Oleh: Abdullah Suleiman Ali

Damaskus – Sebenarnya ini bukan hasil yang dibayangkan hakim Abdul Fattah Murad ketika pada 28 Februari tahun lalu, dia meminta pihak berkuasa Mesir menahan lebih dari 50 website, menuduh bahawa laman-laman tersebut mengancam keamanan nasional, menghina presiden, dan lebih jauh lagi mencemarkan nama baiknya.

Ketika bahagian-bahagian pemerintah yang bertanggungjawab untuk itu menolak memenuhi permintaan sang hakim, Murad membawa kes tersebut ke Mahkamah Tata Usaha Negara Mesir.

Tapi pada 29 Desember 2007, kes No. 15575 – “Kes 51 Websites” – menjadi sejarah ketika Mahkamah Tata Usaha Negara menolak tuntutan Hakim Murad berdasarkan ayat 47 Perlembagaan Mesir yang menyatakan bahawa,”kebebasan berekspresi adalah suci.”

Dua prinsip turut menentukan keputusan bersejarah itu, yang penyusunan memerlukan waktu sepuluh bulan. Yang pertama adalah, pemerintah dibolehkan untuk menahan website, apabila membahayakan keamanan nasional atau kepentingan tertinggi negara. Yang kedua, menyumpah, menghina, dan mencemarkan nama baik, tidak boleh dianggap alasan yang sah untuk menahan sebuah website, bahkan jika laman tersebut bertanggung jawab atas menahan kriminal atau sivil.

Ketika membaca keputusan mahkamah, orang segera tahu bahawa Mahkamah menjalankan perlembagaan, dan bahawa mereka berusaha mendapatkan esensi dari perlembagaan tersebut, seperti yang dimaksudkan oleh orang–orang yang menulisnya.

Mahkamah mendasarkan keputusannya pada ayat 47 Perlembagaan yang menyatakan, “Kebebasan berekspresi adalah suci. Setiap warganegara memiliki hak untuk mengeksperesikan pendapatnya, secara lisan mahupun tertulis, atau melalui alat-alat yang tersedia, menghormati hukum, kritik terhadap diri sendiri, dan kritik yang konstruktif untuk memastikan kelangsungan negara.”

(Perlu dicatat bahawa ayat ini sama dengan ayat 38 Perlembagaan Syria.)

Dalam penjelasan menyeluruh mengenai keputusannya, Mahkamah dengan berani mendeklarasikan kebebasan berekspresi sebagai hal yang esensial, dan bahawa pembatasan yang diadakan oleh pembuat Undang-Undang mengenai kebebasan tersebut bertolak belakang dengan perlembagaan, yang menjamin perlindungan atas kebebasan berbicara dan kerananya, tidak perlu digunakan kecuali dalam keadaan darurat.

Sesuai dengan penetapan ini, Mahkamah menganggap bahawa penolakan administratif atas tuntutan hakim untuk menahan website tersebut menunjukkan bahawa administrasi bersandar pada penafsiran Mahkamah itu sendiri tentang kebebasan berbicara dan bahawa pengecualian darurat tidak berlaku pada kes ini.

Ayat 19 dari Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa menyatakan bahawa setiap orang “memiliki hak untuk bebas menyatakan pendapat dan berekspresi; hak tersebut termasuk kebebasan mempertahankan pendapat tanpa gangguan dan untuk mencari, menerima, dan mengambil informasi dan ide-ide melalui media apapun, tanpa menghiraukan batasan-batasan,” selama hal itu diperbolehkan oleh peraturan.

Mahkamah mencatat bahawa ayat 49 Perlembagaan Mesir sesuai dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Mahkamah mengakui adanya jurang perlembagaan dalam berurusan dengan website; bagaimanapun hukum Mesir tidak menyebut website dan belum membuat peraturan tentang penahanan website.

Dalam hal ini, Mahkamah menyatakan bahawa “kekurangan Undang-undang ini tidak membantah hak pemerintah untuk menahan website tersebut, ketika laman-laman itu mengancam keamanan nasional atau kepentingan negara, mengingat kekuasaan pemerintah untuk meakukan pembatasan administratif demi melindungi aturan umum yang tercermin dalam keamanan umum, kesihatan umum, dan perdamaian umum.”

Tapi dalam kes tuntutan Hakim Murad, dengan mempertimbangkan jurang perlembagaan dan menghargai aturan keutamaan seandainya ada konflik, Mahkamah memenangkan kebebasan berekspresi.

Mahkamah juga mempertimbangkan bahawa tuduhan pencemaran nama baik boleh dicuba di Mahkamah jenayah dan sivil, tapi memutuskan bahawa tidak ada alasan yang cukup memadai untuk menahan laman-laman tersebut.

Keputusan Mahkamah Mesir tersebut mengingatkan pada situasi yang sangat mengerikan di Syria, yang telah menahan lebih dari 100 website dalam beberapa bulan, terakhir berkenaan dengan memo yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi. Memo tersebut mengizinkan penahanan website tanpa perlu mengajukan bukti adanya pencemaran nama baik atau adanya keputusan Mahkamah.

Penetapan Mahkamah Mesir, sebaliknya, merupakan ungkapan sesungguhnya dari keinginan para pembuat undang-undang dan dijelaskan secara menyeluruh. Kita hanya mampu berharap bahawa Mahkamah kita sendiri suatu hari akan mengikuti apa yang dicontohkan oleh Mahkamah Mesir, dan memilih sisi kebebasan berekspresi, sesuai dengan perlembagaan.

*Abdullah Suleiman Ali adalah peguam dan koresponden Syiria untuk Menassat.com.