Pearl Jam: Backspacer

oleh
11 Oktober, 2009 | kategori Musik | komen [2] | Cetak | kongsi  
Backspacer
Pearl Jam
Universal Music Group
2009
Apa memori terakhir tentang Pearl Jam yang masih bergema di dalam benak kamu? Ketika mula mahu mendengar album terbaru mereka ini – album studio ke 9 – seluruh kekaguman terhadap mereka terpaksa dilucutkan. Terlucut bukan kerana kecewa atau apa-apa, tetapi semacam satu persiapan untuk menerima hasil kerja terbaru ini dengan bersungguh dan gemuruh dengan jangkaan-jangkaan yang tak pasti.
Pearl Jam, sebuah grup rock yang terakhir kiranya mampu bertahan dari kelompok gerakan muzik Seattle 90an dan, mereka masih mahu untuk terus memahat tugu muzik sendiri dengan penuh rasa ghairah dan fokus yang bukan kepalang. Dulu, mereka sudah menutup mulut sinis yang mencebik bibir dengan gaya muzik muda-mudi yang mereka hasilkan. Tiga album terawal, Ten, Vs. dan Vitalogy mempamerkan stamina luar biasa mereka; bukan hanya stamina fizikal, tetapi turut merangkum stamina keberanian, stamina idea dan keyakinan terhadap muzik yang dibawa.
Kini, dengan Backspacer, ada lagi pernyataan yang disampaikan oleh album ini. Mereka kembali berkerja dengan penerbit Brendan O’Brien yang kali terakhir bersama ketika melahirkan Yield. Menurut satu kenyataan oleh Eddie Vedder, ini disebabkan kesediaan mereka untuk memberi ruang kepada ‘orang luar’ untuk campur tangan dan bersuara terhadap apa saja aspek muzik Pearl Jam. “Kami dapat tahu Bruce Springsteen juga memberikan ruang kepada beliau (Brendan) untuk kerja rakaman dan muzik, jadi, kali ini, mengapa tidak kami juga berbuat perkara yang sama,” kata Vedder. Sebelum ini, apa saja idea dan pandangan Brendan tidak akan dilayan oleh mereka – sama sekali.
Pertama kali mendengar lagu pertama dari album ini – Gonna See My Friend – entah bagaimana pembukaannya menggamit semula ingatan kepada sebuah lagu lain, dengan judul Los Angeles Is Burning daripada Bad Religion. Dan, ia memberi isyarat yang agak jelas kepada mood keseluruhan yang terkandung di dalamnya.
Album ini kembali dengan tempo yang pantas, tona punk yang kembali pekat dengan semangat seperti dikala muda, oleh ahli-ahli dan grup ini sendiri. Dan itu mungkin penjelasan yang tersirat disebalik segala dentam-dentum dram, suara garau dan jerit gitar yang tersusun rapi pada Backspacer.
Bagaimana membaca Backspacer itu terpulang kepada yang mendengar dan memerhati perkembangan grup ini dari satu album ke satu album. Cuma, yang agak ketara ialah hal ini; Pearl Jam seperti mahu mengembalikan diri mereka menghampiri titik awal sewaktu mereka bermula dengan muzik yang sudah berkelansungan merentas dua dekad ini. Dan pastinya, perjalanan itu tidak akan indah tanpa ada yang meraikan – pendengar dan peminat.
Maka, dengan Backspacer, Pearl Jam mengulang masa dan ruang untuk menyuntik nostalgia muzik-muzik awal mereka. Walaupun pada dasarnya, muzik yang terhasil di dalam Backspacer ini lebih molek dikelompokkan sekali dengan dua lagi album sebelumnya – Riot Act dan Pearl Jam – tetapi ia mengandung tenaga yang lebih dan perasaan yang melonjak-lonjak untuk meraikan destinasi muzik terbaru grup yang sentiasa cemerlang di pentas ketika ‘live’ ini.
Bagi berkenalan dengannya, dengarkan dulu judul ‘The Fixer’, yang juga single pertama yang datang sekali dengan klip video di internet. Ia, seperti yang dinyatakan tadi, mengandung semangan dan arah keseluruhan album ini, yang menyuntik punk di dalam muzik, pada usia tua oleh pembikinnya – mungkin.
Kemudian, ‘Force of Nature’ juga sebuah lagu yang kuat bagi Backspacer. Dengan melodi sayu yang digenggam kuat oleh muzik dan tempo yang tenang, menyampaikan satu perasaan yang sarat dengan kesedaran dan bersiap untuk penyerahan kepada sesuatu yang ada diluar lingkar kawalan.
Dua lagu balad, ‘Just Breathe’ dan ‘The End’ menjadi selingan yang lebih minimal, dengan seri yang tertumpu kepada suara tak lurus Eddie Vedder.
Secara muzikal, Pearl Jam masih mempunyai tenaga untuk terus berelaborasi dengan ruang lingkup muzik mereka selama ini. Pengaruh muzik-muzik baru juga masih tidak meresap banyak di dalam album mereka setakat ini. Jadi, ini sedikit melegakan kepada mereka yang selalu berasa terputus dengan genre muzik baru yang lahir. Sekurang-kurangnya, masih ada ruang dan muzik yang boleh membayangkan jiwa muzik kelompok ini. Terima kasih, Pearl Jam, kerana masih setia dengan diri sendiri.
“I don’t wanna hurt, there’s so much in this world that make me bleed.” – Just Breathe, Pearl Jam.
*Backspacer dirilis pada 20 September 2009, seluruh dunia.
Hafiz Hamzah
5 Oktober 2009

backspacer-coverBackspacer

Pearl Jam

Universal Music Group

2009

Hafiz Hamzah

Apa memori terakhir tentang Pearl Jam yang masih bergema di dalam benak kamu? Ketika mula mahu mendengar album terbaru mereka ini–album studio ke 9–seluruh kekaguman terhadap mereka terpaksa dilucutkan. Terlucut bukan kerana kecewa atau apa-apa, tetapi semacam satu persiapan untuk menerima hasil kerja terbaru ini dengan bersungguh dan gemuruh dengan jangkaan-jangkaan yang tak pasti.

Pearl Jam, sebuah grup rock yang terakhir kiranya mampu bertahan dari kelompok gerakan muzik Seattle 90an dan, mereka masih mahu untuk terus memahat tugu muzik sendiri dengan penuh rasa ghairah dan fokus yang bukan kepalang. Dulu, mereka sudah menutup mulut sinis yang mencebik bibir dengan gaya muzik muda-mudi yang mereka hasilkan. Tiga album terawal, Ten, Vs. dan Vitalogy mempamerkan stamina luar biasa mereka; bukan hanya stamina fizikal, tetapi turut merangkum stamina keberanian, stamina idea dan keyakinan terhadap muzik yang dibawa.

Kini, dengan Backspacer, ada lagi pernyataan yang disampaikan oleh album ini. Mereka kembali berkerja dengan penerbit Brendan O’Brien yang kali terakhir bersama ketika melahirkan Yield. Menurut satu kenyataan oleh Eddie Vedder, ini disebabkan kesediaan mereka untuk memberi ruang kepada ‘orang luar’ untuk campur tangan dan bersuara terhadap apa saja aspek muzik Pearl Jam. “Kami dapat tahu Bruce Springsteen juga memberikan ruang kepada beliau (Brendan) untuk kerja rakaman dan muzik, jadi, kali ini, mengapa tidak kami juga berbuat perkara yang sama,” kata Vedder. Sebelum ini, apa saja idea dan pandangan Brendan tidak akan dilayan oleh mereka – sama sekali.

Pertama kali mendengar lagu pertama dari album ini –Gonna See My Friend –entah bagaimana pembukaannya menggamit semula ingatan kepada sebuah lagu lain, dengan judul Los Angeles Is Burning daripada Bad Religion. Dan, ia memberi isyarat yang agak jelas kepada mood keseluruhan yang terkandung di dalamnya.

Album ini kembali dengan tempo yang pantas, tona punk yang kembali pekat dengan semangat seperti di kala muda, oleh ahli-ahli dan grup ini sendiri. Dan itu mungkin penjelasan yang tersirat di sebalik segala dentam-dentum dram, suara garau dan jerit gitar yang tersusun rapi pada Backspacer.

Bagaimana membaca Backspacer itu terpulang kepada yang mendengar dan memerhati perkembangan grup ini dari satu album ke satu album. Cuma, yang agak ketara ialah hal ini; Pearl Jam seperti mahu mengembalikan diri mereka menghampiri titik awal sewaktu mereka bermula dengan muzik yang sudah berkelansungan merentas dua dekad ini. Dan pastinya, perjalanan itu tidak akan indah tanpa ada yang meraikan – pendengar dan peminat.

Maka, dengan Backspacer, Pearl Jam mengulang masa dan ruang untuk menyuntik nostalgia muzik-muzik awal mereka. Walaupun pada dasarnya, muzik yang terhasil di dalam Backspacer ini lebih molek dikelompokkan sekali dengan dua lagi album sebelumnya–Riot Act dan Pearl Jam– tetapi ia mengandung tenaga yang lebih dan perasaan yang melonjak-lonjak untuk meraikan destinasi muzik terbaru grup yang sentiasa cemerlang di pentas ketika ‘live’ ini.

Bagi berkenalan dengannya, dengarkan dulu judul ‘The Fixer‘, yang juga single pertama yang datang sekali dengan klip video di internet. Ia, seperti yang dinyatakan tadi, mengandung semangan dan arah keseluruhan album ini, yang menyuntik punk di dalam muzik, pada usia tua oleh pembikinnya – mungkin.

Kemudian, ‘Force of Nature‘ juga sebuah lagu yang kuat bagi Backspacer. Dengan melodi sayu yang digenggam kuat oleh muzik dan tempo yang tenang, menyampaikan satu perasaan yang sarat dengan kesedaran dan bersiap untuk penyerahan kepada sesuatu yang ada di luar lingkar kawalan.

Dua lagu balad, ‘Just Breathe‘ dan ‘The End‘ menjadi selingan yang lebih minimal, dengan seri yang tertumpu kepada suara tak lurus Eddie Vedder.

Secara muzikal, Pearl Jam masih mempunyai tenaga untuk terus berelaborasi dengan ruang lingkup muzik mereka selama ini. Pengaruh muzik-muzik baru juga masih tidak meresap banyak di dalam album mereka setakat ini. Jadi, ini sedikit melegakan kepada mereka yang selalu berasa terputus dengan genre muzik baru yang lahir. Sekurang-kurangnya, masih ada ruang dan muzik yang boleh membayangkan jiwa muzik kelompok ini. Terima kasih, Pearl Jam, kerana masih setia dengan diri sendiri.

“I don’t wanna hurt, there’s so much in this world that make me bleed.” – Just Breathe, Pearl Jam.

*Backspacer dirilis pada 20 September 2009, seluruh dunia.


Tags: , , ,
 

 

2 komen-komen
Tinggalkan komen »

  1. dari awal kanak kanak sampai akhir zaman PJ bersama sama ..hahaha

  2. Bagi saya, secara muzikal, mungkin dek kerana senantiasa dalam evolusi, Pearl Jam takkan dapat kembali kepada “the rawness of” Ten atau vs. atau seasli Vitalogy atau No Code. Tapi Pearl Jam sebuah band yang ideologis, tidak sebulu dengan arus perdana (sehinggakan ditamatkan kontrak dengan sony music!) dan tetap dengan pendirian teguh dalam isu-isu semasa. Ini mencerminkan kematangan fikiran ahli-ahli band kini (yang mendokong howard zinn dan noam chomsky sebagai rakan karib mereka).

    Barangkali kematangan pemikiran ini diolah dengan cemerlang dalm album2 terkini (walaupun lagu-lagu dalam riot act amat mellow dan tidak ke’pearl jam’an) kerana secara lirikal, tampak Pearl Jam semakin matang (lirik lagu just breathe memang superb).

    all the best to pearl jam!

Tinggalkan Komen