Datuk Seri Anwar Ibrahim menceritakan (rujuk video di atas pada minit 3:48)  bahawa beliau dijemput  Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan untuk menyampaikan ucapan di Istanbul pada 12 Januari 2012.

Anwar berkata bahawa Erdogan menjemputnya untuk menyampaikan ucapan di Pejabat Perdana Menteri Turki mengenai kebebasan, keadilan dan masa depan demokrasi dalam dunia Islam.

Anwar juga menyifatkan jemputan itu sebagai satu ‘mesej’ kerana Erdogan mengetahui tentang perjalanan kes Fitnah 2 yang bakal dihadapinya pada 9 Januari 2012.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Program Jelajah Anwar Ibrahim  di Serom 3, Ledang, Johor.

Menurut Anwar lagi pada malam 9 Januari 2012 beliau dijadualkan terbang ke Bombay, India atas jemputan cucu Mahatma Gandhi, Rajmohan Gandhi. Jemputan itu kata Anwar telah dibuat pada enam bulan yang lalu.

Beliau dijemput untuk  bersama-sama dengan Rajmohan Gandhi melancarkan satu program bagi menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi di India.

Kata Anwar jika keadaan mengizinkan sudah tentu beliau akan hadir ke kedua-dua jemputan tersebut.