Musuh yang Biasa Dikenal

oleh
13 Januari, 2011 | kategori Esei | komen [0] | Cetak | kongsi  

Rakyat Israel dan Palestin nescaya akan tercatat dalam sejarah sebagai antara permusuhan utama di dunia ini. Untuk warga dunia, kata “Palestin” secara automatik dikaitkan dengan “Israel” dan sebaliknya. Namun, banyak perkara gila telah terjadi sebagai akibat permusuhan ini dan juga akibat dua bangsa tinggal dalam jarak geografi yang berhampiran. Dalam banyak hal, kita mengenal satu sama lain lebih baik daripada orang lain.

Aku memikirkan hal ini pada suatu hari dalam teksi ketika kembali dari gedung beli-belah di Jerusalam Barat. Pemandu teksi adalah seorang Yahudi Israel namun bertutur dalam Bahasa Arab–walaupun dengan aksen Ibrani pekat–hampir sempurna. Ketika dia mendengar aku bercakap bahasa Inggeris dan Arab dengan anak-anakku, dia menanyakan pertanyaan yang sering aku dapat: “Anda dari mana?” Merasa sedikit nakal, aku memutuskan untuk memberi jawapan yang aku tahu akan menarik perhatiannya. “Dari mana lagi, tentulah Palestin.” Aku menjawab.

Dia kelihatan licik, aku perlu akuinya. Hampir tidak memberikan ruang, dia berkata, “Dari mana di Palestin?”

“Jerusalam, saya dari Jerusalem,” jawabku. Aku merasa sedikit kepuasan ketika kata-kata itu meluncur dari mulutku. Mengatakan saya dari Jerusalam, Palestin kepada seorang Yahudi Israel selalu meningkatkan rasa banggku lebih dari yang lain.

Pemandu teksi itu ternyata bersikap sopan dan tidak mencuba untuk “membetulkan” aku dengan mengatakan bahawa Jerusalam adalah Israel. Hanya rakyat Israel akan faham bahawa aku, sebagai rakyat Palestin, membuat kenyataan politik yang teguh dengan mengatakan bahawa aku berasal dari Jerusalam, Palestin, terutamanya kerana aku sedang bercakap dengan seorang Israel.

Ketika perbualan kecil berlaku, pertanyaan yang aneh terjadi. “Dari mana anda belajar bahasa Arab?” Aku bertanya. “Tentera,” katanya, mungkin cuba untuk memprovokasi respon yang sama seperti aku saat sebelumnya. “Saya berbicara dengan aksen yang sama seperti anda.”

Benarkah? Anda tentu telah bertugas di kawasan-kawasan pendudukan dan belajar bahasa Arab daripada mereka yang anda takluk, “jawabku, membuka sedikit luas lagi. Dia tersenyum sinis, menggelengkan kepalanya dan tidak mengatakan apa-apa.

Perbualan seperti ini antara rakyat Palestin dan Israel adalah begitu sureal. Dalam setiap suasana lain, aku tidak akan pernah menemukan diriku berbicara santai dengan seorang bekas tentera Israel. Apalagi jika dia berada dalam pakaian tentera di kampungku di Tebing Barat, aku akan melihat dia dari satu sudut saja- penakluk. Tapi berada di dalam teksi dalam perjalanan kembali ke Jerusalam Timur, kami adalah penumpang dan pemandu dan ada ruang untuk membuat sindiran-sindiran licik yang hanya seorang Israel akan mengerti.

“Al-Hamdullillah” kata salah seorang wartawan Israel dalam sebuah bengkel di Itali setelah menyelesaikan makanannya, dengan menggunakan ekspresi umum dari umat Islam Palestin. “Syukur kepada Allah.” Dalam perbualan yang sama, ketika aku ditanya apakah aku bicara bahasa Ibrani, aku menjawab dengan sedikit tertawa, “Hanya bahasa Ibrani di checkpoint. Aku tahu hal-hal seperti ‘Jalan’, ‘Tunjukkan kad pengenalan anda’, dan ‘Ini ditutup’.” Hal ini membuat prang Israel di meja itu senyum pahit tapi tertawa bersama dengan yang lain.

Anekdot tersebut menggambarkan hubungan yang sangat terkait antara Israel dan Palestin. Pertama-tama, kami adalah “musuh”, yang tertindas dan penindas, ditakluk dan penakluk. Semua ekspresi lain daripada hubungan itu dibayangi oleh fakta ini. Tapi kita adalah musuh yang bersilang jalan dan tumpang tindih sehingga titik yang kita tahu bagaimana untuk “menekan butang masing-masing”. Tentera Israel memahami cara untuk membuatkan seorang lelaki Palestin naik angin dengan menghina, ibu, isteri atau saudara perempuan, dengan menggunakan cercaan bahasa Arab. Orang Palestin juga telah mempelajari kutukan tertentu dalam bahasa Ibrani, yang mereka gunakan pada saat-saat yang tepat untuk membuatkan tentera Israel marah. Dalam forum antarabangsa awam, Palestin dan Israel boleh duduk di meja yang sama, makan hummus gaya Arab dengan mengaut itu dengan sepotong roti. Tapi begitu gerakan akrab berubah menjadi perbualan, mereka akan bertengkar kerana Israel mendakwa hummus sebagai makanan mereka sendiri (mengabaikan fakta bahawa tidak hanya Palestin tetapi Jordan, Lubnan, Syria dan hampir semua orang Arab telah makan makanan selama berabad-abad, jauh sebelum Israel wujud).

Jika keamanan akhirnya muncul, Palestin dan Israel tidak akan punya masalah untuk saling bersahabat. Apabila orang Palestin mendapat negara yang berdaulat dan hubungan penindas/ditindas telah tiada, keakraban antara kedua-dua bangsa akan berguna ketika perlu untuk menyelesaikan urusan antara negara. Mengatakan saya dari Jerusalem, Palestin akan menjadi hanya sebuah fakta lain daripada sebuah kenyataan politik yang dikatakan kepada musuh.

Tapi kami mempunyai jalan panjang untuk itu. Sekarang, perbualan seperti yang saya dengan pemandu teksi akan tetap seperti itu. Sebuah pertukaran yang tampaknya ringan dengan nada politik yang tegang antara orang-orang di dua sisi yang  bertentangan.

Joharah  Baker adalah Penulis untuk Program Media dan Maklumat di Palestinian Initiative for the Promotion of Global Dialogue and Democracy (MIFTAH)

p5rn7vb

Tags: Arab, Israel, Jerusalam, Palestin, politik
 

 

Tinggalkan Komen