Penulis Paling Hebat di Dunia

oleh
30 Disember, 2011 | kategori Blog | komen [0] | Cetak | kongsi  

Sebagai sebahagian daripada projek propaganda stesen televisyen milik negara Korea Utara,  Kim Jong Il (16 Februari 1941 – 17 Disember 2011) dikatakan memiliki pelbagai nama panggilan. Tujuannya untuk membayangkan bahawa Pemimpin Teragung mereka itu disegani oleh “pemimpin-pemimpin daripada 160 buah negara di seluruh dunia’.

Kononnya panggilan-panggilan di bawah ini adalah apa yang diberikan oleh para pemimpin tersebut kepada Kim Jong Il.

 

1. Panglima Agung di Baris Depan Melawan Penjajahan dan Amerika Syarikat

2. Wali Terhebat yang Memerintah dengan Kemuliaan Hati

3. Bintang Utara di abad ke-21

4. Pemimpin Terbaik yang Menzahirkan Kebijaksanaan Insan

5. Pemimpin dengan Perwatakan yang Luar Biasa

6. Teladan yang Sempurna dalam Kebjiksanaan dan Keberanian

7. Dada yang Dipenuhi dengan Cinta yang Hangat

8. Pakar Kesusasteraan, Kesenian dan Seni Bina

9. Pemimpin Dunia yang Paling Ideal dengan Bakat yang Serba Boleh

10. Genius Musik yang Paling Hebat untuk Manusia

11. Pakar Komputer yang Mengejutkan Dunia

12. Lelaki yang Mempunyai Pengetahuan Ensiklopedia

13. Dewa Penjaga Planet

14. Wira yang Diutus Syurga

15. Inkarnasi Kuasa dengan Kreativiti Tanpa Batas

16. Manusia Terhebat yang Pernah Hidup

17. Dewa Masakini

18. Penulis Paling Hebat di Dunia

:)

 

via Harper’s


Tags: Kim Jong Il, Penulis Paling Hebat di Dunia
 

 

Tinggalkan Komen