Lelucon, kata Gus Dur akan membuatkan fikiran kita menjadi sihat. Apatah lagi dalam politik, lagi-lagi politik Malaysia, lebih banyak lawak yang diperlukan untuk kekal waras.

Minggu lepas ketika sesi Parlimen dibuka, mereka yang aktif di Twitter mula sedar dengan kemunculan hashtag #LOLDewanRakyat–untuk yang tidak tahu, hashtag adalah sejenis pelabelan untuk satu-satu tajuk atau isu yang dibincangkan dalam twit supaya mudah untuk dikelompokkan.

Hashtag itu dimulakan oleh seorang gadis yang menggunakan nama @zarakahan.  Zara membuat ulasan secara langsung apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat melalui siaran di atas talian persidangan tersebut.

Sudah tentu twit-twit itu adalah satirikal sifatnya. Maksudnya ada pemiuhan daripada apa yang diucapkan oleh para ahli parlimen kita.

Untuk kelangsungan twit lucu yang lain sila ikut hashtag tersebut atau ikut tuan empunya badan sepanjang sesi parlimen kali ini.

Di bawah ini saya pilih beberapa twit yang saya kira lucu dan cerdik:

 

19 Mar 2012

zarakahan: #LOLDewanRakyat Khairy tanya tentang Proton & sampai bila kereta akan mahal giler. Jeli BN:”Kami akan kaji! :D” Rakyat, sila terus derita k!

zarakahan: #LOLDewanRakyat BEBAS Wangsamaju: Anak Badawi dapat tender! Pegawai semua korup! Dewan: Tau takpe. Kau baru sampai Mesia ker. \(◕ ◡ ◕\)

zarakahan: #LOLDewanRakyat BN Sri Gading: Rasul kata musuh kita Nasrani, Yahudi itu musuh kita!! Mark Zuckerberg: O hai BN. Timakasih kerna guna Fesbuk

 

15 Mar 2012

zarakahan: #LOLDewanRakyat Ibrahim Ali kata nak terokai kes Saifull. Dia dan rakyat nak tau. Dia tatau rakyat dah trauma dgn hal penerokaan Saiful.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Ibrahim Ali sedang buat pencerahan mengenai Palestine. Dia nak selamatkan Masjid Al-Aqsa dengan kecomelannya yg mantap.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Ibrahim Ali kata Perkasa mempertahankan masjid dari kepala babi. Semua babi terus rasa gerun dan lebih rela jadi bakkut teh.

zarakahan: #LOLDewanRakyat BN Labuan kata Msia memang best, dan united giler. Sesetengah MP tgh fikir bila time sesuai nak teriak “Ini negara Islam!”

zarakahan: #LOLDewanRakyat BN Labuan: “Rakyat jgn tertipu dgn janji2 palsu pembangkang!” Rakyat harus percaya janji BN yg asli, hakcipta terpelihara.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Teresa Kok nak kerajaan didik rakyat tentang bahaya kad kredit. Rakyat nak didik kerajaan tentang hidup orang pokai.

zarakahan: #LOLDewanRakyat BN Kinabatangan: “Kita harus berhentikan politik songsang dan mula politik baru!” Iaitu politik teriak mcm kera pasal Israel

zarakahan: #LOLDewanRakyat Bayan Baru:”Pembangkang suka hasut rakyat utk jatuhkan kerajaan!” PR: Kau paham tak apa maksud parti pembangkang? -__-

zarakahan: #LOLDewanRakyat Bayan Bebas: Israel dan Chin Peng memang bahaya! Rakyat Msia harus check bawah meja setiap hari untuk dua anasir jahat ini.

zarakahan: #LOLDewanRakyat PAS bangun utk suruh Bayan Baru jangan lari topik, tapi sudah terlewat sebab dia sudah sampai ke Israel.

 

14 Mar 2012

zarakahan: #LOLDewanRakyat MP Sri Gading dan PKR Gombak gaduh pasal siapa yg bawak prinsip wasatiah dulu. Rakyat mmg wasatiah dari dulu pasal pokai.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Jempol BN kata wasatiah untuk kerajaan dimulakan oleh Najib Razak.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Gombak PKR kata BN tak wasatiah sebab diorang bagi lembu duduk dalam condo. Dia tatau BN sifat penyayang terhadap lembu.

zarakahan: #LOLDewanRakyat PKR Gombak tanya kenapa BN tak bagitau kesusahan ahli civil service kepada PM? BN janji tulis atas Wall Fesbuk NajibRazak.

zarakahan: #LOLDewanRakyat PKR Gombak kata MP-MP BN takut kat Najib. PR kalau jumpa Anwar rileks je, siap hi-five pastu pura-pura wrestle kat tanah.

zarakahan: #LOLDewanRakyat PKR Gombak tengah kutuk kronism dalam BN. Tak macam PKR. Langsung takde kaitan kekeluargaan diantara Presiden & Ketua parti.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Dewan tengah gaduh pasal siapa yang paling tak hina peneroka. Peneroka tak boleh RT sebab tgh dok teroka dalam hutan.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Ledang BN kata kalau rakyat terkeliru mereka akan buat pilihan yang salah. Rakyat: Kami tak keliru, kami menyampah.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Ipoh Barat DAP kata BN cuba beli hati rakyat dengan RM500. BN tatau rakyat punya hati bukan kristal.

zarakahan: #LOLDewanRakyat Ipoh Barat kata BN dijangkakan kalah. Muka yakin, dengan misai paling yakin dalam Dewan.

zarakahan: #LOLDewanRakyat DAP Ipoh Barat tanya kalau BN support human rights. Sedangkan lembu pun duduk dalam kondo, apatah lagi manusia. #BNPenyayang

zarakahan: #LOLDewanRakyat DAP Ipoh Barat baca kisah sengsara rakyat Sri Langka. Kesengsaraan buruh Sri Langka di Msia tak dibaca sebab kurang femes.

zarakahan: #LOLDewanRakyat DAP Ipoh Barat kata sekolah Cina & Tamil didiskriminasikan. Dewan diam sebab tengah fikir jem tak jem ke jalanraya nanti.

 

13 Mar 2012

zarakahan: #LOLDewanParlimen Jempol BN very close to saying that “Opp bising pasal takde kuasa. Padahal bila berkuasa, macam kitorang jugak.”

zarakahan: #LOLDewanParlimen Jempol BN listing down all government projects and how good they are. Because they are good. Explanation tak perlu, tqvm.

zarakahan: #LOLDewanParlimen Jempol BN tidak mendapat apa-apa bangkangan sebab dia boring. YDP mengeluh sebab bosan. MP ramai2 teringat Farmville.

zarakahan: #LOLDewanParlimen Jempol BN says handouts are not rasuah. Sebab itu untuk meringankan beban rakyat. Legal defense baru ni adik-adik.

zarakahan: #LOLDewanParlimen Jempol BN nak universiti tempatan kaji pemikiran PM seperti yang dibuat orang-orang “Ha-vord.”

zarakahan: #LOLDewanParlimen Jempol BN kata “Kami tahu tentang masalah ekonomi dunia global”. Global dan dunia itu menatang yang sama, uncle.

zarakahan: #LOLDewanParlimen Jempol BN kata Opposition suka perasan hebat padahal tak hebat pun. Opposition diam sebab malas nak layan.

Blog Lawak Lucu Malaysia Parlimen politik Twitter Zarakahan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cancel Kirim Ulasan