Sejarah, Falsafah & Pemikiran Hindu: Satu Pengenalan

oleh
5 Januari, 2008 | kategori Esei | komen [23] | Cetak | kongsi  

Salah satu perdebatan hangat yang telah berlaku berabad-abad antara pemikir agama Hindu dan ahli falsafah agama Hindu adalah; adakah agama Hindu itu satu agama atau falsafah? Hal Ini kerana kadangkala berlaku perselisihan, tentang adakah Tuhan itu satu entiti atau fenomena benar wujud dalam agama Hindu? Dan Trimurti atau Triniti yang menjadi asas kepada kepercayaan mengenai Tuhan itu, adakah ianya hanya satu metafora atau seharusnya difahami sebagai suatu idea atau entiti tersendiri?

Wujud masalah lain [dalam memberikan definisi agama Hindu], terutamanya masalah yang agak kontemporari atau agak praktikal misalnya masalah persepsi; salah satu masalah conditioning; social dan cultural conditioning; juga kadang-kala masalah bahasa dan istilah.

Lebih mudah, lebih selesa dan sempurna untuk kita di Malaysia, berbincang atau berdebat tentang pemikiran atau ideologi falsafah Barat. Dan kadang-kadang beban sejarah masyarakat kita memencilkan kita daripada jiran, kadang-kala sangat sukar untuk kita benar-benar berbincang secara terbuka tentang misalnya agama dan falsafah Hindu sebab persepsi kita telah dibentuk. Saya menggunakan perkataan Hindu itu kerana saya cuba dekonstruk stereotaip perkauman dan sosial. Perkataan Hindu, di Malaysia adalah seerti dengan perkataan India. Dan anggapan umum, India itu adalah Hindu dan Hindu itu adalah India. Ini adalah silap dan langsung tidak betul. Tetapi ia telah menjadi satu stereotaip yang masih berleluasa dalam persepsi masyarakat kita. Dan setiap diskusi seperti ini, menimbulkan prasangka, curiga, syak dan sebagainya walaupun kita selalu berbincang pentingnya dialog antara agama, kita tidak memeriksa atau menerokai bagaimana dalam konsepsi pemikiran kita ini meneroka atau mengalami perdebatan itu. Jadi itu merupakan [antara] beberapa penelitian saya ketika menulis kertas kerja ini.

Seperkara lagi ialah kemampuan bahasa kita untuk menangani konsep-konsep atau idea-idea atau pemikiran-pemikiran suatu budaya yang lain; istilah-istilah seperti reincarnation misalnya, yang saya terjemahkan sebagai “penjelmaan” tetapi adakah perkataan itu betul-betul merangkumi pemikiran itu, kita harus boleh bincang dan berbahas.

Membincangkan beberapa pendekatan saya sendiri kepada agama ini, saya memang dibesarkan dalam suatu konteks yang agak aneh dan mengelirukan. Bapa saya ialah orang Cina yang beragama Buddha walaupun dia menggelarkan dirinya sebagai seorang agnostik — Percaya [Tuhan itu ada] tetapi tidak percaya [dengan agama]. Ibu saya adalah seorang penganut agama Hindu yang boleh dikatakan sebagai seorang Hindu tradisional-konservatif. [Beliau] Pergi ke kuil setiap hari ahad dan tidak mempunyai apa pun pendekatan falsafah tentang agama Hindu itu. Saya diperbesarkan oleh ibu angkat saya iaitu seorang Melayu Islam dari Negeri Sembilan. Jadi pendedahan saya kepada agama Islam dan budaya Melayu itu telah bermula dari awal lagi. Oleh itu, dalam“pusaran budaya” ini saya menganut agama Hindu tetapi dengan [pemahaman yang] sangat liberal. Saya dihantar ke Sekolah Katolik, La Salle Brothers School di Petaling Jaya. Dan setiap hari ahad, saya bersama adik saya –supaya kami tidak mengganggu ibu bapa tidur lewat pada hari Ahad– kami dihantar ke Sunday school, Pusat Injil di Bangsar. Kami didedahkan begitu. Tidak ada perbatasan antara agama dan sebagainya. Jadi saya pun mengambil tahu secara liberal dan juga boleh dikira sebagai satu pendekatan “New Age” kepada agama; “jangan buat jahat pada orang lain”, “jangan buruk sangka pada orang lain” dan sebagainya.

Tetapi beberapa tahun yang lepas saya terlibat dengan satu kuil di Brickfields. Di Kuil Kali, dan setelah itu saya secara benar-benar, secara serius mengambil tahu, falsafah, pengamalan dan juga ibadat agama Hindu. Dan beberapa hari yang lalu beberapa kawan-kawan telah datang dan menjadi saksi kepada pengalaman atau eskpresi kepercayaan saya. Jadi ini sedikit latarbelakang.

Apa sebenarnya perkataan Hindu? Ia tidak berakar kepada satu konsep agama, ketuhanan, kitab agama dan sebagainya. Ia merupakan suatu konsep yang geografik. Orang Hindu itu orang yang dianggap tinggal di sebelah sungai Indus. “Sanatana Dharma” adalah sebenarnya ungkapan yang menerangkan cara hidup Hindu. Jadi ia sebenarnya satu istilah yang tidak membayangkan apa-apa pun pemikiran agama itu, tetapi hanya satu pendekatan atau penjelasan yang praktikal. Dan ini sebenarnya, suatu pendedahan tentang Hinduisme kerana pendekatannya kepada agama atau kepercayaan itu lebih kepada  keperluan praktikal, sepertimana namanya juga.

Sejarah perkembangan agama Hindu pun agak kabur. Ia adalah salah satu dari agama tertua di dunia. Ada beberapa teori antropologi dan sejarah yang mengakar atau tentang akar-akar agama dalam pelbagai jenis agama yang dalam istilah ahli antropologi disebut sebagai kepercayaan masyarakat atau agama peribumi; folk religions yang telah berevolusi. Ada satu proses evolusi yang wujud berabad-abad sehingga kita mula boleh mula menganggap agama itu sebagai suatu sistem pemikiran, suatu sistem tatanan sosial dalam beberapa abad sebelum masihi. Tapi itupun belum dapat memberikan satu gambaran komprehensif  tentang permulaan agama Hindu sebagai suatu proses formasi sosial yang jelas sebab ia terlalu tua. Dan itu adalah salah satu dari masalah dari segi kejelasan [sejarah dan konsep]; dari segi untuk memberikan penjelasan yang padat.

Tetapi pada masa ini, biasanya kita menganggap orang Hindu itu mempunyai dua cabang yang utama. Memang ada ratusan cabang yang lain, tetapi ada cabang utama, itupun diberikan melalui daerah di India. Iaitu kita ada tradisi Vaishnava iaitu kebanyakannya orang India Utara yang berbahasa lain dan dipengaruhi oleh sejarah yang lain, terutamanya orang dari kaum Aryan dan adalah penganut dewa Vishnu. Dan orang sebelah selatan –dari Mumbai ke bawah, Tamil Nadu dan sebagainya- dianggap sebagai Shaiva. Mereka adalah orang yang mengikut cabang atau contoh dewa Shiva. Dalam agama Hindu kita ada konsep Trimurti iaitu Brahma Sang Pencipta; Vishnu Sang Pelindung dan Shiva Si Pemusnah. Dan setiap itu mempunyai pendekatan falsafah yang sangat-sangat rumit yang saya tidak akan jelaskan di sini siapa itu Sang Pencipta, siapa itu Sang Pelindung dan siapa itu Sang Pemusnah.

Tetapi apabila mereka muncul dan bercantum, mereka memberi ritma kepada dunia dan juga kepada insan. Salah satu daripada konsep dalam agama Hindu yang sangat penting ialah konsep metafora dalam agama. Kerana, ia tidak bermula di satu titik sejarah yang tertentu. Jadi ia sangat melibatkan penciptaan mitos, tentang kemunculan dunia dan sebagainya.

Salah satu konsep yang utama dikalangan orang Shaiva ialah misalnya kewujudan dunia itu bukanlah merupakan satu penciptaan. Tetapi merupakan satu perlakuan kemusnahan; penghancuran dan ceritanya begini: apabila kosmos itu merupakan satu, tidak berpecah-pecah kepada planet-planet, matahari dan bulan dan sebagainya. Dan yang menguasai seluruh kosmos itu adalah Shiva, Vishnu dan Brahma. Tetapi Shiva yang penting kerana dia mempunyai kuasa untuk menghancurkan kesatuan [kosmos]. Dan dia duduk di satu dunia atau realm yang dikenali sebagai Gunung Khailasa; The Khailasa Mountains in Celestial Heavens dan dia ber ‘samadhi’ selama 400 ribu tahun dengan tidak berhenti-henti. Tetapi pada suatu masa, ada jin-jin yang membuat kacau, rusuhan di dunia kosmos itu dan pendeta-pendeta telah pergi ke Puncak Khailasaitu dan meminta Shiva kerana dia mempunyai kuasa untuk menghancurkan.

Tetapi dalam proses meminta rayuan ini, mereka telah mengganggu dia daripada ‘samadhi’. Dan dia telah bertindak dengan sangat marah dan telah membuka mata ketiganya yang mempunyai suatu bebola api yang tidak dapat ditahan oleh kosmos. Dan dia mencabut satu genggam rambutnya dan menghentam puncak Khailasa itu dengan begitu kuat sehingga kosmos itu telah hancur dan berpisah menjadi planet-planet. Jadi dalam fahaman Hindu itu adalah sangat penting untuk kita faham bahawa, yang kita anggap sebagai “perlakuan penciptaan” itu adalah sebenarnya “perlakuan pemusnahan”; act of creation is in fact an act of destruction.

Hal ini sangat penting agar kita dapat memahami kenapa kebanyakan daripada aspek falsafah agama Hindu adalah boleh dianggap sebagai –bagi orang yang tidak kenal pada tradisi itu– sebagai negatif atau pesimistik. Ia berpendekatan sangat pesimistik kepada konsep kewujudan dan juga sangat eksistensialis kepada kehidupan manusia. Ini yang menjadi inti atau asas kepada kepercayaan Hindu.

* Tulisan ini merupakan sebahagian syarahan Eddin Khoo pada 26 Julai 2007 sempena Public Intellectuals Forum 3 bertempat di Shah Village Hotel, Petaling Jaya.


Tags: , ,
 

 

23 komen-komen
Tinggalkan komen »

  1. bolehkah sekiranya dilihat bahawa konsep trimurti itu, Brahma, Vishnu, dan Shiva itu adalah sifat – bukan entiti, kepada Tuhan? yang mencipta, yang melindungi, dan yang memusnah?

  2. hi,saya ingin mempelajari lebih mendalam tentang agama hindu dan laman web ini sangat menarik minat saya untuk membaca…..

  3. Terima kasih Reavathi atas minat saudari itu.

  4. terima kasih kerana saya juga telah mendapat banyak maklumat tentang agama hindu serndiri setelah membaca artikel ni.

  5. sudah sampai masa untuk manusia2 lain mengambil tahu betapa mulia hindu(WAY OF THE LIFE)

  6. saya ada seorang kawan guru berbangsa india. dia mengatakan budaya pemikiran agama hindu ini disampaikan dalam bentuk mitos tetapi mitos itu bukanlah sesuatu yang hakiki tetapi pelambangan kepada suatu idea yang berbentuk ketuhanan yang sukar dicapai oleh pemikiran manusia dan bagi beliau, hanya boleh difahami melalui rekayasa mitos yang menakjubkan. persoalan yang ingin saya utarakan disini ialah. konsep ketuhanan yang dilambangkan oleh agama hindu menunjukkan bahawa Tuhan itu hanya boleh dicapai melalui mitos yang direka. Apakah tuhan tidak mampu menyampaikan secara langsung ilmu berkenaan dirinya tanpa perlu dikhayalkan oleh manusia yang kita sedia maklum memang singkat fikirannya mengenai tatacara mengenal tuhan?harap respon

  7. syabas kepada anda sebenar nya agama hindu ialah agama tertua sekali di dunia tetapi tiada ada menerangkan tentengnya. sebenarnya wujud agama hindu mula2 dan baru lah agama lain berkembang. contoh 946 tak silap saya ia dalam tulisan sanskit ialah om.

  8. Tidak ada slahnya kita mempelajari agama lain ( hindu ) sebagai pengetahuan tentang kepercayaan orang lain. namun saya fikir agama yang tertua adalah islam dimana dari mulai manusia pertama hidup mereka sudah beragama islam dan terus dianjutkan dan disempurnakan sesuai perkembangan jaman melalui para nabi sampai nabi Muhammad SAW.

  9. Dan kadang kala kita sukar untuk membedakan antara budaya dan agama yang satu sama lain saling berhubungan. dari artikatanya sendiri agama berasal dari bahasa sangsekerta a = tidak gama = kacau artinya agama merupakan tatanan hidup agar manusia dapat hidup dengan terarah. yakni mencapai kebahagiaan dan keselamatan baik didunia maupun setetelah wafat. semua agam juga mengajarkan demikian. namun peru diingat secara logika tuhan sang pencipta tidak meungkin menciptakan agama atau aturan hidup lebih dari satu . contoh kalau kita membelai produk elektronik pasti ada buku petujuk manual dan pasti hanya sau kan.jadi diantara sekian banyak agam yang dianut oleh manusia hanya satu yang akan diterma oleh tuhan yang blainnya entah dapanya dari mana? dan pertanggung jawabannya bagai mana ?

  10. the info was good..i’m eager to know more about this.

  11. show something that maybe can make people say that hindu is amazing religion…….

  12. When we, as individuals, pick and mix cultural elements for ourselves,
    we do not do so indiscriminately, but according to our natures.
    Societies, too, must retain the ability to discriminate, to reject as
    well as to accept, to value some things above others, and to insist
    on the acceptance of those values by all their members. [...]
    If we are to build a plural society on the foundation of what unites
    us, we must face up to what divides. But the questions of core
    freedoms and primary loyalties can’t be ducked. No society, no
    matter how tolerant, can expect to thrive if its citizens don’t prize
    what their citizenship means – if, when asked what they stand for
    as Frenchmen, as Indians, as Britons, they cannot give clear replies.

    salman rushdie (2005)

  13. Soal agama adalah kepercayaan masing-masing. Kalau ia yakin dengan agama yang dianutinya, pasti dia mengatakan agamanya dan Tuhannyalah yang benar. Sebaliknya agama lain semuanya tak benar. Bagaimanapun, kajilah agama lain dan fikirlah- fikirkanlah mana yang logik……

  14. selamat sejahtera………….nampaknya banyak yang saya perlu tahu tentang agama hindu ini…….boleh tak saya lebih mengetahui tentang agama ini dan perbezaan tentang india hindu.harap keinginan saya ini dimakbu;kan oleh pihak tuan.

  15. Vanakam, selamat sejatera
    info yang baik dan bagus.
    kita sebagai warga Malaysia yang berbilang kaum patut mengetahui dan memahami asal usul kaum kita semua.
    semua kaum memang mempunyai keistimewaan tersendiri, so kita boleh berkongsi pendapat satu sama lain.
    sekian.

  16. Saya berasa bahawa agama yang tertua adalah agama greek. Diikuti dengan mesir, hindu dan buddha.
    Agama kristian dan Islam telah muncul selepas agama-agama ini.
    Fakta ini boleh didapati dalam Sejarah tingkatan 4.

  17. salam sejahtera…. dalam fakta tingkatan 4… Islam telah muncul selepas agama2 tadi…. namun pada dasar setap nabi membawa ke arah menyembah tuhan yang satu, setiap yang menyembah tuhan yang satu adalah beragama Islam, tiada menyukutukannya dengan sesuatu pun… hatta sejak nabi adam lagi iaitu manusia yang pertama dicipta beragama Islam…. namun yang pasti setiap agama ada kepercayaan masing2… seandainya diyakini, itulah dipegangnya… tq 4 all of your information friends….

  18. Tuhan tdk pernah mematok harus mengikuti ajaran ini dn itu,krn sesungguhnya yg mengkotak2 ajaran di dunia bukanlah Tuhan,Beliau tdk akan rugi ketika kita tidk menyembah beliau, Beliau juga tidk merasa untung ketika kita menyembah beliau karena sesungguhnya Beliau bukanlah pedagang yg mementingkan untung dn rugi, Beliau ada karena diri-Nya sendiri dn bukan karena siapa2,jd knp beliau harus Risau, justru yg risau adalah kita..banyak agama di dunia tapi mengapa dunia tambah kacau, adanya Agama shrnya membuat manusia menjadi damai bukan sebaliknya Agama untuk menakut-nakuti manusia..

  19. Landasan/dasar semua agama adalah “KEPERCAYAAN”ditinjau dari FISAFAT termasuk ALAM META FISIKA {tanpa ujud }yaitu PERCAYA dulu BUKTI akan menyusul misal kita percaya bahwa TUHAN/ALLAH serba MAHA…….kita mohon petunjuk/pertolongan dan BERHASIL kita jadi yakin bahwa memang benar TUHAN/ALLAH serba MAHA……..kebalikannya ALAM FISIKA {UJUD}yaitu BUKTI dulu baru kita PERCAYA dapat dilihat melalui PANCA INDERA seperti FB yang kita nikmati sekarang Sekian WASALAM.

  20. saya ingin bertanya mgenai pertukaran jantina dari segi agam hindu ada kah dibenarkan atau tidak? apakah sebab2 yang menyebabkan berlakunya pertukaran jantina dalam agama hindu dan apakah kesannya?

  21. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”. ( Surah Al An’aam ayat 161 )

  22. Islam bukanlah sekadar agama sahaja sebaliknya merupakan manual (panduan daripada tuhan kepada ciptaan-Nya) untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Manualnya merangkumi cara beragama, berkeluarga, bermasyarakat, berpolitik. Islam mengajar umatnya dan memberi panduan kepada penganutnya dalam menjalani kehidupan seharian termasuklah cara makan, minum, berak, kencing, tidur dan dalam semua bidang kehidupan.

    Tuhan lebih tahu apa yang baik kepada manusia kerana pencipta lebih kenal akan kelakuan barang yang diciptanya. Maka untuk melahirkan kehidupan yang sempurna adalah dengan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan (maha bijaksana) sebaliknya bukan membuat peraturan sendiri (jahil). Persoalannya siapakah tuhan?

    Tuhan adalah yang telah menghantarkan kepada umat manusia manual kehidupan yang sempurna melalui utusannya untuk panduan manusia sejagat. Persoalannya manakah manual sebenar tuhan?

    Manual tuhan mestilah yang memenuhi fitrah manusia sejagat dan menjaga kesejahteraan manusia. Maka di sini perlunya kepada penelitian isi kandung kitab suci agama yang didakwa-dakwa manusia. Carilah tuhan yang sebenar melalui akal fikiran yang waras tidak dipengaruhi oleh taksub budaya, materialistik mahupun nafsu. Di sini saya sertakan beberapa contoh berfikir.

    Tuhan tidak akan menyuruh manusia memudaratkan diri sendiri. Dalam kitab suci al-Quran, Allah taala melarang manusia menyentuh mahupun memakan anjing dan babi. Bagi hamba yang taat, mereka patuh dan taat akan perintah tuhannya tanpa banyak soal. (Fakta) Tetapi pada akhir-akhir ini, ada di kalangan saintis barat (bukan islam) yang telah membuat kajian terhadap babi dan mendapati babi merupakan antara punca utama munculnya penyakit-penyakit berbahaya pada hari ini. Apabila bakteria yang kurang berbahaya terhadap manusia masuk melalui kerongkong babi, bakteria itu secara genetik berubah menjadi berbahaya. Sila buat pembacaan lanjut sekiranya tidak percaya.

    Dalam al-Quran juga melarang manusia memakan binatang yang mempunyai taring seperti harimau, kucing, anjing, dan monyet. (Fakta) Asal-usul penyakit HIV/AIDS adalah berasal dari benua afrika. Asalnya penyakit ini tidak menyerang manusia tetapi hanya menyerang monyet cimpazi. Tetapi apabila monyet ini dimakan oleh manusia, virus HIV mula mengubah genetiknya untuk beradaptasi dengan badan manusia. Sejak itu penyakit ini mula menyerang manusia sehinggalah hari ini.

    Tuhan sebenar tidak akan menyusahkan manusia dalam beribadat kepada-Nya. Tuhan tidak akan menyuruh manusia melukakan anggota badan semata-mata untuk membuatkan tuhan sayangkan kita. Sebaliknya tuhan amat marah kepada sesiapa yang sengaja melukakan diri sendiri.

    Dalam islam, melarang keras penganutnya yang sengaja memudaratkan diri seperti minum minuman keras, seks dengan wanita bukan isteri, berjudi, bunuh diri, dan sebagainya. Tuhan menyuruh kita menjaga kesejahteraan diri. Dalam al-Quran, Allah taala menyuruh manusia makan makanan yang baik iaitu makanan yang datang dari sumber yang halal, berkhasiat dan tidak berlebih-lebihan.

    Kenapa tuhan hantar utusannya dari kalangan Manusia?
    Mengapa tidak dihantarkan sahaja dewa/malaikat?

    Dalam islam, Allah menghantarkan utusannya dari kalangan manusia suci seperti Nabi Muhammad s.a.w supaya menjadi ikutan teladan kepada manusia. Hanya manusia sahaja yang dapat memberi contoh ikutan kepada manusia. Jikalau utusan itu dari kalangan dewa yang tidak makan, tidak tidur, tidak kahwin, tidak beranak, tidak kencing dan tidak berak, bagaimana nak tunjuk contoh kepada manusia cara makan, tidur, kahwin, beranak, kencing dan berak yang betul? Utusan juga dihantar supaya memberi tahu manusia siapakah tuhan yang sebenar.

    Saya telah mempelajari banyak agama. Hindu, buddha, kristian, tetapi tidak ada satu pun yang memuaskan hati dan akal fikiran saya. Terlalu banyak dongeng dan mitos. Banyak percanggahan antara ayat-ayat tuhan dalam kitab suci agama. Banyak tuhan yang perlu di sembah, tapi kena pilih satu. Terlalu banyak kemusykilan yang meragukan. Tidak lain dan tidak bukan adalah rekaan manusia semata-mata. Akhirnya saya bertemu dengan Islam yang tidak ada keraguan padanya lagi. Saya yakin bahawa tuhan yang sebenar adalah Allah taala.

    Maka berfikirlah manusia, siapakah tuhan yang sebenarnya. Tuhan telah sediakan syurga dan neraka bagi manusia, telah hantarkan petunjuk yang benar tetapi kita tidak mahu ikut. Maka janganlah kita menyesal di hari pembalas kelak kerana masa yang berlalu tidak akan berpatah balik. Carilah tuhanmu wahai manusia. Bukti telah ada, maka berfikirlah.

  23. Agama yang benar adalah agama yang dapat menjadikan ketenangan dan ketentraman jiwa bagi pemeluknya, dan menjauhkan dirinya dari sifat ego, dari sifat kikir,menjauhkan diri dari sifat pencuri,sifat penipu pendusta,penganiaya pencela,merugikan orang lain dan menjauhkan diri sifat asusila,menyayangi sesama mahkluk..Kalau ada orang mengaku beragama,tetapi perbuatannya masih di penuhi sifat keji dan mungkar. Daripada jadi orang munafik,lebih baik mengaku dirinya menjadi orang kafir. Kebanyakan orang yang dangkal ilmu agamanya,dia akan sombong terhadap kebenaran agamanya.Setiap agama hendaknya menunujukan kebenaran agamanya dengan menunjukan perilaku yang mulia dalam kehidupan sehari hari.Itulah kebenaran,bukan angan angan.

Tinggalkan Komen