Oleh: John W. Danford

Membetulkan Salah Konsepsi Tentang Ekonomi

Salah faham berhubung psikologi kemewahan merupakan halangan utama kepada ekonomi-politik yang sihat. Kemewahan–atau sebagaimana diistilahkan Hume, perbaikan dalam seni-seni–barangkali boleh tidak bersalah atau dipersalah, mengikut sama ada hawa nafsu memesong seseorang dari lain-lain tanggungjawab atau kewajipan. Ia merupakan kesilapan umum/biasa untuk menyalahkan sebagai kejahatan sesetengah perbaikan kandungan, umpamanya, dan cuba meluputkan kemewahan-kemewahan tersebut dengan menggubal undang-undang untuk mengawal penggunaan. Bahkan jika perbaikan yang berkenaan boleh dipersalahkan, pelarangan kemewahan tersebut boleh menghasilkan kejahatan lain–kemalasan–mengambil tempatnya. Mengejar kemewahan atau perbaikan, di lain sisi, kekadang membuat manusia menjadi rajin dan secara sederhana menurutkan kemahuan dalam perbaikan kerana ia luar biasa/jarang didapati dan kerana kesederhanaan menambah kenikmatan. Kebanyakan undang-undang perbelanjaan adalah anti-produktif: ia menghalang tenaga dan industri tanpa membuat sesiapa menjadi lebih baik.

Salah faham berhubung psikologi kemewahan merupakan halangan utama kepada ekonomi-politik yang sihat. Kemewahan–atau sebagaimana diistilahkan Hume, perbaikan dalam seni-seni–barangkali boleh tidak bersalah atau dipersalah, mengikut sama ada hawa nafsu memesong seseorang dari lain-lain tanggungjawab atau kewajipan. Ia merupakan kesilapan umum/biasa untuk menyalahkan sebagai kejahatan sesetengah perbaikan kandungan, umpamanya, dan cuba meluputkan kemewahan-kemewahan tersebut dengan menggubal undang-undang untuk mengawal penggunaan. Bahkan jika perbaikan yang berkenaan boleh dipersalahkan, pelarangan kemewahan tersebut boleh menghasilkan kejahatan lain–kemalasan–mengambil tempatnya. Mengejar kemewahan atau perbaikan, di lain sisi, kekadang membuat manusia menjadi rajin dan secara sederhana menurutkan kemahuan dalam perbaikan kerana ia luar biasa/jarang didapati dan kerana kesederhanaan menambah kenikmatan. Kebanyakan undang-undang perbelanjaan adalah anti-produktif: ia menghalang tenaga dan industri tanpa membuat sesiapa menjadi lebih baik.

Salah konsepsi umum yang lain melibatkan wang dan faedah. Ia telah dan kerapkali difikir bahawa wang yang banyak memberi kadar faedah yang lebih rendah. Hume, bagaimanapun, mencadangkan bahawa kadar faedah rendah merupakan kesan sampingan bagi sesuatu yang lebih penting, iaitu, hal-hal amalan dan adapt masyarakat. Dalam masyarakakt aristokrasi, di mana kekayaan fixed dan perdagangan tertekan, ramai hidup secara sederhana manakala golongan kaya, yang mempunyai sedikit saluran keluar tenaga mereka, menggunakan kekayaan mereka dengan permainan, berburu, dan kemesraan. Kehematan bukanlah kebaikan yang diingini dala aristokrasi. Hasilnya, menurut Hume, “terlalu lebih orang kaya dari orang kedekut,” dan kadar faedah haruslah tinggi. Di sisi lain, jika perdagangan menggalakkan, ketidak pernah puasan idaman minda manusia untuk pekerjaan dan aktiviti akan menemukan saluran baru: kecintaan akan keuntungan akan melebihi kecintaan akan kepuasan/keseronokan; industri dan kehematan akan dianggap sebagai kebaikan; dan hasilnya, sekuruang-kurangnya di kalangan para pedagang, akan menjadi lebihan golongan kedekut atas golongan kaya. Kadar faedah rendah berhubungan, demikian, bukan dengan bekalan/keperluan kewangan yang banyak tetapi hal-hal diamalkan atau adat masyarakat. Penjelasan Hume menjangka dengan hampir sekurun penjelasan kehidupan perdagangan demokratik Alexis de Tocqueville dalam Democracy in America, dan ia biasa dengan pandangan brilliance Pencerahan Bangsa Skot dalam ekonomi-politik.

Wealth of Nations Adam Smith , yang dianggap karya agung semenjak penerbitannya, menyiasat perkembangan ekonomi masyarakat perdagangan. Smith menunjukkan/membentangkan gambaran terperinci apa yang beliau panggil “sistem kebebasan alami,” atau apa yang kita sebut hari ini pasaran bebas atau ekonomi kapitalis. Sejauh demokrasi liberal membentuk/menyediakan individu-individu bebas yang boleh memiliki harta dan membuat perjanjian dalam mengejar kebaikan hidup mereka, ekonomi politik Smith menjadi amat penting kepada persoalan demokrasi liberal. Matlamat mendasar Smith adalah sama dengan Hume: untuk membetulkan salah konsepsi tentang kekayaan dan perdagangan, pasaran dan wang. Menurut Smith, kekayaan bangsa tidak terletak pada wang tetapi pada keupayaan pengeluaran (pendapatan tahunan tenaga kerja semua ahli masyarakat). Kekayaan bergantung pada dua faktor: kemahiran, kecekatan, dan penentuan penggunaan tenaga kerja (anggaran, produktiviti) dan pembahagian kekosongan/kemalasan pada kerajinan dalam populasi. Faktor kedua adalah kurang lebih penting dari pertama. Produktiviti adalah hasil pembahagian tenaga kerja, dan pembahagian tenaga kerjaterhad mengikut saiz pasaran barang yang dapat dicapai oleh pengeluar dan pembeli.

Smith cuba menunjukkan bagaimana kerjasama perusahaan yang luas dan rumit pasaran bebas ekonomi perdagangan timbul/bangkit dari tujuan/motif manusia yang mudah dan umum/biasa. Beliau menganggap bahawa semua individu cuba memperbaiki keadaan mereka. Mereka melakukannya melalui perdagangan, yang bermaksud menawarkan apa yang dikehendaki oleh orang lain dalam pertukaran untuk apa yang dikehendaki oleh seseorang. Sistem kebebasan alami sesungguhnya adalah sistem kerjasama, tetapi kerjasama yang menghasilkan julat berang yang besar untuk memenuhi kehendak dan kemahuan manusia adalah hasil percubaan manusia untuk memperbaikan keadaan hidup mereka dan keluarga, bukan amal atau kebajikan. Smith memusnahkan fahaman “harga saksama” klasik dan Kristian dengan menunjukkan bahawa setiap benda yang boleh dihasilkan mempunyai harga alami ke arah yang harga pasaran sering cenderung untuk menumpukan. Fahama harga saksama adalah idea bahawa produk atau perkhidmatan harus mempunyai harga tertentu (katakan, harga “kebiasaan” atau apa yang tradisi lihat baik), tanpa melihat kepada keadaan-keadaan, termasuk permintaan dan penawaran. Harga alami adalah anggaran kos, pada tempat dan masa tertentu, semua faktor proses pengeluaran yang membawa barang ke pasaran; harga pasaran ditentukan oleh permintaan dan tawaran.

Mekanisme sama menjelaskan peruntukan tenaga manusia dalam pasaran bebas. Apabila permintaan untuk beberapa tenaga kerja melebihi tawaran, menyebabkan harga tinggi tenaga kerja tersebut akan menuntut usaha manusia (pekerja) tambahan pada perusahaan tersebut sehinggalah, pada harga tertentu, tawaran mengimbangi permintaan. Peralihan/pergerakan keseimbangan berterusan dalam pasaran dinamik ini demikian membenarkan peruntukan tenaga kerja manusia untuk bertindak balas kepada perubahan-perubahan dalam keperluan dan kehendak manusia tanpa memerlukan kebijakan penyeliaan atau perancangan pusat.

Penerangan ini, yang dipanggil ” theory of spontaneous order ,” mengikuti corak/pola yang yang dicadangkan oleh para pemikir Pencerahan bngsa Skot lain bagi menjelaskan perkembangan “sistem-sistem” sosial lain, semisal bahasa dan undang-undang umum. Theory of spontaneous order mencadangkan bahawa sistem yang rumit dan perintah-tadbir, seperti tatabahasa, tidak timbul melalui perancangan dan pandangan jauh tetapi semudah hasil/kesan banyak keputusan manusia berasingan dalam kehidupan harian. Keputusan-keputusan berasingan (sebagaimana dalam kasus undang-undang common) dibina, sepanjang masa, ke dalam struktur teratur/aturan yang mana setiap individu boleh melihatnya untuk mendapat bimbingan.

Walaupun tiada sebarang hubungan perlu pada politik demokrasi, namun hubungannya dengan individualism liberal adalah jelas tidak dapat dinafikan. Sejauh demokrasi bergantungan pada penghirmatan pada penentuan manusia biasa (termasuk prinsip bahawa individu-individu adalah hakim terbaik kepentingan-kepentingan mereka), kita dapat mengesan hubungan pada penjelasan orang Skot bagaimana perintah ekonomi rumit terhasil secara alami dan spontan dari kepuusan-keputusan para individu yang hanya cuba memperbaiki keadaan-keadaan mereka. Inilah erti kata-kata terkenal Smith “tangan tidak kelihatan” (invisible hand). Setiap individu hanya mencuba memaksimakan pendapatan mereka, seolah-olah oleh tangan yang tidak kelihatan, membawa mereka memasuki pekerjaan-pekerjaan yang amat diperlukan (yakni, amat diperlukan atau dikehendaki oleh para individu pada tempat dan masa tertentu) dan dengan demikian menggalakkan kebaikan masyarakat(dengan memenuhi keperluan atau kehendak sah ahli-ahli lain masyarakat). Tiada perancang kerajaan atau pemerintah mengarahkan individu-individu ini.

Smith percaya bahawa arahan kerajaan tidak diperlukan untuk keputusan-keputusan ekonomi dan peraturan politik berhubung hal-hal ekonomi adalah lebih mungkin/sesuai dari tidak mencampuri peruntukan sumber-sumber penggunaan-penggunaannya yang amat efisien. Paling biasa, para pengeluar mencari kerajaan sebagai pelindung mereka dari persaingan, sama ada dari para pengusaha baru dalam sektor ekonomi mereka atau para pesaing asing. Smith mengamati apa yang hari ini kita panggil faedah-faedah istimewa ekonomi yang jarang sekali berkumpul bersama tanpa percubaan mendapatkan kerajaan untuk mencampuri dengan pasaran bebas bagi pihak mereka, umumnya di bawah sesetengah kepura-puraan meneruskan kepentingan umum. Beliau kemudian mencadangkan peranan terhad bagi negara, yang beliau percaya hanya boleh mempunyai tiga tugas sah: untuk menyediakan pertahanan (perlindungan dari ancaman luar); untuk menjamin keadilan (melindungi setiap ahli masyarakat dari ketidakadilan atau penindaan dari orang lain); dan menyediakan beberapa kerja dan institusi umum (yang memberi faedah kepada masyarkaat banyak tetapi bukan dalam kepentingan mana-mana individu atau kumpulan kecil individu-individu untuk menawarkan/bekalkan).

Adam Ferguson, terkenal melalui karyanya, Essay on the History of Civil Society (1776), agak kurang optimistic berbanding Hume atau Smith tentang keupayaan republic-republik perdagangan untuk memenuhi keinginan terdalam sekurang-kurangnya beberapa individu yang terhormat dan berambisi. Dalam republic-republik perdagangan dorongan biasa lagi membosankan yang menunjukkan diri mereka dalam perdagangan dan pengejaran kekeayaan membenarkan permainan bebas. Melainkan dorongan lebih rendah itu tertekan, aspirasi tertinggi manusia tidak mempunyai peluang untuk berkembang. Dalam hubungan ini, Ferguson menjangkakan beberapa keraguan tentang masyarakat perdagangan atau borjuis yang dibangkitkan oleh banyak kritikan pada kurun kesembilan belas.

Pengaruh ke atas Republik Amerika

Barangkali hubungan paling langsung antara mazhab bangsa Skot dan demokrasi boleh ditemui dalam kepentingan pemikiran bangsa Skot pada generasi yang mengasaskan United States. Pada puncak Pencerahan bangsa Skot, Great Britain adalah contoh paling jelas republic perdagangan moden. Namun ia bukanlah cotoh paling jelas kerana legasi feudalismenya, tradisi aristokratik dalam pemilikan tanah, dan pembahagian masyarkat kepada aturan-aturan yang relatif tetap dengan hubungan politik, pendidikan tinggi, dan bahkan perdagangan berbeza. Koloni British di Amerika Utara menawarkan prospek yang lebih terbuka, di mana idea-idea baru dan luar biasa Pencerahan–bangsa Skot dan lain-lain–dijangka memperoleh ujian yang lebih baik.

Para Pengasas Amerika tidak hanya mahir dalam pemikiran Locke tetapi juga dalam tulisan-tulisan para pemikir Pencerahan bangsa Skot lain. Pertalian utama adalah John Witherspoon (1722-1794), yang meninggalkan Skotland pada 1768 untuk menjadi presiden Colloge of New Jersey di Princeton. Witherspoon dididik di Edinburgh, dan walaupun beliau menangani isu bersama yang lain dalam mazhab bangsa Skot–terutamanya Hume–namun beliau membawa ke daratan-daratan Amerika kebanyakan prinsipnya, terutamanya cirri-ciri pandangan umum/akalnya dan mempertajamkan renungan berhubung kekuatan-kekuatan intelek. Witherspoon amat mempengaruhi kebanyakan pemikiran falsafah para Pendiri Amerika, James Madison (1751-1836), yang menghadiri Princeton. Witherspoon sendiri aktif secara politik dalam Revolusi Amerika. Beliau menandatangani Perisytiharan Kemerdekaan dan berkhidmat dalam Kongres sebelum merangka Perlembagaan.

Amerika kurun kelapan belas, seperti Eropah, menyaksikan perdebatan di antara prinsip-prinsip republikanisme purba (kebaikan, semangat umum, dan penahanan perdagangan) dan masyarkaat perdagangan moden, yang mana keagungan negara atau kedaulatan berkait dengan pertumbuhan ekonomi individu-individu bebas mengejar kepentingan persendirian mereka. Pencerahan bangsa Skot menyumbang dengan cukup besar kepada kejayaan pandangan terakhir. Hujah Madison dalam Federalist No. 10 yang terkenal mengikuti pandangan Hume dalam mencadangkan bahawa memperpanjangkan tawaran-tawaran penyelesaian republic bagi konflik kepuakan yang di sepanjang sejarah menjadi malapetaka bagi bentuk kerajaan republik. Alexander Hamilton (1757-1804) merupakan penyokong kuat dan jurucakap bagi prinsip-prinsip perkembangan perdagangan dan ekonomi, yang diperjuangkan oleh para pemikir bangsa Skot melawan republikanisme pertanian.

Bahkan Thomas Jefferson (1743-1826), yang kemudiannya cuba mengharamkan History of England karya Hume dari pustaka University Virginia kerana beliau percaya ia menunjukkan simpati-simpati Tory, kelihatan mengambil serius pada orang Skot. Tentunya Jefferson berbangga dengan peranan beliau dalam menghapuskan undang-undang pusaka, yang melindungi aristokrasi. Barangkali lebih dari satu langkah politik penghapusan undang-undang pewarisan tersebut membersihkan padang untuk pertumbuhan dorongan perdagangan, sebagaimana kemudiannya diamati Tocqueville. Hujahan-hujahan melawan republic-republik kecil purba yang dibentangkanoleh John Adams (1735-1826) dalam tinjauan beliau berhubung sejarah republic-republik (A Defence of the Constitutions of the United States of America) tentunya menggemakan pengamatan-pengamatan Pencerahan bangsa Skot tentang sejarah republic-republik partisipatori.

Terjemahan — Khairul Anam Che Mentri

Bibliografi

Campbell, R.H., dan Andrew S. Skinner, eds. The Origins and Nature of the Scottish Enlightenment. Edinburgh: John Donald Publishers, 1982
Cropsey, J., Polity and Economy: An Interpretation of the Principles of Adam Smith. The Hague: M. Nijhoff, 1957.
Ferguson, A., An Essay on the History of Civil Society. New Brunswick, N.J.: Transaction, 1991.
Graham, H.G., Scottish Men of Letters. New York: Garland Publishing, 1983.
Hamowy, R. The Scottish Enlightenment and the Theory of Spontaneous Order. Carbondale: Southern Illinois University Press, 1987.
Hume, D., Enquiries Concerning Human Understanding and Concerning the Principles of Morals. L.A. Selby-Bigge (ed.), 2nd ed. Oxford: Clarendon Press, 1955.
., Essays: Moral, Political, and Literary. Eugene Miller (ed.). Indianapolis: Liberty Classics, 1983.
Livingstone, D.W., Hume’s Philosophy of Common Life. Chicago: University of Chicago Press, 1984.
McCosh, J., The Scottish Philosophy. New York: Robert Carter and Brothers, 1875.
Mossner, E.C., The Life of David Hume. 2nd ed. Oxford: Clarendon Press, 1980.
Sher, R.B., Church and University in the Scottish Enlightenment. Princeton: Princeton University Press, 1985.
Smith, A., An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations. 2 vol. Oxford: Oxford University Press, 1979. . The Theory of Moral Sentiments. Oxford: Oxford University Press, 1976.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cancel Kirim Ulasan