik sahaja buku itu diterbitkan, ia telah dipilih oleh Pentadbiran Am Akhbar dan Penerbitan untuk ” Penerbitan Projek Antarabangsa Klasik China” sebagai kerja yang penting dalam memancar suara China kepada dunia. Pan Wei juga mengembara ke beberapa Institut Konfusius di serata dunia yang ditubuhkan oleh China , dan ke Dewan Rakyat British, untuk bercakap mengenai ” Model China”. Dalam artikel yang dikenali sebagai “Model China : Analisa Ekonomi, Politik dan Masyarakat Di bawah Sistem China,” Pan Wei menggulung hujah-hujah asas yang dibuat di dalam bukunya. Hujah asasnya adalah bahawa “Model China” dibentuk oleh tiga sub-model – model ekonomi yang unik dalam ekonomi negara; model politik yang unik yang berasaskan rakyat; model sosial yang unik dalam sistem negara. Pan Wei percaya bahawa politik berasaskan rakyat mempunyai empat teras. Pertama, konsep demokrasi mengenai doktrin moden berorientasikan rakyat. Pan Wei percaya bahawa idea doktrin berorientasikan rakyat sudah matang dalam budaya China purba, dan hari ini ia termaktub dalam konsep “berkhidmat kepada rakyat”, “menggunakan kuasa untuk kepentingan rakyat, berkongsi perasaan rakyat, dan bekerja untuk kebaikan rakyat. Kedua, [konsep berasaskan rakyat] menitikberatkan sistem pemilihan para pegawai yang berjaya melalui tinjauan. [Menurut Pan,] sistem pemilihan rasmi China, yang diperoleh daripada sistem peperiksaan empayar kuno, adalah “sistem pemilihan kualiti teratas”. Dari segi kriteria pemilihan rasmi untuk pegawai, sistem ini mempunyai lebih banyak fleksibiliti , [kata Pan], berbanding sistem kompetitif berdasarkan memenangi pendapat umum. Ketiga, [konsep yang menitikberatkan dasar rakyat] kumpulan kepimpinan yang maju, tidak mementingkan diri dan bersatu padu. Pan Wei percaya bahawa sebagai “teras kepimpinan politik ” Parti Komunis China terletak kepada ketiga-tiga ciri utama ini. Keempat, [konsep yang menitikberatkan dasar rakyat ] sistem yang cekap dari bahagian kerajaan mengenai tanggungjawab, keseimbangan dan pembetulan kesilapan. Pan Wei percaya bahawa tidak seperti pemisahan tiga kuasa di Barat, [sistem] China adalah salah satu tanggungjawab pengasingan tetapi bukan memisahkan kuasa.

“Mengasingkan tanggungjawab tetapi bukan mengasingkan kuasa” adalah mengenai pengasingan kuasa dalam konteks kuasa berpusat. Bagaimana pula tanggungjawab dipisahkan? Pan Wei menyatakan sepuluh aspek proses pemisahan tanggungjawab. . . [Kami tidak menterjemahkan 10 aspek- aspek Pan, tetapi menunjuk kepada para pembaca yang berminat kepada tulisan China].

Dalam meneliti persoalan tentang China, cendekiawan China mempunyai kelebihan berbanding para sarjana asing. Jika Encik Pan Wei bersungguh-sungguh menghadapi isu-isu sosial di China sekarang ini, dengan memanfaatkan pengetahuan China dan Barat dan bercita-cita mewujudkan pusat pengajian China, tanpa ragu-ragu dia mungkin membuat pencapaian yang sebenar. Menilai kenyataan beliau, bagaimanapun, beliau bukan sahaja- seperti Kuhn dan Naisbitt – memberikan pujian yang tidak layak kepada sistem China sekarang ini, tetapi beliau mengesahkan sepenuhnya 30 tahun [sejarah China] sebelum pembukaan ekonomi dan reformasi. Beliau menulis: “. . . Kejayaan terletak pada ciptaan negara kita lebih 60 tahun dulu dalam laluan ‘”Model China]’, dan bahaya jika menyeleweng daripada  ‘senjata ajaib’ ini.” Sesetengah hujah-hujahnya adalah berasas, tetapi dalam banyak persoalan penting dia memutarkan fakta-fakta sejarah China. Beliau mengatakan bahawa “monopoli negeri pada harga pembelian dan penjualan [barangan] semasa era ekonomi yang dirancang tidak merampas hak petani, tetapi sebaliknya adalah lebih berfaedah kepada para petani daripada harga pasaran.”

Adakah petani China bersetuju dengan kesimpulan ini? Membuat alasan sebagai contoh pelbagai penindasan besar-besaran sejak 30 tahun ini, beliau berkata: ” Parti Komunis China sememangnya menitikberatkan perjuangan kelas’. Tetapi tidak seperti masyarakat Barat, sasaran perjuangan ini bukanlah untuk sesuatu ‘kelas’  yang konkrit dalam masyarakat China, tetapi telah dibataskan kepada beberapa jenis ‘pemikiran’ dan bilangan tertentu rakyat yang berdiri atas pemikiran ini, matlamatnya adalah untuk mewujudkan kesatuan pemikiran, menstabilkan kuasa politik, dan membina serta mengukuhkan sosialisme.”

Adakah ini satu kenyataan yang dapat diterima oleh puluhan juta mangsa [era itu]? Beliau menitikberatkan “pemisahan tanggungjawab” [tetapi bukan pemisahan kuasa]. “Barat menekankan hak-hak, tetapi China mengutamakan tanggungjawab,” katanya. ‘Keutamaan tanggungjawab membentuk asas ‘Model China.’ Tetapi saya akan bertanya: “Bagaimana subjek tanpa hak boleh mengambil apa-apa tanggungjawab? Beliau mengkritik orang-orang yang berkata reformasi politik di China telah ketinggalan dengan menuduh mereka menggunakan dogma Barat dalam melihat China. Tetapi saya ingin bertanya: Deng Xiaoping berkata pada tahun 1980-an bahawa reformasi politik telah begitu ketinggalan, jadi adakah ia dogma Barat juga? (NOTA: pandangan Pan Wei yang saya kemukakan di sini adalah yang terdapat dalam versi buku elektronik , Model China: Analisa Ekonomi, Politik dan Masyarakat dalam Sistem Cina).

Pan Wei menolak “pembahagian antara demokrasi dan autokrasi,” dan mengambil di luar konteks beberapa konsep dari kemandirian empayar China, menggunakan mereka sebagai senjata untuk menentang kecenderungan demokrasi hari ini. Sebagai ahli akademik, Pan Wei perlu memahami bahawa para sarjana akademik di dalam dan di luar China telah menulis pelbagai buku mengenai perbezaan antara demokrasi dan autokrasi. Bagaimanakah tanpa menghuraikan mengenai isu ini Pan Wei dengan mudah boleh menolak idea tersebut? Menafikan “pembahagian dua antara demokrasi dan autokrasi” ertinya menafikan setiap revolusi terhadap autokrasi yang pernah terjadi di luar China. Pan Wei juga menafikan “dua bahagian antara ekonomi terancang dan ekonomi pasaran.” Bukankah 30 tahun pembaharuan China adalah mengenai perubahan sistem ekonomi terancang kepada sistem ekonomi pasaran? Nampaknya, menurut apa yang dikatakan Pan Wei, pembaharuan ini adalah tidak perlu.

Merumuskan perkara di atas, beberapa sarjana di luar China telah menyokong ” Model China” sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah perkara-perkara berikut: 1. pengakuan dan pujian terhadap struktur politik semasa China; 2. pengakuan dan pujian kepada 30 tahun pembaharuan ekonomi terdahulu; 3. promosi “pemusatan” dan “kerajaan besar,” dan pengakuan “autoritarianisme”; 4. penolakan sistem demokrasi moden, dan penafian nilai-nilai universal; 5. menolak kritikan terhadap empayar autarki China dari Gerakan Empat Mei, dan menyeru kepada kepatuhan terhadap Confucius dan kajian khazanah penulisan Confucius.

Jika kita mengakui dan memuji sistem politik semasa maka tidak ada keperluan untuk melaksanakan pembaharuan politik, jika kita memuji dan mengesahkan tiga dekad sebelum pembukaan ekonomi dan pembaharuan, maka 30 tahun pembaharuan adalah langkah yang tidak perlu. Jika kita mahu meneruskan dan membangunkan tradisi budaya China yang indah, maka [kita boleh menganggap bahawa] penafian terhadap tradisi China sejak Gerakan Empat Mei dalam erti kata lain agak melampau. Tetapi kritikan Gerakan Empat Mei terhadap empayar autarki adalah kebangkitan yang sebenar dan perlu. Menafikan proses kebangkitan sejak Gerakan Empat Mei adalah untuk berundur ke belakang. Para penyokong “Model China” mengaitkan kejayaan ekonomi 30 tahun yang lalu kepada kerajaan autoritarian, dan ini tidak dikuatkan oleh fakta-fakta di China.

Dalam era ekonomi terancang, kerajaan China lebih berkuasa. Mengapakah tiada keajaiban ekonomi? Dan keajaiban ekonomi 30 tahun lalu yang muncul ketika ekonomi terancang ditinggalkan, menyebabkan kuasa-kuasa sosial yang terpendam selama ini menjadi maju tidak seperti sebelum ini. Para penyokong “Model China” mempromosikan politik berpusat. Kejayaan atau kegagalan politik berpusat bergantung sepenuhnya kepada visi dan ciri-ciri pemimpin tertinggi.

Di dalam ideal republik Plato, raja adalah ahli falsafah yang mengetahui semua , tetapi kelemahan sifat manusia menjamin bahawa bukan setiap pemerintah boleh menjadi “raja falsafah .” Oleh itu, dalam sistem politik seperti ini, negara tersebut berada dalam ketidaktentuan. Murid Plato, Aristotle, menafikan kedudukan gurunya. Dalam tahun-tahun kemudian, Plato juga terpisah dengan “Republik”nya. Selepas zaman Aristotle, sistem politik berpusat muncul beberapa kali dan di kebanyakan negara- negara yang berlainan. Tetapi lama kelamaan, sistem politik secara beransur-ansur berkurangan dan semakin banyak negara memilih sistem demokrasi dan kurang memilih sistem autokratik. Sistem demokrasi moden adalah produk tamadun manusia, walaupun ada kekurangannya, masih belum ada sistem yang lebih baik dairnya. Bagi “Model China” untuk mengecam sistem demokrasi moden dan menawarkan  sistem politikpusat sebagai ganti adalah jelas satu muslihat yang kurang bijak.

Pujian untuk “Model China” hari ini mengimbas kembali buat saya tentang pujian beberapa ahli akademik di Barat dalam tahun 1930-an terhadap Kesatuan Soviet. Latar belakang pada masa itu adalah Barat menghadapi krisis ekonomi manakala Kesatuan Soviet mengatasi semua orang . Hari ini negara-negara Barat sekali lagi menghadapi krisis ekonomi, dan China lebih terserlah dari mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa mereka ahli akademik yang memuji Kesatuan Soviet adalah berpandangan cetek menurut sejarah, saya berharap para sarjana hari ini tidak akan mengikuti jejak langkah mereka.

Ekonomi Pasaran yang Didorong Oleh Kuasa Adalah Tidak Kukuh

Dalam tempoh 30 tahun pembaharuan, bukan sahaja ekonomi yang telah membangun dengan pesat, tetapi politik juga telah menunjukkan kemajuan yang jelas. Kemajuan politik boleh dilihat dalam aspek berikut: 1. peralihan dari perjuangan kelas sebagai teras kepada pembangunan ekonomi sebagai teras; 2. pemansuhan tuan-tuan tanah, orang- orang kaya, para pembangkang, golongan kanan dan lain-lain gelaran politik, membuatkan pelbagai jenis orang menjadi sama dari segi politik; 3. pemansuhan sistem tempoh perkhidmatan sepanjang hayat untuk pemimpin terkemuka; 4. peralihan dari totalitarianisme paternalistik kepada politik autokrasi dalam kepimpinan bersama, peralihan daripada sistem di mana satu orang membuat keputusan kepada sistem tanggungjawab bersama; 5. pembahagian kuasa di antara pusat dan serantau, dengan kawasan serantau yang kini mempunyai kebebasan relatif bagi kepentingan, kuasa dan kewangan; 6. Pudarnya visi utopia dan tumpuan kepada keputusan praktikal; 7. melonggarkan kawalan ideologi, dan berubah kepada persetujuan pendapat awam masa lalu; 8. Penilaian[China] tentang situasi dunia telah berubah, dengan idea “zaman pembangunan secara aman” menggantikan konsep “zaman revolusi dan peperangan,” dengan menghentikan “anti-imperialisme/anti-feudalisme” dan menyokong revolusi-revolusi sejagat, menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Perubahan-perubahan di atas telah membawa peningkatan ketara dalam pembebasan orang-orang China. Ketegangan sebelum ini dalam hubungan antarabangsa juga telah sedikit sebanyak bertambah baik.

Walau bagaimanapun, China pada masa kini berdiri jauh dari politik demokrasi. Tahap penglibatan awam dalam hal ehwal negara adalah rendah; saluran untuk bersuara jauh daripada terbuka; daya yang memeriksa kuasa politik agak lemah, kuasa kerajaan begitu luas; parti dan kerajaan tidak berasingan, dan parti itu masih menjadi ganti untuk kerajaan; sistem kehakiman tidak boleh mendapat kebebasan [dari parti itu]; tidak ada kebebasan bersuara. China masih lagi satu sistem politik autoritarian.

Idea “Model China” adalah pengakuan yang sempurna terhadap status quo di China. Dan status quo China adalah “politik autoritarian dikahwinkan dengan ekonomi pasaran yang tidak sempurna.” Model jenis ini telah terhakis menjadi “pasaran yang didorong oleh kuasa.”

Dalam “ekonomi pasaran yang didorong oleh kuasa, “organ-organ pentadbiran nasional mengawal operasi pasaran dan melibatkan diri dalam urus niaga pasaran. [Dalam sistem ini,] kuasa menjadi satu komoditi, dan malah diterjemahkan ke dalam modal, modal juga boleh membeli kuasa awam untuk kepentingan sendiri. Kuasa dan modal dimonopoli dan sumber sosial dikawal secara keras. Orang yang berada di pinggir, jauh dari pusat kuasa, mendapati sukar untuk menggunakan kecerdikan dan kerja keras mereka untuk maju dan meningkatkan status sosial mereka. Gabungan kuasa berlebihan dan kerakusan komersial telah menjadi sumber pecah amanah/dosa. Korupsi kuasa awam di China hari ini telah melebihi mana-mana tahap yang boleh ditanggung oleh masyarakat, dengan menjadi barah sosial yang mana rakyat sejagat merasai ia menyakitkan.

Sesetengah orang telah menggunakan istilah “kapitalisme kroni” bagi menerangkan keadaan yang tersebut di atas. Saya fikir ini cara yang tidak tepat untuk menjelaskannya. Pertama sekali, istilah “kapitalisme” ini tidak tertakrif pada awal dunia akademik, dan hanya pada awal abad ke-20 telah dibentuk untuk melawan “sosialisme.” Seperti “sosialisme,” juga, istilah ini tidak ditakrif dengan baik. Kedua, dan lebih penting lagi, ‘kapitalisme kroni’ mengelak daripada tanggungjawab yang ditanggung oleh kuasa kerajaan. Tetapi punca utama yang menyebabkan masalah sosial adalah penyertaan kuasa kerajaan di pasaran dan kawalan pasaran oleh kuasa kerajaan. Oleh itu, saya percaya istilah “ekonomi pasaran menerusi kuasa” lebih tepat dalam menerangkannya [keadaan di China].

Mengikut keperluan, ekonomi pasaran menerusi kuasa mewujudkan tingkah laku “pencarian sewa (rent-seeking)”. “Pencarian sewa” bermaksud pemburuan “sewa.” Dan “sewa” ini merujuk kepada apa? Teori ekonomi kontemporari merujuk “sewa” sebagai pendapatan daripada harga yang disebabkan oleh penawaran yang tidak anjal. Kekurangan keanjalan dalam penawaran disebabkan oleh kawalan kerajaan dan sekatan ke atas persaingan dalam aktiviti ekonomi, yang menyebabkan percanggahan yang lebih luas antara penawaran dan permintaan . Dalam bahasa biasa, [ini bermakna bahawa] disebabkan kerajaan mengawal aktiviti ekonomi, meningkatkan kuasa pegawai untuk campur tangan, mereka yang paling dekat dengan kuasa kerajaan menikmati hak istimewa memegang “sewa.” [Nota: Secara amnya, “pencarian sewa” difahami sebagai usaha untuk memperolehi sewa ekonomi dengan memanipulasi konteks sosial dan/atau politik di mana aktiviti ekonomi itu berlaku] Bagi mencari sewa , mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan merasuah pegawai kerajaan. Para pegawai yang mendapat manfaat daripada sewa sebaliknya berusaha untuk mengekalkan sistem yang membolehkan pencarian sewa dan mewujudkan institusi baru yang membolehkan pencarian sewa . Proses pencarian sewa_ dan penciptaan sewa ini terhasil pada lingkaran ganas di mana sebaran, sebab-sebab dan kesan dihubungkaitkan [pada tahap sesebuah institusi].

Monopoli adalah kesan daripada ekonomi pasaran melalui kuasa. Kesan monopoli bukan sahaja menyebabkan manipulasi pasaran, tetapi juga mewujudkan keistimewaan. Pada masa ini, monopoli tertumpu di sektor perusahaan milik negara yang besar. Perusahaan milik negara secara besar-besaran yang ditadbir oleh kerajaan pusat mengambil tempat kompleks industri negara yang asal dan menjalankan aktiviti monopoli. Mereka memperoleh hak-hak monopoli kepada sumber-sumber berkualiti, contohnya petroleum, telekom, tembakau, arang batu, penerbangan, kereta api, kuasa elektrik, kewangan, insurans, dan sebagainya. Mereka memanfaatkan sumber dan modal yang murah dan dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan untuk mendapatkan keuntungan monopoli, dan mereka dapat menentukan pengaturan perkongsian keuntungan dan gaji pekerja. Mereka boleh memasuki mana-mana sektor keuntungan tinggi.

Manakala sebaliknya, dasar ke arah perusahaan swasta sama ada pengecualian, pengawalan dan penggabungan paksa. Perusahaan yang menikmati monopoli pentadbiran bertindak mengikut kepentingan mereka sendiri. Melalui pelbagai cara mereka memaksa negara untuk memperkenalkan dasar-dasar yang bekerja untuk kepentingan mereka. Pegawai perusahaan peringkat tinggi dan pegawai kerajaan peringkat tinggi boleh ditukar ganti. Seorang menteri kerajaan boleh berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif hari ini ataupun perusahaan itu esok. Dan sebilangan besar daripada pegawai-pegawai kanan yang ditukar ganti adalah anak-anak lelaki dan perempuan kepada kader berperingkat tinggi , atau sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka. Oleh itu, perusahaan milik negara hari ini adalah dalam ertikata kelab bangsawan berkuasa, kumpulan perkongsian faedah bangsawan berkuasa.

Di bawah syarat-syarat ekonomi pasaran melalui kuasa, berlaku adil adalah mustahil. Di bawah sistem ini, kuasa adalah yang teratas, kuasa disembah.Setiap orang hidup dalam peringkat kuasa yang berbeza. Pusat kuasa adalah seperti lubang hitam yang menyedut kekayaan masyarakat. Rakyat di peringkat kuasa yang berbeza [dalam masyarakat] tidak mungkin berurusan dengan tahap yang sama rata. Semasa berurusan di antara seseorang yang mempunyai kuasa dan seseorang yang tidak, dan dalam urusan antara kuasa yang lebih tinggi dengan kuasa yang lebih rendah selalunya yang pertama akan menang dan yang kedua akan ditewaskan. Atau yang pertama itu akan menentukan terlebih dahulu apa yang kedua akan dapat secara tidak adil.

Hasil keseluruhan pencarian sewa, urusan monopoli dan urusan yang tidak adil semestinya menjadi perluasan jurang antara mereka yang berada dan tidak berada. Di satu pihak adalah orang-orang yang dalam kawalan berjuta-juta, berbilion-bilion atau berpuluh-puluh bilion, dan di pihak yang lain adalah rakyat jelata yang miskin. Pada tahun 2009, kerajaan China menggabungkan piawaian untuk kemiskinan mutlak dan relatif, dengan garis kemiskinan ditakrifkan pada pendapatan tahunan sebanyak 1067 yuan, atau kira-kira $150, dinaikkan kepada 1196 yuan per kapita setahun, atau kira-kira 170 dolar Amerika, dan purata $0,46 setiap hari. Menurut piawaian ini, menjelang akhir tahun 2009, 35970000 orang telah dibawa keluar daripada belenggu kemiskinan (Pejabat Informasi Majlis Negeri: “Kemajuan China mengenai Hak Asasi Manusia pada tahun 2009”, September 26, 2010).

Dan mengikut piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu $ 1,25 setiap hari (atau $ 38 sebulan) apakah populasi orang- orang China yang hidup dalam kemiskinan? Perdana Menteri Wen Jiabao telah berkata bahawa China mempunyai 150 juta orang yang hidup di bawah paras kemiskinan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Wen Jiabao, “Menyedari hakikat China Sebenar”, September 23, 2010, ucapan yang disampaikan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York ). Keputusan yang dianggarkan oleh pakar-pakar mencadangkan sesuatu yang lebih tinggi daripada yang diberikan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao. Ini kerana angka dolar AS $ 1.25 [harian] yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merujuk kepada penggunaan makanan harian, manakala angka garis kemiskinan yang ditetapkan oleh Cina merujuk kepada pendapatan harian.

Ekonomi pasaran melalui kuasa menghasilkan ketidaksamaan sosial. Manifestasi yang paling asas ketidaksamaan sosial di tengah-tengah pembaharuan adalah di mana kos pembaharuan dan faedah pembaharuan telah merosot. Manfaat terbesar pembaharuan telah bertambah kepada orang yang memegang kuasa, saudara-mara dan rakan-rakan mereka. Mereka yang kurang mendapat manfaat adalah para pekerja dan petani. Dan dari segi kos dan risiko pembaharuan, yang golongan kedua telah menanggung beban.

Ekonomi pasaran melalui kuasa terhasil daripada kelas yang rigid [atau kekurangan mobiliti sosial]. Mobiliti sosial adalah mengenai harapan [dan kemungkinan] peringkat yang lebih rendah dalam mengubah status mereka dalam kehidupan, dan ia adalah satu cara menyederhanakan ketegangan sosial. Apabila masyarakat tegar dan kelas-kelas bawahan tidak mempunyai harapan [untuk membangun] , ketegangan sosial menjadi lebih teruk.

Dalam tempoh 15 tahun pertama pembukaan dan pembaharuan ekonomi , mobiliti sosial dalam masyarakat China adalah agak pesat, dan faktor pencapaian ( terutamanya pemacu peribadi) adalah lebih berkesan daripada faktor-faktor yang sedia ada (seperti keluarga dan kedudukan sosial). Selepas pertengahan tahun 1990-an, faktor-faktor yang sedia ada menjadi kepentingan yang lebih besar dan kesan faktor-faktor pencapaian menjadi lemah. Hasilnya, masyarakat kita mula menjadi rigid.

Pada masa lalu, pergi ke sekolah boleh menukar status seseorang. Sekarang graduan kolej tanpa kedudukan keluarga yang baik mendapati sukar untuk mencari kerja. Ketegaran peringkat [sosial] bukanlah semata-mata disebabkan oleh sekatan yang dilaksanakan oleh golongan atasan, tetapi juga telah menghasilkan satu mekanisme bermanfaat: kuasa kerajaan mengambil bahagian dalam urus niaga pasaran – sekiranya anda mahu untuk maju sebagai seorang pegawai atau menjadi sepertinya, anda mesti mendekati kuasa – anda menyelesakan anak-anak para kader, membolehkan anak-anak para kader untuk mara ke jawatan rasmi dan menjana wang – mereka yang membantu anak-anak para kader dalam memajukan dan menjana wang sendiri akan maju ke jawatan yang lebih tinggi dan menjana lebih banyak wang . Anak- anak para kader yang lebih dekat dengan pusat kuasa, walaupun mereka tidak melakukan apa-apa lebih daripada duduk di rumah, akan mendapati orang membawa “topi rasmi” dan menempatkan terus di tangan mereka. Mekanisme bermanfaat seperti ini telah membawa kepada status keturunan sosial.

Di bawah keadaan ekonomi dalam ekonomi pasaran melalui kuasa, kelas-kelas berkuasa mengarahkan dasar dan langkah-langkah pembaharuan, dengan memastikan pembaharuan membangun dalam arah yang paling menguntungkan bagi kepentingan mereka, dengan keputusan bahawa terdapat lebih besar ketidaksamaan sosial. Pembaharuan yang memudaratkan kepentingan sendiri mempunyai kesukaran yang besar dalam mengambil ruang, manakala orang-orang yang memberi faedah untuk kumpulan yang berkepentingan khas akan diperkenalkan dengan cepat . Dua contoh klasik bagi isu ini adalah pembaharuan perumahan dan pembaharuan kepada penggunaan kereta rasmi oleh pegawai kerajaan negeri.

Pada tahun 1998, Majlis Negara mengeluarkan “Dokumen Majlis Negera 23,” yang menetapkan bahawa pengedaran kebajikan perumahan, [atau peruntukan perumahan khas kepada orang China dari segenap lapisan masyarakat, daripada pegawai kerajaan kepada kakitangan unit kerja biasa], akan berakhir, dan sistem perumahan yang benar- benar dikomersialkan itu diletakkan di tempatnya. Selepas [polisi berkuat kuasa] ini, pengkomersialan lengkap sistem perumahan telah berlaku terhadap orang China biasa, dan pembelian rumah menjadi beban besar yang dikenakan ke atas mereka.

Sementara itu, sejumlah besar harta yang dibina oleh jabatan di bawah Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cina (PKC), Majlis Negeri , pusat kementerian dan komisen serta diklasifikasikan sebagai apa yang dipanggil “perumahan mampu milik” – perumahan yang sebenarnya hanya untuk keluarga berpendapatan rendah sahaja yang layak beli – telah dijual kepada penjawat awam [pada harga di bawah pasaran]. Jenis [jualan] kebajikan perumahan terselindung ini adalah di beberapa tempat yang lebih teruk berbanding di Beijing (Yang Jisheng: “Pembaharuan Perumahan Situasi dan Asal-usul”, Yanhuang Chunqiu, Mei 2009).

Selepas tahun 1990, terdapat kira-kira 3.5 juta kereta dalam penggunaan rasmi kerajaan, dan sumber-sumber yang digunakan pada kereta-kereta ini jauh melebihi perbelanjaan negeri menurut penyelidikan saintifik, kesihatan awam pendidikan dan perbelanjaan lain.Pada tahun 1998, kerajaan secara rasmi melancarkan pembaharuan sistem kenderaan rasmi. Tetapi dalam tempoh sepuluh tahun tidak ada sedikit pun kemajuan. Menjelang tahun 2007 bilangan kereta rasmi yang disimpan di China melepasi 5,221,755, dan kos tahunan mengendalikan kereta rasmi tunggal adalah 200,000 yuan (pemfaktoran dalam susutnilai, pembaikan, kos bahan api , upah dan faedah pemandu). Jumlah yang digunakan secara nasional [pada amalan ini] melepasi satu trilion yuan, [atau kira-kira 152 bilion dolar Amerika] ini. Dengan populasi China sebanyak 1.3 bilion , perbelanjaan kenderaan kerajaan rasmi per kapita adalah sebanya 798.7 yuan [atau 117 AS dolar] (Bian Baowu: “Mahalnya Sedan Rasmi”, editor Pembaharuan Sistem Ekonomi Cina Bahagian Penerbitan, Vol. 6, Xinhua Publishing House 2010, ms. 22). Penggunaan kereta rasmi tidak boleh diubah kerana “kuasa kerajaan” tidak pernah diubah.

Situasi yang terhasil daripada sistem ekonomi pasaran melalui kuasa adalah seperti ini: superstruktur kuasa tidak terkawal, , dan asas ekonomi modal tidak terurus. China hari ini menghadapi dua ketegangan utama [atau konfrontasi], antara buruh dan modal, dan antara kerajaan dan rakyat. Ketegangan antara kerajaan dan rakyat terutamanya mengenai kuasa yang tidak terkawal. Ketegangan antara modal dan buruh pada dasarnya adalah modal yang tidak terurus . Ungkapan-ungkapan idiomatik seperti  “kebencian pegawai-pegawai” dan “kebencian orang kaya” dan psikologi sosialnya timbul daripada ketegangan ini. Peningkatan insiden massa di China yang menjadi ramai dan lebih kerap insiden adalah satu petanda bahwa ketegangan ini semakin meningkat dan lebih teruk.

Insiden massa [di China ] telah meningkat setiap tahun sejak pertengahan tahun 1990-an. Pada tahun 1993, terdapat 8700, pada tahun 1999, terdapat 32.000, pada tahun 2000, terdapat 50.000, pada tahun 2003, terdapat 58,000, pada tahun 2004 merupakan lonjakan dramatik kepada 74.000, pada tahun 2005, terdapat 86,000, pada tahun 2006, terdapat 90,000, pada tahun 2008, terdapat 100,000. Tiada angka [rasmi] yang telah dikeluarkan untuk dua tahun yang lalu, tetapi kejadian Weng’an di Guizhou, insiden Longnan di Shaanxi, insiden Shishou di Hubei, dan insiden Ma’anshan di Anhui sepertimana acara besar-besaran dan impak besar yang lain juga telah berlaku dalam tempoh dua tahun ini.

Kejadian besar-besaran yang melibatkan hak pembelaan tindakan oleh pekerja atau petani menyumbang kira-kira 75 peratus daripada jumlah kejadian. Sepertimana ketidakstabilan telah muncul dalam masyarakat, kerajaan telah menumpukan perhatian dalam “memelihara kestabilan”, [dengan menggerakkan kontinjen polis secara meluas untuk menangani pempetisyen dan lain-lain rungutan sosial]. Perbelanjaan ke atas keselamatan awam di China meningkat 16 peratus pada tahun 2009, dengan jumlah perbelanjaan mencecah 514 bilion yuan, melepasi bajet pertahanan negara, kira-kira 2.6 kali jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan dan perubatan, dan menghampiri jumlah perbelanjaan keselamatan sosial dan pekerjaan (Hai Tao : “Pemeliharaan Kestabilan Kerajaan dalam lingkaran ganas ‘Lebih Pemeliharaan Kurang Kestabilan'”, Harian Belia Cina , April 19, 2010).

Kerajaan telah membelanjakan semua wang ini, bukan untuk menyelesaikan masalah sosial terhadap punca ketidakstabilan, tetapi dalam mencegah orang China biasa daripada sampai ke Beijing untuk membela kes-kes mereka untuk restitusi. Mengawal aktiviti- aktiviti petisyen kini satu piawai di mana kepimpinan pusat menilai prestasi pemimpin tempatan, dan “mencegah Petisyen” telah menjadi bahagian penting dalam kerja kerajaan tempatan di seluruh negara. Sebaik sahaja kerajaan tempatan mendapati diri mereka tidak mencukupi untuk tugas tersebut, bahagian swasta “syarikat keselamatan” telah timbul [untuk memenuhi permintaan]. Syarikat Anyuanding Beijing, [sebuah syarikat swasta yang didapati pada tahun lepas telah mengendalikan “jel-jel hitam” pempetisyen], adalah salah satu contoh…

[Di sini Yang menyentuh isu-isu lain, seperti pencemaran berleluasa].

Bertentangan dengan penerimaan yang menyeluruh tentang “Model China,” di sini kami telah mendedahkan pelbagai krisis yang dihadapi [China] hari ini. Krisis ini menggambarkan bahawa yang kononnya “Model China” (asasnya politik autoritarian + ekonomi pasaran yang tidak lengkap , yang kita juga boleh memanggilnya ekonomi pasaran melalui kuasa) sudah berada di tempat yang tegang. Cara keluar yang logik adalah dengan membina “politik demokrasi berperlembagaan + ekonomi pasaran yang lengkap.” Demokrasi Perlembagaan adalah matlamat ke arah di mana China telah bergelut selama lebih daripada satu abad, dan ia adalah satu sistem institusi yang lengkap. Sistem ini boleh menempatkan penyemakan kuasa, dan ia boleh menguruskan [atau secara langsung] modal. Memandangkan modal kini [di China] adalah hamba kepada kuasa, menyemak kuasa sememangnya tugas yang paling penting antara mengarahkan modal dan menyemak kuasa. Menyemak kuasa bermakna memantau dan menyelia kuasa negara, menghadkan skop kuasa negara, dan menghalang kuasa negara daripada memasuki urusan pasaran.

Satu pusingan baru ‘Anti- Pembaratan’

“Model China adalah satu pusingan baru kritikan dan penentangan kepada apa yang kononnya digelar” Pembaratan “[di China]. Pan Wei menentang idea “pendewaan ‘demokrasi liberal Barat, [yang akan] meruntuhkan Kota Larangan dengan membina White House [di China].” Tetapi yang sebenarnya, akar anti pembaratan jauh tertumpu [dalam China]. Dalam usaha menyelamatkan Qing daripada krisis, beberapa peramal mencadangkan agar mempelajari dari Barat dan memulakan Pergerakan Memperkukuhkan Diri dengan penuh semangat.

Bila mereka belajar dari Barat, yang berhasrat untuk mengelak proses kehancuran sistem autoritarian Qing di tangan budaya Barat, mereka memperkenalkan ideologi panduan “Kajian China sebagai tubuh, dan Kajian barat adalah terapan” ). Berpegang kepada “tubuh” (bermaksud sistem politik autoritarian) adalah satu prinsip asas politik pada masa itu. Selepas Gerakan 4 Mei , sebilangan rakyat berwawasan  mengkritik tradisi politik empayar autokrasi China, dan mereka menggalakkan kajian pengalaman lanjutan Barat. Pada masa yang sama, angkatan yang muncul dalam pembangkang “Pembaratan” dan menyokong budaya tradisional orang China. Pernah kemudian perdebatan antara [mereka yang ingin] mengkaji Barat dan [orang-orang yang] menentang “Pembaratan” tidak pernah reda. Penentang “Pembaratan” mengambil kandungan yang berbeza dalam tempoh yang berbeza, tetapi sentiasa dalam kebiasaannya [dengan bentuk penentang “Pembaratan” dahulu] adalah usaha untuk mengekalkan sistem politik semasa dan sistem ideologi.

” Kajian China sebagai badan, dan kajian Barat adalah terapan”, hanya menggunakan pengalaman lanjutan Barat di peringkat teknikal, dan pada peringkat sistem dan budaya ia berpegang teguh tradisi China. Ini adalah tanda kemajuan dengan mengenepikan sepenuhnya [dunia luar], atau menjadi ayam jantan yang bertindak dengan berani pada longgokan tahi sendiri. Kegagalan Gerakan Pengukuhan Diri pada abad ke-19 menunjukkan bahawa jalan ini tidak boleh diambil di China.

Apabila penyokong ” Pembaratan” (termasuklah terma-terma seperti ” Pengeropahan” dan ” pembaharuan”) yang berdiri menentang idea ” Tubuh Cina, Penerapan Barat” mengkritik Pergerakan Pengukuhan Diri, dengan berkata ia hanyalah ” perubahan perkara- perkara, bukan perubahan kaedah, dan mereka menganjurkan kajian Barat pada peringkat sosial dan sistemik. Untuk jangka masa yang panjang, perdebatan antara Pembaratan dan anti-Pembaratan telah berlarutan. Pada tahun 1930-an sekali lagi terdapat perdebatan antara ” contoh unggul China” melawan ” Pembaratan menyeluruh.” Idea ” contoh unggul China” telah diangkat pada tahun 1935 dalam esei yang disokong oleh kerajaan Kuomintang dan ditulis oleh profesor Tao Xisheng dan sembilan yang lain.

Idea penggeraknya adalah untuk mengekalkan kuasa politik dan sistem ideologi Chiang Kai-Shek. Idea ” Tubuh China, penerapan Barat” gagal untuk mempertahankan “tubuh” Dinasti Qing. Begitu juga, “contoh unggul China” gagal untuk mengekalkan ” contoh unggul,” Chiang Kai-Shek [atau kedudukan fundamentalnya].

Mengapa dalam siri-siri perjuangan tidak berkesudahan ini di antara antara Pembaratan dan penentangnya, pihak konservatif yang selalu kalah? Ini kerana pelbagai teori dalam perlawanan terhadap Pembaratan sentiasa diambil oleh pihak – pihak berkuasa pemerintah sebagai alat untuk mempertahankan kepentingan dan status kepimpinan mereka, terutamanya sebagai alat teori dalam menentang demokrasi dan mempertahankan autokrasi.

Pada tahun 1940, ahli falsafah terkenal Ai Siqi, berkata melalui isu ini. Beliau berkata: “Semua pemikiran reaksioner di China kontemporari adalah tradisi yang sama – ia menitikberatkan ‘ciri-ciri kebangsaan’ China, berterusan bercakap tentang ‘ sifat istimewa’ China dan meninggalkan prinsip-prinsip umum kemanusiaan, berhujah bahawa pembangunan sosial China hanya boleh mengikuti jalan China sendiri ” (Ai Siqi:” Mengenai Sifat Istimewa China “, [ Februari 1940 edition, [ Yan’an, Kebudayaan orang Cina).

Dari akhir Dinasti Qing kepada Gerakan 4 Mei , satu aspek penentang “Pembaratan” merupakan promosi ” pengkonfusiusan” yang berterusan. Perdebatan pada masa itu adalah di antara ” Pembaratan” dan ” Konfusianisme.” Marxisme pada masa ini sudah muncul sebagai perpecahan dalam budaya Barat, dan telah menyebabkan pembentukan sistem politik Soviet dengan Marxisme sebagai teras teori. ” Pembaratan,” dengan itu, sudah termasuk ” Pembaratan ala- Soviet ” dan ” Pembaratan ala-Eropah/Amerika” . Pada zaman moden, kita juga sudah membezakan antara banyak sekolah-sekolah [Konfusianisme] apabila kita bercakap tentang “pengkonfusiusan,” termasuk Konfusianisme tradisional dan Konfusianisme moden.

Menjelang pertengahan abad ke-20, “Pembaratan ala-Soviet ” telah diambil oleh kepimpinan di China. Budaya tradisional China telah pun diterbalikkan oleh satu bentuk budaya Barat (Marxisme- Leninisme), dan satu lagi bentuk budaya Barat (Eropah-Amerika) telah ditolak masuk menjadi penentangnya. Dalam proses “Pembaratan ala- Soviet” terdapat juga sesuatu seperti “Pembaratan secara borong.” Budaya tradisional China telah dicop sebagai keladak feudal. Kritikan Confucius dan Mencius berterusan tak reda-reda. “Teori mewarisi nilai-nilai etika lama” telah dikritik, dan digantikan dengan “menekankan soal sekarang dan memudarkan yanglama”, menekankan pada contoh Marxsisme-Leninisme dan tidak lagi menumpukan perhatian kepada budaya tradisional China. Kita bahkan mencontohkan [diri kita] kepada sistem ekonomi Soviet , sistem politik, dan sistem pendidikan. Bahan-bahan pendidikan Soviet mengalir masuk ke sekolah-sekolah China. Kita juga memperkenalkan beberapa perkataan Soviet ke dalam bahasa kita tanpa terjemahan, seperti “soviet” dan “Bolshevik”. Sebaik keseluruhan Pembaratan ala-Soviet menggenggam tanah besar China, Taiwan menuju ke hala tuju sendiri, dengan penuh semangat memelihara budaya China tradisional. Hingga ke hari ini Taiwan mempunyai lebih “ciri-ciri China” daripada tanah besar China.

Deng Xiaoping pernah berkata kepada pemimpin Poland, Wojciech Jaruzelski: “Sistem politik di kedua-dua negara kita bercorak pada model Soviet. Kelihatannya juga bahawa model Soviet tidak begitu berjaya “(” Deng Xiaoping: Pelaksanaan Pembaharuan Politik Berdasarkan Situasi Kebangsaan Kita, September 29, 1986, dalam Membangunkan Versi Semakan Sosialisme dengan Ciri-ciri China, Penerbitan Rumah Rakyat , Mac 1987, jilid II, ms. 144-145). Dalam pertengahan tahun 1980-an satu siri baru penentangan terhadap “Pembaratan” muncul [di China]. Pada masa itu orang-orang di sisi penentangan “Pembaratan” adalah sebenarnya penyokong “pembaratan ala- Soviet”.

Hari ini, selepas tiga dekad pembaharuan, ekonomi China mempunyai ekonomi pasaran yang diperbadankan, tetapi sistem politiknya berpegang teguh kepada model Soviet, kerana itu China tergelincir ke dalam masalah “politik autoritarian yang dipasangkan dengan ekonomi pasaran yang tidak sempurna”. Rusia telah pun membuang model Soviet, tetapi para penyokong “Model China,” masih menjaga dengan baik “penyapu tidak berkesan” itu di mana orang- orang lain telah membuangnya. Mereka inilah yang sekali lagi mencetuskan gelombang anti-Pembaratan, mereka melakukannya dengan bersungguh-sungguh demi menjaga sistem politik sekarang.

Betapa ia benar- benar tidak masuk akal . Model China pada hari ini adalah suatu pembelaan terhadap “Pembaratan ala- Soviet,” tetapi pada masa yang sama ia akan mempertahankan pihak penentang Pembaratan dahulu dengan memegang [jalan] Pengkonfusiusan. Namun begitu, gelombang anti-Pembaratan yang dibawa oleh penyokong “Model China” ini hanya satu alunan ombak dalam kempen berabad anti-Pembaratan. Ketegangan sosial yang teruk menuntut kepada sebuah pembaharuan politik, apabila orang- orang China inginkan demokrasi, bolehkah gelombang kecil ini menahan arus julang pendemokrasian China?

 Diterjemahkan oleh Muhamad Zihni Khalid.

 

 

 

Ai Siqi Andrew Michael Spence Aristotle Bruce Dickson Chiang Kai-shek China Confucius Deng Xiaoping Francis Fukuyama John Naisbitt Joseph Stiglitz Kuomintang Liebniz Martin Jacques Mencius Plato politik Robert Lawrence Kuhn Soviet Union Spinoza Taiwan Wen Jiabao Wojciech Jaruzelski

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cancel Kirim Ulasan