Kolum
Matinya Demokrasi Kampus
Hariszuan Jaharudin
Pilihanraya kampus adalah medan analisa mikro yang merupakan refleks kepada Malaysia secara umumnya, kerana diandaikan anak-anak muda dengan kemampuan akal terbaik di negara ini ada dalam universiti yang bertaburan di setiap negeri di Malaysia.
Kolum
Matinya Demokrasi Kampus
Hariszuan Jaharudin
Pilihanraya kampus adalah medan analisa mikro yang merupakan refleks kepada Malaysia secara umumnya, kerana diandaikan anak-anak muda dengan kemampuan akal terbaik di negara ini ada dalam universiti yang bertaburan di setiap negeri di Malaysia.
Sampah Reformasi
Mazir Ibrahim
Tidak ada yang tidak kena tempiasnya, tidak ada yang tidak membaca mengenainya. Polemik ‘Allah’ terus berlarutan. Banyak pandangan yang mencerah dan mematangkan kita. Dan, banyak juga pandangan yang hanya menambah sampah informasi yang tidak berkesudahan. Budaya memberi pandangan kini sudah semakin subur, disemai oleh Reformasi 98 dan dibaja lagi selepas Mac 08.
Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam
Amin Ahmad
Sahabat Facebook saya, Noor Eqbal menganggap fenomena ini sebagai “pengalaman istimewa” dan “ini merupakan fasa penting yang perlu kita lalui bersama dalam pembentukan kematangan berfikir dan bermasyarakat”.
Penulis di Pentas Kongres
Hasmi bin Hashim
Agenda Reformasi itu sendiri tidak akan ke mana, tak akan banyak membawa makna, tanpa perubahan fikrah; sedar untuk membuang faham lapuk yang bersarang dalam diri termasuk kalangan orang politik itu sendiri. Baik yang di seberang sana, atau di sebelah sini.
DNA Muzik
Mazir Ibrahim
Bunyi hanya lahir bila ada ruang sunyi. Dengan sunyilah manusia berfikir, sunyi jugalah yang membuka ruang untuk diisi oleh ‘masa’. Kemahiran manusia bermain dengan ‘masa’ hanya dapat ‘membentuk’ naratif sesuatu perkara/tema. Membentuk atau membengkok ruang masa merupakan permainan seni silap mata yang unggul.
Hari Natal Sewindu Yang Lalu
Hasmi bin Hashim
Seraya jemaah di gereja tahu kehadiran saya, mereka menyambut dengan mesra, terutama Father yang memimpin acara sembahyang dan doa. Nama saya disebut ketika ucapan penutup ~ meski ada juga yang ketakutan kerana bimbang permit gereja itu dibatalkan.
Ke Arah Muafakat Kebudayaan Baru
Hasmi bin Hashim
Adalah penting–selain asyik dengan ucapan bergegar para pemimpin–keperluan untuk meneliti, menyemak dan mengupas keseluruhan 4 perkara di dalam “Dasar Pakatan Rakyat”. Demi menyahut saranan tersebut, maka perlulah kupasan terhadap apa yang ditandakan sebagai “Muafakat Kebudayaan Baru” dilakukan.
Islam dan Kerajaan Terhad
Amin Ahmad
Sejak agenda Negara Islam muncul, umat Islam seakan dibius dengan pendapat bahawa itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan maruah umat Islam. Apabila Revolusi Iran–meskipun atas nama Syiah–beroleh kejayaan, ia telah memberi suntikan moral baru untuk aktivis muslim di seluruh dunia menggiatkan usaha mereka.
Wawancara
Wawancara Sadiq Jalal al-Azm: Bahagian 1 Wawancara Ghada Talhami dengan Sadiq Jalal al-Azm, yang merupakan filasuf, sejarawan budaya dan aktivis hak asasi manusia dari Syria. Beliau pernah digelar sebagai ‘Voltaire dunia Arab’ dan ‘Orang Sesat dari Damsyik’. Semenjak awal kerjaya akademiknya beliau sering terlibat dalam debat politik dan intelektual dalam pelbagai isu.
Sekulariti, Sekularisasi dan Sekularisme Untuk menjadi sebuah negara demokrasi, kata Luthfi Assyaukanie, maka semestinya turut menerapkan sekularisasi. Sebagai seorang ilmuan yang pernah menekuni di University of Jordan, kemudian di ISTAC, Malaysia dan di Melbourne University—beliau barangkali adalah individu terbaik untuk bicara soal ini. Ikuti wawancara Aqil Fithri dengan beliau.
Esei
Warga Yang Dilupakan Nik Nazmi Nik Ahmad
Kita terlalu khuatir dengan ancaman bangsa lain dan merasa gelisah tentang masa depan bangsa kita sendiri. Sememangnya keresahan tersebut berasas, namun obsesi seringkali menyebabkan kita lupa bahawa masih ada perkara-perkara yang akan tetap memberikan kesan terhadap kita.
Merengkuh Hiroshima Hafiz Hamzah
Bom itu tidak jatuh di atas tanah Hiroshima. Ia meletus 600 meter di kaki langit, menghantar haba panas dan radiasi yang serta-merta melenyapkan dua pertiga populasi di bandar ini yang berjumlah 300,000 orang waktu itu.
Buku
Menentang Dunia, Menentang Kehidupan Zhafir Amaluddin
Novel pertamanya, Whatever, dipuja sehingga dengan cepat diangkat sebagai naskah berstatus cult oleh golongan kiri di Perancis manakala melalui The Elementary Particles, belum pun sempat golongan kiri menumbuk langit, mereka terpaksa pula menunduk malu, tersipu-sipu meninggalkan gelanggang sastera yang digegar dengan cemuhan Houellebecq terhadap pendukung semangat 60-an.
Ular dan Anting-anting Hafiz Hamzah
Kanehara, dalam diam-diam ketika dalam pelarian dari rumahnya itu tidak lepas dari mencatatkan perkara-perkara yang diingini. Dia juga diam-diam mengirim melalui emel kerja-kerja tulisan itu kepada bapanya, seorang profesor dan penterjemah buku kanak-kanak.
Cerpen
Hantu-hantu Pelabuhan Jutland Mohd Jimadie Shah Othman
AKU menyebut Jyllands sebagai Jutland—ialah sebuah pelabuhan aneh sebanding hari itu di Kirribili. Aku tidak berani pulang ke hotel di Jalan Winworth. Hantu-hantu yang merah dan yang hijau kelihatan di mana-mana, berdesing seperti wisel atau siren diikuti suara-suara seperti kuda yang kalang kabutan.
Pendekar Satu Jurus EKSKLUSIF: Satu fragmen daripada novel yang bakal diterbitkan dengan tajuk Nagabumi I, oleh penulis terkenal Indonesia, Seno Gumira Adjidarma. (Gambar:flickr.com/photos/fairuz_frz/
Puisi
Sajak-Sajak Yang Mimi Morticia Yang Mimi Morticia
Kalau/ku bisa berhenti bercakap tentang/kalau,/maka engkau tak akan/pernah tahu/kalau aku punya kepak/malam itu…
Gambar: Sufian Abas
Tiga Sajak Shaira Amira Shaira Amira
bapak-bapak sedang gocoh/dalam gelanggang/tentang keramaian,/bawah pohon/tentang keramaian/hadapan persemayaman Raja
Filem
Angkatan Jahanam A. Sabri
Fantasi Quentin Tarantino dapat disaksikan pada pembukaan filem ini, yang menggunakan lafaz ‘fairytale’ – “Once Upon a Time in … Nazi – Occupied France”. Watak dalam filem ini , pada hakikatnya memang tidak wujud dalam sejarah Jerman, dan ia hanyalah fantasi QT semata-mata.
Los Abrazos Rotos A. Sabri
Pedro Almodovar kembali dengan filem terbarunya, Los Abrazos Rotos (Broken Embraces) yang mana memperlihatkan kematangan pelakon jelita Spaniard, Penelope Cruz.
Musik
Pertempuran Agung Hafiz Hamzah
Dengan album baru ini SCTS menunjukkan beberapa sisi baru mereka sebagai sebuah band–terutama sekali aspek material muzik–berbanding dua album sebelumnya.
Meor: Dari Rakyat Untuk Rakyat Mazir Ibrahim
Malam itu aku diperkenalkan dengan seorang penyanyi muda. Dia bukanlah artis terhebat pada masanya malah pada bila-bila masa pun. Dia masih mentah dan masih teruna. Dia menyanyi hingga menangis. Dia menangis hingga teresak-esak.
Seni Halus
Sentuhan Genius Eddin Khoo
Ibrahim Hussein pernah dengan yakin sekali mengatakan, “Saya tidak percaya pada inspirasi”. Kenyataan itu adalah pelik, jika tidak pun sepenuhnya membingungkan, terbit daripada mulut seorang seniman yang sememangnya sentiasa kelihatan diselubungi dan digerakkan oleh dorongan-dorongan inspirasi.
Satira Jangan Gelap Hati Hasmi bin Hashim
Sama sekali tidak diragu-ragu, soal keperibadian jadi hal cukup mahal kepada seseorang seniman—apatah lagi tatkala berhadapan tentang persoalan bagaimana mampu diperbuat apabila berhadapan dengan kehodohan raja atau para penguasa