Hafiz dan Buddhi Hekayat © Tupai.com.my

Hasmi Hashim kolumnis JalanTelawi muncul sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26. Lagu Awan Nano yang liriknya ditulis beliau yang dikenali juga dengan nama Buddhi Hekayat menggondol anugerah lagu, lirik dan vokal terbaik. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Hafiz dan digubah oleh Dato’ M. Nasir.

Hasmi telah menjadi kolumnis tetap di JalanTelawi sejak tahun 2007 sehingga ke hari ini. Kolum beliau diisi dengan tulisan-tulisan yang luas cakupannya terdiri daripada politik, seni, kebudayaan, sejarah dan juga falsafah.

Lagu Awan Nano seperti yang dikatakan oleh Azmeer ketua juri AJL26, “…mempunyai lirik yang puitis, melodi yang indah dan paling penting susunan muziknya juga sempurna.”

Ketua Pengawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Izham Omar juga bersetuju bahawa “Lagunya bukan sahaja seimbang, mempunyai melodi dan lirik yang indah tetapi ia juga luar biasa.”

Tahniah untuk Budhi Hekayat, Dato’ M. Nasir dan Hafiz!

 

Tulisan lain tentang Awan Nano

Murai.com.my-Awan Nano Punyai Pakej Lengkap

Mstar.com.my-Penulis Lirik ‘Awan Nano’ Buddhi Hekayat Anggap Berpolitik Tak Pernah Halang Kerja Seninya

Roketkini-Menatang Apa Nano?

Gua.com.my-Selebriti Tanahair Puas Hati Awan Nano Juara

Gua.com.my-Awan Nano Punya Muzik dan Lirik Indah

Lirik

Awan Nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

AJL26 Anugerah Juara Lagu Buddhi Hekayat Hafiz Hasmi Hashim M.Nasir Musik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cancel Kirim Ulasan