Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka

oleh
13 Mei, 2009 | kategori Kolum | komen [28] | Cetak | kongsi  

Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu yang kuat. Sejak dari kecil, orang-orang tua dalam keluarga sering memomokkan saya akan bahaya yang dibawa oleh bangsa Cina dan India.

Kata mereka, Cina ini kaum pendatang yang suka menipu dan mahu merampas hak orang Melayu. India pula bangsa yang kuat mabuk, suka mencari gaduh dan melakukan jenayah. Untuk mendukung teori celaka ini maka minda Melayu saya disogok dengan satu kisah puaka yang terjadi empat dekad yang lalu.

(i)

Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – ini terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan rendah menerusi pergaulan saya yang hanya terbatas dalam kelompok anak-anak Melayu sahaja. Saya tidak berkawan dengan murid-murid bukan Melayu dan sering memandang curiga terhadap apa saja yang mereka lakukan.

Sewaktu darjah lima, seorang teman sekelas (budak Melayu yang saya lupa namanya) membuka kisah 13 Mei. Katanya, ini cerita benar yang didengar dari datuk dan bapa saudara yang (didakwanya) terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Saya jadi tertarik dan bertanya lanjut.

Maka dikatakan bahawa waktu itu orang-orang Cina bertindak biadap dan kurang ajar kerana menghina dan mencerca orang-orang Melayu. Orang Cina mengutuk hak istimewa Melayu dan merendah-rendahkan bahasa Melayu. Kerana merasakan bahawa maruah bangsa telah dicabar, orang-orang Melayu mengangkat senjata dan mengamuk dengan menyerang dan membunuh orang-orang Cina yang celupar itu.

Orang Cina bertindakbalas dan turut bertindak agresif. Maka saat itu parang, kayu, keris dan segala macam senjata melayang ke udara, cerita teman saya itu. Tambah beliau lagi (entah betul atau tidak), datuknya juga turut ditetak di dada oleh seorang Cina namun langsung tidak cedera kerana memiliki ilmu kebal yang menyebabkan badannya tidak lut senjata. Saya kagum dan teruja dengan cerita teman saya tadi.

Kemelayuan saya semakin jitu dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – kini saya yakini sepenuhnya. Melayu itu hebat, pantang dicabar. Kalau dicabar, nahas!

Di rumah, saya bertanyakan bapa tentang 13 Mei. Kata beliau, waktu itu dia masih kecil dan tidak tahu menahu kerana peristiwa itu hanya berlaku di Kuala Lumpur sedangkan beliau menetap di Pahang. Tiba-tiba, bapa saya bercerita tentang Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru dan UMNO.

Sekali lagi, teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – bergema dalam minda saya. Ya, saya Melayu. Saya bangga jadi Melayu!

Hidup Melayu!

(ii)

Sewaktu bersekolah menengah, saya sekelas dengan ramai pelajar berbangsa Cina. Kesan daripada puaka 13 Mei ini, saya kekok dan sukar bergaul dengan pelajar-pelajar lain yang bukan berbangsa Melayu. Saya hanya senyap dan menyendiri di dalam kelas sehinggalah saya ditegur oleh seorang anak Cina yang fasih berbahasa Melayu.

Budak Cina ini bernama Tan Chien Liang. Dia anak orang kaya yang dihantar dan dijemput setiap hari oleh pemandu keluarganya. Ya, bapanya ahli perniagaan dan memiliki rumah banglo yang mewah.

Mulanya saya prejudis dan gemuruh dengan budak Tan ini. Puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – masih lagi bersarang dalam benak Melayu saya. Namun demikian, lama kelamaan saya mulai senang dengan Tan. Dia baik dan tidak menipu. Setiap kali saya terlupa membawa wang belanja, dia akan meminjamkan wangnya untuk saya beli makanan di kantin. Dia juga tidak akan beri jawapan kepada saya setiap kali saya cuba menirunya waktu peperiksaan. Tidak baik katanya.

Kami bersahabat. Macam belangkas, kata pelajar-pelajar lain. Dan saya semakin terlupa akan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – yang sering dimomokkan oleh orang-orang tua dalam keluarga saya. Saya senang dengan Tan. Dia fasih bercakap Melayu. Dia suka makanan Melayu. Dan dia juga menaruh cinta pada gadis Melayu!

Suatu hari, Tan bertanyakan saya tentang Islam. Dia mahu saya mengajarkannya perihal Islam. Katanya, dia suka berkawan dengan saya sebab saya baik. Sebab dia nampak orang Islam baik. Saya terpinga. Namun saya bersetuju.

Maka saya pun mula belajar dan pada masa sama mengajar Tan tentang Islam. Saya kaji Al-Quran, saya baca hadith. Oh, rupanya semua manusia ini bersaudara. Semua manusia ini berasal dari Adam. Melayu, Cina dan India rupanya manusia bersaudara. Cuma faktor sejarah, geografi dan budaya yang membezakan mereka. Hakikatnya – menurut pembacaan saya itu – semua manusia bersaudara.

Tiba-tiba teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – cuba menyerang kesedaran yang baru terbina. Ada bisikan puaka yang mengingatkan saya tentang 13 Mei. Tentang kebiadapan Cina terhadap Melayu. Tentang kehebatan Melayu yang tak lut senjata. Tentang keris. Tentang Hang Tuah. Bisikan puaka ini menyuruh saya menafikan kenyataan bahawa manusia itu bersaudara dan sememangnya Cina penipu dan India suka cari gaduh.

Ah, tak mungkin! Tan baik orangnya. Dia tidak pernah menipu saya. Dia jujur sewaktu jawab peperiksaan dan dia mahu belajar tentang Islam. Dia suka berkawan dengan saya sebab saya juga baik kepadanya.

Dan bisikan puaka 13 Mei serta teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – mendiamkan diri. Barangkali bengang kerana saya tidak melayani.

(iii)

Di universiti, saya belajar kejuruteraan. Sewaktu hari pertama kuliah – waktu sesi memperkenalkan diri – seorang budak India bernama Ganesan dengan bangganya mengatakan beliau seorang ateis.

Selepas kuliah, saya menghampiri Ganesan dan bertanyakannya kenapa dia tidak meyakini Tuhan. Dia hanya tersenyum sambil menyatakan bahawa dia sebenarnya masih dalam pencarian ke arah kebenaran. Saya berjabat tangan dengannya dan kami ke kafé untuk minum. Cukup mengejutkan kerana Ganesan juga fasih bertutur Melayu!

Ganesan, meski tidak percayakan Tuhan merupakan seorang siswa yang pintar. Dia rajin dan tidak lokek berkongsi pengetahuannya dengan saya. Dia juga tanpa silu selalu meminjamkan saya tugasan kuliah untuk ditiru. Kata Ganesan, hidup ini mesti tolong-menolong.

Setiap petang selepas kuliah, saya akan melepak di kafé dan bertukar cerita dengan Ganesan. Kami akan berbual pelbagai isu termasuk agama, politik, budaya dan sukan. Saya terharu tatkala Ganesan menyatakan bahawa dia amat mengagumi adat dan kebudayaan orang Melayu. Kata Ganesan, orang Melayu merupakan bangsa paling budiman dan halus pekertinya. Ganesan juga meminta tolong saya untuk memikat seorang siswi Melayu yang diminatinya.

Pengetahuan dan keprihatinan Ganesan terhadap budaya dan adat Melayu mendorong saya untuk mendalami budaya dan adat masyarakat India pula. Maka saya mengkaji dan menelaah makalah-makalah sejarah tentang ketamadunan India silam.  Agak menarik kerana rupa-rupanya, pembinaan tamadun Melayu banyak dipengaruhi dan berasal dari tamadun Hindu klasik dari India.

Saya teruja sebaik mengetahui bahawa asal moyang orang-orang Melayu dahulunya menganut ajaran Hindu dan bertutur dalam bahasa Melayu yang disaring dari perkataan-perkataan Sanskrit. Parameswara, pengasas kesultanan Melayu Melaka juga asalnya merupakan seorang Hindu sebelum diislamkan oleh saudagar Arab yang berdagang di Melaka.

Keterujaan saya pada ketika itu sekali lagi cuba digugat oleh bisikan puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – namun ianya gagal lagi. Ungkapan ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Hidup Melayu’ dipandang sepi oleh jiwa saya yang semakin mengerti hakikat kemanusiaan.

Ganesan dan saya kekal akrab. Meskipun dia ateis dan saya aktivis gerakan mahasiswa Islam, rutin minum petang di kafé selepas kuliah kekal diteruskan sehingga tamat pengajian.

(iv)

Hari ini, puaka 13 Mei sudah tidak mahu mendampingi saya lagi. Ianya telah jauh menghilangkan diri. Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – juga sudah tidak wujud dalam kematangan intelektual saya.

Selepas 8 Mac 2008, percubaan sesetengah pihak yang masih meyakini teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – untuk menghidupkan semula puaka 13 Mei jelas sekali gagal. Manipulasi media untuk meracuni akal budi rakyat dengan menyemai sentimen kebencian melalui ego perkauman sememangnya keji dan menjengkelkan.

Saya bertuah kerana telah melalui kerencaman pergaulan sejak dari alam persekolahan rendah sehingga ke peringkat universiti dengan mengenali pelbagai bentuk karakter dan individu tanpa mengira latar bangsa dan kepercayaan. Semakin saya cuba untuk menegakkan ego kebangsaan dan keangkuhan ras, semakin terbentang ruang dan kesempatan untuk saya mendekati kepelbagaian dan keindahan multi-budaya.

Puaka 13 Mei dan pendekatan politik yang berlandaskannya harus dibunuh terus oleh kita semua. Teori celaka yang mewujudkan persepsi negatif terhadap ras-ras tertentu juga wajib disingkirkan daripada terus melatari keharmonian dan kelangsungan hidup warga negara ini.

Malaysia ini milik semua. Milik saya, Tan, Ganesan dan anak-anak cucu kami yang bakal mewarisinya nanti.

Najwan Halimi merupakan bekas jurutera yang kini meneruskan karier sebagai seorang  birokrat. Beliau boleh dicapai menerusi laman blognya di www.najwanhalimi.com


Tags: 13 Mei, Budaya, Kolum, Najwan Halimi, politik
 

 

28 komen-komen
Tinggalkan komen »

  1. Dekat sebiji macam perjalanan hidup aku apa yang kau tulis ni Najwan, bagus

  2. Ni macam konsep “1Malaysia” Najib jer… Hehehe

  3. aku juga dimomokkan dengan teori celaka itu…
    namun perjalanan hidup yang tuhan telah tentukan antara kau dan aku amat berbeza…
    aku setuju dengan teori celaka dan memegang erat sejarahnya…
    supaya aku tidak lupa dan sesekali terpedaya dengan perjuangan mereka…

    namun penulisan ini sangat baik, tahniah Najwan….
    dan aku bukan seorang rasis bangsa…

    ismail…
    bukan ke konsep “1 Malaysia” tu sama dengan konsep “Muhibah”?

  4. ak setuju dgn ismail mcm konsep 1 malaysia je..
    tp x pe..
    kiteorg sume di rasuk dgn teori 13 mei yg mna tujuan asalnya utk memecahkan perpaduan antara kaum..
    yg sebenarnya kite sume same je, asal dr adam & hawa x kisah la cina ke atau india..
    jd kite harus buktikan pd dunia yg kite boleh bersatu walaupun berbeza dr segi agama, budaya & kaum

  5. Saya agak bersetuju dengan penulisan bro… Ya, untuk menyatakan penulisan ini sangatlah benar berdasarkan realiti masyarakat Malaysia semasa dan tidak, untuk menyatakan penulisan ini ada iras dengan konsep 1 Malaysia Najib, tak sama. Sekadar pandangan, kini bangkit isu komunis untuk menyerang kembali orang2 Cina, selain isu perkauman yang diterapkan melalui kem2 BTN dan juga isu kelompangan dari segi pembelaan masyarakat2 India dari segi ekonomi, selain kurangnya usaha untuk bangkitkan taraf ekonomi masyarakat bumiputera yang lain. Maka, penulisan ini tidak sejajar dengan realiti yang ditonjolkan oleh Najib kecualilah jika Najib menghayati sirah Nabi s.a.w. dari segi aqidah, sampailah kepada pemerintahan sebuah negara. InsyaAllah, kecetekan idealisme berkaitan isu ’1 Malaysia’ ini akan terungkai dan masyarakat Malaysia akan bersatu dinaungi pemerintahan Islam yang tenteram sepertimana negeri Kelantan yang diperintah oleh ulama’

  6. najwan,

    Saya terasa penulisan ini agak terlalu mengikut perasaan dan yang memberi ulasan turut tersasar daripada memberikan gambaran tepat tentang konsep 1 Malaysia. Mungkin anda perlu lebih menyelami dan memahami tentang pengajaran akibat peristiwa berdarah tersebut, kerana setelah saya amati penulisan ini saya dapat andaikan anda antara yang mudah mengadili. Apalah salahnya bangsa atau kaum-kaum ini sehinggakan pada tahun 2009 ini masih jelas peri rasa kurang enak untuk dikemukakan.Fokuslah kepada persahabatan antara kaum tanpa mengungkit kisah yang boleh menerbitkan kesangsian.Islam itu agama yang damai,maka tunjukkanlah kedamaian itu.

  7. najwan, penulisn awk lebih hendak menyalahkan sejarah bangsa melayu. kenapa perlu sebut perkataan celaka? mungkin awk rasa awk betul dan hebat kerana fikiran awk? tapi awk lupa awk tak mengharungi kejadian 13 mei. apakah awk rasa selamat tinggal dengan cina dan india. makanya awk mintaklah mereka tanam mayat awk setelah awk mati. ingatlah kejadian 13 mei bukanlah satu omongan kosong menakutkan sesiapa tetapi persis sebuah filem yang menjadi tontonan untuk mereka yang berfikir agar perkara itu tidak berulang. orang melayu lembut bicaranya. dimana lagi kita nak tinggal kalau bukan di tanah ini? memang semua orang asalnya nabi Adam. tapi awk pernah jumpa Nabi Adam? Awk hidup kerana melayu dan melayu itu hidup kerana awk melayu. Manusia itu ada baik dan jahat. sebab tu ada syurga dan neraka. kalo awk kata tan itu baik awk rasa nanti dia ke syurga atau neraka? sudah tentu agama yang menjawab persoalan tadi.

  8. Sdr Azri,

    Alhamdulillah, Tan kini seorang Muslim dan saya tiada masalah seandainya Tan menguruskan jenazah saya kelak. Soal tanah di mana utk ditanam, itu terserah kepada yg menguruskan jenazah.

    Cukup menarik kerana sdr menyimpulkan di akhir komentar bahawa persoalan masuk syurga atau neraka ditentukan oleh agama (dan bukan ras)!

    Maka mengapakah sdr beria-ria mempertahan 13 Mei dan membangkit sentimen perkauman?

    Najwan Halimi

  9. sy suke bace cerita anda..
    menarik..
    dan boleh b’kongsi cerita

  10. Saya rasa penulisan tuan adalah dari satu perspektif sahaja, iaitu keluarga tuan.

    Saya di lahirkan , keluarga melayu.. tetapi tak pernah keluarga saya iaitu tok tok, pakcik2 atau bapa2 saya mendidik kami membenci orang.. teori c ( maaf.. saya tak sanggup nak sebut) tiada.
    tak pernah mendengar orang2 tua menyembut .. bahawa kena benci ras ini dan itu.

    13 hb Mei 1969 ada di sebut oleh keluarga saya.. tetapi lebih pada pengajaran positif iaitu hormat menghormati antara manusia adalah penting.

    Buat pengetahuan tuan .. di dalam kehidupan ini manusia ada yangbaik dan ada yang jahat.. itu lumrah hidup. Cuma apakah agenda hidup kita di dunia.. nak kearah baik atau tak baik..

    Cuba kita lihat di USA.. ada juga masalah ras , begitu juga di UK , NZ… saya bersyukur di Malaysia ni tak lah seteruk di luar negara.. kita sepatutnya bersyukur.

    Saya sayang bangsa saya, I am proud that I am Malay. I enjoy my morning coffee with my friends, the chinese and the Indians.. we share so much ..we respect each other and we love each other yet I am proud of my roots…I believe it is not wrong.

    Thank u.

  11. Jangan anda biasakan lidah dan pemikiran anda mengucapkan dan memikirkan perkataan atau benda-benda yang kurang sopan. Tinggi mana pelajaran kita pun kalau bermulut celupar dan berfikirkan sempit seperti kita tiada didikan dan pelajaran. Tidak kiralah apajua didikan yang kita dapat gunalah akal fikiran kita sewaras dan sewajarnya. 1Malaysia atau Muhibah sama saja tapi yang paling penting sama2lah kita berbaik sangka dan bertolak ansur sebab sebagai manusia kita memang tidak sempurna. Buat mereka yang celupar dan batu api cubalah berubah kerana kita perlu kekalkan atau bentukkan keamanan ini sesempurna mungkin untuk generasi kita di sini jika tidak mereka akan merana dan merempat. Lihatlah kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat negara lain maka jadikan ia satu iktibar. Saya suka mendengar jiran-jiran saya yang berlainan bangsa bertegur sapa walaupun cina masih dengan pelatnya, india dengan pelatnya dan melayu cuba mengikut pelat mereka janji mereka dapat berkomunikasi walaupun bunyinya agak lucu tapi tidak mengapa asalkan kita hidup aman damai.

  12. [...] Puaka (Politik) 13 Mei Dan Teori Celaka oleh Najwan Halimi di Jalan Telawi – jujur aku suka gaya penulisannya. Beliau berjaya membawa pendapat beliau secara peribadi melalui tulisannya. Walaupun tajuknya agak kesat tetapi ia penuh dengan rasa perpaduan pada pengisian catatannya. [...]

  13. sy ske cerita sdra, ia mgkin 1 cerita dlm byk cerita lain lg d mlaysia y 1 ini. sy da 1 cerita, ktika sy berada d bgku sek menengah, seorg cikgu sejarah sy menceritakan prstiwa 13mei, antara kata2 nya y terpahat dlm diri sy ialah, org2 cina y berarak di kl ketika itu dgn menjerit “nyah melayu dri kl, kl cina y punye, melayu balik duk kg”.. dan apabila sedikit dewasa, sy brpeluang mlnjutkan pgjian di ipta d kl, dan mberi peluang kpd sy utk bertandang ke lokasi popular peristiwa 13mei, kg baru y jg terkenal gn restoren makanan y pelbagai.. cina melayu, duk mkn same2….. uniknye malaysia…
    semoga cerita2 y akan datang akan bertambah unik dah harmoni….. thanx malaysia.

  14. saya sronok mmbaca tulisan ini dan komen2 bernas yg lain… pasal cina pnipu dan india gaduh itu mmg slalu didengar dan ternyata salah sbb mlayu pun bnyk yg lagi teruk tipu dan gaduh… tp saya ttp susah nk hilangkan prejudis terhadap ‘org lain’ sbb bnyk ‘org lain’ yg keliling saya masih mnunjukkan prejudis terhadap ‘org kita’… di rumah saya contohnya supermarket melayu mustahil dikunjungi cina, dan org tua cina yang apabila ditegur buat tak tahu, apabila disapa dgn bahasa melayu mereka Xbagi respon…kadang kala cakap cina sesama mereka dan sebahagian mereka tak tahu cakap melayu… kita dah 52 tahun ,merdeka, bagi saya amatlah biadap bagi mereka yg tak tahu berbahasa melayu… seolah2 mereka menjadi rakyat malaysia hanyalah utk cari makan.. mereka tak cintakan negara, tak setia kpd negara…sbg contoh terakhir kalau malaysia dan singapore berperang, pasti mereka akn berpihak kpd…………………..kerana apa??? kerana SEBAHAGIAN mereka masih prejudis terhadap kita.

  15. salam..ur story very nice…simple dan memberi penuh pengajaran.bg saya manusia nie pelbagai ragam..ade baik ade buruknye..yang bek kite ikut yg xbek kite xyah ikut..pemikiran manusia pn sama..ade pkir cmnie ade pikir cm2..soal persahabatan berlainan bangsa..sy pernah keje part time kat petronas,sy berkenalan dgn 5 budak hitam..mula2 sye takut sbb dieorang berlainan..tp sy mula berfikiran positif try berkenalan dgn dieorg..alhmdllah saudara yg baru sy jumpa itu pun islam..wlaupun bangla sy da terhakis dgn sikap perbezaan kaum.bg sy die kwn sy.persahabatan xperlu kenal bangsa,agama,warna kulit ttpi memerlukan kepercayaan dan ksh syg.pnh skali sy ajak sorg bangla 2 kuar bandar dgn sy.sy hairan melihat segelintir org tgk sy len mcm..perlu ke kite membezakan sgt hal warna kulit dan bangsa..bg sy ia cuma masalah pemikiran..between majoriti and minority…which one have good view between race differentation??minor??major??bg sy manusia perlu ada ksh syg dan kepercayaan yg kuat dlm hati utk hidup aman damai dgn masyarakat berbilang kaum.bg sy ia mmg sedikit perit bile memikirkan berkawan dgn kaum len tambah lagi berlainan agama..tp sy yakin sume 2 bley hilang..cume perlukan sedikit masa utk kenal dahulu sesuatu..13mei bg sy revenge make thing worse.there is no specific statement who is in the true side and who are wrong side on that accident. sume manusia buat kesilapan,kesilapan ade boleh dimaafkan dan xboleh dimaafkan..depend on ur heart..what side is your heart??darkness??light??aku merapu ke nie??he3..tq:) delete je klu sy merapu..xkisah:)

  16. salam,
    kajilah lebih mendalam, dalam rahsia ada rahsia, ada cerita dalam cerita… wallahu’alam

  17. xkira agama apa skali pun yg pnting jaga la agama,bangsa@tnah air dri di jajah lg oleh anasir luar@dlm skali pun….
    smoga malaysia aman smpai bila2 hingga la ke waris kite akhir zaman..

  18. betulke ko ni rase di momokkan dgn cerita puaka india dan cina 2? klu bercerita 2 biarla berpada2, jgn jdi spt org melayu kat perak yang halang kereta sultan dan jgn sampai jadi org melayu yang terspit kat penang. ingatla bro org melayu kita ni dah diajar bertolak ansur dan sabar sejak kecil sampai mati tapi jgnla sampai bangsa lain naik tocang seperti belanda minta tanah pulak. gua sokong konsep 1m’sia tp org melau wajib diutamakan.

  19. salam. saya tetarik tuk memberi pdgn ttg tulisan ni.1st tgk kt luar pndg kiri kanan pe yang melayu ade .ape yang bangse tuan ade untuk mengaku INI TANAH MELAYU.ini tempat kite ini tempat asal usul nenek moyang kite.tp ape yg kite ade disini?adakah kte dijanjikn kestabilan dari segi ekonomi?mybe penulis menulis dari ape yg penulis lalui.tp bg melayu lain? jgn jd bodh krane mersakan melayu prejudis kpd bangse lain.skrg bgse lain yg memonopoli semuanye.pluang pekerjaan.pendidikn,mgkin pnulis x prnh terbaca iklan”jawatan kosong _for chinese only”tgk lah di bkt bintang atau pn di mane2 shopping complex brape kerat sgt kdai org melayu di sane.TIADA KESTABILAN BELAKU DISINI.SATU BANGSA MEMONOPLI.
    igt ini tanh kite.mane maruah kite .hak melayu dinafikan.kpale melayu dipijak.jgn jd typical melayu pantang disuap skt terus lupe asal usul(sperti penulis yg sng disogok oleh tan)melayu mudah lupe seperti penulis mgkin akan menjdi punca utama anak cucu melayu menjadi pelarian di tanah sendiri.I M NOT RACIST I M REALIST-BROWN POWER ATTACK

  20. ‘celaka Ganesan babi, ada hati nk goda gadis melayu.. woi india sial sedar diri mu. ‘ sekali dkt ngan gadis melayu,parang panjang melekat kt kepala ganesan babi tuh.. Kulit hitam x sedar diri

  21. gaya penulisan yang baik namun, dari segi tajuk dan bahasa mungkin sedikit kasar berlawanan dengan sifat melayu yang sememangnya baik pekerti dan bertolak ansur.

    untuk pengetahuan kamu,
    peristiwa 13 mei sememangnya adalah tragedi yang sukar dilupakan hingga ke hari ini. Apakan daya walaupun ketika itu orang2 melayu yang sifatnya inginkan kesefahaman sesama kaum telah menolak sistem monarki yang selama ini dijalankan semata2 ingin memberi peluang untuk hidup berbilang bangsa tetapi terasa bagaikan dikhianati selepas pilihanraya 10 mei 1969.

    Sememangnya melayu itu baik, lemah-lembut tetapi jangan lah dilaung-laungkan dan dimomok2kan oleh bangsa lain bahawa melayu perlu menyedekahkan HAK-HAK mereka untuk kesenangan orang lain yang mana pada permulaan sejarah TANAH MELAYU itu juga telah dijajah BELANDA, inggeris, jepun dan PKM.
    Sebelum merdeka, siapakah PKM dan apakah yang telah PKM lakukan untuk orang melayu??
    siapakah yang berjanji untuk membekalkan senjata kepada orang cina sekiranya orang2 cina diganggugugat di MALAYA??
    Adakah PKM menjaga kepentingan orang2 melayu yang berjuang untuk idealism PKM semasa zaman darurat??
    mungkin kamu generasi yang tidak disusahkan oleh (masa) lampau dan kesenangan kamu di IPTA@IPTS.

    zaman silih berganti, dan era kamu adalah kemewahan dan kecemerlangan melayu yang mana perjuangan kami semakin dilupakan. Liberalisasi adalah pegangan kamu, namun sekiranya benar kami telah dilupai untuk hari esok, berikan alasan kamu, adakah azan yang berkumandang pada hari ini bukan lah sebahagian dari perjuang kami (semalam) ???

  22. salam,

    Menarik penulisan saudara, pada pendapat saya tak salah untuk kita ber”harmoni” sesama kaum…tapi kita perlu ingat, sebaik2 baik mereka ada maksud tersirat….memang dasar melayu mudah terpedaya dan leka dengan janji2 manis…tapi bagi kaum cina meraka ini ada agenda tersirat…mereka takkan benar orang melayu naik….sebab itu sekarang kebanyakan bidang perniagaan ni monopoli oleh kaum cina..melayu kerja dgn depa bagi gaji sikit tp bila sesama depa berlipat ganda lagi gajinya walaypun pangkat dan tugas yg sama…mereka ni memang pandang rendah pada orang melayu…dia orang takkan makan kedai melayu melainkan terdesak..dia orang takkan bertolak ansur dgn org melayu melainkan ada kepentingan diri…mungkin skrg ramai berpendapat jgn dikenang peristiwa tersebut…tp percayalah…tidak bagi orang cina…pada saya peristiwa 13 mei haruslah diingati dan menjadi pengajaran pada kita….jangan la kite terlalu “sporting”…tak mustahil peristiwa yg dah berpuluh tahun terjadi akan berulang kembali…jangan biar orang melayu merempat di bumi sendiri…Hidup Melayu!!!..

  23. saya telah membaca cerita anda, saya faham cerita anda dan komen yg lain. tolong fikirkan yang ini..
    kalau dengan keganasan tidak berjaya.. adakah ingin diteruskan dengan keganasan lagi?
    kita melayu, inilah bumi kita. cuba kita berada ditempat mereka.. bagaimana? pernahkah kita dengan orang melayu memberontak di negara orang dan pernahkah orang asing memberontak di negara kita..
    zaman ini di Malaysia, bukan macam zaman dulu di Malaya… zaman dulu mereka cuba test kita..
    test punya test.. keganasan cara terbuka, penggunaan senjata memang membawa padah!! kini mereka gunakan cara yg halus.. melalui politik dah nampakkan.. dulu mereka mintak dikeluarkan penang dari Malaysia, tak berjaya. lalu mereka main wayang.. mereka bagi pada DAP. MELAYU boleh dapat balik ker Pulau Pinang? Permulaan cerita anda, anda tak bawa wang saku masa sekolah.. masa tulah dia bagi wang belanja anda tanpa dia tanya balik. ini ada cerita disebalik udang.. sampai sekarang, nak bagi lemah orang melayu senang jer.. bagi wang.. kena ingat, sejarah akan kembali menjadi kenyataan.. sebab itulah sejak kebelakangan ini politik orang cina yang berpehak kepada kerajaan banyak yang tewas, fikirkan.. cuba tengok dimalaysia sekarang, judi halal telah banyak didirikan… siapa yang menghalalkan… kenapa… apa yang mereka dapat.. siapa yang berjaya…
    Memang betul… tuhan jadikan kita sama sahaja.. tapi bagi manusia.. mereka ada hak mereka sendiri.. orang kalau nak sesuatu, mereka akan fokus… ingat mereka suka ker dengan orang melayu islam… judi tak boleh, rumah urut tak boleh, kedai ekor tak boleh, tempat pelacuran tak boleh, minum arak tak boleh, orang melayu tak makan sebarangan makanan cina dan india, kenapa pulak mereka boleh makan makanan orang melayu.. lecehkan orang melayu ni…. ingat!! sejak kebelakangan ini, india, cina, bangla, thailand, filipina, myanmar dan pakistan berduyun2 datang ke negara yang kecil ini… kalau tengok kat tv, asyik2 pelacur dari cina… kenapa? sebenarnya itu untuk orang melayu..
    “bapa saya pernah pesan dulu, tanah sekangkang kera ni, jangan digadaikan.. nanti anak cucu tak ada tanah terpaksa duduk dekat rumah PPRT. orang melayu jual jugak, sebab ah chong bagi offer bagus.. ingat kata Hang Tuah, ” Melayu takkan hilang didunia’…. kalau melayu tahu jaga tanah yang kecil ini… salam perkenalan….

  24. Cerita yang penuh dgn luahan perasaan,yang fikiran tak perasan byk kelemahannya. Setakat hari ini sudah 40 tahun usia saya.Tidak terdengar dan terjumpa lagi dgn orang seperti saudara yang beriman dgn Teori Celaka..saudara gagal berfikir secara kritis walaupun saudara merasakan diri saudara boleh menganalisis..

    Islam bukan agama berasaskan bangsa,tapi setiap manusia di lahirkan dgn berbangsa2 dan berpuak2.Bangsa Arab terdiri dari pelbagai2 puak. Yang masyhur bagi umat Islam ialah Quraish.(fikir secara kritis keutamaan bangsa)

    Tidak salah mengutamakan bangsa sendiri-mempertahankan hak2 yang telah dipersetujui semasa termaktubnya Perlembagaan.Wajib bagi kita mempertahankan hak keistimewaan bangsa sendiri.

    Bangsa lain juga wajib mempertahankan hak mereka seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

    Jika perlembagaan dicabul,maka tidak mustahil akan timbul kekalutan atau kecelakaan yang saudara imani dalam hati sekarang.

    Saudara mempunyai sifat yang baik tetapi terlalu lembut jiwa (hayati sifat2 mahmudah dan mazmumah) pilihlah menjadi ummatan wasotan. Saudara terlalu mudah teperdaya dengan tingkah lahu yang zahir,apalagi yang bersifat pujuk rayu dan godaan lemah gemalai.

    Jangan beriman dgn tahap taklid semata-mata,nostalgia sejarah peribadi saudara tidak sesuai untuk dijadikan hujah.Saudara perlu rujuk kembali kpd tahap iman Abu Bakar as-Siddiq..Sami’na wa ato’na kerana Rasulullah saw..bukan kerana Tan dan Ganesan.T.kasih.

  25. nak minta no telefon untuk membuat research ttg 1 malaysia

  26. my phone number 01782****/ 013637**** urgent

  27. Shaqina,

    Tidak perlu letak nombor telefon.

    Boleh emel kepada penulis najwan@gmail.com dan atau kepada saya editor@jalantelawi.com.

    Ammar

  28. “Teori Celaka” ini ialah ciptaan dan khayalan oleh Najwan Halimi seorang sahaja. Saya ialah seorang Melayu dan dibesarkan dalam budaya dan adat Melayu serta beragama Islam namun tidak pernah pun terdengar di benak telinga saya tentang “Teori Celaka” ini daripada ibu, bapa, saudara, jiran, rakan-rakan mahupun guru-guru saya yang kebanyakannya Melayu. Malahan, orang-orang Cina bebas berniaga dan menjalankan aktiviti mereka di kawasan majoriti penduduk Melayu, ataupun di dalam erti kata yang lain, mereka (peniaga Cina) mendapat rezeki daripada pelanggan Melayu.

    Adakah anda ingin menyamakan Melayu dengan Yahudi yang menyifatkan bangsa-bangsa lain selain daripada Bani Israel sebagi hina? Atau adakah anda berniat untuk menyamakan Melayu dengan bangsa Serb yang menghalalkan pembunuhan bangsa-bangsa lain selain Serb di bumi bekas Yugoslavia?

    Tragedi Mei 69 telah lama berlalu, kenapa perlu anda membuka balik cerita lama? Adakah anda suka perkara tersebut berulang kembali dan darah kembali membasahi bumi Malaysia ini?

    Anda menceritakan tentang “teori celaka” kononnya Melayu anti atau memandang hina bangsa lain, tetapi bagaimana pula dengan jasa baik Melayu yang jauh lebih banyak kepada bangsa lain? Adakah anda ingin menyembunyikannya?

    Kaum Cina dibenarkan mempunyai parti politik mereka sendiri seperti MCA, sekolah mereka sendiri, iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Dewan Perniagan mereka sendiri. Hanya orang Cina di bumi Malaysia yang majoritinya orang Melayu sahaja yang mendapat kebebasan seperti ini. Orang Cina di Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam atau Myanmar tidak mendapat kebebasan seperti ini. Ini adalah sebahagian daripada sikap tolak ansur yang telah ditunjukkan oleh orang Melayu kepada kaum minoriti di Malaysia, termasuk kepada kaum Cina dan India.

    Jika orang Melayu prejudis kepada orang Cina dan India, bagaimana pula boleh terbentuknya kerajaan Barisan Nasional di Malaysia yang turut mengandungi parti komponen daripada orang Cina iaitu MCA dan parti orang India iaitu MIC.

    Jika orang Melayu prejudis kepada orang Cina di Malaysia atau mengganggu mereka atau mengancam nyawa mereka, sudah tentu orang Cina akan bertindak meninggalkan negara Malaysia ini, tetapi terbukti ramai orang Cina di Singapura yang meninggalkan Singapura berbanding dengan orang Cina Malaysia yang meninggalkan Malaysia, kerana faktor pemilikan hartanah yang sukar kerana tanah di republik itu yang semakin hari semakin terhad.

    Oleh itu, hentikanlah “teori celaka” rekaan anda ini. Di kampung saya sendiri, jika Hari Raya, jiran daripada kaum Cina dan India akan turut datang, jika mereka pula beraya, kami pula yang akan menziarahi mereka; dan saya percaya budaya ini wujud di semua kampung di Malaysia ini. Tidak tahu lah saya jika Saudara Najwan Halimi ini datangnya daripada Kampung Al-Arqam di Sungai Penchala, mungkin patutlah dia berkata begitu, tetapi janganlah hancurkan perpaduan kaum yang wujud di negara ini dengan “teori” yang sebenarnya hanyalah “andaian tanpa asas dan bukti” daripada anda semata-mata.

    Bukalah mata anda dan lihatlah seluas-luasnya bumi Malaysia ini. Bukankah kaum Sikh yang berasal daripada India memiliki tempat ibadat mereka yang dipanggil Gurdwara dengan megahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang majoritinya orang Melayu tanpa ada sebarang gangguan atau ancaman selama puluhan tahun?

Tinggalkan Komen

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera