[singlepic id=3 w=255 h=88 float=left]Amin Ahmad

Sahabat Facebook saya, Noor Eqbal menganggap fenomena ini sebagai “pengalaman istimewa” dan “ini merupakan fasa penting yang perlu kita lalui bersama dalam pembentukan kematangan berfikir dan bermasyarakat”.

Terlepas apa juga pendirian beliau, isu ini nampak belum reda.

Jujurnya, saya menulis tentang isu ini buat kali kedua selepas seorang rakan non-muslim mengadu pengenalan-nya dengan Islam luluh-lantak tatkala menemukan sebahagian hujah muslim yang dilihatnya ekstrim atas slogan “membela nama Allah s.w.t”.

Tidak cukup dengan hujah Al-Quran dan tokoh muslim yang pro dan kontra, umat sampai mencari hujah paderi untuk menjustifikasikan boleh atau tidak boleh guna nama Allah s.w.t.. Juga tidak dilupa, hujah yang sering dipakai ‘masyarakat liberal’ iaitu ‘kontekstual’ kini dipakai oleh mereka yang mempertahankan penghalangan guna nama Allah s.w.t dengan hujah waqi’.

Saya mungkin antara paling banyak mendebatkan isu ini dan menyebelahi kelompok yang membenarkan guna kata nama Allah s.w.t. ini.

Memang agak memeranjatkan apabila sampai ada yang celupar mengkafirkan pihak bersebarangan dengan mereka walhal perbezaan pandangan yang ada jelas menunjukkan tiada dalil qat’i. Apatah lagi bila ayat-ayat muhkamat (jelas) – dan itulah isi pokok dalam Al-Quran, bukan mutasyabihat (terlindung) boleh dirujuk, serta tiada pertikaian persoalan nasakh-mansukh di sana.

Maka, ke mana dalil “asal segala sesuatu adalah harus selagi tidak ada dalil qat’i mengharamkan atau mewajibkannya”? Bukankah mengharamkan sesuatu yang halal adalah satu cabang syirik? Oh, saya tidak bermaksud menghukum. Sungguh saya melihat ini sebagai convivencia.

Sebuah keyakinan tentu saja tidak semudah itu digantikan dengan sebuah keyakinan yang lain. Itu pendirian saya dalam persoalan aqidah.

Ketika ada muslim berhujah tentang Kristianisasi, saya berpandangan bahawa penyebaran agama adalah satu lumrah. Apatah lagi bila agama tersebut disandar kepada Rasul Ulul-Azmi. Dalam kata lain, ada atau tidak Islam, ada atau tidak isu nama Allah s.w.t., penyebaran faham agama Kristian akan terus berlaku.

Saya percaya kita umat Islam tentu tidak senang jika ada di mana-mana belahan muka bumi ini ada yang mendakwa penggunaan nama Allah s.w.t. adalah hak mereka bersandarkan “kami negara Kristian” atau “agama kami guna dulu kata nama Allah s.w.t.”.

Ada yang melabelkan saya sebagai orang yang membenarkan kebatilan pada makna kalimah syahadah ini kerana ia telah disucikan Nabi s.a.w..

Soal saya – tatkala saya membenarkan mereka menggunakan nama ini, saya kekal mengaku Muslim dengan mempercayai Allah s.w.t. yang Maha Esa. Dan ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan “siapa yang menyakiti bukan Islam seperti mereka menyakiti aku”, adakah mereka mahu mengatakan ia satu pembenaran kepada kebatilan?

Dan sekali lagi, tentu saja kita, umat Islam tidak berhajat mendengar orang bukan Islam mengatakan faham Allah s.w.t. sebagai batil. Justeru, berimanlah dengan perintah Allah s.w.t. agar kita “tidak memaki Tuhan/sembahan mereka yang lain”.

Juga aneh, mereka menonjolkan pandangan Paderi yang juga ralat untuk memakai nama Allah s.w.t.. Tidak-kah mereka sedar bahawa hujah ralat Paderi ini sama dengan hujah mereka – bahawa nanti umat Kristian berpotensi masuk Islam? Dan isu kita di Malaysia ialah mereka mahu guna, berbeza dengan mereka yang tidak mahu guna.

Saya menemukan perintah kepada umat Islam untuk mengajak mereka yang bukan Islam kepada “kalimatun sawa’” (kalimah yang sama) dengan menegaskan bahawa pandang sarwa kami ialah: Allah s.w.t. itu Esa. Saya juga menemukan jawapan langsung daripada sumber Al-Quran bahawa ada yang tidak setuju atau berpaling; dan ketika itu Allah s.w.t. mengatakan “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”.

Bahkan, dalam surat-surat Nabi s.a.w. kepada ramai pembesar, Baginda s.a.w. memulakan dengan menyebut nama Allah s.w.t., terlepas apa juga faham si pembaca surat. Itu belum penjelasan Allah s.w.t. bahawa nama-Nya disebut “….biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah” di mana dalam ayat ini diizinkan berperang bagi mereka yang diusir dari kampung halaman tanpa alasan benar dan Allah s.w.t. mengatakan mereka ini golongan teraniaya.

Sebagaimana telah saya tulis sebelumnya dan pendirian yang dinyatakan kepada teman-teman; kebimbangan yang ada pada mereka itu baik, tetapi bagaimana anda menterjemahkan kebimbangan tersebut sudah jadi satu isu lain.

Lebih cermat, jika kita memerhatikan kalimah syahadah yang bermaksud: “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t.”. Kata aku itu jelas menunjukkan ia adalah wilayah peribadi – keyakinan individu.

Dan jangan kita lupa bahawa ia bukan tuntutan tunggal Allah s.w.t. terhadap kita. Islam datang dengan ajakan manusia kepada self-sufficient di mana dosa tiap dari kita tidak ditanggung oleh individu yang lain. Justeru, tanggungjawab untuk beriman secara benar jatuh kepada tanggungjawab individu. Pada masa yang sama, kita juga diperintahkan untuk terus berdakwah. Dengan kata yang lain menyentuh isu ini, penerangan dan penegasan persoalan iman yang kita yakini itu memadai berbanding menggubal hukum larang-guna atau “hanya kami berhak guna”.

Pernah-kah kita terfikir bahawa saat ada sebahagian kita yang mengaku muslim ini melakukan “rasuah, salah guna kuasa, kezaliman dan perkauman”, dan pada masa yang sama beria mengaku beriman kepada Allah s.w.t. sambil minta dipertahankan mereka, ia telah memberi konsepsi salah tentang konsep iman kita kepada mereka yang tidak kita kenalkan Islam.

Maka pertentangan isu nama Allah s.w.t. ini untuk saya bukan sekadar literal atau konsepsi Allah s.w.t., bahkan ia boleh mengajak umat manusia bukan saja berbalah, tetapi menjernihkan semula fikiran kita terhadap kaedah berfikir dan bekerja kita dalam menegakkan apa yang kita percaya sebagai “berjuang di jalan Allah s.w.t.”.

Kegelisahan umat seharusnya ditangani dengan cara yang lebih hemah.

Saya hanya mahu menamatkan tulisan ini dengan petikan ayat Al-Quran, surah Al-Imran ayat ke-20:

Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: `Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku`. Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi : `Apakah kamu (mau) masuk Islam`. Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

dan hadiq qudsi:

”Aku di sisi (sebagaimana) sangkaan hambaKu denganKu, sekiranya dia (hambaKu) bersangka baik, maka baginya (natijah baik), dan sekiranya dia bersangka buruk, maka baginya juga (natijah buruk)”.

Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University.

Allah Amin Ahmad Kolum

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cancel Kirim Ulasan

  1. Sekalung tahniah di atas tulisan saudara yang amat baik untuk umat Islam cernakan.

    Terlintas di benak fikiran saya bahawa dalam isu ini, Allah SWT seperti mahu umat Islam lebih rasional dan strategis dalam mendepani cabaran dakwah di alaf baru! Fahaman yang tepat dan kaedah yang betul dengan berhikmah adalah jalan terbaik memasarkan Islam kepada manusia yang bukan Islam. Bukan dengan fahaman sempit dan tindakan melulu yang akhirnya umat Islam sendiri yang menjadi ‘reliability’ ken pada Islam.

    Bagiku, pandangan 2 tokoh ulama – Syeikh Yusof al-Qardawi dan Syeikh Wahbah az-Zuhaili, yang menyetutui penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan Yahudi, adalah memadai dalam meredakan situasi ini. WalLahu’aghlam.

  2. Sekiranya nama “Allah” boleh digunakan sewenang-wenangnya, Nabi Muhammad tidak akan berdakwah kepada musyrikin Mekah supaya menyembah Allah yang Esa. Yalah, kalau dah nama Tuhan sama buat apa kita sibuk-sibuk mengajak mereka menyembah Tuhan yang Esa.
    Lagipun dari segi Kamus Dewan perkataan “Allah” merujuk kepada Tuhan yang Esa. Bukan Tuhan yang Satu dalam tiga. Orang Kristian di Barat sendiri menolak memanggil Tuhan mereka Allah, malah memomokkan nama “Allah” sebagai nama tuhan bulan masyarakat musyrikin Arab.

  3. Saudara terkeliru agaknya. Ini bukan hanya kebimbangan Kristianisasi tapi kecenderungan kepada pluralisasi agama seperti yang hebat berlaku di Indonesia di mana semua agama dipandang sama. Maka berlakulah perkahwinan campur dan sebagainya. Yalah, kalau dah ahli kitab tentu boleh kahwin sesama sendiri kan, orang boleh berhujah begitu.
    Dalam Islam tiada konsep pluralisasi agama tetapi menghormati perbezaan. Islam tetap menganggap agama Islam itu yang sebenarnya dan tiada yang tingginya.
    Mungkin saudara salah tafsir mengenai tiada larangan menggunakan nama Allah untuk kafir musyrikin dahulu. Kena ingat, kalaupun tiada larangan tapi Allah melarang keras menyekutukannya. Dan Nabi secara aktif menyeru supaya tidak menyalah gunakan agama dan secara tidak langsung mensabitkan Allah dengan benda-benda lain.

  4. 1. Rujuklah nama Allah s.w.t. dalam pengertian bahasa asal ianya diturunkan – Arab.

    2. Ya, kerja Nabi s.a.w. mendakwahkan ke-Esa-an Allah s.w.t.. dan tanggungjawab baginda s.a.w. HANYALAH MENYAMPAIKAN (al-Imran: 20), dan jika mereka berpaling, katakan “Kami meyakini Islam” (al-Imran: 64).

    3. Dari satu dakwah ke satu dakwah, malah ayat Allah s.w.t. sendiri saat menyatakan bahawa faham tauhid yang salah oleh mereka yang didakwah Nabi s.a.w. kemudiannya, sampai ke surat yang baginda s.a.w. utuskan kepada banyak pihak termasuk jaminan kepada Kristian – tunjukkan saya di mana Nabi s.a.w. legislate larangan menggunakan nama Allah s.w.t. ini?

    Harus diingat isu legislation hanya ada hitam dan putih – boleh atau tidak. Bila tidak ada, ertinya apa? Bukankah itu itsar Nabi s.a.w. saat ada yang berhujah bahawa tidak ada dalil qat’ie dalam al-Quran yang melarangnya?

    Itu bukanlah beerti kita redha – tapi Nabi s.a.w. tunjukkan – dakwah!

  5. Masalah saudara mentafsirkan bahawa Allah SWT membenarkan hambaNya yang tidak mempercayaiNya menyalahgunakan namanya. Maha Suci Allah dari penyalahgunaan namaNya. Kalau Allah benarkan nescaya tak akan ada keluar larangan jangan menyekutukan Allah. Apakah larangan tidak menyekutukan Allah itu hanya ditujukan kepada orang Islam sahaja. Kalau macam tu Nabi dulu berdakwah dekat pengikut agama Nabi Ibrahim sahaja lah.

    Tapi tak kan. Kita tahu dalam sirah Nabi-Nabi tindakan kekerasan juga digunakan. Nabi Ibrahim memusnahkan semua berhala dan menggantung hanya satu kapak pada berhala paling besar semasa kaumnya pergi keluar. Begitu juga Nabi Muhammad ketika penawanan kota Mekah memusnahkan semua patung-patung berhala. Kalau fahaman semua agama itu baik dan sama bermahajalela seperti sekarang tindakan Nabi ini akan dilihat sebagai buruk dan tidak berperikemanusiaan. Tapi itulah Islam.

    Bukankah dengan membenarkan nama Allah digunakan oleh golongan Kristian sama seperti membenarkan mensabitkan Allah dengan benda lain atau dengan kata lain syirik. Tak perlu nak mencari alasan kerana benda ni dah jelas.

    Dengarnya kerajaan sudah pun membuat keputusan membenarkan Sabah dan Sarawak menggunakan nama “Allah” untuk tuhan mereka. Jadi nampaknya memang undi yang menang bukan agama. Agaknya berapa ratus dan ribu tahun orang kafir musyrikin dah guna nama “Allah” dan dah menyekutukan “Allah”. Kalau ikut logik manusia liberal nih, biarlah sebab dah 300 tahun mereka gunakan nama “Allah”. Kalau macam tu biarlah maksiat ni, pelacuran ni adalah pekerjaan tertua di dunia. Itulah logiknya kalau diguna pakai secara ekstrim. Buat apa nak betulkan benda yang rosak. Biar semua ikut status quo. Tak gitu saudara?
    Saya tak redha nama “Allah” digunakan sewenang-wenangnya dengan cara menyekutukanNya. Sampai bila-bila. Biarlah orang panggil saya ekstrimis. Saya tak redho.

  6. sdr. Zack, jangan cepat masuk ke sana.

    Allah s.w.t. menegaskan bahawa keyakinan itu akan menjadikan mereka beriman. Dan itu yang didakwahkan kepada semua manusia.

    Saya melihat isunya bukan pada guna kata nama Allah s.w.t. itu, tetapi konsepsi.

    Ini bukan soal membenarkan mereka guna kerana lama, meredhai dsbgnya…ini soal legislation.

  7. Sekarg ni masing2 mengemukakan hujah untuk membolehkan atau tidak penggunaan Nama “Allah”. Persoalannya adakah kita masih mengganggap agama Kristian dan Yahudi sebagai agama Samawi? Memang pada syariat asalnya mereka menyembah Tuhan yang Esa (Allah) tetapi adakah sekarag sama dengan yang asal. Dari segi bahasa memang Allah diambil dari bahasa Arab memberi makna Tuhan. Tapi dari segi pengunaan seharian adakah Allah itu sama dengan konsep Tuhan yang diimani oleh Islam dengan agama lain. Memang keyakinan dan iman yang membezakan perkara tersebut. Tapi bagaimana kita hendak membei kefahaman kepada orang awam berkenaan isu tersebut terutama generasi muda. Adakah para tuan guru mampu memberi kefahaman tersebut kepada mereka. sekiranya itu berlaku kita mesti ubah semua buku teks yang ada disekolah untuk memastikan perkara ini difahami. Saya lebih setuju sesuatu perkara itu dilihat dari segi maslahah dan situasi temptan untuk diselesaikan. apa yang penting usah biarkan diri kita terperangkap dengan perangkap musuh.

  8. Ajarlah anak-anak membaca Al-Quran dan memahami daripadanya, bukan ajar mereka pi cari agama di majalah, Bible dan lain-lain.

    Berhenti bersikap defensif. Giatkan dakwah.

  9. Allah tu nama khas. Sekali pun dalam bahasa Arab ia selama-lamanya merujuk kepada Allah. Kalau tuhan, arab gunakan rab. Jadi kalau sesiapa yang merujuk Allah kepada konsep tuhan triniti, dia melakukan kesalahan dari segi tatabahasa Arab.

  10. Sdr Zack…

    dalam kes sabah dan sarawak, kenape takde sape pun bantah yer??? baru nak sedar ke ape ni?

  11. Taken from Information Secretariat

    Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia

    (Muslim Lawyers Association of Malaysia)

    Date: 5th January 2010

    The birth of Allah’s Son- Part 1

    The Malays, as one foreigner once summed up, are a people who rest under the
    coconut tree with the sun shinning brightly and cheerfully upon them whilst
    the wind blow softly against their faces.

    This observation is meant as a compliment to the temperament of the Malay
    Muslims. As compared to Muslims of other countries, the Muslims of Malaya
    did not go through a period of great conflict and bloodshed to obtain
    independence. As a result, you have a Muslim community who is tolerant and
    receptive to other religion and races.

    The constitutional position of Islam and the Malays can be understood by
    making an analogy to a house owner who welcome visitors into their house and
    allowed their visitors the right to use the living room, dining room, the
    bedrooms, the garden, and all other areas, except, the house owner was to
    say, “Never ask for the right to use my own master bedroom. It is my special
    privilege.” After a few decades, the house owner has shared everything in
    his house except for his own master bedroom. He finds that his visitors,
    having enjoyed unlimited access and use of all the parts in his house are
    now knocking on the doors of his master bedroom, demanding for the right to
    use his own master bedroom, his last bastion.

    The case of the weekly Herald has jolted the largely Malay Muslim community
    into the realisation that their last bastion, their master bedroom (ie Islam
    and Malay privileges) is now very much at stake. The positive outcome from
    the Herald fiasco is the unity of majority of the Muslims coming to the fore
    to protect and defend a matter held dear to their very essence, their
    religion, culture and sense of identity.

    The Herald had since 1986, illegally used the words “Allah” to refer to God
    in its publication. Under Control of Undesirable Publications of the
    Printing Presses And Publications Act introduced in 1984, the Kementerian
    Dalam Negeri (KDN) has the power to introduce the Garis Panduan Penerbitan
    Kementerian Dalam Negeri (“Guideline”) to regulate publications such as the
    Herald. According to the Guideline, words such as “Allah”, “Kaabah”,
    “Baitullah” and ‘Solat” are not allowed to be used by religions other than
    Islam. The KDN then issued a letter dated 19.05.1986 instructing and
    advising the weekly Herald not to use the words contained in the Guideline.
    Such words are deemed as sensitive to the Muslim community and may cause
    disharmony, disunity and confusion among the community especially the Malay
    Muslim community.

    However, instead of adhering to KDN’s instructions and advice to cease
    publishing the word “Allah”, the weekly Herald repeatedly breached the
    Guideline by reproducing the publication in the Herald containing the words
    “Allah”.

    The Archbishop of the Titular Roman Catholic Church (“the Church”) himself
    admitted in his Affidavit that a total of eight letters were sent to the
    Herald by KDN advising them to cease the use of the word “Allah” in their
    publication which went unheeded. The word “Allah” is banned for use by non
    Muslims under the anti propagation laws of states in its schedule of
    offensive words. Despite a clear statutory provision disallowing the use of
    Allah by non Muslims, the Herald continued in acts of infringement of the
    anti propagation laws and blatantly disregarded the Guideline since 1986
    until 2007. Since no immediate and decisive action was taken by KDN in
    response to this transgression of state law and consistent breach of the
    Guideline, the Church was emboldened enough to file a Judicial Review dated
    19.03.2008 for the following declarations:-

    (i) that the Church is entitled to use the word ‘Allah’ in
    The Herald, a weekly Catholic publication of the Church;

    (ii) that the Guideline by the Kementerian Dalam Negeri is
    illegal; and

    (iii) that the use of the word “Allah” is not exclusive for the
    religion of Islam.

    The Herald meanwhile, posted their publication online until it came to the
    attention of the Majlis Agama Islam Selangor (“MAIS”) and the Muslim Chinese
    Association of Malaysia (“MACMA”) who were deeply concerned on the effects
    of the publication on the Muslims in general, especially as they were made
    to understand by the Church that the publication was to be solely for
    internal circulation of members of the Church. With its posting online by
    the Herald however, meant that the general public and those outside of Kuala
    Lumpur including the world at large would have unlimited access to the
    Herald. MACMA feared that the publication would cause confusion among
    converts due to the terminology used. It may also open the floodgates for
    other beliefs to challenge the Guidelines and use the word “Allah” in their
    practise.

    As a body entrusted with the protection of the rights and interests of Islam
    and the largely Malay Muslims, MAIS viewed these developments with alarm and
    concern. MAIS is empowered under state legislation to dispense their duties
    as the lawful representative of the Sultan of Selangor including to advise
    the Sultan of Selangor on any matter impacting the unity and interests of
    the Muslims. Having presented to the Sultan of Selangor the gravity of the
    matter, the Sultan of Selangor found the situation to be sufficiently
    compelling for MAIS’s intervention. With the blessings and unequivocal
    support of the Sultan of Selangor, MAIS filed applications to be admitted as
    interveners for both the Summons and Review. Their action was emulated by
    other Majlis Agama Islam of the States of Wilayah Persekutuan, Terengganu,
    Johore, Pulau Pinang and Melaka. Throughout the case, solicitors and MAIS
    officers handling the case attest to the ease by which they were able to
    advise and brief the Sultan of Selangor and to obtain further directions.
    The deeds of the Sultan of Selangor shall be crafted in our historical
    manuscripts as a monarch who has displayed a deep conscience and
    understanding of his role as protector and custodian of Islam and Malay
    rights, in the case brought by the Church.

    The intervener applications by MAIS, MACMA and Majlis Agama Islam of States
    were provided for by statutory provisions under the Rules of the High Court.
    Unfortunately, the Court did not allow their application even though MAIS
    argued for their inclusion under the various provisions in the Rules of High
    Court, including provisions for special entry to oppose the judicial review.
    The Court did not recognise the statutory duties of MAIS under state
    legislations as the lawful body to advise and aid the Sultan of Selangor in
    such matters of judicial review relating to the rights and interests of
    Islam and the largely Malay Muslims.

    The Court made a pronouncement that MAIS have no basis to justify that they
    have a direct interest in the case, in total disregard to MAIS’s statutory
    function as adviser and aid to the Sultan of Selangor in matters of Islam
    and Muslim rights. Thus, MAIS was denied the opportunity to put forth their
    arguments before the Court by the Judge presiding the case, Datuk Lau Bee
    Lan. This situation proved fatal to MAIS’s intervener application and was a
    major factor that led to a decision in favour of the Herald. The Court
    decision meant that the words “Allah” and consequently, “Allah’s Son” were
    allowed to be used in the Malay pages of the Herald weekly. The Court
    decision has also set a precedent that where it deems fit, parties who
    expressly transgressed and breached laws, may still come to Court
    challenging the authorities’ right to enforce laws under the guise of
    “constitutional rights”. This is one of the greatest mockeries to our
    judicial system.

    Consequently, the reaction of the Muslim community to the Court decision
    dated 31.12.2009 is largely one of disbelief, anger and humiliation; a deep
    wound that if it were at all to recover, would require a long healing
    process.

    Information Secretariat

    Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia

    Date: 11th January 2010

    The Birth of Allah’s Son-Part 11

    The Judge presiding the case of the Herald, Datuk Lau Bee Lan, in her
    decision disallowing MAIS, MACMA and Majlis Agama of States as interveners,
    made special mention of the fact that the applicants in this case were
    unable to provide concrete evidence that the use of the word “Allah” is
    sensitive to the Muslim community and would cause disharmony, disunity and
    confusion among the Muslim community. As such, it may be inferred that the
    Judge was of the opinion that the usage of the word “Allah” by the Herald
    and the Church would not be of material consequence as far as the Muslim
    community is concerned.

    Events that unfolded during the days immediately succeeding the decision
    proved otherwise. NGOs, Islamic organisations and various other
    organisations whether politically connected and apolitical were greatly
    moved by this outright disregard of the Muslim’s community sensitivities.
    The government, initially unsure of the correct stand to be taken, followed
    the stance set by our former premier in this issue, where Tun Mahathir in
    his statement immediately after the Court decision was handed down stated
    that “..the word “Allah” is specific for Muslims..” and “.in Peninsular
    Malaysia we have never heard of Christians using the word Allah when
    referring to God in the Malay language, why are we using the word now?..”.
    Tun Mahathir’s sentiment is shared by many Muslim groups in Malaysia who
    questioned the motives behind the application by the Church to use the word
    “Allah” in the Herald which may, subsequently lead to the use of the word of
    “Allah” in a Malay language version of the bible. The other versions of the
    bible, which is the English, Chinese and Tamil language do not include the
    word “Allah” in their publications. As such, it seems that the word “Allah”
    and as such, “Allah’s Son” are meant to be used exclusively for a Malay
    language version and targeted for the largely Malay Muslim community.

    The demonstrations of opposition to the Court decision that took place all
    over the country culminated in sporadic attacks against Churches in Kuala
    Lumpur, Selangor, Perak, Malacca and Sarawak, hinting to possible civil
    unrest if left unabated. A news report dated 11th January 2010 in the Star
    which states “.Some 1,700 members of the Protestant Church packed the hall
    for the joint Mandarin and English services from early yesterday.” points
    blankly to the age old customary usage of English and Mandarin in their
    Church services, which reinforces the suspicion of the Muslim community
    towards the intention of the Church in using the word “Allah” in the Malay
    language pages of the Herald-Weekly and the Malay version of the bible.
    Members of Churches testify through at least one blog
    (http://www.malaysiakini.com/news/120961 ) as follows:- “It is for the use
    of ‘Allah’ in worship and publication in Bahasa, not in English.Yes, they
    had use God and will continue use God in English worship/publication but in
    Bahasa, they want to use ‘Allah’ back”.

    In respect to the attacks against the Churches, there have been notable
    efforts by the government to pacify the Christian community whereby monetary
    compensation and contribution to repair the Churches were offered. The
    Muslim community generally do not condone the attacks and belief that these
    attacks are isolated incidences and committed by extremist individuals.
    However, similar efforts by the government to pacify the Muslim community
    are wanting and the Christian community have not come strongly forward to
    state their disagreement with the application by the Titular Roman
    Archbishop to use the word “Allah” in Malay language pages of the
    Herald-Weekly. In order to contain extremist individuals and comfort the
    wounds of the Muslim community inflicted by the Church’s Court application,
    a more decisive stand has to be made by the government authorities.

    Although the stand by the government authorities in this issue is uncertain
    and lacking in direction, the Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku
    Mizan Zainal Abidin ibin Almarhum Sultan Madmud Al-Muktafi Billah Shah
    (“Yang Dipertuan Agong”) came forward to point the direction that the
    government is supposed to drive in this issue. In the statement issued by
    the Yang Dipertuan Agong dated 9th January 2010, the Yang DiPertuan Agong
    reminded all parties to respect Islam as the religion of the Federation and
    emphatically stated that the use of the word “Allah” shall precisely follow
    that as understood and complied in the Islamic context. The statement made
    by the Yang DiPertuan Agong had to a certain extent, provided some semblance
    of relief from the black abyss that currently envelopes the muslim
    community.

    The statement by the Yang DiPertuan Agong that Islam is the religion of the
    Federation is of great significance in its meaning and effect. Under the
    Constitution, Islam holds a special position that is unquestionable. This
    special position is entrenched in Article 3 of the Federal Constitution that
    states, “Islam is the religion of the Federation; but other religions may be
    practised in peace in harmony in any part of the Federation.” Therefore,
    Article 3 establishes the sovereignty of Islam as the religion of the
    Federation and the rights of other religions to be practised shall not
    encroach on the rights of Muslims to practise Islam nor cause disharmony to
    Islam. The description of Islam as a religion above others under the
    Constitution is aptly described by Judge Mohd Nor Abdullah in a decided case
    in the year 2000 (Meor Atiqurahman bin Ishak & Ors v Fatimah Sihi & Ors
    [2000] 1 CLJ 393), where Islam is likened to a majestic tree known as the
    “Pokok Jati” which is tall, strong and luminous. It stands and walk before
    others, its presence is in the main arena with its voice heard loud and
    clear. If its nature is not as such, then it cannot be said to be a religion
    above others in the Constitution.

    The Yang DiPertuan Agong, in taking the office of Yang DiPertuan Agong, is
    subject to the Oaths he had pledged as stipulated in the Fourth Schedule of
    the Constitution. In accordance to the Oaths taken under the name of Allah,
    the Yang DiPertuan Agong has an undisputable sacred duty as custodian and
    protector of the religion of Islam and Malay rights.

    In the case of the Herald, the Yang DiPertuan Agong, having been advised by
    Constitutional experts, came instantly to the defence of the Islamic
    religion and being an institution by itself, was the first to pledge support
    for the Sultan of Selangor in the intervener application. The Majlis Agama
    of Terengganu, being the state directly under the Yang DiPertuan Agong was
    initiated as a party through its Majlis Agama Islam to the intervener
    application. For states that have no Sultan such as Malacca, Pulau Pinang
    and Wilayah Persekutuan, the Yang DiPertuan Agong took upon himself to
    instruct the Majlis Agama of these states to join in the intervener
    application. The Sultan of Johor, meanwhile, came into the intervener
    application through the advice of their Mufti.

    The main thrust of the Yang DiPertuan Agong’s and Majlis Agama States’
    concern is the confusion that the misuse of the word “Allah” would cause
    among the Muslims and non Muslims alike. The concept of Allah as understood,
    embraced and practised by the Muslim community in Malaysia is totally
    distinct and separate from the concept as understood by the Church
    conceptually, culturally and theologically. Whereas, the concept of Allah
    embraced by the Muslim community in Malaysia as defined in the context of
    Muslim and Malay tradition is Allah in a MONOTHEIST (TAUHID) sense as
    opposed to the concept of TRINITY of God as understood by the Church.

    In the aftermath of the Church attacks, calls were made for the Muslim
    community to remain calm and not to disrupt harmony. Some opinions chided
    the Muslim community for their intolerant behaviour towards the Court
    Decision and even advised that the issue of the use of the word “Allah” in
    the Malay language pages of the Herald-Weekly has been unjustly magnified.
    The nation has forgotten one critical aspect in all of this mayhem; the
    Muslim community did not start the encroachment of the rights of other
    religious communities. Instead, the act of the Church in bringing the matter
    to Court is seen by the Muslim community as a belligerent and provocative
    act and this fact should be acknowledged by all, as a first step towards
    healing wounds.

    Information Secretariat

    Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia.

  12. Sebenarnya terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai perkara ini. Dan bagi mereka yang tidak tahu atau kurang arif mengenai pendapat mana yang harus di pakai maka dia harus merujuk kepada fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa. Oleh kerana Malaysia ini negara Islam spt yang di perjelaskan oleh setiap Perdana Menteri dan bukan negara sekular, maka rakyat beragama Islam haruslah berpandukan Majlis Fatwa seperti juga dalam isu-isu Yoga, zakat, puasa dan lain-lain. Pengeluaran pendapat , lebih-lebih lag bagi isu yang boleh menjejaskan akidah wajib merujuk kepada Majlis Fatwa dan tidak harus di asaskan kepada prinsip-prinsip demokrasi atau kesaksamaan atau kebebasan. Soal akidah amat penting di titikberatkan kerana seluruh amalan seoarang hamba itu boleh di tolak oleh Allah s.a.w jika perbuatan kita lari dari akidah. Biarlah orang politik , blogger2 nak polemik, sebenarnya dia tetap tanggung seperti kita. Tapi kita yang rakyat biasa nie, biarlah moderat dan tenang dalam melihat isu ini. Apa pun Allah itu tetap hebat. Mungkin apa yang Dia mahu kita fikirkan ialah untuk meningkatkan kekuatan kita sebagai umat Islam. Usahlah kita berpecahbelah dan memberi pendapat yang akan mengeruhkan keadaan lagi. Satu perbincangan di IKIM, khamis yang lalu turut bersetuju (90%) bahawa kalimah Allah tidak boleh di gunakan di Malaysia kerana beberapa faktur. Antarnya Allah yang di maksudkan oleh The Herald adalah Allah ‘Trinity’ bukan Allah yang Maha Esa. Selain itu, penggunaan Allah boleh mengelirukan orang orang Islam.Malah antara peseertanya, Ustad Hadi Awang, Presiden Pas sendiri memaklumkan sidang bahawa beliau baru pulang dari satu seminar di luar negara yang turut di hadiri oleh Qaradawi yang bersetuju bahawa Kalimah ini boleh di gunakan TETAPI pemerintah boleh mengambilkira faktur keadaan setempat sebelum membenarkan penggunaan kalimah ini. Ini bermakna keputusan membenarkan Sabah dan Serawak mengguna kalimah ini pula adalah harus hukumnya kerana negeri negeri ini telah lama menggunakannya. Bagaimanapun, sebagai seorang Islam saya merasakan pihak Kerajaan harus juga berusha membetulkan keadaan supaya alihbahasa bible mengikut terjemahan yang betul. Mungkin Dewan Bahasa dan Pustaka boleh bantu. Saya berpendapat DBP harus pro aktif dan kreatif. The Herald mungkin perlu di bantu dalam hal ini dan jika mereka menolak bantuan ini, bermakna mereka ada niat lain. Kita juga jangan keliru tentang isu asas dalam kontroversi ini. Ianya bukan Kalimah Allah tetapi tindakan The Herald yang telahpun mulai meyebarkan dakwh Kristian online dalam versi BM. The Herald telah melanggar undang-undang negara yang melarang menyebaran agama Kristaian kepada orang Islam. The Herald melampai batas. Bak kata perpatah melayu di beri betis, hendak peha pula….Inilah yang menimbulkan kemarahan orang Islam. Kebebasan ada limitnya. Mereka yang membakar gereja mungkin anak anak muda yang hilang pertimbangan. Kita jangan redha seperti juga kita kita jangan redha dengan tindakan The Herald berdakwah menggunakan kalimah Allah. Subhanallah.

  13. Zack, saya berpendirian yang sama. Namun reaksi saya jelas bahawa di sanalah pendirian Islam lebih kemas berbanding mereka yang mahu menyalahgunakan-nya.

    Memberi izin tak beerti redha.

    Tentang Majlis Fatwa, saya memilih autoritatif berbanding autoriti.

  14. Barang siapa berhujah dengan nas dari alquran dan hadis maka ia telah menegakan islam yg sebenar krn islam itu hujah.jadi kalau sekadar komen mengikut akal saja tak payah komen lah buat tuan akan menjadi insan yg daif dan dangkal dari perspektif islam.syabas kpd saudara amin ahmad krn tuan meraikan ilmu utk berhujah demi islam sejagat.teruskan perjuangan.salam